Minit Mesyuarat Kali Ke 4 Bm.docx

  • Uploaded by: Farah Hani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Kali Ke 4 Bm.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 395
  • Pages: 3
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 6 26410 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA, PAHANG. ================================================================ MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KE 4/2018 Tarikh

: 19 November 2018

Hari

: Isnin

Masa

: 10.45 pagi

Tempat

: Pusat Sumber SK LKTP Jengka 6

Kehadiran :1. 2. 3. 4. 5. 6.

1.0

Tn. Hj. Ruzaiman bin A. Hamid (GPK Pentadbiran) Encik Ismail bin Ithnain (GPK HEM) Puan Siti Suraya binti Mohd Taha (Ketua Panitia) Encik Yusaini bin Ibrahim Puan Nor Azeni binti Jusoh Cik Farah Hani binti Abd Hamid

UCAPAN PENGERUSI 1.1

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan memberi salam dan bacaan Umul Kitab serta berharap agar semua yang hadir peroleh kesejahteraan.

1.2

Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru Panitia Bahasa Melayu ini.

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1

Minit mesyuarat Bil. 3/2018 dicadang untuk disahkan oleh Encik Yusaini bin Ibrahim dan disokong oleh Encik Ismail bin Ithnain.

3.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1

Ujian LINUS telah selesai dijalankan dan keputusan juga telah dihantar ke PPD Maran.

3.2

Guru Bahasa Melayu dinasihatkan supaya mengemas kini fail-fail yang berkaitan untuk tujuan pemantauan.

3.3

Peperiksaan UPSR juga telah berakhir dan guru-guru diminta untuk mengemaskini hal-hal berkaitan dengan tahun 6 sebelum keputusan dikeluarkan.

4.0

ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 5.1

Analisis keputusan peperiksaan akhir tahun untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan bagi Tahun 1 hingga Tahun 5 dibentangkan. (Rujuk lampiran)

5.0

HAL-HAL LAIN 5.1

Ketua Panitia mengingatkan kepada semua guru bahasa Melayu agar sentiasa mengemaskini buku ringkasan mengajar dan juga menanda semua buku latihan murid.

5.2

Semua guru dikehendaki untuk melengkapkan borang PBD bagi murid Tahun 1 dan Tahun 2 kerana akan dihantar ke PPD Maran.

5.3

Guru juga diingatkan agar meninggalkan kerja atau latihan kepada murid sekiranya guru terlibat dengan aktiviti luar dan juga bercuti.

5.4

Setiausaha diminta untuk mengemaskini fail-fail panitia dengan isi kandungan yang sepatutnya dan menghantar minit mesyuarat yang telah diminitkan kepada GPK Pentadbiran. Tindakan : Makluman

6.0

UCAPAN PENANGGUHAN Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Diharapkan semua guru dalam melaksanakan tugasan dengan baik dan seikhlasnya. Beliau mengakhiri mesyuarat dengan Surah An-Nas dan Tasbih Kifarah. Mesyuarat ditamatkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh;

Disemak oleh;

-------------------------------------------------(FARAH HANI BINTI ABD HAMID) Setiausaha, Panitia Bahasa Melayu, SK LKTP Jengka 6.

-------------------------------------------------(SITI SURAYA BINTI MOHD TAHA) Ketua, Panitia Bahasa Melayu, SK LKTP Jengka 6.

Disahkan oleh;

-------------------------------------------------(ROHANI BINTI MOHD AMIN) Guru Besar, SK LKTP Jengka 6.

Related Documents


More Documents from ""