Kertas Cadangan Projek Internship.docx

  • Uploaded by: MuhammadIzzulHaziq
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Cadangan Projek Internship.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,011
  • Pages: 6
SEKOLAH KEBANGSAAN PINANG, 94300, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

KERTAS KERJA PROJEK KEUSAHAWANAN TANAMAN HERBA TEMPAT: TAMAN HERBA, SK PINANG

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD IZZUL HAZIQ BIN MOHAMMAD FAUZI PENYELARAS PEMBANGUNAN LANDSKAP SK PINANG

PROJEK INTERNSHIP

1.0

NAMA PROJEK INOVASI

“Kit Bijak Jawi: Di Mana Hamzah?”

2.0

OBJEKTIF PROJEK Chow Fook Meng dan Juziah Mahamud (2011) menjelaskan bahawa objektif

ditentukan melalui tujuan menjalankan penyelidikan selepas mendapat masalah pokok penyelidikan. 2.1

OBJEKTIF UMUM

Objektif umum yang hendak dicapai melalui projek inovasi digital ini ialah untuk mencapai pemerolehan yang positif dalam kalangan murid dalam meningkatkan kemahiran kognitif mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang Jawi. 2.2

OBJEKTIF KHUSUS

Objektif khusus yang hendak dicapai melalui inovasi digital ini ialah murid-murid dapat mengenal pasti dan menulis perkataan yang mengandungi huruf hamzah (‫ )ء‬mengikut teknik penulisan yang betul selepas menggunakan Kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’.

3.0

STRATEGI PELAKSANAAN

Inovasi yang dihasilkan adalah inovasi berbentuk slaid interaktif yang diberi nama “Kit Bijak Jawi: Di Mana Hamzah?”. Tujuan penghasilan projek ini adalah sebagai penambahbaikan kepada pedagogi Guru Pendidikan Islam kearah Pembelajaran Abad ke-21. Kajian yang dijalankan oleh Ab Halim et.al. (2012) untuk mengenal pasti kaedah yang digunakan oleh GPI dalam pengajaran dan pembelajaran bidang asas jawi di Selangor dan mendapati GPI lebih banyak menggunakan kaedah berpusatkan guru seperti kaedah kuliah syarahan, memberi contoh dan demonstrasi dalam pengajaran Jawi di kelas dan kurang sekali

menggunakan kaedah berpusatkan murid dalam pengajaran mereka. Penggunaan Microsoft Powerpoint dalam menghasilkan Kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’ ini mampu memaksimumkan pembelajaran kendiri dalam diri murid seperti yang dituntut dalam Pendidikan Abad ke-21. Di mana murid perlu diberi peluang untuk mengeksploitasi pendidikan secara kendiri.

4.0

JUSTIFIKASI DAN NILAI KOMERSIAL

Justifikasi projek ini dijalankan adalah untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah. Projek inovasi ini bertindak sebagai alat bantu mengajar yang dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Projek ini juga dapat mempelbagaikan teknik PdP guru di dalam bilik darjah seperti mampu memaksimumkan pembelajaran kendiri dalam diri murid seperti yang dituntut dalam Pendidikan Abad ke-21, di mana murid perlu diberi untuk mengeksploitasi pendidikan secara kendiri.

5.0

SASARAN

Peserta yang terlibat untuk projek inovasi ini ialah murid Tahun 5 yang sudah mempelajari bidang jawi berkaitan kedudukan huruf hamzah dalam tulisan jawi.

6.0

TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

Tempoh pelaksanaan projek inovasi ini adalah sepanjang tempoh internship ini dijalankan iaitu bermula 18 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019

7.0

ANGGARAN KOS

Jadual 1 menunjukkan anggaran perbelanjaan projek inovasi Jadual 1 Anggaran perbelanjaan menghasilkan projek inovasi ANGGARAN PERBELANJAAN Perkara

Bilangan

Harga Seunit (RM)

Jumlah (RM)

Compact Disk (CD)

1

2.00

2.00

Minyak Petrol

-

20.00

20.00

Pengangkutan JUMLAH KESELURUHAN

22.00

8.0

IMPLIKASI KEWANGAN / KOS

Projek inovasi ini tidak memerlukan kos dan kewangan yang tinggi kerana tidak memerlukan sebarang bahan melainkan hanya memerlukan penggunaan komputer riba dan ‘projektor’ yang telah sedia ada. Projek inovasi ini mudah dilaksanakan oleh sesiapa sahaja kerana hanya memerlukan komputer riba sebagai sumber media utama selain mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

9.0

SENARAI JK PELAKSANA DAN PEGAWAI TERLIBAT

Projek inovasi ini dikendalikan sepenuhnya secara individu

10.0

JADUAL PELAKSANAAN

Jadual 2 menunjukkan jadual pelaksanaan projek yang akan dilaksanakan Jadual 2 Jadual Pelaksanaan Projek Inovasi Digital Bil

Perkara

Tarikh Pelaksanaan

1

Mengenalpasti penyataan masalah

18 Februari 2019

2.

Penjanaan idea

19 Februari 2019

3.

Penghasilann kertas cadangan projek

21 Februari 2019

3.

Penyediaan projek inovasi

23 Februari 2019

4.

Pembangunan projek inovasi

23 Februari 2019

5.

Pelaksanaan projek inovasi

6 Mac 2019

6.

Pengujian projek inovasi

7 Mac 2019

7.

Promosi projek inovasi

10 Mac 2019

8.

Penulisan laporan

13 Mac 2019

11.0

PEMANTAUAN SISTEM KAWALAN

Catatan

Projek inovasi ini akan dipantau oleh pihak pentadbir sekolah iaitu guru besar, guru mentor serta pensyarah penilai. Sepanjang pelaksanaan projek inovasi ini, saya akan berhubung dengan guru mentor untuk menberitahu perkembangan projek ini. Pemantauan juga akan dilakukan sepanjang masa dari permulaan sehingga ke akhir projek bermula dengan penghasilan kertas cadangan projek, pembangunan projek inovasi, pelaksanaan dan penulisan laporan

12.0

PELAN KONTIGENSI

Sekiranya projek inovasi yang dirancang tidak dapat dilaksanakan disebabkan kekangan atas beberapa faktor yang tertentu, saya akan berusaha untuk memastikan projek inovasi ini tetap dijalankan dengan jayanya. Inovasi yang dirancangan perlu dilaksanakan di bilik ICT, namun sekiranya bilik tersebut tidak dapat digunakan, saya akan tetap melaksanakannya sama ada di dalam bilik darjah dengan menggunakan kemudahan komputer riba dan ‘projektor’ yang sedia ada.

13.0

PENILAIAN PROJEK

Untuk menilai keberkesanan projek inovasi ini terhadap murid-murid, saya akan melaksanakan Ujian Awal dan Ujian Akhir bagi melihat perbezaan pencapaian sama ada terdapat peningkatan atau tidak terdapat peningkatan. Ujian Awal dilaksanakan sebelum murid didedahkan dengan intervensi projek inovasi dengan melakukan ujian mengeja dalam jawi

perkataan-perkataan yang terhadap huruf hamzah di dalamnya. Setelah murid

meneroka projek inovasi tersebut, guru akan melakukan Ujian Akhir soalan yang sama diuji semasa Ujian Awal. Perbandingan Ujian Awal dan Ujian Akhir akan dapat menilai keberkesanan inovasi yang dihasilkan.

14.0

TINDAKAN SUSULAN / SARANAN PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan projek inovasi ini akan dikenal pasti setelah mendapat maklum balas daripada murid-murid yang terlibat, guru mentor serta pensyarah penilai. Penambahbaikan amat diperlukan bagi memastikan projek inovasi ini lebih berkesan dan bermakna kepada murid serta guru.

15.0

PENUTUP Projek inovasi ini bukan hanya dihasilkan bagi memenuhi tuntutan program

internship, malah bertujuan untuk membantu murid-murid untuk memahami pembelajaran dengan

lebih

mudah.

Konklusinya,

guru-guru

perlu

bersedia

menjalankan

tanggungjawabnya dengan penuh amanah dan dedikasi dalam melaksanakan tugas mereka sebagai seorang pendidik. Kesedaran ini akan memandu guru-guru untuk sentiasa peka dalam melakukan perubahan dalam menghasilkan bahan pembelajaran yang memenuhi keperluan dan kehendak murid sering dengan keperluan semasa murid. Tegasnya pemanfaatan teknologi adalah penting dan perlu dalam pendidikan abad ini sepertimana kata Saidina Umar al-Khattab “didiklah anak mengikut zaman mereka”. Oleh itu, guru-guru tidak dapat menafikan penggunaan teknologi dalam dunia pendidikan dek kerana kekangan

dan masalah yang wujud. Sebaliknya, guru-guru perlu bijak menginovasikan teknologi yang ada untuk dijadikan media pengajaran.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

............................................................

...............................................

(M. IZZUL HAZIQ BIN MOHD. FAUZI)

(USTAZAH SURIA BINTI SERI)

Guru Pelatih IPGKTAR

Guru Pendidikan Islam Sk Pinang

Disemak oleh:

Diluluskan oleh:

........................................................

.................................................................

(USTAZ FIRDAUS BIN ABDULLAH)

(PN. DYG MASTURA BT AWG MORSIDI)

Pensyarah IPGKTAR

Guru Besar SK Pinang

Related Documents


More Documents from ""