Minit Mesyuarat Panitia Bm Kali Pertama 2019.docx

  • Uploaded by: Lina Shabbir
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Panitia Bm Kali Pertama 2019.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 378
  • Pages: 3
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2019 SK KEBAYAU TELIPOK Tarikh Masa Tempat Pengerusi

: : : :

30 JANUARI 2019 1.00 petang Bilik Gerakan SK Kebayau Pn. Lydia Petrus (Ketua Panitia Bahasa Melayu 2019)

Kehadiran

: Semua hadir

1. UCAPAN ALUAN 1.1

Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran kepada barisan pentadbir serta semua guru subjek Bahasa Melayu (BM) untuk mesyuarat kali ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas sumbangan ilmu dan tenaga yang telah dicurahkan dalam memastikan kecemerlangan semua murid dalam subjek Bahasa Melayu. Beliau turut mengumumkan AJK Panitia 2018 dibubarkan.

2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS 2.1

Minit mesyuarat yang lalu disahkan oleh Pn. Lydia Petrus

3. PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PANITIA BM BAGI TAHUN 2018 3.1

Pn. Lydia memaklumkan bahawa aktiviti dan program kecemerlangan yang dirancang untuk tahun 2018 telah berjaya dilaksanakan serta memberi impak positif terhadap minat dan pencapaian murid dalam subjek BM.

4. PEMBENTANGAN PERANCANGAN, TAKWIM DAN PROGRAM KECEMERLANGAN PANITIA BM TAHUN 2019 4.1

Pn. Lydia memaklumkan bahawa panitia BM akan menjalankan beberapa aktiviti berpusatkan murid yang akan dijalankan semasa sesi PdPc, Kelab Bahasa Melayu dan kelas tambahan. Aktiviti yang dirancang diyakini akan menambah minat serta motivasi murid untuk mempelajari subjek BM.

4.2

Program kecemerlangan tidak lagi hanya melibatkan murid tahun enam tetapi semua murid akan terlibat dengan aktiviti yang dirancang.

4.3

Pengunaan ITC untuk aktiviti PdPc contohnya permainan bahasa menggunakan aplikasi di dalam peranti elektronik adalah sangat digalakkan.

4.4

Semua aktiviti akan dijalankan mengikut garis masa dan panduan di dalam takwim panitia.

4.5

Pn. Lydia turut memaklumkan bahawa sewaktu kelas tambahan, muridmurid tahun enam akan dibahagikan mengikut kumpulan.

Tindakan: Semua Ahli

5. HAL-HAL LAIN 5.1

Guru Besar menyeru agar program kecemerlangan dilaksanakan untuk semua murid dari tahun 1-6 untuk meningkatkan prestasi semua murid dalam subjek BM.

5.2

Beliau juga menyeru agar sudut pidato digunakan sebaik-baiknya untuk mengasah bakat murid dan meningkatkan keyakinan diri mereka.

6. PENUTUP 6.1

KP mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan usaha guru-guru sepanjang tahun 2018. Beliau turut menyeru guru-guru agar samasama mencungkil bakat murid dan melatih mereka untuk pertandingan-pertandingan bahasa.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:30 petang. TERIMA KASIH MESYUARAT SETERUSNYA AKAN DIAKLUMKAN KEMUDIAN.

Dicatat dan disediakan oleh:

(NORLINA BINTI SHABBIR AHMED) Setiausaha Panitia Bahasa Melayu 2019

Disemak oleh:

………………………………………............. (LYDIA PETRUS) Ketua Panitia Bahasa Melayu 2019

Related Documents


More Documents from "zalina"