Minit-mesyuarat-kurikulum-kali-ke-3.docx

  • Uploaded by: Baju Pasar Rabu
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit-mesyuarat-kurikulum-kali-ke-3.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,040
  • Pages: 4
Minit Mesyuarat Kurikulum kali ke 3 / 2017 Sekolah Kebangsaan Teroi Tarikh Tempat Hari Masa

: 18 September 2017 : Makmal komputer : Isnin : 1.30 petang

Agenda Mesyuarat 1. Ucapan Pengerusi 1.1 Kata alu-aluan 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah diatas kehadiran guruguru ke mesyuarat kurikulum kali ketiga bagi sesi persekolahan 2017. Semua unit sibuk pada semester ini dan terdapat beberapa kekangan yang menyebabkan mesyuarat kali ketiga ini lambat dijalankan. Walaubagaimanapun perkara-perkara penting telah disampaikan semasa taklimat perhimpunan pagi Isnin. 1.3 Pengerusi menyatakan kepada guru bahawa kurikulum merupakan tugas utama guru yang perlu dilaksanakan walaupun dalam pelbagai kesibukan tugasan yang lain. 1.4 Para guru perlu peka dengan perubahan sekeliling terutamanya dalam aspek pendidikan kerana bidang pendidikan masa kini lebih mencabar. Selalu berusaha memperbaiki kelemahan diri dan jangan persalahkan murid dan persekitaran. 1.5 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan guruguru tahun 6 yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam persediaan peperiksaan UPSR. Beliau berharap agar SK Teroi dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun ini. 1.6 Pengerusi berpesan supaya guru bersedia dengan laporan pembentangan pada setiap kali mesyuarat. Tindakan Semua Guru 2 Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu 2.1 Pencadang: En. Nuzul Hakim b Mohd Ali 2.2 Penyokong: Pn. Tn. Zunaida bt Raja Ismail 3

Perkara-Perkara Berbangkit 3.1 KSSR  Semua guru KSSR tahun 1 hingga 5 sila pastikan pelaporan offline PBS di isi dengan sekurang-kurangnya penilaian kali kedua.  Semua guru perlu fahami dengan pelaksanaan KSSR  Semua guru KSSR perlu sentiasa mengemas kini fail dan bersedia sekiranya terdapat pemantauan daripada mana-mana pihak. .  Pengerusi berpesan kepada semua guru supaya merujuk kepada mentor-mentor sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan pelaksanaan PBS KSSR.

Tindakan : Semua guru

3.2 LINUS 3.2.1 Pn. Sarimah menyatakan data terkini Linus Sekolah Kebangsaan Teroi (2017) Bil

Tahun 1 (62 org) 2 (44 org) 3 (42 org)

Kemahiran Literasi BM Literasi BI Numerasi MT Literasi BM Literasi BI Numerasi MT Literasi BM Literasi BI Numerasi MT

Bilangan Murid Menguasai 55 38 57 42 44 39 41 41 37

Tindakan : Guru BM dan Matematik tahun 1,2 dan 3 guru pemulihan Linus Tindakan : En. Sarimah 3.3 SKPMG2 (Standard Kualiti Pendidikan Gelombang 2) 3.3.1 Penilaian SKPMG2 telah memasuki suku ke tiga iaitu daripada bulan Ogos hingga November. 3.3.2 Senarai Guru GPK Penilai telah dilekatkan di bilik guru. 3.3.3 Guru-guru diharap dapat melengkapkan RPH sebagai eviden dan juga Menghantar 10 buah buku latihan berkaitan dengan kelas yang dinilai kepada GPK yang akan menilai untuk disemak. Tindakan : Semua guru 4.0 Peperiksaan Akhir Tahun 4.1 Cadangan tarikh peperiksaan akhir tahun ialah pada 29 Oktober 20172 November 2017 (Ahad – Khamis).Jadual peperiksaan dan jadual bertugas guru akan dikeluarkan. Oleh itu, guru perlu patuhi jadual yang telah dikeluarkan dan sekiranya terdapat masalah boleh merujuk kepada Guru Penolong Kanan 1 atau setiausaha peperiksaan. 4.2 Pengerusi memalumkan bahasa semua kertas soalan bagi setiap tahun telah ditempah dan guru-guru diminta menyemak kertas soalan yang akan diterima sekiranya bilangan tidak cukup. 4.3 Bagi subjek Muzik dan Pendidikan Seni daripada tahun 1-5 kertas soalan tidak ditempah dan guru subjek berkenaan diminta menyediakan kertas soalan. 4.4 Pengambilan kertas soalan akan dimaklumkan oleh pihak MGB Negeri dan daerah. 4.5 Pastikan juga murid-murid telah dimaklumkan dan bersedia dengan peperiksaan yang akan datang. Tindakan : Semua guru / Ketua Panitia

5.0 SAPS 5.1 SAPS berkumungkinan akan dibuka sekitar pada bulan Oktober/November 5.2 Guru-guru diharap dapat mengisi markah mengikut tarikh pengisian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah walaupun Majlis Anugerah Cemerlang bagi tahun ini telah diadakan kerana pihak sekolah akan mengadakan perjumpaan waris bagi semester kedua sebelum cuti sekolah. Tindakan : Semua guru matapelajaran. 6.0 Pengurusan Panitia 6.1 Mesyuarat panitia perlu dilaksanakan 4 kali setahun. Oleh itu, setiap panitia perlu memastikan mesyuarat dapat dilaksanakan pada masa yang telah ditetapkan. 6.2 Panduan pengurusan mesyuarat panitia dan pengurusan fail panitia akan diberikan kepada semua panitia. Setiap panitia perlu mematuhi panduan tersebut supaya setiap perkara penting dapat dibincangkan dengan teliti dan teratur dalam mesyuarat panitia. 6.3 Setiap panitia matapelajaran perlu membuat post mortem peperiksaan pertengahan tahun bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid. Panita juga perlu merancang kaedah untuk mengatasi setiap kelemahan yang ada dan dibincangkan dalam mesyuarat panitia.Guru tahun 6 perlu memaklumkan masalah murid tahun 6 dalam mesyuarat panitia untuk makluman dan tindakan guru yang mengajar pada tahun 4 dan tahun 5. 6.4 Ketua panitia perlu melengkapkan fail panitia dengan aktiviti panitia yang telah dilaksanakan. Dinyatakan juga dalam laporan tersebut kekuatan dan kelemah setiap aktiviti yang telah dilaksanakan. Nyatakan punca, masalah atau kekakangan bagi aktiviti yang tidak dapat dijalankan. 6.5 Senarai agihan matapelajaran untuk tahun 2018 perlu dibincangkan dalam panitia semasa mesyuarat panitia kali ke tiga. Ketua panitia perlu memastikan guru yang telah mengikuti kursus mengajar matapelajaran tersebut. Tindakan : Ketua panitia dan makluman semua guru

7.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 7.1 Pengerusi menyatakan maklumat daripada Pn Sharifah Wahidda Haneem bahawa penilaian dalam talian bagi subjek teras telah dimasukkkan di dalam komputer di dalam bilik guru tetapi perlu dikemas kini untuk penilaian suku ketiga tahunan. 7.2 Namun begitu, bagi subjek elektif masih terdapat ramai guru yang masih belum mengemas kini band murid secara dalam talian. 7.3 Pengerusi berharap agar guru terlibat dapat mengambil tindakan untuk mengelakkan masalah pada masa akan datang. Tindakan : Guru KSSR

8.0 Hal-hal lain 4.1 Pengerusi membuat sedikit teguran tentang sikap guru yang tidak masuk ke kelas tetapi berada di dalam kawasan sekolah dan tiada beban tugas yang dijalankan . Oleh itu, guru perlu mematuhi jadual kelas atau jadual ganti yang telah diberikan. Harap semua guru dapat mengambil tindakan dan memberikan kerjasama kerana guru bertanggungjawab sekiranya terdapat masalah yang berlaku di dalam kelas seperti kecederaan murid. 4.2 Guru yang keluar daripada kawasan sekolah perlu dimaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah. Sekiranya guru tidak memaklumkan kepada pihak pertadbiran dan berlaku kecelekaan diluar kawasan sekolah, pihak pentadbiran tidak akan bertanggungjawab. Tindakan : Semua Guru 4.3 Perbincangan bagi Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan akan dibincangkan selepas ini 4.4 Perbincangan bagi Majlis Persaraan Guru Besar juga akan dibincangkan. 4.5 Kursus KSSR Semakan bagi Tahun 2 akan dijalankan pada akhir tahun 2017 Mesyuarat ditanggungkan pada jam 3.30 petang. Tindakan : Semua guru

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

................................................

................................................

(SHARIFAH WAHIDDA HANEEM BT SYED JAMALIL) Setiausaha Kurikulum Sekolah Kebangsaan Teroi

(JEMILAH BT AHMAD) Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Teroi

More Documents from "Baju Pasar Rabu"