Geografi Alam Sekitar Manusia

  • Uploaded by: Akhi Muhammad Aiyas
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Geografi Alam Sekitar Manusia as PDF for free.

More details

  • Words: 1,548
  • Pages: 30
GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA (SEKTOR PERKHIDMATAN)

PETA KONSEP SEKTOR PERKHIDMATAN

Jenis dan Ciri Sektor Perkhidmatan

Sektor Pengangkutan Dan Perhubungan

Sektor Pelancongan

SEKTOR PERKHIDMATAN • Sektor perkhidmatan dikenali sebagai sektor ekonomi tertier atau sektor ekonomi peringkat ketiga. • Sektor perkhidmatan ini tidak mengeluarkan barangan tetapi ia membekalkan perkhidmatan kepada pengguna.

• Antara contoh sektor perkhidmatan ialah:sektor pengangkutan dan perhubungan,kewangan dan insuran,hartanah,perkhidmatan perniagaan, pelancongan,hotel dan restoran,sektor utiliti elektrik,air dan gas,sektor pembinaan infrastruktur serta perkhidmatan kerajaan dan swasta.

• Di Malaysia,sektor perkhidmatan dikategorikan sebagai industri tertiar dan menjadi sektor ekonomi yang kedua terpenting selepas sektor perkilangan.

• Sektor perkhidmatan mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan sebagai sektor ekonomi utama negara pada masa hadapan. • Kini,industri perkhidmatan negara tumbuh dan berkembang pesat sejajar dengan perkembangan pesat industri primer dan sekunder.

JENIS DAN CIRI-CIRI SEKTOR PERKHIDMATAN DI MALAYSIA ~INDUSTRI PELANCONGAN : •Muncul sebagai sektor perkhidmatan yang paling banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. •Antara contoh yang berkaitan dengan industri pelancongan di Malaysia adalah seperti perkhidmatan hotel,resort,chalet, perkhidmatan restoran, perkhidmatan pemandu pelancong, pengangkutan dan telekomunikasi, aktiviti riadah atau rekreasi, persidangan dan forum,pertandingan sukan dan kebudayaan, perkhidmatan utiliti elektrik,air dan gas serta perkhidmatan kewangan dan insurans yang melibatkan para pelancong.

~INDUSTRI PENGANGKUTAN DAN TELEKOMUNIKASI  Industri pengangkutan dan telekomunikasi menjadi sektor perkhidmatan yang kedua penting utama.  Industri pengangkutan melibatkan tiga bidang yang utama iaitu : (1) pengangkutan darat --lebuh raya,jalan raya,jalan kereta api, Sistem Transit Aliran Ringan(LRT),Sistem Komuter,Monorel dan Jalinan Transit Express(ERL) (2)pengangkutan air –sistem pengangkutan sungai dan laut seperti perkhidmatan feri,kapal pengangkut atau kapal dagang,bot dan sampan. ~Perkembangan pesat sistem pengangkutan air menyebabkan munculnya pelabuhan entreport seperti Pelabuhan Klang,Pelabuhan Pulau Pinang dan lain-lain.

(3) pengangkutan udara :cth~kapal terbang dan helikopter. ~Kewujudan KLIA,Kapal Terbang Antarabangsa Subang, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan lain-lain lapangan membuktikan sistem pengangkutan di Malaysia juga mengalami perkembangan pesat. ~Sistem Penerbangan Malaysia(MAS)dan Air Asia merupakan syarikat pengangkutan udara yang mendominasi industri penerbangan Malaysia pada masa kini.

 Dalam bidang telekomunikasi pula,melibatkan penggunaan telefon dan telefon bimbit, faksimili,kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT),internet dan intranet dan sebagainya yang menyebabkan penyebaran maklumat,inovasi,aliran keluar masuk modal,urusan perniagaan dan penerokaan pasaran menjadi lebih mudah dan cepat.  Konsep e-dagang:bidang komunikasi perdagangan global masa kini yang mesti dikuasai oleh Malaysia  Kerajaan telah menjayakan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC)sebagai usaha menjana dan mempercepatkan ICT negara.

~Sektor Kewangan,insurans,hartanah dan perkhidmatan perniagaan  Perkhidmatan kewangan melibatkan syarikat kewangan dan bank.  Bank menyediakan kemudahan perbankan seperti penyimpanan wang manakala syarikat kewangan pula menyediakan perkhidmatan pinjaman wang kepada pengusaha dan peniaga.  Terdapat pelbagai jenis yang menawarkan perkhidmatan tersebut seperti Bank Islam ,Maybank,Bank Bumiputera Commerce dan Bank Simpanan Nasional serta lain-lain lagi.  Perkembangan pesat sektor perbankan di Malaysia menyebabkan ia berjaya menubuhkan Pusat Kewangan Luar Pesisiran Antarabangsa Labuan(IOFC)yang terletak di Wilayah Persekutuan Pelabuhan Labuan.

 Di sini diaglomerasikan pelbagai jenis syarikat kewangan antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan pinjaman kepada pelabur asing dan tempatan.  Perkhidmatan insurans ~menyediakan perkhidmatan perlindungan kepada manusia daripada bencana alam,kemalangan,rawatan dan pendidikan dengan menggunakan pelbagai nama seperti insurans nyawa,insurans kesihataan,insurans kemalangan dan insurans pendidikan.

 Terdapat dua jenis insurans di Malaysia iaitu : (a)insurans konvensional (b)insurans takaful

Sektor hartanah ~melibatkan perkhidmatan jual beli rumah kediaman,rumah kedai,ruang pejabat dan lain2. Manakala,bagi perkhidmatan perniagaan ~melibatkan perkhidmatan seperti guaman, perundingan(konsultansi), perubatan, pendidikan, keselamatan dan kebersihan serta kerjaya.

~Sektor Utiliti Elektrik,Air dan Gas  Merupakan perkhidmatan asas kepada penduduk dan menjadi keperluan asasi pada masa kini.  Utiliti elektrik melibatkan pembekalan dan penyelenggaran sumber tenaga kepada kediaman penduduk ,industri,komersial,perniagaan dan organisasi.  Di Malaysia,pembekalan tenaga elektrik dimonopoli oleh syarikat bersekutu kerajaan(SBK)iaitu Tenaga Nasional Berhad( TNB) manakala bekalan air pula dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA )di bawah kerajaan negeri masing-masing.

 Namun begitu,terdapat juga sesetenganh negeri menswastakan perkhidmatan bekalan air kepada penduduk seperti SYABAS di Selangor dan Air KELANTAN SDN BHD di Kelantan .  Pada tahun 2000,100%daripada kawasan bandar dan 93%kawasan luar bandardi Malaysia telah dubekalkan dengan kemudahan tenaga elektrik.  Manakala 98%penduduk bandar dan 87% penduduk luar bandar menikmati perkhidmatan bekalan air bersih.

~Perkhidmatan Kerajaan • Di malaysia,perkhidmatan kerajaan masih lagi menjadi perkhidmatan yang amat pentingkepada penduduknya walaupun negara telah mengamalkan dasar penswastaan. • Ini kerana keupayaan rakyat untuk membayar kos perkhidmatan swasta masih rendah. • Oleh sebab itu,sestengah bidang perkhidmatan kerajaan amat relevan sebagai usaha untuk membantu keselesaan ,kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat.





Antara sektor penting ialah kerajaan dan tidak diswastakan sepenuhnya seperti sektor pendidikan,kesihatan pentadbiran, keselamatan negara. Perkhidmatan kerajaan ini berlangsung dalam tiga peringkat iaitu:

(a) Kerajaan negeri (b) Peringkat kerajaan pusat (c) Pihak berkuasa tempatan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN Faktor-faktor mempengaruhi perkembangan Sektor perkhidmatan

Faktor Fizikal

Faktor Ekonomi

Faktor Governan

Faktor Teknologi

Faktor Fizikal • Kekayaan sumber semula jadi yang dimiliki oleh Malaysia • Misalnya perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu dan Sarawak telah memajukan sektor pengangkutan,pelabuhan, dan bekalan tenaga elektrik dan gas kepada penduduk penduduk serta industri perkilangan. • Manakala kewujudan sunggai yang besar dan dalam pula menggalakkan perkembangan sektor pengangkutan

• Dalam konteks sektor pelancongan,hampir 90% daripadanya bergantung kepada keindahan semula jadi atau alam sekitar. • Produk ekopelancongan di Malaysia misalnya penting dalam menjana perkembangan pesat sektor pelancongan negara terdapatnya unsur-unsur semula jadi seperti keindahan pantai dan pulau,tanah tinggi dan pulau,tanah tinggi beriklim sejuk ,hutan lipur dan air terjun, tasik, gua dan lain-lain.

FAKTOR EKONOMI • Kemajuan sektor ekonomi primer dan sekunder menjadi asas penting untuk memperkembangan sektor perkhidmatan negara kerana sektor perkhidmatan bergantung kepada produk ekonomi primer dan sektor sekunder sebagai inputnya. • Hasil-hasil pertanian,perlombongan dan perindustrian perlu diangkut dan dipasarkan ke kawasan pasaran. • Keadaan ini memerlukan perkhidmatan pengangkutan dan telekomunikasi yang moden dan cepat supaya produk tersebut boleh sampai dengan segera kepada pengguna.

• Oleh itu,rangkaian lebuh raya dan jalan kereta api memainkan peranan penting. • Selain itu,permintaan terhadap perkhidmatan pengangkutan, pelancongan,kesihatan dan pendidikan tinggi bergantung kepada pendapatan perkapita pengguna untuk menjamin kuasa beli yang tinggi. • Jika pendapatan perkapita pengguna masih rendah maka permintaan kepada sektor perkhidmatan juga berkurangan.

FAKTOR GOVERNAN • Di Malaysia,kerajaan memainkan peranan penting dalam memajukan sektor perkhidmatan. • Antara perananya yang diambil oleh kerajaan ialah menggalakkan pelabur asing menanam modal dalam sektor pelancongan, membuka pusat pengajian tinggi dan menyediakan perkhidmatan insurans dan bank. • Contohnya pelabur diberi pengecualian cukai antara 85% hingga 100% bagi menggalakkan mereka melabur di Malaysia. • Selain itu,usaha mempromosikan sektor pelancongan di luar negara terus dilakukan oleh kerajaan menerusi TDC.

• Dalam Rancangan Malaysia Kelapan,kerajaan pula bersungguh-sungguh mengembangkan industri francais, memperluaskan konsep e-dagang mejayakan MSC, menyediakan infrastruktur yang lengkap seperti membina jaringan lebuh raya dan rangkaian telekomunikasi canggih. • Tujuan pelaksanaan yang diambil oleh kerajaan ini adalah untuk menjana sektor perkhidmatan dalam negara. • Menerusi dasar penswastaan negara pula,kerajaan telah memajukan perkhidmatan utiliti seperti bekalan air bersih,tenaga dan telekomunikasi.Justeru itu,muncul syarikat kongmelarat swasta yang membeikan perkhidmatan yang cekap kepada rakyat seperti TELEKOM,CELCOM,MAXIS dan sebagainya.

FAKTOR TEKNOLOGI • Kepesatan pembangunan sektor perkhidmatan amat dibantu oleh kemajuan teknologi dan inovasi baru. • Justeru itu,penyelidikan dan pembangunan(R&D) yang berterusan sentiasa dilakukan oleh kerajaan dan swasta bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi cita rasa pengguna. • Teknologi moden bukan sahaja dibangunkan melalui R&D dalam negara malah ada yang dipindahkan atau diimport dari luar negara. • Secara jelas teknologi telekomunikasi berkembang dengan pesat di Malaysia dan perkembangan teknologi telekomunikasi ini amat seperti sektor pelancongan,kewangan,pengangkutan,perniagaan dan lain-lain.

KEPENTINGAN SEKTOR PERKHIDMATAN KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL NEGARA.

• Sektor perkhidmatan turut melibatkan dalam menjana pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. • Salah satu sumbangan sektor ini ialah membantu meningkatkan KDNK negara dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga manusia yang sekaligus mengurangkan pengangguran. • Penting dalam membangunkan ekonomi lain berkaitan khususnya sektor primer dan sektor sekunder. • Dengan adanya sektor perkhidmatan maka sektor-sektor lain juga akan turut berkembang sebagai satu rantaian tindak balas ekonomi.

• Misalnya bahan mentah dan barangan siap untuk perindustrian yang diangkut ke kilang atau ke pasaran menerusi sistem pengangkutan darat,air dan udara. • Sektor kewangan dan bank ~beri perkhidmatan pinjaman kredit untuk pekilang atau pengusahapengusaha untuk menjalankan operasinya. • Pembekalan tenaga elektrik dan air~menjamin sektor industri berkembangdengan baik.Kesannya seluruh peringkat kegiatan ekonomi akan dapat dimajukan.

• Sektor perkhidamatan penting : ~meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk. ~Cth:perkhidmatan kesihatan yang disediakan seperti hospital,poliklinik,klinik desa,bekalan ubat dan doktor terlatih ~kesannya:mengurangkan kadar kematian penduduk,meningkatkan kelahiran dan memanjangkan jangka hayat penduduk. ~disediakan khususnya kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan yang tinggal di luar bandar bagi menikmati kesihatan yang sempurna.

• Dalam konteks pendidikan,kerajaan turut menyediakan sekolah,kolej,IPT yang memberikan pendidikan terbaik kepada rakyat. ~Kesannya akan mengurangkan kadar buta huruf dan meningkatkan golongan celik teknologi. • Memainkan peranan penting dalam meningkatkan teknologi dan kualiti buruh dalam negara. ~perkembangan ICT menyebabkan Malaysia telah berjaya menjana inovasi baru dan menghasilkan teknologi baru yang mampu berdaya saing bagi mengeluarkan produk yang berkualiti. ~Teknologi reka bentuk dan teknologi kawalan mutu dicipta. ~Cthnya,MIMOS banyak melahirkan teknologi baru yang digunapakai dalam aspek pengurusan maklumat.

• Aspek pemindahan teknologi dari luar negara menjadi cepat dengan adanya kemudahan perkhidmatan ICT. • Dari segi kualiti buruh,,tenaga buruh mahir dapat ditingkatkan melalui kemudahan ICT. ~Latihan ,perkembangan dan pembangunan sumber tenaga manusia (HRD)dalam perkhidmatan kerajaan dan swsta -dapat melahirkan ramai golongan profesional. • Sektor perkhidmatan juga penting dalam : ~menambahkan aliran masuk modal ke dalam negara khususnya daripada pelabur asing.

• Dengan adanya,kemudahan perbankan luar pesisir seperti di Labuan maka pelabur asing dengan mudah boleh membuat pinjaman untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi. • Perkhidmatan bank-bank dan syarikat kewangan tempatan membantu penambahan modal khususnya kalangan pengusaha-pengusaha tempatan.

Related Documents


More Documents from ""