Minit Mesyuarat Agung Pibglatest.docx

  • Uploaded by: Ct Nur
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Agung Pibglatest.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,294
  • Pages: 5
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK TROLAK TARIKH MASA TEMPAT KEHADIRAN PERASMI

: : : : :

23 FEBRUARI 2019 8.00 PAGI DEWAN TERBUKA SMK TROLAK 200 ORANG ENCIK MUHAMMAD AMRAN BIN IBRAHIM (PENYELARAS DUN SLIM RIVER,PERAK)

AGENDA 1.0 UCAPAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG 1.1 NYDP,Pn Hairulniza Bt Tamin mengucap ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir ke mesyuarat PIBG kali ini 1.2 Beliau juga mengharapkan kerjasama daripada ibu dan bapa untuk mencapai persetujuan demi kebaikan anak-anak 1.3 Encik Zainal selaku Setiausaha PIBG pula melahirkan rasa dukacita mengenai kehadiran ibu bapa yang kurang memuaskan berbanding tahun lepas. Hal ini mungkin disebabkan faktor masa pada tahun ini adalah pada sebelah pagi dan kemungkinan terdapat ibu bapa yang bekerja manakala pada tahun lepas mesyuarat dilakukan pada sebelah petang. Hal ini akan diambil kira bagi mesyuarat yang akan diadakan pada tahun hadapan. 2.0 PEMBENTANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35 2.1 Encik Zainal telah membentangkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke-35 2.2 Encik Zahid mencadangkan minit mesyuarat agung kali ke-35 diterima dan disahkan. 2.3 Puan Dayang Norliza menyokong cadangan tersebut. 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Encik Zainal membentangkan maklum balas mengenai usul yang telah dipersetujui pada mesyuarat agung PIBG SMK Trolak kali ke-35 (rujuk lampiran yang disediakan) 4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG BAGI TAHUN 2018 4.1 Encik Zainal Selaku Setiausaha PIBG bagi tahun 2018 telah membentangkan aktiviti PIBG yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2018. Antara aktivitinya adalah seperti berikut. a. b. c. d. e.

Gotong Royong Perdana Hari Interaksi Fasa 1/ 2018 Kejohanan Balapan Dan Padang Program Kecemerlangan PT3 Dan SPM Kem Kepimpinan Pelajar

f. g. h. i. j. k. l. m. n. o. p. q. r. s.

Program Ihya Ramadhan Program Lawatan Industri Sambutan Hari Raya Aidilfitri Hari Anugerah Cemerlang Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Hari Graduasi Pelajar Tingkatan 5 Majlis Akur Janji Spm 2018 Kem Permata Semetro Fasa 2 Kembara Ilmu Spm 2018 Majlis Bacaan Yasin Dan Solat Hajat Perdana Calon PT3 Dan SPM Majlis Akur Janji PT3 2018 Kem Menjulang Permata PT3 Program Kecemerlangan Pelajar Tingkatan 4 Mesyuarat Agung PIBG 2018

5.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN BAGI TAHUN 2018 5.1 Puan Suripah Binti Muhammad selaku Bendahari PIBG telah membentangkan laporan kewangan PIBG bagi tahun 2018 (rujuk lampiran yang disediakan) 5.2 Bendahari memaklumkan bahawa akaun PIBG berkongsi dengan akaun kecemerlangan.Beliau menjelaskan baki awal yuran PIBG ialah RM8 204.80 dan kutipan Yuran PIBG pada tahun 2018 ialah RM21 330. 00. Manakala jumlah pembayaran bagi semua program sekolah yang melibatkan akaun PIBG ialah RM14 952.19. Maka, baki akhir akaun PIBG ialah sebanyak RM14 582.61. 5.3 Puan Rosnah mencadangkan laporan kewangan bagi tahun 2018 diterima dan disahkan 5.4 Puan Zarina menyokong cadangan tersebut. 6.0 PEMILIHAN AJK PIBG SMK TROLAK BAGI SESI 2019/2020 6.1 Sebelum pemilihan AJK Sesi 2019/2020 Dilaksanakan, Encik Zainal membubarkan AJK PIBG sesi 2018

telah

7.0 PERLANTIKAN AJK PIBG BAGI SESI 2019/2020 7.1 Encik Amir mencadangkan AJK sesi 2018/2019 dikekalkan untuk sesi 2019/2020. Telah disokong oleh Puan Syafizanita. 7.2 Puan Habibah membantah dan mencadangkan untuk pemilihan dilakukan. 7.3 Pengerusi mencadangkan undian dibuat. 7.4 Undian dibuat bagi mendapatkan keputusan. Hasil undian didapati 150 orang menyokong AJK sesi 2018/2019 dikekalkan manakala seorang membantah. Keputusannya AJK sesi 2018/2019 dikekalkan untuk sesi 2019/2020.

8.0 PERBINCANGAN USUL 8.1 Pengerusi membentang usul yang telah dibawa ke mesyuarat Agung kali ke-36 8.2 Usul 1: Bayaran Persekolahan 8.2.1 Pihak AJK telah memutuskan dalam di dalam Mesyuarat AJK PIBG kali pertama bertarikh 28 Januari 2019 dengan cadangan seperti berikut: 1. 2. 3.

4. 5. 6.

Yuran PIBG (setiap keluarga) Utiliti dan Penyelenggaraan Majalah Sekolah (setiap keluarga) Program Kecemerlangan PT3 SPM Yuran Kecemerlangan Tingkatan 4 PAV Anggaran Yuran  Pelajar Tingkatan 1 dan 2  Pelajar Tingkatan 3  Pelajar Tingkatan 4  Pelajar Tingkatan 5  Pelajar PAV Tingkatan 3

RM65.00 RM12.00 (dimasukkan ke dalam akaun sekolah RM70.00 RM100.00 RM50.00 RM30.00 RM77.00 RM147.00 RM127.00 RM177.00 RM107.00

Usul ini telah diterima oleh Encik Norazman dan disokong sebulat suara tanpa bantahan. 8.2.1 Pengerusi turut memaklumkan bahawa yuran yang dicadangkan adalah seperti tahun lepas dan tiada sebarang penambahan jumlah yuran. 8.3

Usul 2: Membaiki pam tandas pelajar pada semua blok sekolah. Membaiki longkang belakang kantin kerana menjadi tempat pembiakan nyamuk 8.3.1 Usul ini telah dicadang oleh Tn Hj Ahmad Fauzi bin Abdullah agar membaiki pam tandas di setiap blok sekolah dan membaiki longkang kantin tetapi usul ini telah ditolak kerana pihak yang mengusul tidak hadir ke mesyuarat PIBG kali ke-36. 8.3.2 Pengerusi memaklumkan walaupun usul ini telah ditolak tetapi pihak sekolah memang telah membuat penambahbaikan dan dalam proses membaik pulih.

8.4

Usul 3: Mengadakan pembesar suara (speaker) di semua blok sekolah 8.4.1 Pn Hairuliniza Binti Tamin telah membuat usul tersebut agar dapat memudahkan urusan mencari guru dan murid. 8.4.2 Usul ini telah disokong oleh Pn, Dayang Noriza dan pengerusi memaklumkan akan dipanjangkan usul ini kerana tidak terdapat bantahan dari mana- mana pihak.

8.5

Usul 4: Perkhidmatan bas ke sekolah (dari Felda Trolak Utara) 8.5.1 Encik Mohd Rahmat Bin Othman telah memberi usul ni di mana beliau berharap agar perkhidmatan bas berjalan mengikut waktu yang supaya pelajar tidak terlewat untuk hadir ke sekolah. Usul ini telah ditolak kerana pihak yang memberi usul tidak hadir ke mesyuarat. 8.5.2 Pengerusi memaklumkan walaupun usul telah ditolak tetapi pihak sekolah memang sentiasa berhubung dengan pihak MARA agar menetapi masa yang telah ditetapkan. Waktu kokurikulum juga telah dimaklumkan kepada pihak bas.

8.6

Usul 5: Membaiki bahagian longkang yang tersumbat 8.6.1 Usul ini telah di bawa oleh Puan Nurul Huda Binti Mohd Saidin dan telah diterima sebulat suara. 8.6.2 Pengerusi memaklumkan akan mengambil tindakan dan akan dipanjangkan kepada pihak sekolah.

8.7

Usul 6: Pembelian majalah sekolah tidak diwajibkan 8.7.1 Usul ini telah dibawa oleh Encik Ali Azhar bin Senggong kerana beliau berpendapat tiada kepentingan kepada murid dan ibu bapa. 8.7.2 Usul ini telah ditarik balik oleh pihak yang mengusulkan.

8.8

Usul 7: Wakafton 8.8.1: Usul ini telah dibawa oleh Encik Zainal Abidin Bin Ismail di mana beliau berpendapat program ini dapat mengisi Tabung PIBG bagi menampung keperluan pelajar. 8.8.2 Usul ini telah diterima oleh Puan Rozihah dan pengerusi memaklumkan akan memanjangkan usul ini.

8.9

Usul 8: Kekalkan rumah sukan dan Unit Uniform bagi murid setiap tahun. 8.9.1 Usul ini merupakan usul tambahan yang telah di bawa oleh Puan Rosnah di dalam mesyuarat di mana beliau berharap agar rumah sukan dan unit uniform murid dikekalkan supaya tidak perlu untuk membeli banyak baju. 8.9.2 Usul ini telah dijawab oleh pengerusi majlis dan Puan Ainol selaku PK Kokurikulum di mana beliau menyatakan memang semua dikekalkan cuma untuk tahun ini beliau memberi kelonggaran untuk pelajar memilih sendiri Unit Uniform mereka mengikut baju yang mereka ada dan ada pelajar yang memilih unit uniform mengikut kawan- kawan.

8.10

Usul 9: Peti Cadangan PIBG diwujudkan. 8.10.1 Usul tambahan ini juga telah di bawa oleh Encik Shariff Bin Hamzah agar diwujudkan peti cadangan PIBG bagi memudahkan perbincangan untuk penambahbaikan pada masa akan datang. 8.10.2 Usul telah diterima dan pengerusi akan mengambil tindakan dan akan dibincangkan.

9.0 HAL- HAL LAIN 9.1 Puan Sabariah telah membuat cadangan agar Puan Rosnah dilantik sebagai AJK PIBG bagi sesi 2019/2020 bagi menggantikan Puan Habibah yang telah berpindah. 9.2 Cadangan telah diterima sebulat suara dan Puan Rosnah telah dilantik sebagai AJK PIBG bagi tahun 2019/2020. 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 Tuan Pengetua mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat PIBG kali ke-36 dan memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan. Beliau juga berharap agar ibu bapa memastikan anak- anak sentiasa hadir ke sekolah. 10.2 Naib YDP juga turut mengucapkan terima kasih dan sama- sama membantu pihak sekolah dan guru- guru bagi kecemerlangan anak- anak. 10.3 Mesyuarat PIBG kali ke-36 ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disedikan oleh:

Disahkan oleh,

………………………………

…………………………….

(ZAINAL ABIDIN BIN ISMAIL)

( EN. ABDUL HAFIZ BIN HAMID)

Setiausaha PIBG SMK Trolak

Yang Dipertua PIBG SMK TROLAK

Related Documents


More Documents from ""

Solat Jemaah
December 2019 27
Express Tubi.docx
November 2019 38
May 2020 7