Nota Analisis Fiskal Dan Penyediaan Pengangkutan.docx

  • Uploaded by: Black Tirah Tirah
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nota Analisis Fiskal Dan Penyediaan Pengangkutan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,125
  • Pages: 5
NOTA DAN ESEI RINGKAS ANALISIS FISKAL: PERBELANJAAN PEMBANGUNAN DAN TRANSFORMASI PENYEDIAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN

Pengenalan Peruntukan dalam menyediakan infrastruktur dalam bentuk jaringan pengangkutan yang baik amat kritikal dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi Negara sebagai salah satu keperluan pengantara dan pemangkin pertumbuhan ekonomi rentas sektor. Jaringan dan sistem pengangkutan yang baik bukan sahaja menjadi penghubung antara lokasi bahkan ia mampu menjimatkan masa penghantaran barangan dan perkhidmatan antara satu lokasi ke lokasi yang lain malah ia bertindak sebagai medium pembangunan ekonomi setempat secara tidak langsung. Kepentingan penyediaan infrastruktur pengangkutan dipertanggungjawabkan untuk dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam merealisasikan jaringan perhubungan darat, air dan udara sebagai pemudahcara medium pengangkutan dan perdagangan. Sektor pengangkutan juga mendapat perbelanjaan pembangunan yang agak besar melalui peruntukan perbelanjaan persekutuan sejak Negara mencapai kemerdekaan melalui Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional sehinggalah Dasar Wawasan Negara merupakan dasar yang telah digubal bagi melonjakkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Malasyia. Menurut kajian Kogid et. al, (2010), pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk jangka masa pendek secara signifikan dipengaruhi oleh perbelanjaan penggunaan, perbelanjaan kerajaan, eksport, kadar pertukaran matawang asing dan pelaburan langsung asing (FDI). Manakala dalam jangka masa panjang, hanya perbelanjaan penggunaan dan eksport memainkan peranan penting kepada pertumbuhan ekonomi. Penekanan penyediaan jaringan dan sistem infrastruktur pengangkutan dilihat menjadi salah satu tumpuan kepada kerajaan Malaysia untuk memastikan pengangkutan terus berkembang. Usaha kerajaan dalam menyediakan sistem pengangkutan yang dibuktikan apabila wujudnya jabatan dan agensi yang mengawalselia dan memantau perkembangan jaringan pengangkutan dalam memastikan perkembangan ekonomi berterusan.

Penyediaan Infrastruktur Pengangkutan Di Malaysia Pembangunan struktur asas pengangkutan dan juga telekomunikasi merupakan usaha pembangunan infrastruktur yang menjadi keutamaan dalam perbelanjaan kerajaan sejak tahun 1957. Fasa awal menyediakan infrastruktur untuk menyediakan struktur asas pengangkutan darat merupakan nadi utama medium pengangkutan penumpang dan kargo berbanding sistem pengangkutan udara dan air. Pengangkutan darat terbahagi kepada dua iaitu jalan raya dan rel kereta api dan terdapat lima industri berada di bawah pengangkutan darat iaitu perkhidmatan kereta api, perkhidmatan bas, pengangkutan muatan melalui jalan raya, teksi dan kereta sewa dan pengangkutan darat lain. Penumpuan terhadap pembangunan jaringan jalan raya persekutuan dan jalan luar Bandar dilaksanakan melalui rancangan pembangunan lima tahun sejak rancangan pembangunan pertamaMalaysia pada tahun 1966. Bagi melihat dengan lebih jelas, rujuk jadual 1 yang menunjukkan agihan peruntukan bagi pembangunan infrastruktur dari Rancangan Malaysia Pertama hingga Rancangan Malaysia ke-10. Pembangunan jalan mendapat bahagian yang besar dalam peruntukan untukpembangunan infrastruktur. Berdasarkan jadual 1, dapat dilihat pola pelaburan dalam infrastruktur dan pembangunan jalan semakin meningkat. Ini menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia menekankan kepada pembangunan infrastruktur kerana ia memainkan peranan penting kepada pertumbuhan ekonomi (Hong et. al, 2011). Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia yang menyediakan kemudahan infrastruktur pengangkutan darat yang baik menunjukkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang sangat memberangsangkan. Sebagai contohnya di Negeri Selangor yang terus menunjukkan pertumbuhan KDNK semakin meningkat disebabkan salah satu faktornya adalah kemudahan infrastruktur yang lengkap berbanding negeri yang kurang memberi penekanan kepada penyediaan kemudahan infrastruktur pengangkutan darat contohnya di beberapa buah negeri seperti Kelantan, Sabah dan Sarawak menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Justeru, isu mengenai kemudahan infrastruktur pengangkutan darat perlu dititikberatkan kerana pengangkutan merupakan salah satu faktor kepada perkembangan pertumbuhan ekonomi. Analisis Pola Peruntukan Belanjawan Pembangunan Infrastruktur Pengangkutan Darat Perbelanjaan kerajaan merupakan elemen penting bagi sesebuah negara bagi membolehkan sesuatu perancangan negara dilaksanakan. Peruntukan belanjawan melalui bajet tahunan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri mempunyai strategi yang tersendiri bagi memastikan

kekayaan negara terus berkembang dan dapat dinikmati seluruh rakyat di samping meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan negara secara keseluruhannya. Mohd Zainudin Saleh (2004) menyatakan di Malaysia misalnya, perbelanjaan kerajaan ini telah menyumbang ke arah pengembangan kapasiti pengeluaran ekonomi terutamanya melalui pembangunan sumber manusia, kemajuan teknologi, penyediaan infrastruktur serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kerajaan juga memberi tumpuan kepada projek yang boleh menyokong strategi pertumbuhan yang diterajui oleh sektor swasta terutamanya dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi memenuhi keperluan ekonomi moden dan masyarakat yang semakin berkemampuan. Berdasarkan perangkaan yang diperoleh dari Unit Perancang Ekonomi, pola peruntukan untuk perbelanjaan penyediaan infrastruktur rangkaian sistem pengangkutan menunjukkan trend pertambahan peruntukan menaik sejak Rancangan Malaysia Pertama sehingga Rancangan Malaysia ke-11.(Jadual 1)

Jadual 1: Peruntukan bagi Infrastruktur dari tempoh 1966 hingga tahun 2010 Rancangan Malaysia

Tempoh

Peruntukan Infrastruktur

RM Juta 1966-1970 1550 RMKe-1 1971-1975 3150 RMKe-2 1976-1980 7000 RMKe-3 1981-1985 9700 RMKe-4 1986-1990 12100 RMKe-5 1991-1995 14400 RMKe-6 1996-2000 16100 RMKe-7 2001-2005 18900 RMKe-8 2006-2010 30304 RMKe-9 2011-2015 60000* RMKe-10 Nota* anggaran kasar dengan RM51 bilion untuk projek HSR

Peruntukan Pembangunan Jalan RM Juta 400 800 1550 4000 4600 6800 12400 14200 17303

Pada Rancangan Malaysia pertama sejumlah RM1,550 juta diperuntukkan untuk pembinaan jalanjalan kampong dan jalanraya antara Bandar dengan hanya perbelanjaan pembangunan jalan

sebanyak RM400 juta. Jumlah peruntukan pembangunan infrastruktur pengangkutan telah meningkat kepada sekali ganda atau meningkat sebanyak 103% dengan peruntukan sebanyak RM3,150 juta pada RMKe-2. Peruntukan belanjawan pembangunan yang dikhususkan kepada pembinaan infrastruktur pengangkutan darat terus diberi perhatian dengan peruntukan RM7,000 juta iaitu kenaikan sebanyak 122% dalam RMKe-3 dengan peruntukkan pembinaan pembangunan jalan meningkat kepada RM1,550 juta berbanding peruntukan sebanyak RM800 untuk tempoh yang sama. Pertambahan

peruntukan

pembangunan

dalam

membangunkan

sektor

pengangkutan

mencerminkan komitmen kerajaan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur untuk menyokong dan memacu penjanaan ekonomi dengan menghubungkannya dengan kepesatan pertumbuhan perindustrian Negara ketika tumpuan mempelbagaikan sumber ekonomi kepada industri pembuatan dan perkilangan dalam tempoh RMKe-3 dengan pembukaan kawasan perkilangan di Larkin, Johor, Mak Mandin, Pulau Pinang, Sungei Way, Selangor dan beberapa tempat lain. Kemudahan infrastruktur pengangkutan jalan darat yang baik juga telah disediakan kerajaan untuk menghubungkan Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan Pulau Pinang untuk penghantaran barangan kargo perdagangan untuk tujuan eksport melalui pembinaan rel keretapi ke pelabuhan selain jaringan lebuhraya persekutuan yang baik. Peruntukan perbelanjaan pembangunan sektor pengangkutan pada RMKe-4 juga telah mencatatkan pola yang meningkat kepada RM9,700 juta (1981-1985) pada RMKe-4. Kebanyakkan projek dalam fasa ini adalah kesinambungan kepada projek pembnaan jaringan jalan raya dan jalan keretapi kargo dari kawasan perindustrian ke pusat pengumpulan dan pengagihan barangan seperti laluan keretapi Kuala Lumpur ke Pelabuhan Kelang dan Lebuhraya Pasir Gudang, Johor ke Pelabuhan Pasir Gudang.

Peruntukan perbelanjaan sektor ini terus meningkat kepada RM12,100 juta pada RMKe-5 (19861990). Sejumlah RM14,400 juta pada RMKe-6 (1991-1995) yang dikhususkan untuk membangunkan perkhidmatan rel transit aliran ringan (LRT) dan jaringan menudahan rel utnuk pengangkutan penumpang seterusnya RM16,100 juta pada RMKe-7 (1996-2000). Peruntukan sektor pengangkutan telah meningkat 12% atau RM2.8 bilion kepada RM18,900 juta dalam RMKe-8. Peruntukan belanjawan sektor pengangkutan juga meningkat ke RM30.3 bilion dalam RMKe9.

Peruntukan untuk membangunkan kemudahan infrastruktur dalam tempoh RMKe6 hingga ke-9 adalah berdasarkan laporan Aku Janji Persekutuan 2013-2018 untuk meningkat dan menaik taraf lima pengangkutan awam utama iaitu bas Rapid KL, myBAS, MRT, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR). Kejayaan untuk mengintegrasi perkhidmatan rel bersepdu di sekitar Lembah Klang adalah manifestasi kerajaan bukan sahaja sebagai medium pengantara dan pemudahcara perhubungan antara lokasi malah bertujuan untuk mengurangkan kesesakan trafik terutama di Lembah Kekang dan Bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia.

Related Documents


More Documents from "Fridayana Sekai"