Masyarakat Majmuk - Kkp Semester 1

  • Uploaded by: Akhi Muhammad Aiyas
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Masyarakat Majmuk - Kkp Semester 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,283
  • Pages: 5
Soalan : Sejauhmanakah perkembangan ekonomi kolonial yang berasaskan bijih timah dan getah bertanggungjawab kepada kewujudan masyarakat majmuk di negeri-negeri melayu selepas 1874. Malaysia merupakan sebuah negara mempunyai komposisi masyarakat yang majmuk dan melibatkan berpuluh-puluh etnik dan bangsa meliputi Malaysia timur dan Malaysia barat. Namun terdapat tiga bangsa yang bersifat majoriti di Malaysia iaitu kaum melayu, cina dan india. Di Sarawak etnik yang paling ramai ialah etnik Iban yang mewakili 30 peratus dari keseluruhan etnik di Sarawak. Di Sabah pula etnik yang paling ramai ialah etnik Kadazan-Dusun yang terdiri 27 suku. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat cetakan 2007, masyarakat majmuk bermaksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum dan suku. Menurut J. S Furnival (1948)

[1]

masyarakat majmuk

terdiri daripada berbagai kaum/etnik yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri meskipun berada di bawah sistem politik yang sama. Manakala menurut Kamarudin Jaafar masyarakat majmuk bermaksud kaum bercampur tetapi kehidupan berasingan, interaksi terbatas, penuh prasangka serta ‘bersama’ tetapi tidak bersatu. Masyarakat majmuk boleh dibahagikan kepada tiga ciri utama iaitu dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Ciri-ciri masyarakat majmuk pertama dari sudut politik bermaksud setiap etnik atau bangsa mempunyai tingkahlaku tersendiri dalam pendirian politik. Parti politik dominan lebih berteraskan perkauman dan mengamalkan politik perkauman. Selain itu terdapat juga parti politik yang berasaskan keagamaan kerana mempunyai pendirian kepercayaan yang berbeza. Dari sudut ekonomi masyarakat majmuk membawa erti setiap masyarakat mempunyai pengkhususan pekerjaan yang berbeza. Perbezaan pekerjaan juga membawa kepada perbezaan tempat tinggal, taraf kehidupan, dan komposisi kaum di setiap negeri. [1]

Hubungan etnik di era penjajahan sehingga kemerdekaan, Unit Sains Sosial KuiTTHO, 2007

Ciri-ciri yang terakhir ialah ciri-ciri dari sudut sosial iaitu setiap bangsa mempunyai interaksi yang lebih di dalam kaum masing-masing dan kurang berinteraksi 1

di antara kaum. Masyarakat majmuk juga mempunyai azam sosial yang sama. Kewujudan pelbagai kaum dan etnik juga mewujudkan kehidupan yang penuh berprasangka, konflik dan pertentangan dalaman dan luaran. Perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia bermula secara rasmi setelah termeterainya perjanjian diantara Sir Andrew Clarke dan Raja Abdullah yang dinamakan Perjanjian Pangkor 1874

[2]

di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat

Dinding, iaitu perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor. Perjanjian tersebut merupakan

satu

kesilapan

yang

telah

dilakukan

oleh

Raja

Abdullah

yang

mengakibatkan bermulanya campurtangan British secara rasmi di negeri-negeri melayu. Bermula dari Perak mereka terus menakluki negeri-negeri melayu yang lain dengan menempatkan residen dan penasihat British di negeri-negeri tanah melayu. Kerajaan British telah mengeksploitasikan segala sumber mineral di Tanah Melayu untuk memenuhi permintaan Revolusi Perindustrian. Antara pembaharuan yang dilakukan ialah memperkenalkan aktiviti perlombongan bijih timah dan perladangan getah yang memerlukan banyak tenaga kerja. Oleh itu kerajaan British telah membawa masuk ramai imigran-imigran dari China dan India bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di dalam sektor perladangan dan perlombongan. Pembukaan lombong bijih timah di Kuala Lumpur di Selangor, Taiping, Lembah Kinta, Ipoh, Kampar di Perak serta Sungai Ujong di Negeri Sembilan selepas 1874 telah merancakkan lagi kemasukan imigran luar. Kemasukan secara beramai-ramai imigran cina adalah pada abad ke-19 iaitu pada 1881. Seramai 89 900 imigran dari cina telah dibawa masuk melalui Singapura dan Pulau Pinang.

[3]

Kebanyakan orang cina yang

datang ke Tanah Melayu berasal dari bahagian tenggara China, iaitu Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. [2] [3]

Ruslan Zainuddin, Sejarah Melayu Edisi Kedua, 2003 Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Perkembangan ekonomi kolonial di tanah melayu, http://www.geocities.com/unit_pm_dan_bk /en_hamdan/Artikel/ekomal.htm

Pihak British telah mengambil seramai mungkin kaum cina untuk dijadikan buruh di tapak-tapak perlombongan bijih timah utama di Tanah melayu. Antara kawasan tumpuan mereka ialah di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kinta. Penumpuan mereka 2

di kawasan ini telah mengakibatkan wujudnya suatu ekonomi baru iaitu kegiatan peruncitan. Mereka mendirikan kedai-kedai runcit di sekitar tempat kediaman untuk membekalkan bahan keperluan seharian kepada para pelombong. Imigran cina pada permulaannya dibawa masuk melalui sistem tiket kredit. Melalui sistem ini mereka akan diberi tiket kredit oleh Khek Thau. Tiba di pelabuhan mereka akan disimpan sehingga ada majikan yang berminat untuk mengambil mereka sebagai pekerja. Buruh-buruh baru ini dikenali sebagai Sin Khek (pendatang baru), dijual kepada majikan yang berminat seperti pengusaha lombong dan harga jualan menjadi hutang Sin Khek kepada majikan. Mereka dikehendaki bekerja sehingga hutang langsai dan setelah itu mereka dikenali sebagai Lau Khek dan bebas bekerja dengan sesiapa yang mereka mahu. [4] Kaum imigran cina di Tanah Melayu dapat dibahagikan kepada 3 kelompok iaitu pertama mereka yang datang sewaktu zaman kesultanan melayu Melaka. Mereka berjaya menyesuaikan diri dengan budaya setempat dan kini dikenali sebagai kaum Baba dan Nyonya. Kedua ialah mereka yang berhijrah pada awal abad ke-19 ke negerinegeri selat. Mereka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut adat istiadat Melayu, mereka digelar Cina Selat. Ketiga ialah mereka yang datang setelah tahun 1850-an untuk bekerja di lombong-lombong. Mereka berbeza kerana hidup terpencil dari pergaulan dengan kaum bumiputera. Mereka tidak fasih bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan budaya asal mereka. [5] Setelah berlakunya revolusi perindustrian di eropah, permintaan terhadap getah asli semakin meningkat dan menyebabkan kerajaan British terpaksa membawa masuk banyak imigran-imigran dari luar sebagai buruh termasuklah dari India untuk ditempatkan di kawasan perladangan getah. [4] [5]

Ruslan Zainuddin, Sejarah Melayu Edisi Kedua, 2003 Mahdi Shuid 2009, Teks Pra-U STPM Sejarah Malaysia, Selangor,

Terdapat juga buruh dari india yang memiliki iktisas dan datang bekerja sebagai doktor, peguam, polis dan sebagainya. Proses penghijrahan buruh-buruh india bermula sekitar awal abad ke-20. Pada tahun 1900, dianggarkan keluasan ladang getah di

3

Malaysia adalah seluas 50 000 ekar dan semakin bertambah sehingga Tanah Melayu menjadi pengeluar getah terbesar di dunia. [6] [7] Kemasukan buruh-buruh india pada mulanya dikendalikan oleh satu sistem yang dikenali buruh kontrak (indented labour) pada 1820 untuk dijadikan pekerja di ladang tebu dan kopi. Seorang imigran akan menandatangani kontrak dengan majikan selama 3 atau 5 tahun dan segala tambang perjalanan akan ditanggung oleh majikan. Setelah tamat kontrak mereka boleh pulang ke India ataupun bekerja dengan majikan lain. Terdapat ejen-ejen yang ditugaskan untuk mengambil pekerja namun sering berlakunya penipuan dan penculikan untuk dijadikan buruh di Tanah Melayu kerana kadar upah yang tinggi berdasarkan bilangan buruh yang berjaya dibawa oleh orang tengah ke Tanah Melayu. Para pemimpin India turut membantah sistem ini kerana banyak kegagalan. [8] Pada 1910, sistem buruh kontrak telah dihapuskan dan diganti dengan sistem kangany. Majikan harus menghantar seorang kangany ke India untuk memujuk seramai mungkin menjadi buruh di Tanah Melayu. Kangany dibayar berdasarkan jumlah pekerja yang berjaya dipujuk dan segala perbelanjaan pengangkutan dan urusan ditanggung oleh pihak majikan. Kesemua buruh akan diletakkan di bawah pengawasan mandur sebaik tiba di ladang getah untuk bekerja. Kerajaan British juga telah meletakkan pegawai di Madras, India bagi memudahkan urusan pengambilan buruh dijalankan.

Mahdi Shuid 2009, Teks Pra-U STPM Sejarah Malaysia, Selangor, Kawasan penanaman getah pada 1900 ialah 50 000 ekar, meningkat 543 000 ekar pada 1911 dan akhirnya meningkat kepada 3 272 000 ekar pada tahun 1938 dan menjadikan Tanah Melayu negara pengeluar getah asli terbesar di dunia. [8] Skema Jawapan Soalan Percubaan STPM 2008 PPD Muar, http:// www.highschoolmuar.com/ download_file. php?id=54 [6] [7]

Sistem kangany lebih bersifat personalised dan berjaya menggalakkan kemasukan lebih ramai kerana tiadanya penipuan dan penculikan berlaku. Pada 1887, 4

pihak British telah memberi subsidi sebanyak $30 000 bagi mengurangkan tambang kapal stim. Sekaligus merancakkan lagi kemasukan imigran dari India ke Tanah Melayu. Kebanyakan buruh-buruh baru tiba mereka akan masuk ke Tanah Melayu melalui pelabuhan Pulau Pinang dan Singapura, mereka akan ditempatkan di ladangladang getah di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor. Secara tuntasnya, perkembangan ekonomi kolonial yang berasaskan bijih timah dan getah telah mewujudkan suatu sistem masyarakat yang majmuk di Tanah Melayu.[9] Aktiviti perlombongan bijih timah dan peladangan getah memerlukan banyak tenaga buruh. Jesteru sebagai langkah mudah dan menjimatkan bagi pihak British, mereka telah membawa masuk imigran-imigran dari China dan India bagi memenuhkan kuota pekerja di kedua-dua sektor tersebut.

[9]

Ismail Hussein 1993, Tamadun Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

5

Related Documents

Ayat Majmuk
October 2019 16
Masyarakat 1
May 2020 3
Kkp Kurikulum.docx
November 2019 28
1 Semester
November 2019 32

More Documents from ""