Memahami World

  • Uploaded by: Nor Anisa Musa
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Memahami World as PDF for free.

More details

  • Words: 1,753
  • Pages: 9
Soalan Ice breaking Apa perasaan awak ketika membuli? Tidakkah awak merasa kasihan setelah meninggalkannya? Pernahkah awak terfikir bagaimana keadaannya selepas awak membulinya? Adakah awak menyelami perasaannya semasa dan selepas dibuli? Pernahkah awak membayangkan jika awak sendiri dibuli oleh orang yang lebih dewasa dari awak?

Memahami world-view

Guru perlu fahami latar belakang keluarga pelajar, keadaannya ketika di dalam kelas, sedang belajar, ketika bersama kawan-kawan dan guru, penampilannya, gaya percakapannya dan ketika keseorangan. Perkara ini boleh diselidik melalui guru-guru, rakan-rakan, ibubapa, orang yang rapat dengannya, atau orang yang boleh bekerjasama dengan kaunselor. Justeru itu, bolehlah guru membuat kesimpulan bahawa bagaimanakah pendekatan terbaik boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan hubungan kaunselor dengan pelajar pembuli tersebut, atau lebih dikenali sebagai klien kaunselor. Dapatkan maklumat tentang tempat tinggal, masa yang diluangkan di rumah atau aktiviti-aktiviti lain yang biasa mereka lakukan. Begitu juga, kekuatan dan kelemahan pelajar dari segi hobi, minat, persahabatan, keupayaan atau kemampuan menangani atau menguasai permasalahan. Seterusnya kaunselor perlu menilai tingkat atau tahap kekecewaan yang mereka hadapi. Banyak kemungkinan yang perlu guru kaunsler jangkakan seperti dipermainkan kata-kata dan soalan atau hanya berdiam diri menunjukkan tanda protes. Kaunselor perlu memahami helah bela diri kliennya menurut pandangan

Rogers mengenai manusia. Persediaan dan strategi perlu disenaraikan sebelum perkara tersebut terjadi. Kaunselor perlu bijak berkomunikasi atau menunjukkan bahasa badan yang mudah disenangi oleh klien. Salah satu contoh yang disarankan, kaunselor boleh menunjukkan album-album atau gambar-gambar atau sengaja dipaparkan dan diletak diatas meja. Jika ada pertanyaan, jawablah dengan baik dan ikhlas sambil menerapkan nilai-nilai murni serta iktibar. Menurut teori personaliti Freud (Jas Laile, Suzanna Jaafar 2002) secara amnya individu yang berada di tahap prasedar merujuk kepada semua pengetahuan dan ingatan yang boleh dibawa ke tahap sedar. Pelajar pembuli terbabit kurang sedar bahawa mereka mempunyai masalah keluarga yang amat membuntukan. Dalam keadaan prasedar, perasaan sedih dan tekanan dipendam begitu sahaja sehingga desakan-desakan inilah yang menjadi penggerak kepada tingkah laku mereka. Ego yang bersifat separuh sedar akan beroperasi berasaskan prinsip realiti. Ia bertanggungjawab mengendalikan kehendak-kehendak dan desakan-desakan id (Jas Laile, Suzanna Jaafar 2002). Hakikatnya, superego merupakan identiti sebenar pelajar terbabit kerana superego beroperasi mengikut prinsip kesempurnaan dan berfungsi menghalang kehendak-kehendak antisosial id dan menyebabkan seseorang akan merasa bersalah apabila bertingkah laku tertentu. Egolah yang akan menyeimbangkan kehendakkehendak id dengan halangan-halagan sosial (superego). Dengan kata-kata lain, id dan superego sering berkonflik dan Freud percaya konflik inilah yang menyebabkan terhasilnya tingkah laku devian. (Jas Laile, Suzanna Jaafar 2002)

Cari punca masalah

Dalam proses kaunseling untuk mencari punca masalah, kaunselor perlu cuba mengumpul sebanyak-banyak maklumat peribadi klien. Semakin banyak data peribadi yang diperolehi, semakin mudah kaunselor melihat dan mengenal pasti punca masalah sebenar. Dalam tahap menerokai masalah ini, kaunselor perlulah menilai dan memilih jenis rawatan yang sesuai bagi pelajar tersebut. Semua maklumat yang relevan akan dijadikan bahan rujukan semasa sesi kaunseling. Kadangkala maklumat yang diberikan oleh pelajar mungkin merupakan satu bukti kenapakah pelajar bertingkah laku sedemikian. Kebanyakan maklumat yang diberi, datangnya secara spontan atau semula jadi (Mansur 2003) Sedikit sebanyak peranan kaunselor semakin berkembang. Tingkah laku empati atau daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi pelajar harus ditunjukkan apabila mereka meluahkan perasaan. Jadikan apa sahaja isu ketidakpuasan klien sebagai topik utama perbualan. Jika ada sedikit provokasi atau sokongan, ia akan lebih membantu untuk terus berkomunikasi. Kaunselor juga perlu faham kebanyakan kanak-kanak masih belum pandai menyusun kata-kata apabila meluahkan perasaan. Kemungkinan juga mereka ada kekesalan atau ketidakpastian apabila isu itu dibangkitkan dan ia membuatkan mereka gelisah dan tidak selesa apabila berkata-kata dan akhirnya mereka lebih selesa berdiam diri. Di sinilah, galakan dan pertanyaan demi pertanyaan boleh dilakukan kaunselor. Elakkan soalan yang membuatkan klien menjawab sepatah perkataan sahaja (Mansur 2002). Kaunsler boleh berikan pertanyaan dalam nada gurauan untuk memulihkan perasaan pelajar.

Bina matlamat bersama

Sebagai kaunsler, perubahan ke atas pelajar pembuli adalah diharapkan malahan mereka akan jadi seorang pemaaf dan melupakan segala permasalahan keluarga yang sedang dihadapi dengan tindakan bijak. Berikan cadangan-cadangan atau aktiviti saranan kepada klien bagaimana untuk menyelesaikan masalahnya. Antaranya menasihatkan tidak meninggalkan sembahyang atau sembahyang lebih awal, tidak pergi ke tempat-tempat yang tidak elok sama ada berseorangan atau berkawan, pulang ke rumah sebelum menjelang maghrib. Pada malam hari pula, pastikan diri sendiri telah menyiapkan kerja sekolah atau mengulangkaji. Masa untuk menonton televisyen juga perlu dihadkan dan masa yang terluang diisi dengan membaca buku-buku cerita yang menarik. Begitulah kehidupan yang bermakna diperingkat umurnya sebagai seorang pelajar. Buka minda klien tersebut, jika perkara sebegini dijadikan rutin, pada suatu hari kemungkinan ibubapanya akan perasan anak mereka adalah seorang yang baik budi perkerti. Ibubapa juga ada perasaan malu dan sedar akan kesilapan mereka kerana mewujudkan permasalahan. Di situlah klien digalakkan jadi seorang pemaaf. Tetapi, agak sukar baginya untuk mematuhi peraturan baru serupa ini kerana ia sudah selesa dengan tabiat lama. Kaunselor perlu membuat mereka ”keluar dari zon selesa” dan mengharapkan mereka melazimkan diri membuat perkara baru yang padanya bukan sahaja tidak selesa, mungkin juga menyeksa. Perkara ini tidak mungkin berjaya sekiranya perubahan itu mahu dilakukan secara mendadak. Perubahan tetap akan berlaku. Ia berada di sekelilingnya terutama jika kaunselor kerap memantau atau beri perhatian yang lebih di sekolah secara tidak langsung di rumah. Sebagai kaunselor yang yang proaktif dalam bidangnya, buatlah sedikit perancangan untuk masa depan kliennya. Mungkin boleh menetapkan matlamat

jangka pendeknya melalui salah satu markah peperiksaannya, atau menetapkan bilangan pembacaannya sama ada novel, buku cerita atau majalah, atau menetapkan kedudukan peperiksaannya dalam bilik darjah. Tidak ketinggalan juga aktiviti kokurikulum yang ingin mereka sertai. Tanganilah perubahan-perubahan yang mungkin berlaku dan kaunselor perlu peka dengan petanda-petanda perubahan tersebut.

Pelan tindakan

Bagi mewujudkan perubahan, kaunselor dan klien harus membuat satu kontrak terapeutik yang akan mendatangkan akibat pada diri klien tersebut. (Mansur 2002). Pelan tindakan untuk menangani perubahan anak-anak mempunyai tahaptahap tertentu. Ia melibatkan enam tahap (Syukri 2006). Modul perubahan tertersebut diadaptasikan ke atas pelajar pembuli. Sebagai guru kaunselor, kemungkinan merekalah harapan terakhir untuk pelajar berubah selain ibubapa jika ia dapat membantu. kaunselor perlu menyatakan kepada kliennya tentang keperluan mereka untuk berubah. Beri gambaran yang jelas apa perlunya berhenti membuli malahan amat mementingkan tingkah laku dalam erti kata disiplin dan pelajaran. Kelak, mungkin klien akan jadi seorang penjenayah, merompak, kaki buli atau memukul isteri apabila mereka dewasa kerana keberanian mereka akan sebati dan semakin bertambah. Akhirnya mereka terpaksa menghabiskan masa di penjara diusia yang masih muda. Beri mereka pilihan, jika mereka mementingkan pelajaran dan matlamatnya mendapatkan apa sahaja sijil, mereka akan dapat pekerjaan yang membanggakan dengan gaji yang lumayan. Segala keperluan yang ingin dikecapi dengan mudah dapat

disediakan. Tindakan kaunselor perlu meneruskan usaha menegur dan menasihati serta menggunakan kebijaksanaan agar mereka tidak mudah jemu dan bosan. Selagi komunikasi memberangsangkan atau klien mendengar dengan baik, selagi itulah masih ada peluang untuk membantunya (Syukri 2006). Tahap kedua, tindakan menasihat atau menegur yang berterusan akhirnya boleh membuatkan murid berfikir untuk berubah. Mereka sedar mereka telah mengambil perhatian guru dan menganggap diri mereka diambil berat. Kaunselor boleh menyatakan hakikat bahawa ”pada suatu hari nanti pasti aku akan berubah”. Selain itu, kata-kata cetusan untuk mereka berfikir; ”apa nak jadi dengan aku ni”, ”sampai bila aku nak jadi begini”, ”oh, tak boleh jadi, aku tak boleh membuli lagi, kasihan budak itu”, ”sampai masanya untuk aku tumpukan pada pelajaran”, ”aku nak masuk universiti”. Kaedah soal jawab juga boleh membuatkan kilen terfikir. Tahap ketiga, perubahan akan berlegar-legar dalam pemikiran mereka jka mereka bersedia untuk berubah. klien mula berfikir mengenai jalan penyelesaian kepada masalah yang sedang dihadapi. Kaunselor boleh tanya pendapat klien bagaimana mereka akan berubah atau apakah akan mereka lakukan selepas sahaja melangkah kaki keluar dari bilik kaunselor ini. Atau, terdapatkah rancanganrancangan atau aktiviti-aktiviti yang menarik akan dilakukan sebagai seorang pelajar. Beberapa siri soalan boleh dikemukan untuk membina kontrak perubahan. Jawapan yang diberikan merupakan satu perubahan yang besar dalam pemikirannya. (Mansur 2002). Di sini, mereka tidak lagi terperangkap dalam dunia masa lampau. Mereka telah berfikir mengenai masa depan yang lebih gemilang. Berilah senyuman kelegaan dan kepuasan kepada klien. Kata-kata yang perlu diluahkan seperti; ”rupa-rupanya awak ni seorang yang baik”, ”saya tahu awak memang cool dengan masalah awak”,

”awak memang bijak menangani apa sahaja permasalahan”. Kata-kata semangat dan motivasi membuatkan klien akan meneruskan usahanya. Apa sahaja tindakan yang dilakukan klien merupakan suatu perubahan yang ketara. Ia merupakan satu lagi tingkatan tahap perubahan. Melalui percakapan atau perjanjian bersungguh-sungguh yang termetrai sudah cukup membuktikan klien terbabit akan berubah. Beri kepercayaan sepenuhnya serta keyakinan dengan menyatakan ”kamu boleh melakukannya”, ”janji pada cikgu, matematik kali ini mesti lulus, malahan kamu akan dapat A”. ”cikgu percaya kamu tidak akan buli lagi”. Selain dari perubahan fizikal, kaunselor juga perlu galakan perubahan sosialnya. Minta mereka mencari kawan atau kelompok baru melainkan perubahan juga turut dilakukan oleh kawan-kawan lamanya. Dengan menghabiskan masa bersama kawan baru yang rajin belajar atau aktif bergiat dalam kokurikulum, klien terbabit akan memperolehi sokongan luaran yang lebih bermakna kepada perubahan yang dibawa. Sokongan adalah penting agar perubahan boleh bertahan. Kaunselor perlu membuat pemerhatian adakah apa yang diharapkan akan berlaku setelah klien keluar dari bilik kaunseling. Catatan yang ditulis perlu diambil kira untuk memastikan di tahap manakah perjalanan perubahan tersebut masih tersangkut. Tahap mengekalkan perubahan adalah tahap yang paling mencabar kerana bukan ramai orang boleh mengekalkan perubahan untuk jangka masa yang panjang (Syukri, 2006). Salah satu bantuan yang amat diperlukan ialah membekalkan sokongan dengan sentiasa mengambil tahu tentang keadaan klien sama ada dia sedar atau tidak. Soal selidik melalui rakan-rakannya, guru-guru atau ibubapa boleh dilakukan tanpa pengetahuannya. Jika masih ada permasalahan, carilah peluang untuk mendampinginya selain memanggilnya ke bilik kaunseling. Serba sedikit klien akan

rasa dirinya terkawal atau diambil berat dan malu jika membuat kesilapan yang sama. Perkara yang paling utama, kaunselor harus tahu bagaimanakah perjalanan pembelajarannya di kelas atau perkembangan markah-markah ujiannya. Segala aktiviti yang disediakan dan dipantau oleh kaunselor akan membuatkan pelajar tiada masa memikirkan hal membuli atau aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Menurut (Arkes 1982) cadangan Maslow dalam membantu memotivasikan seseorang, manusia terdorong mencapai keperluan yang lebih tinggi kiranya keperluan yang lebih rendah telah dicapai. Begitu juga mengajar mereka supaya lebih sensetif terhadap perasaannya dengan tidak mengabaikan permasalahan yang dihadapi. Cuba untuk berhadapan dengan masalah dengan cara yang bijak walaupun permasalahan tidak semestinya dapat diselesaikan. Sifat semula jadi remaja yang suka mencuba lebih-lebih lagi bertujuan untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi dari rakan sebayanya perlulah disalurkan ke arah perkara yang positif seperti lebih maju dalam pelajaran, kokurikulum atau hobi. Keperluan dalam hirarki tertinggi maslow juga merupakan keinginan yang ingin dicapai oleh mereka.

Bibliografi Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation. Belmont, california: wadworth. Jas Laile, suzanna jaafar (2002). Psikologi kanak-kanak & remaja. Dewan bahasa dan pustaka. Kuala lumpur. Muhd. Mansur Abdullah, s. nordinar mohd. Tamin (2003). Proses kaunseling edisi kedua. Dewan bahasa dan pustaka. Kuala lumpur. Shukri abdullah. (2006). Anakku bijak belajar. Al-ameen serve holdings sdn. bhd.

Related Documents

Memahami World
December 2019 32
Memahami Sukan
May 2020 13
Memahami Liberalisme
June 2020 16
Memahami Kesepian
May 2020 12
Memahami Qadha.docx
April 2020 17
Memahami Pengetahuan
April 2020 18

More Documents from "inanikeke"