Melayu Ketinggalan Tanpa Bahasa Inggeris

  • Uploaded by: egahmulia
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Melayu Ketinggalan Tanpa Bahasa Inggeris as PDF for free.

More details

  • Words: 331
  • Pages: 2
MELAYU KETINGGALAN TANPA BAHASA INGGERIS BUMIPUTERA, terutamanya orang Melayu akan terus ketinggalan dalam persaingan merebut peluang pendidikan, perniagaan dan pekerjaan dalam era globalisasi ini jika tidak mempunyai kemahiran menggunakan bahasa Inggeris. Berikutan itu, langkah meningkatkan kemampuan bahasa Inggeris di kalangan pelajar bumiputera di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu dilakukan segera. Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Wira Abdul Rahman Arshad ber-kata, semua pihak termasuk pejuang bahasa perlu menerima hakikat bahawa antara sebab bumiputera ketinggalan dalam banyak bidang ialah mereka tidak mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Katanya, kesan daripada kekurangan itu ialah kebanyakan profesional tidak dapat diisi oleh graduan bumiputera.

jawatan

"Dalam era globalisasi masa kini, bahasa Inggeris menjadi alat penting dalam kebanyakan bidang terutama teknologi maklumat dan komunikasi. "Malah era k-ekonomi yang sedang diperkatakan sekarang juga memerlukan seseorang itu mempunyai kemahiran bahasa Inggeris yang baik untuk menjamin masa hadapan yang lebih cerah,'' katanya. Abdul Rahman juga berkata, pelajar bukan Melayu amat beruntung kerana mampu menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris selain bahasa ibunda masing-masing. "Orang Melayu pula hanya tahu satu bahasa iaitu bahasa Melayu dan ia tentulah merugikan bangsa,'' katanya lagi. Selain itu, beliau juga meminta kaum bumiputera mengikis tanggapan negatif terhadap sebarang usaha kerajaan dalam meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris. "Ada orang sengaja menggunakan alasan itu untuk menutup kelemahan diri dalam berbahasa Inggeris,'' katanya lagi. Menyedari itu katanya, UiTM sentiasa memberi penekanan utama terhadap bahasa Inggeris di kalangan para pelajarnya. Katanya, beberapa program di UiTM dikendalikan dalam bahasa Inggeris seperti kursus undang-undang, kejuruteraan, komunikasi dan teknologi maklumat.

1

Beliau juga berharap langkah UiTM memperluaskan penggunaan bahasa Inggeris dalam program pengajiannya perlu dipandang positif oleh semua pihak terutama pejuang bahasa. "Langkah itu bertujuan baik iaitu menyelamatkan pelajar Melayu daripada terus ketinggalan dalam pelbagai bidang,'' katanya. Disebabkan UiTM adalah sebuah institusi khas untuk melahirkan bumiputera profesional, maka menjadi tanggungjawabnya memastikan para pelajarnya mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik, tambah beliau. "Apa yang UiTM lakukan kini adalah baik untuk mereka dan kita akan teruskan,'' katanya lagi.

2

Related Documents


More Documents from ""