Laporan Hirarc.docx

  • Uploaded by: Black Tirah Tirah
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Hirarc.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 306
  • Pages: 2
Laporan HIRARC Bahagian A 1.1

Latar belakang Organisasi dan Operasi Perkhidmatan Pengawalan dan penjagaan keselamatan dan ketenteraman dalam negeri bermula sejak era

Kesultanan Melayu dengan ketua keselamatan bergelar Temenggong yang diberikan peranan menjaga keselamatan hal ehwal dalam negeri. Sistem kepolisan tradisional ini berubah apabila Melaka ditakluk Portugis pada 10 Ogos 1511, yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque. Pihak Portugis mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem "Kapitan". Berakhirnya empayar Portugis pada 14 Januari 1641, penaklukan Belanda di Melaka dengan bantuan askar-askar negeri Johor, menggunakan sistem ketenteraan di samping mengekalkan sistem 'Kapitan' yang diperkenalkan oleh Portugis. Sebuah pasukan polis yang dinamakan 'Burgher Guard' yang diselia oleh Majlis Keadilan yang anggota-anggotanya dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka. Apabila British mengambil alih Melaka pada tahun 1795, Kapten Farquhar, yang merupakan Gabenor Tentera pada masa itu membenarkan Majlis Keadilan Melaka menjelaskan fungsinya sebagai majistret di samping itu meneruskan tugas-tugas kepolisan 'Burgher Guard' yang telah terbentuk pada zaman itu. Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi sistem tersusun dan teratur polis British, yang dicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829. Konsep "Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia hingga kini.

Operasi Perkhidmatan Dasar utama PDRM menurut Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967 telah menggariskan perkara berikut dan ia merupakan kewajipan asasi anggota PDRM demi menjaga kedaulatan negara dan kesejahteraan masyarakat dan kewibawaan pasukan. i.

Memelihara Undang-Undang dan Ketenteraman;

ii.

Mengekalkan Keamanan dan Keselamatan Malaysia;

iii.

Mencegah dan Mengesan Penjenayah;

iv.

Menangkap dan Mendakwa Pesalah-Pesalah; dan

v.

Mengumpul Risikan Keselamatan.

Related Documents

Laporan
August 2019 120
Laporan !
June 2020 62
Laporan
June 2020 64
Laporan
April 2020 84
Laporan
December 2019 84
Laporan
October 2019 101

More Documents from "Maura Maurizka"