AYAT MAJMUK Gabungan dua atau lebih ayat tunggal dalam satu ayat. Ayat yang dibentuk mestilah melalui cara-cara tertentu dan tidak melanggar hukum tatabahasa.
JENIS AYAT MAJMUK Ayat majmuk gabungan Ayat majmuk pancangan Ayat majmuk campuran
AYAT MAJMUK GABUNGAN Ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal yang digabungkan dengan menggunakan kata hubung dan, atau, tetapi dan sebagainya. Contoh: Emak sedang memasak. (AT) Adik sedang menyanyi. (AT) Emak sedang memasak dan adik sedang menyanyi. (AM)
AYAT MAJMUK PANCANGAN Gabungan ayat-ayat tunggal yang tidak setara membentuk satu ayat baru. Terdapat satu ayat utama atau induk dan beberapa ayat kecil lain dalam satu ayat. Terbahagi kepada tiga jenis:
Ayat majmuk pancangan relatif Ayat majmuk pancangan komplemen Ayat majmuk pancanmgan keterangan
AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF Menggunakan kata pancangan yang dalam binaannya. Kata pancangan ini bertugas memancangkan ayat kecil ke dalam induk. Contoh: Ayah membeli sebuah kereta. Kereta itu telah rosak. Ayah membeli sebuah kereta yang telah rosak.
AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN Ayat yang ditandai kata hubung bahawa dan untuk. Terdapat satu ayat induk dan ayat kecil yang dinamakan ayat komplemen. Contoh: Sungguh mustahil untuk mereka melepaskan diri. Perkara itu sungguh mustahil. (AI) Mereka melepaskan diri. (AK)
*Ayat induk tidak boleh berdiri sendiri tetapi ayat komplemen merupakan ayat yang lengkap dgn subjek dan predikatnya. Ayat induk memerlukan ayat komplemen utk menjadi satu ayat yang lengkap.
AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN Terdiri drp satu ayat induk dan satu atau lebih ayat kecil yang berfungsi sebagai penerang predikat kepada ayat induk. Ayat induk boleh berdiri sebagai ayat yang lengkap walaupun tanpa ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan. Ayat kecil atau ayat keterangan tidak boleh berdiri sebagai ayat disebabkan hadirnya kata hubung pada awal ayat keterangan ini.
AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN Ayat keterangan boleh hadir di hadapan atau di belakang ayat induk tanpa mendukung sebarang perbezaan makna. Contoh: Budak kecil itu menjerit-jerit. (ayat induk)
Ketika saya tiba di rumahnya. (ayat keterangan) Budak kecil itu menjerit-jerit ketika saya tiba di rumahnya. Ketika saya tiba di rumahnya, budak kecil itu menjerit-jerit.
AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN Jenis-jenis keterangan: Keterangan musabab Keterangan syarat Keterangan waktu Keterangan pertentangan Keterangan harapan Keterangan cara Keterangan tujuan Keterangan perbandingan
Keterangan musabab Unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. Kata hubung yang digunakan ialah kerana, lantaran dan oleh sebab. Contoh,
Saya tidak hadir ke kelas kerana terlewat bangun.
Keterangan akibat unsur yang menerangkan kesan atau hasil daripada sesuatu perbuatan. kata hubung yang digunakan ialah hingga dan sehingga Contohnya,
Khalil ketawa hingga terjatuh kerusi. Mala belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya.
Keterangan syarat Unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung yang digunakan seperti, sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau. Contohnya,
Kamu akan gagal sekiranya tidak berusaha Jika diizinkan Allah kita berjumpa lagi.
Keterangan waktu Unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung yang digunakan ialah sejak, semenjak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala dan ketika. Contohnya
Sejak dari dahulu lagi saya menyukainya. Nenek meninggal dunia ketika saya masih kecil.
Keterangan pertentangan Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung yang digunakan seperti walaupun, meskipun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun dll. Contohnya,
Walaupun dia cacat penglihatan, dia tetap ingin belajar.
Keterangan harapan Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati. Kata hubung yang digunakan sperti supaya, agar, semoga, moga-moga dan kalau-kalau. Contohnya,
Moga-moga doa kita dimakbulkan. Saya berharap agar kamu beroleh kejayaan.
Keterangan cara Unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung yang digunakan ialah dengan. contohnya.,
Mustafa datang ke kuliah dengan menaiki bas.
Keterangan tujuan Unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung ialah untuk, demi dan bagi. Contohnya,
Shukri datang ke kelas untuk belajar. Demi menjaga maruahnya, dia sanggup melaporkan perkara tersebut.
Keterangan perbandingan Unsur yang menerangkan kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung ialah, seperti, macam, ibarat, bak, bagaikan dll. Contohnya,
Pasangan itu bagaikan pinang dibelah dua. Wazir sentiasa mengelamun seperti pungguk rindukan bulan.
AYAT MAJMUK CAMPURAN Ayat majmuk yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dgn ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai ayat majmuk. Contoh: Bangsa Melayu terkenal dengan sifat lemah lembut dan budi bahasa yang tinggi nilainya.
Analisis ayat
a) Bangsa Melayu terkenal dengan sifat lemah lembut. Ayat majmuk keterangan cara Bangsa Melayui terkenal. (ayat induk) Dengan sifat lemah lembutnya. (ayat keterangan) b) Bangsa Melayu terkenal dengan budi bahasa yang tinggi nilainya. Ayat majmuk pancangan relatif Bangsa Melayu terkenal dengan budi bahasa. (ayat induk) Budi bahasa bangsa Melayu tinggi nilainya. (ayat kecil)