Aku sebenarnya tidak tertarik dengan kisah hidup mahmud gila tu. Sebabnya namanya saja gila, kerana konon dia majzub terlalu lama ….hampir empat tahun, sehingga dianggap gila. Dia pun pernah berbangga bila menyebut namanya MAHMUD GILA!!! Kalau betul majzub…. dia tak perlu jaga orang. Sebab majzub itu khas untuk seseorang yang dikehendaki Allah sahaja. Tetapi dalam dunia ini bukan dia seorang, dah banyak bahkan beribu2 orang yang dah majzub atau mendakwa majzub. Tetapi bilangan ini tidak pula ramai kerana ia bukan lah satu kaedah tapi satu kelengkapan bagi Allah s.n.t dalam MEMPAMIRKAN Kebesaran dan KekuatanNya.
Lagipun orang majzub bukanlah contoh untuk diikuti tetapi ia hanyalah pameran Allah kepada manusia dan sekatan Allah kepada seseorang yang majzub yang tak dapat faham dengan jalan pemikiran dan pembelajaran atau pengajaran dan pendidikan…tetapi kerana ia IKHLAS…maka Allah mencabut keupayaan otaknya dan kekuatan jasadnya, hanya semata2 mengikut arahan dan lakunan Allah pada dirinya bagi tempoh2 tertentu, untuk mengajar dirinya SECARATERUS sehingga ajaran yang di paksakan itu benar2 melekat pada otak dan hatinya.
Adakah orang lain boleh mencontohi perbuatan Allah dengan sengaja2 bermajzub atau bolehkah seseorang diarah atau diajar supaya menjadi majzub……? Oleh itu majzub adalah kehendak Allah dan dia tak boleh pula diajarkan, dicontohi apalagi diikuti. Orang majzub yang telah selesai menjalani tempoh majzub sepatutnya hendaklah bersyukur kepada ALLAH S.N.T. kerana telah memaksakan keyaqinan kedalam dirinya yang tersesat selama ini dan dengan itu kembali mengambil jalan salik. Jalan salik iaitu jalan ilmu, amal dan ikhlas sesungguh hati….bukan HANYA semata2 hancur hati dengan Allah. Tetapi jalan salik juga bukan jalan mudah. Ia adalah jalan mujahadah seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya r.a.a. Ia hanya dicapai dengan kesungguhan yang tinggi dari hati dan fikiran yang telah memahami dengan segala pengajaran dan pendidikan yang didapati yang berotoriti dari Rasulullah dan para sahabat nya.
Dengan karunia Allah ORANG SALIK itu disempurnakan dengan MAJZUB kepada Allah walaupun untuk tempoh yang amat singkat – seperti dalam satu saat. Firman: wa’bud rabbaka hatta ya’tiyakal yaqeen…..Ber’amal ibadahlah kamu kepada Tuhanmu sehingga dikurniakan alYAQEEN………. Firman: illa min ‘ibaadaka…….. ALmukhlasyieen……. Kecuali bagi para HAMBAKU……… yang DIKURNIAKAN KEIKHLASAN.
JALAN SALIK BUKANLAH JALAN YANG BER-TEMPOH SEPERTI jalannya MAJZUB. Ia adalah jalan seumur hidup……. Firman: wamaH-ya ya wamamaati lillahirobbil ‘alamien…….hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan seluruh ‘alam. Disini orang akan melihat bahawa kedua2 MAJZUB DAN SALIK adalah kurniaan Allah s.n.t….. semata2, sepertimana jalan yang dikaruniakan kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya r.a.a. Inilah dan hanya inilah JALAN YANG SEMPURNA YANG MENGGABUNGKAN MAJZUB DAN SALIK YANG TELAH UJUD PADA DIRI RASULULLAH S.A.W DAN DIWARISI OLEH PARA SAHABA R.A.A.
----- AWAS !!!!!!! --------
ORANG yang telah mengenal Allah, matahatinya akan hanya melihat Allah dimana jua, sebelum, semasa dan sesudah ia melihat apapun dihadapannya atau didalam hatinya….tidak kira siapapun dan apapun kekuatan dan kehebatan atau ke’ajaiban yang terpamer dihadapannya……. Hanya Allah Yang Maha SegalaNYA………TIDAK ADA SYIRIK WALAU SEBESAR HAMA BAGI ALLAH. INILAH MAJZUB YANG SEBENAR…… ORANG yang mengenal Rasulullah s.a.w. pula, sentiasa mempertahankan SUNNAH RASUL sebagai yang terhebat dan tertinggi…. tidak ada bandingan dan cadangan dengan gaya hidup selainnya untuk dibangga dan dicontohkan……….. INILAH SALIK YANG SEBENARBENARNYA……
----- INGAT !!!!!!! -----APAKAH SESEORANG ITU MEMILIK HARTA BENDA YANG MERUAH LALU BERLAKU KEMEWAHAN, PEMBAZIRAN DAN PEMBOROSAN ! ATAU APAKAH SESEORANG ITU MEMILIKI ILMU SEPENUH LANGIT, SEHINGGA LALAI DARI KEBENARAN DAN MENJADI PEROSAK KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT ! ATAU APAKAH IA MEMILIKI PANDANGAN TEMBUS…… SEHINGGA MENGALAHKAN NABI DAN RASUL ATAU TELAH MEWARISI TARAF KETUHANAN YANG MAHATAHU! KETAHUILAH…….. Semua itu TIADA apa ertinya dihadapan Tuhan Raja Segala ‘Alam. Langit, Bumi, Bulan, Matahari Bintang2 semuanya adalah makhluk yang amat kerdil disisi Tuhan Maha Penguasa Maha Pencipta…! Semua harta benda miliknya. Tidak ada ilmu melebihi ILMUNYA dan tidak ada siapa yang MENGETAHUI SEGALA GALANYA SELAIN DIA……!
LAGIPUN SEMUA NYA AKAN DIBINASAKAN ALLAH JUA !!!!!! YANG KEKAL HANYA DIA YANG TIDAK ADA PERMULAAN !!! YANG BERKUASA MENGEMBALIKAN HANYALAH DIA SAHAJA !!!
MAHASISWA, MAHAGURU, MAHA PROFESSOR, MAHA DOKTOR, MAHA ENGINEER, MAHARAJA, MAHA PRESIDEN……..BERJUTA TELAH PUN TERSUNGKUR TERSEMBAM PUNAH HANCUR DIHADAPAN DIA YANG PALING KAYA PALING TAHU DAN PALING BERKUASA……. TUNJUKKAN SIAPA YANG MASIH KEKAL…..! KECUALI YANG MASIH MENUNGGU KEHANCURAN DALAM KETAKBURAN YANG SIA SIA CUMA. TUNGGULAH…..KERANA KAMIPUN MENUGGU JUA……… APABILA SEMUANYA MENJADI HANCUR MUSNAH…..! MAU TAK MAU SUKA TAK SUKA …… BILA KAMU SEMUA INI DIBANGKITKAN DIMAHSYAR……….LALU
--------------------------------
Hubaya!!!!! Hubaya!!!!!
-----------------------------------
Malangnya insan kerdil selalu alpa dengan KEIMANAN kepada ALLAH dan sentiasa lalai dari ENAM RUKUN IMAN yang tersimpul kuat didalam KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH, MALAIKAT-MALAIKATNYA, KITAB-KITABNYA, RASUL-RASULNYA, QODZO DAN QODARNYA DAN HARI AKHIRAT……….
Ketahuilah apabila lalai seseorang akan satu sahaja dari ENAM RUKUN IMAN, maka TERGELINCIRLAH IA DARI STATUS ORANG YANG BENARBENAR BERIMAN.
Demikian pula mereka yang membesarkan contoh kehidupan dan kepimpinan selain Rasulallah bererti telah menyimpang jauh dari AHLI SUNNAH WAL JAMAH.
Siapapun dia mestilah BERADA DIBAWAH PAYUNG RASULALLAH YANG KAMIL LAGI TERMAKTUB SEBAGAI KECINTAAN ALLAH BAGI UMMAT AKHIR ZAMAN….! Orang yang berpaling atau lalai dari CONTOH DAN KEPIMPINAN RASULULLAH adalah orang yang jatuh kepada FANATIK DAN TA’ASUB dan terkeluar dari UMMAT MUHAMMAD S.A.W. sehingga HARI QIAMAT……………………….!
APA YANG SEPATUTNYA ADA, IALAH KASIHSAYANG YANG TINGGI DALAM UKHUWAH SESAMA IMAN DAN ISLAM PADA JALAN MENTAATI ALLAH S.N.T. DAN DALAM MENCONTOHI RASUL S.A.W. Firman: Wata’aawanu ‘alal-birri wat-taqwa……..wala ta’aawanu ‘alal- ismi wal‘udwan…….bertolongbantulah kamu dalam kebajikan serta taqwa….jangan sekalikali bertolong bantu dalam kebejatan dan permusuhan…….
JANGANLAH ADA DIDUNIA INI YANG FANA INI SESEORANG YANG MENGAKU AHLULLAH LALU MENGABAIKAN SUNNAH RASULALLAH S.A.W. Sesungguhnya pengakuan seseorang adalah pada HATI namun ia tetap menjadi cacat bila tidak disempurnakan dengan perkataan dan perbuatan yang ikhlas kerana Allah taala semata…… ORANG YANG CACAT BEGINI DITAKUTI TERJATUH KEDALAM GOLONGAN ZINDIQ… IAITU KAFIR YANG TERSEMBUNYI ! Wal’iyyazubillah……..
Ini adalah kata2 orang mabuk Allah atau fana fil lah……. ATAU JUGA UCAPAN ORANG MAJZUB YANG BELUM SIUMAN……
Namun kenyataan nya didepan mata kita….. ahli akhirat tetap hidup BERGELUMANG DENGAN dunia dan ahli dunia tetap akan DISUMBAT KEDALAM QUBUR untuk pergi keakhirat. Adapun ahlullah yang zindiq akan masuk neraka tetapi Ahlullah yang mengikut sunnah rasul akan masuk syurga. DIMANA ORANG2 ITU HIDUP DAN MATI KALAU BUKAN DIDUNIA DAN KEMANA ORANG2 ITU AKAN PERGI KALAU TIDAK KESYURGA ATAU NERAKA….!
Maka JELASLAH BAHAWA orang yang fana fis syeikh belum fana fir rasul belum fana fil lah, ADALAH orang itu masih JAHIL DENGAN ALLAH dan JAHIL DENGAN RASULULLAH. HANYA SYEIKH YANG BENAR YANG AKAN TERUS MEMANDU MEREKA YANG BERHATI BENAR MENUJU MATLAMAT YANG BENAR , ALLAH S.N.T DENGAN BEKENDERAANKAN KENDERAAN YANG BENAR IAITU SUNNAH RASULALLAH S.A.W. Adapun ORANG FASIK walaupun akhirnya dimasukkan kesyurga tetapi ianya terlebih dahulu dihumbankan keneraka lantaran sangat BERBANGGA DENGAN ILMUNYA DAN AMALAN DIRINYA SERTA LUPA MEMANDANG KEPADA RAHMAT ALLAH YANG MENJADI PUNCA SEGALA KURNIA…….LALU IA TERHIJAB DENGAN HIJAB KEROHANIAN DARI MEMANDANG KEPADA RAHMAT DAN KURNIAAN ALLAH S.N.T.
--wallahu’aklam-…..INI NASIHAT SUCI SHEIKH MOHAMMAD AJAIB AL BANJARI ALSAALIKI ALMAJZUBI bertarikh jumaat 24 rejab 1430 bersamaan 17 julai 2009—alor setar,kedah.
[email protected]. (peringatan: hendaklah dibaca sekurang2nya 7 kali mudah2an terbuka kefahaman yang benar)