Bantuan Cpr.docx

  • Uploaded by: Surinjay SJ
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bantuan Cpr.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 481
  • Pages: 2
Langkah bantuan kecemasan untuk mangsa kemalangan jalan raya: 1. Pastikan keadaan sekeliling selamat 2. Panggil mangsa atau tepuk bahunya beberapa kali untuk memastikan dia sedar atau tidak 3. Jika mangsa tidak sedarkan diri, ini menandakan keadaannya mungkin serius dan hubungi talian 999 untuk mendapatkan ambulans dengan segera. Anda juga perlu memanggil ambulans walaupun mangsa dalam keadaan sedar 4. Sementara ambulans sampai, lakukan langkah A, B, C (udara, pernafasan dan edaran udara) 5. Jika mangsa sedar, cuba berkata sesuatu kepadanya untuk memastikan dia mampu bercakap kerana apabila mangsa bercakap, peredaran udara akan berlaku. Maknanya udara akan masuk ke dalam paru-paru dan otak (A) 6. Jika mangsa tidak sedarkan diri, cuba buka saluran pernafasannya dengan mendongakkan kepalanya dan lihat tanda pernafasan. Tanda pernafasan boleh dikesan dengan melihat dada, sama ada berlaku pergerakan dada atau abdomen mangsa. Anda juga boleh mengesan pernafasan mangsa dengan mendekatkan pipi anda ke mulut mangsa (B) 7. Jika mangsa tidak bernafas, segera beri bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) 8. Jika mangsa mengalami pendarahan, darah perlu dihentikan segera untuk mengelak mangsa mengalami kejutan atau mati akibat kehilangan banyak darah 9. Luka perlu ditutup dengan kain kasa atau tuala yang bersih. Tekan kain atau tuala ini pada luka. Kehadiran bahan asing (tuala dan kain) akan menyebabkan darah bergumpal dan menghentikan pendarahan. Jika kain atau tuala itu dibasahi darah, tekap sehelai lagi kain di atasnya. Jangan alihkan kain atau tuala yang dibasahi darah tadi kerana ia akan turut mengalihkan komponen untuk membekukan darah yang terbentuk pada luka dan menyebabkan pendarahan terus berlaku 10. Jika ambulans belum tiba, ambil data perubatan mangsa 11. Alihkan kereta dan barang yang menghalang perjalanan trafik Bantuan CPR 1. Baringkan mangsa di tempat selamat. Dongak kepala mangsa (dengan menolak dagu ke atas) dan buka mulutnya. Ini akan membuka saluran pernafasannya. 2. Periksa pernafasan mangsa. Dekatkan pipi anda ke hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dadanya untuk mengetahui ada pernafasan (ini perlu dilakukan dengan pantas iaitu dalam masa lima hingga 10 saat). 3. Jika tiada pernafasan, beri bantuan pernafasan kepadanya. Picit hidung mangsa, tekap mulut anda ke mulut mangsa dan hembus dua kali atau hingga anda lihat dadanya ternaik sedikit. Jika mangsa bernafas semula dan tiada kesan trauma, alihkan kedudukan badannya supaya dia baring mengiring (posisi penyembuhan). 4. Jika mangsa tidak bernafas, periksa nadi karotid selama lima hingga 10 saat. Letak dua atau tiga jari pada halkum mangsa dan alih jari anda supaya ia ada di antara halkum dan otot leher. Jika ada denyutan nadi tetapi tiada pernafasan, beri bantuan pernafasan; iaitu 12 hembusan bagi satu minit (satu hembusan untuk setiap lima saat). Jika tiada denyutan nadi, beri bantuan 'pengepaman jantung' pada dada. Letakkan tumit tangan kanan di bawah tulang dada dan letak tangan kiri di atas tangan kanan. Buat 30 tekanan untuk dua hembusan.

Maknanya selepas anda memberi dua hembusan, tekan dadanya sebanyak 30 kali. Ulang kaedah ini sebanyak lima kali atau lebih sehingga bantuan sampai.

Related Documents

Bantuan Gmail
December 2019 17
Bantuan Cpr.docx
November 2019 43
Proposal-bantuan-dana.docx
November 2019 13

More Documents from ""

Hammer.docx
November 2019 53
Bab_3.pdf
November 2019 42
Bantuan Cpr.docx
November 2019 43
Koordinat_bandingan.pdf
November 2019 51
Koordinat_kutub.pdf
November 2019 23
Drilling Machines.docx
November 2019 28