KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA/YAN JALAN BADLISHAH 08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN
Ruj. Kami Tarikh
04-4212370 04-4235645 http://ppdkmy.moe.gov.my y TELEFON: FAX:
: PPDKMY.600-6/4 Jld.3 ( : 20 Mac 2019
)
Encik Abd Aziz bin Selaiman Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium, 05604 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tuan, PERMOHONAN KELULUSAN KUTIPAN SUMBANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PCG) DARI SEKOLAHSEKOLAH ZON KOTA KUALA MUDA DAERAH KUALA MUDA/YAN BAGI MELAKSANAKAN SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA PERINGKAT ZON/KUMPULAN KOTA KUALA MUDA TAHUN 2019 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan akan mengadakan Sambutan Hari Autisme Sedunia Peringkat Zon/Kumpulan Kota Kuala Muda Daerah Kuala Muda/Yan akan diadakan seperti ketetapan berikut : PERINGKAT Zon/Kumpulan Kota Kuala Muda
TARIKH 11 April 2019 (SR dan SM)
TEMPAT SK Teluk Wang
3. Untuk makluman pihak tuan, cadangan anggaran perbelanjaan dari 3 sekolah rendah (SR) dan 3 sekolah menengah (SM) sebanyak RM 330.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Tiga Puluh Sahaja) bagi membiayai perbelanjaan makan/minum dan cenderahati setiap pelajar serta kos pengelolaan aktiviti di peringkat Zon Kota Kuala Muda / Yan pada tarikh tersebut. 4. Sehubungan dengan itu, mohon kelulusan tuan untuk membuat kutipan sumbangan tersebut. Pihak kami juga memohon pihak tuan untuk memberi kelulusan pungutan kepada SK Teluk Wang bagi tujuan pengurusan dan pengelolaan program yang dinyatakan di atas. Bersama-sama ini disertakan Kertas Cadangan Sambutan Hari Autisme Sedunia Peringkat Zon Kota Kuala Muda Daerah Kuala Muda/Yan tahun 2019 untuk perhatian dan pertimbangan pihak tuan. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Azhar bin Abu Bakar Penolong PPD Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, PPD Kuala Muda/Yan ditalian 016-4144524. Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “KEDAH AMAN MAKMUR – HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH” Saya yang menjalankan amanah,
(OMMI KALSOM BINTI HJ. IBRAHIM) Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan