Menilai Semula Sastera Islam.docx

  • Uploaded by: Muzaffar
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Menilai Semula Sastera Islam.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,461
  • Pages: 7
Menilai semula sastera 
Islam di Malaysia Mana Sikana 22 Oktober 2017 4:00 PM AddThis Sharing Buttons Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmelShare to Lebih banyak5 Menarik juga sekali sekala membicarakan perihal sastera Islam di Malaysia. Sekurangkurangnya dapat menilai semula perkembangannya. Pada dasarnya dewasa ini, ia tidak semarak pada suatu ketika dahulu, yang meriah dengan persidangan demi persidangan, diikuti dengan penulisan teks serta diraikan pula oleh banyaknya pertandingan menulis karya Islam. Fenomena maraknya sastera Islam, tidak hanya sekadar suatu tarikan massa, tetapi yang membentuk dan mempengaruhi sosial-politik dan kesedaran beragama. Dengan kejayaan Kemala sebagai Sasterawan Negara, adalah sebuah mercu tanda menara sastera Islam di Malaysia. Keunggulan dan kekuatan Kemala dalam puisinya, sudah dapat tanggapi sejak 1970-an lagi, apabila saya pernah menyatakan bahawa penyair terbaik waktu itu ialah Muhammad Haji Salleh, Kemala dan Baha Zain. Muhammad Haji Salleh dengan puisi intelektualnya sudah mendahulu Kemala dalam meraihkan Sasterawan Negara. Ketauhidan dalam puisi Kemala sudah terbayang pada zaman-zaman awalnya, tetapi pada sekitar tahun 1970-an, kesedaran itu semakin menebal. Kemala bagaikan menyahut seruan sastera Melayu ke arah iltizam sastera Islam itu.Kemala tidak hanya berhenti dengan Kaktus-Kaktus, ia terus memperkuat dan memperhalusi puisi keislamannya. Dengan Ayn, Titir Zikir dan Mim, tiga buah kumpulan puisi yang dihasilkan menyusur usianya, menjadi bukti bahawa kecintaan dan iltizamnya dalam menghasilkan penulisan teks Islam bagaikan sudah ditentukan sejak azali lagi dan meletakkannya sebagai penulis Islami yang paling terkemuka. Pernah tanyakan apakah signifikannya menjadi penulis sastera Islam di Malaysia? Sekiranya seseorang itu berhasrat mencari penghormatan dan mendapat penilaian, apatah lagi penganugerahan, sastera Islam di Malaysia bukanlah tempatnya. Aliran kritikan sastera dan penilaian penganugerahan di Malaysia dibanjiri oleh suara-suara yang tidak bersimpati dengan pendekatan Islam. Teks-teks kreatif Islam sering tertimbus dan pecah di tangan penilai, yang menggunakan ukuran Barat. Berapa ramaikah yang berminat membaca dan mengapresiasi teks-teks Islam? Tetapi ruparupanya pertanyaan itu dijawab oleh Kemala dengan melahirkan terus karya-karya Islam, yang mengisyaratkan baginya tidak perlu segala penganugerahan itu, justeru yang lebih penting ialah puisi sebagai pengabdiannya kepada Azzawajalla.Kemala telah memilih Islam sebagai wahana

pengkaryaannya. Dan dengan ternobatnya Kemala sebagai Sasterawan Negara, sastera Islam telah mendapat pengiktirafan tertinggi di tanah air kita. Salah satu lagi yang menjadi mercu tanda sastera Islam di Malaysia apabila Shahnon Ahmad menganut sastera Islam pada dekad 1970-an. Ia sebuah pelanggaran, beliau secara tegas mengisytiharkan dirinya berpegang dan berjuang kepada sastera Islam. Pengisytiharan itu hampir mengejutkan suasana kesusasteraan Melayu moden ketika itu; kerana tidak menyangka Shahnon Ahmad akan berbuat demikian. Lebih-lebih lagi Malaysia sedang begelora dan bersemarak dengan sastera ala kebaratan. Definisi sastera Islam yang dikemukakannya, iaitu sastera kerana Allah dan berhikmah kepada manusia menjadi dominan, seterusnya mengatasi pengertian yang pernah dikemukakan oleh pembicara-pembicara sastera Islam sebelumnya. Beliau membersihkan diri daripada pengaruh khurafat dan hegemoni sekularisme Barat, seterusnya mula menghasilkan teks berunsur Islam dengan penuh iltizam dan penuh pengabdian kepada Allah, antaranya ialah Al-Syiqaq, Tok Guru, Riak dan Mayat dan Keluarga. Sastera Islam Shahnon Ahmad ini membawa konsep hablun min Allah wa hablun min al-nas. Dan novel Mahabbah adalah qaswa atau puncak pengabdiannya dalam sastera Islam. Polemik Shahnon-Kassim, juga sebuah lagi sejarah agung sastera Islam. Berdasarkan pandangan Shahnon Ahmad dalam mendefinisikan sastera Islam, beliau mentafsirkan kepada tiga kategori, iaitu kesusasteraan yang dihasilkan oleh orang-orang Islam untuk manusia, kesusasteraan yang dihasilkan oleh orang-orang Islam mengikut estetika Islam untuk manusia, dan kesusasteraan yang dihasilkan oleh manusia dan yang selaras dengan estetika Islam untuk manusia. Namun, soal pengarang Islam yang menghasilkan sesebuah karya, belum cukup untuk menentukan sama ada karya tersebut merupakan karya kesusasteraan Islam atau bukan. Hal ini dapat dilihat melalui pendapat Kassim Ahmad, yang mengatakan bahawa karya sastera yang dihasilkan oleh orang-orang yang beragama Islam boleh bertentangan dengan prinsip-prinsip estetika Islam. Beliau juga menambah bahawa orang yang bukan beragama Islam, dapat menghasilkan karya atau kegiatan selaras dengan Islam. Kassim turut mengambil contoh dengan mengatakan bahawa tidak sedikit pula penulis Barat yang bukan Islam bersemangat dan berjiwa Islam. Shahnon Ahmad menolak pendapat Kassim Ahmad, kerana kunci definisi bagi dirinya sebenarnya tersimpul dalam ungkapan ‘kerana Allah’, di samping soal-soal kebenaran, kebaikan dan keindahan. Shahnon Ahmad turut menjelaskan bahawa pencipta karya mestilah orang Islam; kerana tersimpul dalam ungkapan ‘kerana Allah’. Baginya, pengarang yang menerapkan keindahan, kebaikan dan kebenaran dalam karya-karya mereka, tanpa mentauhidkan Allah, karya-karya mereka itu tidak dapat digolongkan dalam kategori sastera Islam. Yang menariknya implikasi daripada pengkaryaan Islam seperti yang dihasilkan oleh Kemala dan polemik wacana Shahnon Kassim, munculnya tuntutan untuk melahirkan teori sastera

Melayu tempatan. Keperluannya digesa pula oleh sebahagian daripada pemikir sastera, yang tidak yakin dengan pengukuran teori sastera Barat. Sementelah penulisan akademik dan kesarjanaan memerlukan teori tempatan untuk menilai karya tempatan supaya sejiwa, valid dan tepat. Teori sastera tempatan yang diperlukan itu bukan sahaja berwajah Melayu, ia harus berjiwa Islami. Teori sastera Islam juga hasil kelangsungan daripada diskusi sastera Islam pada dekad 1980-an, dan oleh kerana banyak teks kreatif Islam diciptakan ramai penulis; maka sangat diperlu sebuah pendekatan atau teori sastera Islam. 1986 mula diciptakan teori sastera taabudiyah diikuti oleh takmilah, pengkaedah Melayu dan Teori pemikran SPBL. Taabudiyyah menjurus kepada Islam wasatiyah menilai sastera daripada aspek akidah, syariah, akhlak dan mujtamak.Takmilah cenderung ke arah melahirkan karya sastera sufisme. Beberapa gagasan teori Islam lainnya ialah persuratan baru dan hermenutiks kerohanian.Kesemua itu berwajah Islami.Teori-teori lainnya ialah puitika sastera Melayu, teksdealisme dan konseptual kata kunci. Sastera Islam dan Sastera Pascamoden Sebuah tentangan dan cabaran besar sastera Islam ialah kehadiran sastera pascamoden. Sastera Melayu moden, sama juga dengan sastera di dunia yang lain tidak dapat mengelak kehadiran pascamoden, kerana ia akibat daripada globalisasi, kecepatan komunikasi dan kerterbukaan langit dunia. Pascamodenisme diketuai oleh Derrida, dalam kelompok pascastrukturalisme, dasar primanya ialah menolak terhadap pusat, logosentrisme merujuk pada kata dan fonosentrisme . Barat menjadi pusat, dan sebagai pemegang anak kunci dunia dan menjadi tumpuan. Pascamoden mahu meruntuhkan pusat kekuasaan itu dan memberi peluang kepada semua negara, termasuk negara kecil untuk membina kerajaannya. Begitu juga dalam budaya sastera, diberi ruang dan peluang kepada sastera minoriti, terasing dan dipinggirkan oleh sejarah untuk mencipta dirinya sendiri. Suara tersembunyi dan disembunyikan dikeluarkan daripada penjara persembunyiannya. Untuk membina sastera Islam dalam zaman pascamoden ini, kita harus memiliki kekuatan dan kekuasaan sastera. Kekuatan diri sebenarnya suatu proses paradigmatik atas perjuangan yang diharus dilembagakan. Ertinya, seandainya kita menginginkan keunggulan, kita harus menjadikannya sebagai matlamat dan di belakangnya harus didirikan falsafah dan piagamnya Keunggulan sastera Islam banyak bergantung kepada kekuasaan yang dimiliki. Kita menyaksikan modenisme telah diruntuhkan oleh kekuasaan yang digunakan oleh Nazi dan fahaman fascisme; lalu kita menyaksikan pada abad ke-20, keruntuhan demi keruntuhan hinggalah salah sebuah kuasa besar dunia terserembam, kemudian bagaikan diisytiarahkan oleh kitab-kitab suci lahirlah kekuasaan berikonikan al-dajal.

Sewaktu pascamoden yang datang bersama globalisasi yang ditaja oleh Barat itu, kita telah terima sebagai suatu petanda intelektual, tetapi semenjak kita diperkenalkan oleh bentuk pencerobohan baru, yang tidak lain adalah suatu jenis imperialisme, orang mula mempertanyakan kekuasaan pascamodenisme itu. Beberapa tokoh seperti Ziauddin Sardar dan Yusof al-Qaradawi mengingatkan kita tentang bahaya pascamodenisme kerana ia adalah satu bentuk penjajahan yang baru dalam kebudayaan. Penjajahan kali ini, tidak sahaja menjajah politik, juga menjadikan urat saraf dan sendi-sendi budaya kita menjadi lumpuh. Barat telah melakukan penghegemonian di semua nadi sejarah yang mengalir dalam darah Timur kita. Dalam hubungan inilah untuk menjadi diri yang kuat, kita harus senantiasa sedar percaturan kekuasaan itu. Justeru usaha membina diri sendiri, sesungguhnya adalah usaha membina kekuasaan, maka ia harus suatu usaha pembebasan daripada kolonialisme. Inilah bagi saya satu tugas yang harus dipikul oleh pejuang-pejuang sastera Islam berdepan dengan dunia pascamoden itu.  Bersambung minggu hadapan Kekuatan Kemala Kehidupan hari ini, yang ditarik oleh keperluan moden dan pascamoden, banyak cabaran dan tuntutan untuk seorang penulis yang masuk ke dalam dunia sastera Islami. Tidak ramai penulis yang tertarik atau ditarik menulis hal-hal yang bersangkutan dengan sastera Islami. Mungkin kita pernah mendengar barisan nama-nama penulis Islam, terutama pada zaman Islam Umayyah, Abasiyyah dan Andalusia; tetapi itu tidak begitu menghairankan kita, justeru zaman itu adalah zaman kerajaan Islam. Tokoh-tokoh ulamak salaf, juga mutakallimin dan golongan seperti murji’ah dan muktazilah sangat menghormati ilmu bahasa dan sastera Arab Islami. Selepas menguasai al-Quran mereka belajar ilmu bahasa dan sastera.Dengan sendirinya sastera Islami itu berkembang dan hidup dalam masyarakat. Kehadiran Kemala dalam dunia moden dan pascamoden dengan sastera Islami, sebuah pilihan dan takdir luar biasa, juga istimewa. Saat-saat ramai penulis yang tergoda dengan kehidupan moden dan pascamoden, Kemala memegang akidah Islamiyah dan kanun tasyrie’iyah. Kehadirannya sehingga mencapai keunggulan dan martabat dalam penulisan Islami ini. Bagaimana pun perubahan itu tidak berlaku secara drastik, sebelum itu unsur-unsur keagamaan sudah terbayang dalam tahun-tahun 1960-an. Kemala telah menjadikan “kebenaran, kejujuran, keindahan, ketuhanan dan kemanusiaan” sebagai landasan falsafah penulisannya.Semua itu dimantapkannya apabila beliau menjadikan “cinta” sebagai inti dalam koleksi puisi Meditasinya, yang menyorot hakikat cinta Ilahi.Cinta yang luas dan universal, yang semuanya berasal daripada cinta Ilahi memang sesuai dengan ajaran Islam seperti yang difahami Kemala, yang dalamnya manusia dilahirkan sebagai khalifah Allah di dunia yang fana ini.

Kemala tidak memaksakan dirinya untuk bersyair secara Islam, atau memaksakan Islam hadir ke dalam puisinya, atau dia sendiri memaksa-maksa dirinya supaya dikenali sebagai penyair Islam; tetapi sesungguhnya Islam sudah sebati dan cair dalam dirinya. Mungkin dapat dikatakan bahawa ramai orang yang menghasilkan puisi berunsur Islam, tetapi yang terlihat ialah judisial ekspresif atau fakta-fakta keagamaan yang di hujungnya cuba diresapi oleh unsur-unsur mistik atau hukum, yang pada waktu-waktunya terlalu dipaksakan, dan puisi yang diciptakan itu seakan-akan berlakon sebagai penceramah agama. Kata-kata yang menimbulkan keindahan atau ungkapan murni dan asli yang sesuai sebagai puisi moden kurang dikuasai. Tetapi puisi Kemala yang bernadakan keislaman menyuarakan ekspresi dan pertimbangan seorang yang cuba mendekatkan diri kepada Khaliqnya, bukan hukuman agama. Dalam usaha melahirkan perasaan dalaman keagamaan dengan fenomena pengalaman dalam perjalanan itulah yang sedikit merumitkan puisi Kemala. Untuk menghasilkan puisi-puisi Islam yang sedemikian tidaklah mudah. Selain bakat kepengarangan dan penguasaan teknik verifikasi, juga pengetahuan tentang Islam, terutamanya aspek-aspek akidah dan muamalah. Kemala bukanlah ulama, tetapi istimewanya segala fikir, zuhud dan maknawi Islam telah tertransformasi dalam dirinya; yang menunjukkan Kemala sebenarnya banyak membaca atau menguasai ilmuilmu hakiki Islam. Lalu, dengan menghadirkan dan mengaitkan penciptaan puisi dan Islam, kita akan dapat menanggapi maknanya. Puisi Kemala bukan sahaja indah dan sedap dibaca, malah sebagai contoh betapa unsur al-ihsan menjadi dasar penciptaan puisi-puisi Kemala. Ia menggambarkan sekumpulan manusia yang sedang menghadap dirinya kepada Azzawajalla di tempat yang suci, sebagai suatu amalan memperbaiki hubungan Muslim kepada al-Khaliq. Puisi-puisi yang menggambarkan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia, sesungguhnya bukanlah perkara baru atau luar biasa. Ramai mereka yang ke tanah suci akan terpanggil untuk menulis teks-teks pasca pengalaman itu, tetapi saya rasa Kemala tidak sekadar merakamkan hubungan itu sewaktu di Tanah Suci, malah dalam keseluruhan puisi dalam kuympulanMim yang mempunyai unsur alihsan itu. Dalam puisi-puisi Kemala, setiap peristiwa, gejala dan subjek yang diutarakannya dikaitkan dengan al-ihsan, ertinya dikembangkannya sebagai sumber pancaran cahaya bagi mengungkapkan wawasan al-ma’rifah. Kemala menyusunnya dengan kalimah dan wazan yang lembut, menusuk ke dalam kalbu, sehingga terasa, menjadi senandung jiwa yang memikat hati. Kemala mengajak pembacanya untuk mendekati Allah, juga mencintai Allah melalui puisipuisinya. Tidak kelihatan Kemala hendak menjadikan puisinya sebagai wahana didaktif, seperti pada kebanyakan puisi berunsur Islam yang selalu terdorong ke arah pemaksaan dakwah. Manusia disedarkannya secara halus tentang hakikat keinsaniahannya: sedar dalam jenjang kemakhlukannya bagi memperbaiki diri dan memenuhi tanggungjawab sebagai makhluk Ilahi. Menjadi manusia Muslim bererti memahami tanggungajwab kepada Allah dan manusia, kerana di situlah statusnya hidup yang kamil. Membaca puisi-puisi dalam MIM terasa rintisan jalan untuk membangkitkan minat bagi suatu kehidupan Islamiah dan menuju istiqamah seorang sufi. Dilihat dalam konteks al-ihsan, MIM merupakan suatu warisan dalam puisi Melayu yang tidak ternilai harganya.

Suatu sifat yang ketara dalam puisi Kemala ialah penggunaan metafora. Metafora bukanlah suatu unsur yang baru atau luar biasa dalam puisi, kerana pada peringkat awal pertumbuhannya pun metafora itu menjadi antara definisinya. Hasil suatu kajian yang dilakukan, al-Qur’an pun mengandungi lebih 400 metafora, iaitu metafora dalam erti kata I’jaz, Istiarah dan I’barah.AlQur’an juga mengandungi majazum yang bersifat al-sawak (sama), al-syiqak (bertentangan), dan al-hibal (pertalian). Dalam konteks perbicaraan sastera Islam yang bersifat antarabangsa ini, barangkali elok kita menghubugkan Kemala denga dunia antarabangsa itu. Dalam konteks ini kita cubamenjalurkan kedudukannya di kalangan pengarang Islami senusantara. Apakah Kemala dapat kita bariskan dengan Hamzah Fansuri? Hamzah Fansuri, perintis sastera tasawuf penulis syair yang memprodi puisi Attar, pelopor kerohanian, keilmuan, falsafah menguasai fikah, mantik, sejarah dan balaghah.Seorang sufi ialah yang meyakini hakikat kesaksiannya bahawa segala sesuatu dalam alam fenomena atau kejadian itu tidak kekal dan tetap berubah, dunia ini merupakan persinggahan sementara. Tujuan akhir seorang sufi, hanyalah Allah semata; dia hanya mencintai Allah; dia berfikir, tafakur dan berdoa hanyalah kepada Allah jua. Dia tidak mengenal sesuatu selain Allah dan apabila dia berfikir tentang Allah semata-mata.Itulah namnya mahabbah. Seorang yang sufi ertinya ia seorang yang benar-benar berpegang dengan ajaran Islam, bersifat zuhud dan berakhlak mulia. Hamzah Fansuri terkenal sebagai pelopor puisi Islam al-khassy: Ruba’i Hamzah Fansuri yang mengandungi 42 buah rangkap balada cinta, Syair Si Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Faqir, Syair Dagang dan Syair Perahu. Dan, menyebut sahaja Hamzah Fansuri orang segera akan teringatkan aliran wahdah al-wujud, wujudnya Allah serta segala kejadian yang wujud itu sebenarnya bersatu dengan zat dan sifatsifat Allah, wujud alam sama dengan wujud Azza wa Jalla. Dalam konteks ini saya pernah menyatakan bahawa Kemala adalah sinambungan tradisi penulisan Islam Hamzah Fansuri yang kemudian diikuti Amir Hamzah.Kesemua penulis itu berbeza daripada segi tujahan karyanya. Hamzah Fansuri meski sufi, namun sentiasa mengandungi kritikan-kritikan tajam terhadap dunia politik dan raja-raja sezaman dengannya; sehinggakan beliau serta pengikutnya tidak disenangi oleh kalangan istana. Disebabkan kebencian ini, nama Hamzah Fansuri tidak termaktub dalam kitab penting sejarah Acheh iaitu Hikayat Acheh dan Bustanus-Salatin. Dalam dunia antarabangsa kita berdepan dengan Iqbal.Muhamad Iqbal di samping sebagai penyair besar, terkenal juga sebagai pemikir dan dan pejuang kemerdekaan Pakistan bersama Muhammad Ali Jinnah. Dialah sang pelopor pembentukan negara bagi kaum muslimIndia yang akhirnya terwujud dalam negara Pakistan sepuluh tahun setelah beliau meninggal. Karya-karya besar seperti dikaji hingga sekarang ialah Javid Namah, “Kitab Keabadian” sebuah teks sastera yang sangat berharga. Puisi-puisinya yang membuatnya amat terkenal adalah syair-syair yang ditulis dalam bahasa Persia dan Urdhu antara lain seperti Asrar al-Khudi, “Rahasia Diri” dan Payam al-Masyriq “Pesan dari Timur”. Ada orang bertanya di manakah kedudukan Kemala?Dengan spontan saya menjawab selepas Iqbal. Kedudukan Kemala sebagai penyair Islam adalah selepas Iqbal, tokoh pemuisi Islam agong itu. Pertanyaan yang sama pernah ditanyakan tentang kedudukan Shahnon Ahmad sebagai sasterawan Islam. Dengan novelnya Mahabbah yang menjadi teks unggul dan kanon itu,

meletakkan namanya sebagai bintang yang sama tarafnya dengan sasterawan Hamka denganDi Bawah Lindungan Kaabah. Namun kedudukan yang sudah diterima umum ialah Shahnon Ahmad yang prolifik dan setiap karyanya membina fenomena baru itu dianlisis dengan menggunakan teori teksdealisme beliau adalah “raja novelis Malaysia”. Kesimpulannya sastera Islam di Malaysia telah mencipta dirinya sendiri. Ia tumbuh dan berkembang serta bijak menyesuaikan dirinya dalam zaman moden dan pascamoden. Malah, kemunculannya juga dapat menghadiahkan sebarisan teori sastera bercorak dan beraliran Islami.Yang lebih penting telah memunculkan dua sasterawan negara Kemala dan Shahnon Ahmad.

Related Documents

Kemahiran Menilai
June 2020 13
Sastera Epik
May 2020 16
Sastera Rakyat
October 2019 49
Peranan Sastera
November 2019 17

More Documents from "ladyrozy"