ATURCARA DAN AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN Pada hari pertama, 4 September 2017 iaitu pada pukul 8.00 pagi, semua pelajar diminta berkumpul di Padang LDP mengikut unit beruniform masing-masing. Taklimat perkhemahan telah disampaikan oleh ketua komandan, Encik Rahim dan setiap unit beruniform telah diberikan tapak perkhemahan masing-masing. Tapak perkhemahan untuk unit BSMM terletak di tapak perkhemahan di Kem Puteri. Pada pukul 8.30 pagi, pelajar diberikan rehat selama satu jam untuk makan dan pengurusan diri untuk meneruskan aktiviti di tapak perkhemahan. Seterusnya, semua ahli BSMM berkumpul di tapak perkhemahan masing-masing dan telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Kumpulan A, B, C dan D. Setiap ahli kumpulan dikehendaki kawasan tapak perkhemahan dan membina gajet untuk diletakkan di dalam kawasan tapak perkhemahan masing-masing. Pada pukul 12.30 tengah hari, pelajar diberikan rehat dan solat Zohor sehingga pukul 2.30 petang untuk meneruskan aktiviti membina gajet pada waktu petang. Tepat pada pukul 5.00 petang, semua ahli BSMM diminta untuk membuat latihan kawad kaki mengikut kumpulan yang telah diberikan. Latihan ini dilakukan supaya pelajar dapat mengukuhkan lagi kawad kaki sebelum ujian kawad kaki dilaksanakn. Pada pukul 6.30 petang, aktiviti ditangguhkan untuk memberi ruang kepada pelajar untuk rehat dan pengurusan diri sebelum menjalankan aktiviti pada waktu malam. Pada pukul 7.00 petang, pelajar nonMuslim menghadiri slot moral di Balai Kerapatan yang disampaikan oleh Mr. Wang manakal pelajar Muslim solat maghrib dan isyak di Balai Islam. Selepas itu, pada pukul 9.00 malam, semua ahli BSMM berkumpul di hadapan perpustakaan untuk latihan simpulan dan ikatan. Amali untuk ujian simpulan dan ikatan turut dijalankan terhadap beberapa ahli BSMM. Pada pukul 10.30 malam, semua pelajar diminta berkumpul di padang LDP untuk menghadiri perjumpaan bersama ketua komandan . Pada hari kedua, 5 September 2017, tepat pada pukul 7.00 pagi, semua pelajar diminta berkumpul di Dataran Melewar untuk melakukan aktiviti senaman pagi dan senamrobik yang dikendalikan oleh ahli jawatankuasa senaman pagi. Aktiviti larian juga turut dijalankan dan dikendalikan oleh Encik Rahim. Pada pukul 9.00 pagi, semua pelajar berkumpul di Tapak Puteri mengikut unit beruniform masing-masing dan kawad kaki serta upacara menaikkan bendera diadakan. Pada pukul 9.30 pagi, semua ahli BSMM dan unit beruniform yang lain berkumpul di tapak perkhemahan masing-masing untuk meneruskan aktiviti membina gajet perkhemahan. Terdapat seorang ahli BSMM telah dilaporkan cedera semasa menjalankan aktiviti ini iaitu Aisywarya dari Kumpulan B kerana terkena gergaji semasa memotong kayu. Pada pukul 12.30, semua ahli memberhentikan semua aktiviti yang dilakukan dan meneruskan aktiviti pada waktu petang.
Pada pukul 2.30 petang, semua ahli BSMM diminta untuk berkumpul di Gimnasium untuk latihan pertolongan cemas dan diajar oleh pensyarah BSMM cara menggunakan kain anduh mengikut situasi kecederaan yang dialami oleh mangsa. Pada pukul 5.00 petang, semua ahli diminta untuk ke tapak perkhemahan untuk mendirikan khemah kumpulan masing-masing. Namun demian, terdapat satu khemah sahaja yang dapat didirikan manakala tiga buah khemah lagi gagal untuk didirikan kerana tidak mempunyai peralatan yang lengkap. Selepas siap mendirikan khemah, pelajar diberikan rehat dan pengurusan diri sebelum meneruskan aktiviti pada waktu malam. Pada pukul 7.00 malam, semua pelajar non-Muslim menghadiri slot moral di Balai Kerapatan yang telah disampaikan oleh Dr. Hajah Che Yang manakala solat maghrib dan isyak bagi pelajar Muslim di Balai Islam. Kuliah maghrib juga telah disampaikan oleh Ustaz Muhsinul Nizam. Pada pukul 9.00 malam, semua ahli BSMM berkumpul di hadapan perpustakaan untuk berbincang berkenaan aktiviti yang akan dijalankan pada hari esok iaitu ujian amali masakan rimba dan persembahan malam kebudayaan. Setiap ahli diminta untuk membuat perbincangan berkenaan amali masakan rimba dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan juga perlu menyediakan satu persembahan untuk dipersembahkan pada malam kebudayaan. Pada pukul 10.30 malam, pelajar diberikan rehat dan tidur. Pada hari ketiga, 6 September 2017 pukul 8.00 pagi, semua pelajar berkumpul di Dataran Puteri mengikut unit beruniform masing-masing dan kawad kaki serta upacara menaikkan bendera diadakan. Pada pukul 8.30 pagi, semua ahli BSMM berkumpul di tapak perkhemahan masing-masing dan setiap wakil setiap kumpulan dikehendaki untuk mengambil barangan masakan yang telah disediakan. Di samping itu, setiap kumpulan dikehendaki menyediakan sarapan pagi dan makanan tengah hari dengan menggunakan kaedah rimba seperti memanggang, merebus, menyalai dan lain-lain. Oleh kerana peralatan memasak tidak mencukupi, aktiviti memasak untuk makanan tengah hari telah disediakan secara mass cooking. Setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk memasak manakala ahli yang lain dikehendaki untuk menyediakan masakan untuk penilaian bagi ujian masakan rimba. Pada pukul 2.30 petang, semua ahli BSMM diminta untuk berkumpul di Kem Puteri untuk menjalani ujian amali pertolongan cemas dan setiap ahli dikehendaki menyediakan anduh mengikut situasi kecederaan yang dialami oleh mangsa. Aktiviti yang seterusnya ialah murid non-Muslim menghadiri slot moral di Balai Kerapatan yang disampaikan oleh Dr. Hjh Che Yang manakala pelajar Muslim pula solat maghrib dan isyak di Balai Islam. Pada pukul 9.00 malam, semua pelajar berkumpul di Balai Kerapatan untuk menghadiri malam kebudayaan. Setiap unit beruniform diminta untuk menghantar satu kumpulan untuk membuat persembahan. Pasukan BSMM telah
menghantar wakil daripada kumpulan A dan mereka telah membuat persembahan berkenaan dengan prinsip-prinsip asas Persatuan Bulan Sabit Merah. Pada pukul 10.30 malam, malam kebudayaan tamat dan pelajar telah diberikan masa untuk rehat dan tidur. Pada hari terakhir, 7 September 2017 pada pukul 8.00 pagi semua pelajar berkumpul di Dataran Puteri mengikut unit beruniform masing. Kawad kaki dan upacara menaikkan bendera diadakan serta taklimat berkenaan dengan upacara penutupan telah disampaikan oleh Encik Abdul Rahim bin Aris. Pada pukul 8.30 pagi, semua ahli BSMM berkumpul di tapak perkhemahan masing-masing dan meneruskan latihan kawad kaki dalam kumpulan masing-masing. Tepat jam 11.30 pagi, semua ahli BSMM bergotong-royong membersihkan kawasan tapak perkhemahan masing-masing. Semua khemah telah dibuka dan alatan beserta gajet yang telah dihasilkan disimpan dan diletakkan di satu tempat. Sampah sarap dikutip dan tapak perkhemahan ditinggalan seperti sedia kala. Pada 12.30 tengah hari, semua pelajar berkumpul di Dataran Puteri untuk majlis penutupan aktiviti perkhemahan yang berlangsung selama empat hari tiga malam. Seterusnya, upacara menurunkan bendera dilaksanakan sebagai simbolik penutupan perkhemahan MPU3063.