LAPORAN PROJEK SEBAB PEMILIHAN TAJUK Kami berempat telah memilih tajuk mengenai pergaulan bebas yang melibatkan tentang bersekedudukan,seks rambang,sumbang mahram dan hubungan sejenis kerana kami amat tertarik untuk membentangkan mengenai tajuk ini.kami juga memilih tajuk ini kerana kami ingin menjelaskan tentang pergaulan bebas ini di kalangan masyarakat global terutamanya anak-anak muda pada masa kini.ini kerana anak-anak muda pada zaman ini ramai yang terlibat dengan pergaulan bebas ini.Selain itu juga,kami juga ingin menjelaskan tentang punca-punca berlakunya pergaulan bebas supaya masyarakat pada masa kini tahu tentang punca-punca berlakunya pergaulan bebas ini.Kami juga memilih tajuk ini kerana kami ingin menghuraikan tentang kesan-kesan berlakunya pergaulan bebas kepada masyarakat supaya masyarakat tahu tentang kesan-kesan pergaulan bebas untuk membolehkan para masyarakat tidak melakukan aktiviti pergaulan bebas ini.Selain itu kami juga ingin mencadangkan cara-cara untuk mengatasi masalah pergaulan bebas ini.Dengan cara-cara ini kami berharap supaya masalah pergaulan bebas ini dapat dibendung demi menjaga nama baik diri sendiri,keluarga dan juga Negara.
GERAK KERJA DAN PEMBAHAGIAN TUGAS GERAK KERJA Setelah kami telah memilih tajuk ini kami pun telah bekerjasama untuk menyiapkan tugasan ini.Pada mulanya kami melayari internet untuk mencari bahan-bahan mengenai tajuk yang telah kami dapat ini iaitu pergaulan bebas.Setelah itu kami pun membuat tugasan ini seperti yang telah diarahkan iaitu membuat draf untuk tajuk projek yang kami dapat ini.Setelah itu kami pun menyediakan bahan-bahan pembentangan.Setelah bahan bahan pembentangan siap kami telah bersama-sama melihat kerja yang kami telah lakukan untuk memastikan bahawa tiada kesilapan ejaan dan sebagainya.Setelah itu kami pun membuat laporan projek ini.
PEMBAHAGIAN TUGAS Untuk pembahagian tugas ini pula,keseluruhan tugasan ini telah kami buat bersama-sama sebagai ahli kumpulan yang bekerjasama .
FAEDAH/HASIL DAPATAN TUGASAN KEPADA AHLI KUMPULAN Daripada tajuk yang telah kami dapat ini faedah ataupun hasil yang telah kami dapat ialah kami telah tahu mengenai pergaulan bebas ini yang pada mulanya kami tidak tahu .Apa yang kami tahu ialah mengenai keburukan pergaulan bebas ini.Selain daripada itu kami juga telah tahu apakah punca-punca berlakunya pergaulan bebas ini dan juga tentang kesan-kesan apabila terlibat dengan masalah pergaulan bebas ini.Selain itu kami juga mendapat pahala apabila kami membentangkan hasil yang telah kami dapat ini kepada para pendengar.