Minit Mesyuarat Ajk Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Kali 1.docx

  • Uploaded by: WAN ZAHARAH BINTI WAN ZAINUDDIN -
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Ajk Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Kali 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,068
  • Pages: 4
MINIT MESYUARAT AJK PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI PERTAMA SESI 2019/2020 SMK UBAI, PEKAN PAHANG

TARIKH

: 22 Mac 2019

Masa

: 9.00 pagi

Tempat

: War Room SMK Ubai

KEHADIRAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

Tuan Haji Abdul Manan Bin Daud Puan Azizah Bt Abdil Manap Puan Faridah Bt Jamaludin Puan Hajah Noor Huda Bt Hj Kamarudin Puan Dalijatonseha BT Mohd Khalid Encik Abu Bakar Bin Mohd Husain Puan Wan Zaharah Bt Wan Zainuddin Puan Munirah Bt Omar Puan Filzah Bt Nazeri Encik Norazlan Bin Elias Puan Roszalilah Bt Abd Samad Encik Che Abd Roni Bin Ismail Encik Othman Bin Bakar Encik Junu Bin Shafie Puan Anizah Bt Khudri

Yang DiPertua PIBG Naib Yang DiPertua PIBG Pengetua GPK Pentadbiran GPK HEM GPK Kokurikulum Setiausaha Bendahari Naib Bendahari AJK Ibu Bapa AJK Ibu Bapa AJK Ibu Bapa AJK Ibu Bapa AJK Ibu Bapa AJK Guru

TIDAK HADIR 1. Puan Saadiah Bt

AJK Guru

1.0

Ucapan Aluan Yang DiPertua Mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran semua AJK . Beliau juga mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat berkumpul bagi mengadakan mesyuarat pertama AJK PIBG bagi sesi 2019/2020. Haji Manan juga mengucapkan tahniah kepada AJK baru yang telah dilantik.

2.0

Perkara berbangkit 2.1 Encik Abu Bakar memaklumkan bagi perkara 10.3 bahawa sumbangan bagi membeli kasut spike telah diterima dan pembelian kasut tersebut akan dibuat segera. 2.2 Merujuk perkara 12.4, Encik Abu Bakar Juga memohon respon bagi permohonan sumbangan PIBG bagi membaiki pagar.

2.3 Tuan Haji Manan meluluskan sumbangan untuk menggantikan pagar sekolah yang sudah rosak. 2.4 Encik Abu Bakar juga merujuk kepada perkara 12.5 memaklumkan bahawa pintu kedua-dua tandas surau sekolah telah dikunci bagi mengelakkan kes murid merokok di tandas surau. Beliau juga memaklumkan bahawa aktiviti merokok dikalangan murid masih lagi berlaku di tandas sekolah dan diluar kawasan sekolah terutama waktu pagi sebelum masuk ke kawasan sekolah. 2.5 Terdapat juga murid yang membekalkan rokok kepada murid lain di dalam kawasan sekolah. 2.6 Tuan Haji Manan telah memaklumkan bahawa permohonan pembelian kerusi dan meja peperiksaan telah diluluskan oleh PIBG dan memohon pembelian dilakukan segera. 2.7 Encik Osman memohon penjelasan berkaitan perkara 6.0 iaitu kehadiran murid dan telah direspon oleh Puan Faridah bahawa kehadiran murid masih tidak mencapai target sekolah iaitu bawah 90% 3.0

Ucapan Pengetua 3.1 Bersyukur dan mengucapkan terima kasih dengan kehadiran AJK PIBG sesi 2019/2020. Beliau juga mengharapkan AJK baru yang dilantik dapat memberikan kerjasama diantara ibubapa dan guru-guru bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah. 3.2 Beliau memaklumkan bahawa 3 peruntukan kewangan telah dimansuhkan oleh KPM iaitu peruntukan kejohanan sukan tahunan, peruntukan aktiviti murid-murid Islam dan . Kewangan sekolah sangat terhad, beliau memohon agar perbelanjaan perlu dirancang dan berhemah. 3.3 Beliau juga memaklumkan bahawa sekolah telah berbelanja sebanyak RM 2248 bagi membawa murid untuk aktiviti kokurikulum peringkat daerah. 3.4 Encik Abu Bakar memberi respon kepada makluman Tuan Pengetua bahawa sekolah telah menghantar pasukan bola tampar, takraw, catur, MTQ dan banyak lagi yang akan menyusul kemudian. Anggaran perbelanjaan aktiviti kokurikulum murid bagi tahun 2019 adalah RM 5000. Beliau memohon sumbangan PIBG bagi menampung perbelanjaan aktiviti kokurikulum tersebut, 3.5 Tuan Haji Manan telah meluluskan dengan sokongan AJK lain bagi menyumbang sebanyak RM 5000 bagi aktiviti kokurikulum murid. 3.6 Tuan Haji Manan juga telah meluluskan sumbangan PIBG bagi program Kurikulum dan HEM bagi tahun 2019 seperti yang dimohon oleh pihak sekolah iaitu sebanyak __________________ 3.7 Puan Faridah juga memaklumkan tarikh bagi majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2018 akan diadakan pada 27 Jun 2019. Beliau juga mencadangkan pihak sekolah menjemput YB Fuziah bagi merasmikan majlis tersebut. 3.8 Tuan Pengetua juga mencadangkan agar murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang diberi ganjaran berupa wang saguhati. Beliau juga memohon agar guruguru yang terlibat dengan program kecemerlangan murid PT3 dan SPM diberi ganjaran juga berupa wang saguhati. 3.9 Semua AJK PIBG telah bersetuju diatas cadangan tersebut dan menyerahkan kepada pihak sekolah untuk menentukan ganjaran tersebut.

4.0

Laporan Kewangan PIBG

4.1 Puan Munirah menyatakan bahawa baki akhir 31 Januari 2019 adalah sebanyak RM 35427.93 4.2 Puan Dalijatonseha memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menumpang duit sumbangan Majlis Ugama Islam Pahang iaitu sebanyak RM 21200.00 di dalam akaun PIBG. 5.0

Cadangan aktiviti PIBG bagi tahun 2019

5.1 Gotong royong perdana 2019 5.1.1 Puan Faridah mencadangkan gotong royong perdana SMK Ubai 2019 yang melibatkan ibu bapa dan agensi luar. Cadangan tarikh yang telah dipilih adalah pada 27 April 2019. 5.1.2 Beliau turut mencadangkan agar memohon sumbangan peralatan gotong royong, benih-benih pokok bunga, makanan untuk jamuan dan lain-lain yang boleh digunakan semasa program dijalankan. 5.1.3 Encik Yunus telah mencadangkan agar menanam pokok buah-buahan disekitar kawasan sekolah. 5.1.4 Encik Abu Bakar memaklumkan bahawa pihak pentadbir sekolah bercadang untuk menanam pokok kelapa Matag atau nangka madu di tanah rezab sekolah yang boleh memberikan pendapatan kepada sekolah. 5.1.5 Tuan Haji Manan memaklumkan agar memohon sumbangan benih pokok kelapa Matag dari Jabatan Pertanian daerah Pekan. 5.2 Hari Interaksi SMK Ubai dan PIBG 5.2.1 Tuan pengetua mencadangkan satu perjumpaan bersama ketua kampung atau MPKK setiap kampung sekitar SMK Ubai untuk berdiskusi meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah. 5.2.2 Beliau juga mencadangkan hari interaksi SMK Ubai dan PIBG itu dilaksanakan disekolah dan di beberapa balairaya yang terpilih. 6.0 Hal-hal lain 6.1 Puan Noorhuda Memaklumkan kelas tambahan PT3 dan SPM akan dilaksanakan semasa cuti sekolah iaitu pada 22-25 Mac 2019. Beliau juga menyatakan muridmurid juga akan dibekalkan kerja rumah oleh guru subjek. 6.2 Puan Faridah mencadangkan pihak koperasi menjual t-shirt aktiviti untuk dipakai secara bergilir dengan t-shirt sukan pelajar. 6.3 Puan Roszalilah mencadangkan agar sekolah menubuhkan ‘group whatsapp’ bagi ibu bapa murid-murid SMK Ubai bagi memudahkan mereka mendapat makluman berkaitan anak-anak mereka. 6.4 Puan Dalijatonseha memaklumkan bahawa peratus kehadiran murid bagi bulan Januari telah mencapai 90% tetapi bulan Feb hanya 84%. 6.5 Encik Abu Bakar mencadangkan agar membuka tender untuk menaik taraf surau sekolah dikalangan ahli PIBG sekolah jika ada yang berminat. 6.6 GPK Kokurikulum juga memaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan muridmurid agar memakai baju uniform kokurikulum penuh pada hari rabu minggu ke 3 setiap bulan. 6.7 Encik Abu Bakar Juga memohon sumbangan PIBG untuk aktiviti STEAM dapat dijalankan. 7.0 Ucapan penangguhan

7.1 YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. Beliau turut berharap agar semua pihak dapat berkerjasama untuk memajukan sekolah demi kepentingan anak-anak didik SMK Ubai. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

………………………………………………………...

…………………………………………

(WAN ZAHARAH BT WAN ZAINUDDIN)

(ABDUL MANAN BIN DAUD)

Setiausaha PIBG

Yang DiPertua PIBG

SMK Ubai Pekan

SMK Ubai Pekan

Related Documents


More Documents from "Nurul Fathinn"