Layari www.dapat.net/juavia untuk maklumat produk JUAVIA PENGENALAN KEPADA TUMBUHAN STEVIA REBAUDIANA BERTONI Stevia adalah spesis daripada lebih kurang 240 spesis herba dalam keluarga bunga matahari. Ianya banyak terdapat di kawasan subtropika dan tropika, selatan Amerika dan Amerika tengah. Spesis stevia rebaudiana bertoni dikenali sebagai daun manis, daun gula dan yang paling senang disebut adalah stevia. Sebagai pemanis atau substitut gula, rasa manisnya tahan lebih lama berbanding gula, walaubagaimanapun ekstrak stevia akan memberi sedikit rasa pahit dalam kepekatan yang tinggi. Dengan ekstraknya mempunyai rasa manis sehingga 300 hingga 500 kali ganda mengikut gred dan kepekatannya, ianya sesuai dengan permintaan penduduk dunia hari ini yang memerlukan pemanis atau gula rendah karbohidrat dan kalori sifar. Kajian perubatan menunjukkan stevia memberi manfaat dalam merawat atau mengawal obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi kerana ia memberi kesan dalam menurunkan kandungan gula dalam darah. Fakta ini amat menarik bagi mereka yang ingin mengawal pengambilan karbohidrat dalam diet mereka. Stevia telah digunakan secara meluas sebagai pemanis dan makanan tambahan kesihatan di Jepun, Korea, Kanada, dan Amerika. Jepun dan Korea menggunakan telah menggunakan ekstrak stevia lebih dari 30 tahun sebagai pemanis semulajadi dalam minuman berkarbonat, jus buah-buahan, minuman kesihatan dan sukan, yogurt, pencuci mulut dan pudding, snek, gula-gula, coklat, pastry, mee, sos soya, jeruk, dan biskut. Lebih dari 150 kajian perubatan mengesahkan bahawa stevia adalah tidak bertoksik dan selamat untuk kegunaan manusia. Stevia juga digunakan untuk merawat diabetes dan darah tinggi di Jerman dan Jepun. Stevia mempunyai pelbagai gred. Reb - A 80% adalah gred stevia yang terbaik yang dihasilkan daripada ekstrak stevia yang mengandungi pemanis dengan kalori sifar. Stevia juga telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai pemanis semulajadi dan sebagai bahan dalam makanan dan ianya juga telah diterima dan diluluskan oleh lebih 20 negara. Layari www.dapat.net/juavia untuk maklumat produk JUAVIA