Minit Mesyuarat 3.docx

  • Uploaded by: yusnita binti yatim
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat 3.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 684
  • Pages: 4
MINIT MESYUARAT SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA PERINGKAT ZON KOTA KUALA MUDA TAHUN 2019

Tarikh

:

18 MAC 2019

Hari

:

ISNIN

Masa

:

9.00 PAGI

Tempat

:

BILIK MESYUARAT SK TELUK WANG

Agenda : 1. Ucapan aluan Pengerusi 2. Penubuhan jawatankuasa Sambutan Hari Autisme Sedunia 3. Program dan aktiviti yang akan dilaksanakan 4. Sumber kewangan dan perbelanjaan 5. Tentatif program 6. Hal-hal lain

Kehadiran

:

1) Subberi bin Salleh (GB SK Teluk Wang)

Pengerusi

2) Mohd Illyas b Ismail

Pegawai Meja

3) Yusnita bt Yatim

Setiausaha Program

4) Riduan b Md Daud

Bendahari

5) Noraida bt Ahmad

PK PPKI SK Kota Kuala Muda

6) Kafli bin Ismail

PK PPKI SMK Pekula Jaya

7) Nur Dalila bt Md Azmi

Penyelaras PPKI SMK Kota Kuala Muda

8) Nor Hayati bt Harun

Penyelaras SMK Teluk Bayu

I.

Ucapan aluan Pengerusi : 1. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa mesyuarat yang hadir pada hari ini. 2. Pengerusi memaklumkan tarikh, tempat dan masa Sambutan Hari Autisme Sedunia yang akan diadakan.

3. Beliau juga memaklumkan tujuan sambutan tersebut diadakan.

Tindakan : Makluman

II. Agenda Profesional 4. Agihan Tugas  Penubuhan jawatankuasa Sambutan Hari Autisme Sedunia Peringkat Zon Kota Kuala Muda Tahun 2019: - Penaung : Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan - Penasihat : Penolong Pegawai Pendidikan Swasta / Pendidikan Khas - Pengerusi : Guru Besar SK Teluk Wang - Timbalan Pengerusi : Guru Besar SK Berapit - Naib Pengerusi : Pengetua SMK Teluk Bayu : Pengetua SMK Pekula Jaya : Pengetua SMK Kota Kuala Muda : Guru Besar SK Kota Kuala Muda - Pegawai Meja : Encik Mohd Illyas bin Ismail - Setiausaha : Puan Yusnita binti Yatim - Bendahari : Encik Riduan bin Md Daud - AJK : 1. Penyelaras PPKI SMK Teluk Bayu : 2. Penyelaras PPKI SMK Pekula Jaya : 3. Penyelaras PPKI SMK Kota Kuala Muda : 4. Penolong Kanan PPKI SK Kota Kuala Muda Tindakan : Guru dan kakitangan berkenaan

III. Perancangan Program dan aktiviti yang akan dilaksanakan 5. Pegawai Meja memaklumkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada program sambutan tersebut. 6. Cadangan yang dikemukakan ialah mengadakan gimik, persembahan dan Snap and Support Hari Autisme Sedunia.

Tindakan : Makluman

IV. Sumber kewangan dan perbelanjaan 7. Pegawai Meja membincangkan punca sumbangan kewangan dan anggaran perbelanjaan Sambutan Hari Autisme Sedunia Peringkat Zon Kota Kuala Muda 2019

8. Setiap ahli mesyuarat bersetuju punca sumbangan kewangan program diambil dari peruntukan kewangan Pendidikan Khas (PCG) sekolah masing-masing. 9. Kutipan sumbangan secara tunai akan diserahkan terus kepada bendahari program iaitu Encik Riduan bin Md Daud manakala kutipan sumbangan secara cek akan diserahkan melalui SUWA SK Teluk Wang Tindakan : Guru yang berkenaan.

V. Tentatif program : 10. Setiausaha membentangkan tentatif program yang akan dilaksanakan. 11. Setiausaha memaklumkan tentatif program perlu dikemaskini kerana ada beberapa perubahan pada program yang akan dilaksanakan

Tindakan : Guru yang berkenaan.

VI. Hal-hal lain : 12. Setiausaha memaklumkan setiap MBK yang menyertai Sambutan Hari Autisme Sedunia Peringkat Zon Kota Kuala Muda ini akan diberikan “goodies” sebagai cenderahati. 13. Beliau memaklumkan pembekal yang menyediakan perkhidmatan goodies ini dengan harga yang berpatutan dan dipersetujui oleh semua. 14. Goodies akan diedarkan semasa pendaftaran kepada setiap murid MBK yang hadir. 15. Sambutan VIP - Tindakan SK Teluk Wang 16. Bunga semat di dada untuk VVIP - Tindakan SK Kota Kuala Muda 17. Gimik dan kek - Tindakan SMK Kota Kuala Muda 18. Pengacara majlis - Tindakan SMK Teluk Bayu 19. Banner – Tindakan SMK Pekula Jaya 20. Pendaftaran dan goodies – Tindakan SK Berapit 21. Persiapan tempat dan dewan – Tindakan semua sekolah yang terlibat Tindakan : Makluman untuk semua

VII. Ucapan Penutup 22. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan berharap program Sambutan Hari Autisme Sedunia Peringkat Zon Kota Kuala Muda 2019 akan dapat dilaksanakan dengan lancar. 23. Pengerusi juga berharap kerjasama antara semua sekolah yang terlibat akan berjalan dengan lancer untuk program ini. 24. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 tengahari.

Disediakan oleh

Disemak dan disahkan oleh

YUSNITA BINTI YATIM Setiausaha Sambutan Hari Autisme Sedunia Peringkat Zon Kota Kuala Muda

SUBBERI BIN SALLEH Pengerusi Sambutan Hari Autisme Sedunia Peringkat Zon Kota Kuala Muda

Related Documents

Minit Mesyuarat
December 2019 80
Minit Mesyuarat
May 2020 39
Minit Mesyuarat
August 2019 45
Minit Mesyuarat
April 2020 29
Minit Mesyuarat
November 2019 42

More Documents from ""