Mesyuarat Agung Kawasan Mesyuarat agung yang diadakan bagi sesuatu kawasan. Mesyuarat ini diadakan untuk memilih wakil yang akan pergi ke Mesyuarat Agung Perwakilan.
Permilihan perwakilan dan urusan mesyuarat agung kawasan Jumlah-jumlah perwakilan bagi sesuatu kawasan hendaklah tidak melebihi 5 orang. Notis mesyuarat 15 harisebelum mesyuarat pada anggota. 30 hari sebelum mesyuarat pada ketua pendaftar. Menyatakan tarikh, masa, kawasan, tempat dan agenda mesyuarat. Turut disertakan dengan akaun-akaun dan kunci kira-kira koperasi dan subsidiari yang teraudit dengan sewajarnya, anggaran belanjawan bagi tahun yang akan datang, laporan lembaga dan laporan Jawatan Kuasa Audit Dalaman dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Seorang perwakilan akan kekal menjadi perwakilan selagi menjadi anggota, sehingga msyuarat agung kawasan yang akan datang melantik perwakilan yang baru. Kuorum bagi mesyuarat agung kawasan hendaklah 1/3 atau 10 orang dari jumlah anggota yang layak menerima notis. Pengerusi dan setiausaha akan dilantik semasa mesyuarat.
Tidak boleh melantik wakil untuk hadir dan mengundi. Mesyuarat agung kawasan diadakan 2 tahun sekali iitu sebulan sebelum mesyuarat agung perwakilan tahunan. Mesyuarat agung perwakilan pertama Diadakan tidak lewat daripada 3 bulan selepas perakuan pendaftaran diterima oleh koperasi. Mesyuara agung perwakilan tahunan Diadakan tidak lewat daripada 6 bulan selepas berakhirnya stiap tahun kewangan. Mesyuarat agung perwakilan khas Diadakan apabila ada rekuisis yang ditandatangani 1/5 atau 100 anggota hendaklah memanggil suatu mesuarat agung khas mengikut subseksyen 40(1) Akta.