Melayu Gila Inggeris

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Melayu Gila Inggeris as PDF for free.

More details

  • Words: 293
  • Pages: 1
Melayu Gila Inggeris Aku ini Melayu bukannya Inggeris Bukanlah pulak nak berlagak macam Inggeris Tapi aku ini Melayu yang banyak dan kerap bercakap Inggeris Bahkan ke tahap berfikir-berangan pun dalam bahasa Inggeris Kalau aku mengigau, kalau aku melatah, pun selalu Inggeris Tak salah kalau aku mengaku aku ini hebat berbahasa Inggeris Bercakap, berfikir, mengigau, melatah ... Inggeris Namun aku ini tetap Melayu, bukannya Inggeris Bahasa ibundaku Melayu, bukannya Inggeris dan jauh di lubuk hati, aku sayangkan Bahasa Melayu, bukannya Inggeris! Aku ini Melayu bukannya Inggeris Walau ilmu dan nahu Melayu milikku tak sehebat Inggeris Tapi aku sayangkan Bahasa Melayuku, bukannya Inggeris Aku sensitif tentang bahasa ibundaku, bukan tentang Inggeris Maka aku marah dan *&#@%x+*, bukan pulak pada Inggeris Kerana aneka porak-peranda bahasaku bukannya dek Inggeris Tapi si Melayu, termasuklah yang bertutur Melayu ala Inggeris ! Aku bengang pada lidah-lidah Melayu yang gilakan Inggeris Yang menebal meleret pada ... lima, lapan ... ala Inggeris Yang meletup pada ... tanpa, tentu ...macam Inggeris Dan aku meluat sangat pada bibir-bibir Melayu yang gilakan Inggeris Yang terjueh-jueh pada ... cinta, syarat, ... mengalahkan Inggeris Yang termuncung-muncung pada ... mungkin, jadi … lebih pada Inggeris Dan entah apa-apa lagilah sebutan Melayu ala Inggeris Bila berbahasa Inggeris, nak betul-betul seperti Inggeris Bila berbahasa Melayu, mengapa tak betulkan bak Inggeris? Sedap sangatkah sebutan kalau tak tempias Inggeris? Cantik sangatkah muncung bila buta-tuli ikut Inggeris? Malu sangatkah gaya kalau tak meniru Inggeris? Bertuturlah Bahasa Inggeris seadanya, and please, ikutlah Inggeris Tapi berbahasa Melayulah tanpa lidah dan muncung Inggeris Kerana aku benci mendengar lidah Melayu ala Inggeris Aku meluat melihat muncong Melayu mengalahkan Inggeris Aku benci ... aku benci ... Melayu ala Inggeris Aku meluat ... aku meluat ... Melayu ala Inggeris Aku benci ... meluat .... Melayu gila Inggeris Bond57. 1/8/08

Related Documents

Melayu Gila Inggeris
October 2019 7
Gila
June 2020 27
Gila
June 2020 32
Melayu
June 2020 19
Melayu
June 2020 15