Etnik.docx

  • Uploaded by: farah hani
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Etnik.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 929
  • Pages: 2
3. Perihalkan senario hubungan antara kaum di Malaysia era pasca-kemerdekaan dari sudut politik.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Malaysia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Terdapat konsep dan sejarah yang tersendiri bagi masyarakat majmuk di Malaysia. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah mewujudkan pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Politik adalah antara faktor penting dan perlu diberi perhatian dalam rangka memahami bentuk dan sifat hubungan etnik dalam sesebuah masyarakat plural seperti di Malaysia. Hal ini kerana, politik sering dikaitkan dengan kuasa, pembentukan dan pelaksanaan dasar. Politik memberikan kuasa kepada sesuatu kelompok atau rejim untuk melaksanakan sesuatu mengikut hajat dan landasan pemikiran atau ideologi mereka. Selepas memperoleh kemerdekaan 1957, Malaysia ialah negara yang mengamalkan sistem politik dan pemerintahan serta kerajaan yang berlandaskan prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Malaysia merupakan sebuah negara pluralistik yang mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006. Umumnya, Melayu merupakan kelompok etnik majoriti, iaitu mewakili lebih kurang 55 peratus, sementara Cina mewakili lebih kurang 25 peratus, India 7 peratus dan selebihnya adalah terdiri daripada kelompok peribumi kecil seperti Dayak, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu di Sarawak dan Kadazandusun, Murut, dan Bajau di Sabah. Secara keseluruhan, penduduk etnik Melayu merupakan kelompok majoriti di Semenanjung Malaysia. Namun begitu, penduduk etnik Melayu bukan penduduk majoriti di setiap wilayah atau negeri. Misalnya, Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang mempunyai komposisi penduduk yang agak seimbang menurut kelompok etnik kerana tiada satu kelompok etnik yang dapat dikatakan majoriti. Jumlah penduduk etnik Melayu dan etnik Cina hamper sama banyak dan selebihnya merupakan penduduk di negeri Kelantan, Terengganu dan Perlis menunjukkan bahawa etnik Melayu merupakan penduduk yang majoriti. Di negeri Kelantan misalnya, lebih daripada 90 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk terdiri daripada etnik Melayu. Di negeri Melaka, Johor dan Selangor menunjukkan keadaan yang agak berbeza, yang mana jumlah penduduk etnik Melayu hanya berjumlah sekitar 51 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk. Selepas 50 tahun merdeka kita dapati kesinambungan perkongsian pemerintahan terus berlangsung sehingga kini. Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC terus berlangsung sehingga kini walaupun wujud persaingan dengan parti pembangkang yang lain. UMNO didominasi oleh orang-orang Melayu, MCA didominasi oleh orang-orang Cina dan MIC didominasi oleh orangorang India. Setiap etnik diwakili dalam pentadbiran negara. Secara tidak langsung hal ini menunjukkan bahawa tiada sekatan untuk etnik-etnik lain selain etnik Melayu menceburkan diri dalam bidang politik. Sejak merdeka, parti-parti politik yang terdapat di Malaysia rata-rata ditubuhkan berasaskan kaum atau nilai perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC. Namun begitu, sejarah menunjukkan bahawa parti-parti ini walaupun ditubuhkan berasaskan kepentingan dan perjuangan kaum, tetapi telah berupaya membentuk gabungan dalam sesuatu

kerjasama permuafakatan politik dikenali sebagai Perikatan dan mengamalkan konsep perkongsian kuasa. Keadaan ini berlaku atas keperluan demokrasi juga kerana penggabungan akan memberikan peluang sesuatu perikatan itu mendapat sokongan yang lebih besar dan seterusnya mengekalkan kuasa. Walaupun parti-parti politik yang ditubuhkan berteraskan kaum, dengan semangat toleransi dan kebersamaan yang tinggi, kaum-kaum yang ada di tanah Melayu ketika itu bersedia memberi dan menerima serta bertolak ansur dalam perkara-perkara yang melibatkan perbezaan, serta pada waktu yang sama bersedia berkorban atas asas dan hasrat mahu membina negara dan masyarakat yang aman dan harmoni. Sehingga kini parti politik yang berasaskan kaum masih terus wujud dan berperanan dalam sistem politik negara.

Aspek demodrafi politik di Malaysia dapat dilihat berdasarkan perkembangan dan angka-angka rasmi pilihan raya di Malaysia yang sudah berlangsung sejak tahun 1959. Sebagai contoh, hal ini dapat dilihat dalam pilihan raya pada tahun 1999 dan 2004. Dewan Rakyat kini mempunyai 219 wakil dan beberapa pemerhatian dapat disimpulkan. Pertama, dominasi etnik Melayu dalam politik negara adalah jelas. Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, etnik Melayu mempunyai 125 kerusi, di mana etnik Melayu merupakan pengundi majoriti di kawasan parlimen berkenaan. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat 31 kerusi majoriti peribumi. Secara keseluruhan, kerusi Melayu atau Bumiputera dalam politk negara adalah 156 (71.2 peratus) kerusi. Sementara etnik Cina di Semenanjung merupakan majoriti pengundi di 23 (10.5 peratus) kawasan parlimen. Tujuh (3.2 peratus) lagi kerusi parlimen Cina terletak di Sabah (1) dan Sarawak (6). Hal ini menjadikan kerusi parlimen Cina sebanyak 30 (13.7 peratus). Tiada satu pun kerusi parlimen di seluruh Malaysia yang mempunyai majoriti pengundi India. Daripada jumlah 219 kerusi parlimen, terdapat 33 (15.1 peratus) merupakan kerusi plural. Ini bermakna, di kawasan parlimen berkenaan tidak terdapat suatu kelompok etnik yang mewakili majoriti pengundi di tempat berkenaan. Daripada jumlah tersebut, 15 mempunyai pengundi Melayu (Semenanjung) terbanyak dan tiga mempunyai pengundi Melayu (Sabah), tetapi pengundi mereka adalah kurang daripada 50 peratus. Begitu juga di 14 kawasan, pengundi Cina (Semenanjung) merupakan pengundi terbanyak di 11 kawasan sementara Cina (Sabah) adalah terbanyak di tiga kawasan parlimen di negeri berkenaan.

Kesimpulannya, keadaaan masyarakat dan Negara Malaysia secara umumnya adalah stabil, makmur dan harmoni. Walaubagaimanapun, usaha memelihara hubungan etnik yang harmoni selaras dengan perkembangan politik negara merupakan cabaran yang besar yang dihadapi oleh Malaysia yang dihuni oleh penduduk pelbagai etnik daripada latar belakang, budaya, bahasa, agama, dan adat resam yang berlainan. Masyarakat berbilang etnik di Malaysia telah mengharungi tahap kereggangan, ketegangan, pertelingkahan antara etnik sehingga kita berusaha menuju ke arah penyatuan dan keharmonian etnik sejak dari zaman penjajahan British sehingga ke hari ini. Untuk itu, kita telah melalui pelbagai cabaran, masalah dan kesukaran dalam melahirkan hubungan etnik yang sihat, pada masa yang sama kita juga telah berjaya menyelesaikan masalah dan isu perkauman yang wujud sehingga tercapai kerjasama, permuafakatan dan kompromi politik antara etnik.

More Documents from "farah hani"