Laporan Anjung Bahasa Ke Taman Haiwan Lois

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Anjung Bahasa Ke Taman Haiwan Lois as PDF for free.

More details

  • Words: 4,806
  • Pages: 47
Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah Universiti Brunei Darussalam

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK ANJUNG BAHASA

PL3232 PENGAJARAN PENULISAN

Oleh Shuzarina binti Haji Sarbani @ Haji Sharbini 06B0741 Nurhidayatullah binti Muhd. Hanafi 06B0747 B.Ed Primary Education [Pendidikan Bahasa Melayu] 2008/2009

1.0

Pengenalan

Aktiviti lawatan yang dilaksanakan untuk sesuatu pengajaran penulisan sangat bermanfaat kepada murid-murid. Mereka bukan sahaja dapat mengalami pengalaman sebenar yang bermakna malahan juga mendapatkan fakta-fakta atau maklumat yang mereka inginkan dengan jelas dan terperinci. Apalagi jika tempat yang dipilih untuk lawatan tersebut sesuai dengan objektif dan tema penulisan.

Penulisan yang dilaksanakan dengan hanya membayangkan atau mendengarkan fakta yang diberikan oleh guru tidak mampu memberikan kesan yang optima pada zaman ini kerana kehendak dan keperluan murid-murid berbeza dengan murid-murid dahulu. Oleh sebab itu, sebagai usaha untuk mendedahkan pelajar-pelajar B.Ed Primary Education (Pendidikan Bahasa Melayu) yang mengikuti kursus PL 3232 Pengajaran Penulisan dengan suasana dan kehendak pembelajaran tersebut maka, Projek Anjung Bahasa telah dilaksanakan. Pelaksanaan Projek Anjung Bahasa adalah seperti di bawah: Tarikh lawatan

: 11 Oktober 2008

Hari

: Sabtu

Waktu Lawatan

: 7.45-11.00 pagi

Kenderaan yang digunakan

: 2 buah mini bas

Guru yang menyertai lawatan : Cikgu Masmuliani binti Hj Muhamad Cikgu Nurhalizah binti Hj Meluddin Cikgu Shuzarina binti Hj Sharbini Cikgu Nurhidayatullah binti Muhd Hanafi Murid-murid yang terlibat

: 15 orang murid darjah 5ABC (sila lihat lampiran 1) 2

2.0

Latar Belakang Tempat Yang dilawati

Ladang Ternakan Lois terletak di Kampong Katimahar, Jalan Tutong. Ladang ini milik Awang Mohd Lois bin Abdullah. Manager ladang ini ialah anak Awng Lois sendiri iaitu Awang Mharvin Lois. Ladang ini seluas 38 ekar. Terdapat seramai 37 orang pekerja di ladang ini. Ladang ini mula dibuka pada tahun 1992. Ladang ini bukan hanya menternak

binatang

menanam

buah-buahan

malahan

juga

seperti

buah

pisang, nangka, rambutan dan buah longan Brazil ataupun buah mentuha.

3.0

Praanjung

Segala aktiviti praanjung yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perubahan yang berlaku, seperti berikut:

3.1

Tarikh dan waktu pelaksanaan muzakarah

Aktiviti muzakarah telah dilaksanakan dalam masa dua hari iaitu pada 6.10.2008 hari Isnin dari jam 7.45-8.45 pagi dan 8.10.08 hari Rabu dari jam 8.00-10.00 pagi. Aktiviti tersebut telah dijalankan dalam bilik perpustakaan.

3

3.2

Agenda dalam muzakarah

A. Peringkat Praanjung Jika pada peringkat perancangan, aktiviti praanjung adalah seperti di bawah: Aktiviti

Tarikh pelaksanaan/hari

Masa

13 Oktober 2008

(7.309.00pagi)

Muzakarah Dengan Murid Agenda muzakarah: •

Bacaan Al-fatihah



Memberikan penerangan Projek Anjung Bahasa.



Menerangkan mengenai pakaian/ peraturan/ keperluan murid semasa projek.



Membincangkan aktiviti semasa projek dan pascaanjung.



Menyediakan soalan-soalan untuk Projek Anjung (guru dan murid).



Mengadakan latihan penggunaan bahasa baku (murid-murid yang berbahasa baku semasa projek dijalankan akan diberikan ganjaran).



Penutup – bacaan surah al-asr

mengenai

Hari Isnin

Ketika muzakarah dengan murid-murid dilaksanakan, guru-guru pengawas bukan hanya mengarahkan murid-murid untuk menyediakan soalan-soalan untuk Anjung Bahasa, malahan murid-murid disuruh untuk: •

memikirkan 2 ekor binatang yang ingin sangat mereka temui.



Menulis soalan yang ingin disoal kepada orang yang menjaga binatang tersebut. 4



Menjawab soalan-soalan yang telah dibuat dalam bentuk karangan.

Setelah meneliti jawapan murid-murid, didapati: •

6/15 orang murid ingin melihat buaya.



5/15 orang murid ingin melihat penguin.



3/15 orang murid ingin melihat kuda belang.



2/15 orang murid ingin melihat burung helang.



2/15 orang murid ingin melihat burung unta.



2/15 orang murid ingin melihat ular

Manakala tupai, rusa, beruang, harimau, kelawar, singa, biawak, koala, zirafah dan kuda ingin dilihat oleh seorang murid bagi setiap sejanis binatang.

Ketika diarahkan untuk menjawab soalan mengenai hanya seekor sahaja binatang yang telah mereka nyatakan, didapati: •

5/15 menulis tentang burung penguin.



2/15 menulis tentang ular.



1/15 menulis tentang rusa, singa, harimau, buaya, burung helang, kuda belang, zirafah dan kuda.



Hasil kerja sebahagian murid-murid yang menulis tentang binatang yang terdapat dalam ladang ternakan yang ingin dilawati adalah seperti dalam lampiran 13a-13e.

5

4.0

Perjalanan Projek Anjung Bahasa

Projek Anjung Bahasa telah dilaksanakan seperti di bawah:

4.1

Sebelum perjalanan

Murid-murid dan guru-guru berkumpul di kawasan sekolah pada jam 7.00 pagi. Kedatangan

murid-murid

dicatat

untuk

tujuan keselamatan (Lihat lampiran 1). Seterusnya murid-murid diberikan taklimat ringkas mengenai displin yang perlu dijaga dan tugasan yang perlu dilakukan sepanjang lawatan.

Setelah

selesai

murid-murid

dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada 7 dan 8 orang murid sekumpulan. Kedua-dua kumpulan diarahkan menaiki mini bas bersama 2 orang guru pengawas bagi setiap bas pada pukul 7.42 pagi. Pada jam 7.45 pagi bas mula bergerak meninggalkan Sekolah Rendah Dato Basir. Perjalanan menuju Ladang Ternakan Lois mengambil masa selama 30 minit.

4.2

Semasa Anjung Bahasa

Pada jam 8.15 pagi kedua-dua buah bas sampai

di

ladang

ternakan

tersebut.

Rombongan pelawat telah disambut oleh dua orang pekerja ladang iaitu Awang Edy dan Dayang Vina. Kemudian rombongan dibawa masuk ke pejabat pentadbiran. Ketika berada di dalam pejabat tersebut, guru pengawas 6

telah membahagikan kertas-kertas soalan pada murid-murid dan seterusnya mengaturkan murid-murid untuk berpecah kepada 3 kumpulan untuk memudahkan mereka mendapatkan fakta-fakta yang diperlukan.

Ketika murid-murid dibahagikan kepada kumpulan, pemilik ladang (Mohd Lois) masuk ke pejabat berkenaan. Beliau telah beramah mesra dengan murid-murid dan memberi nasihat kepada murid-murid supaya rajin belajar. Awang Mohd Lois telah mengarahkan Awang Edy yang merupakan salah seorang pekerja yang telah lama berkhidmat dengan Awang Mohd Lois untuk menemani dan memberi penerangan kepada rombongan pelawat sepanjang lawatan dijalankan. Setelah itu, Awang Mohd Lois berkesudian untuk bergambar ramai bersama rombongan. Acara bergambar ramai telah dilakukan di luar pejabat pentadbiran. Salah seorang pemandu bas telah berkesudian untuk mengambil gambar tersebut.

4.2.1

Kawasan ternakan burung unta, emu dan rhea

Pada mulanya rombongan telah dibawa melawat

ke

kawasan

penternakan

burung yang terletak di atas bukit. Terdapat 3 jenis burung yang dipelihara

7

dalam kawasan tersebut. Burung-burung tersebut adalah burung unta, burung emu dan burung rhea. Menurut Awang Edy ketiga-tiga burung tersebut hampir serupa tetapi burung unta bersaiz lebih besar dan tinggi serta mempunyai bulu pelepah yang berwarna hitam, manakala burung emu pula agak rendah dan lebih kecil serta mempunyai leher yang berwarna biru pula berwarna putih. Di kawasan ternakan burung itu juga murid-murid telah dibenarkan memberi makan burng-burung tersebut dengan rumput. Murid-murid juga sempat menyaksikan burung unta menari. Murid-murid dalam kumpulan 1 telah menyoal Awang Edy tentang burung unta. Soalan-soalan yang di soal adalah seperti dalam lampiran 2. Setelah kesemua soalan tersebut dijawab murid-murid kumpulan 2 telah menyoal Awang Edy tentang burung emu. Soalan-soalan tentang burung emu adalah seperti lampiran 3.

4.2.3

Kawasan ternakan rusa

Selepas itu, rombongan dibawa ke kawasan ternakan rusa. Kawasan ternakan rusa berada lebih tinggi daripada kawasan ternakan burung. Terdapat lebih kurang 40 ekor rusa yang diternak di kawasan itu. Rusa-rusa tersebut adalah baka rusa tempatan. Soalan mengenai rusa adalah seperti dalam lampiran 4.

8

4.2.3

Kawasan ladang buaya

Kemudian rombongan dibawa turun bukit untuk melawat kawasan ladang buaya. Kawasan ladang tersebut dikelilingi pagar. Hanya guru-guru yang dibenarkan masuk ke dalam pagar ladang untuk melihat buaya-buaya

tersebut

secara

dekat

manakala murid-murid hanya dibenarkan memerhati disekeliling pagar.

Terdapat lebih seribu ekor buaya yang terdapat di ladang itu. Pada mulanya buaya-buaya tersebut dipelihara sebagai hobi dan untuk penjualan kulit. Namun kerana penjualan kulit tidak dibenarkan maka buaya-buaya tersebut dipelihara untuk dijual dagingnya. Labi-labi juga dipelihara bersama buaya-buaya. Daging labi-labi tersebut adalah untuk dijual. Soalan mengenai buaya adalah seperti yang terdapat dalam lampiran 5.

9

4.2.4

Kawasan kolam ikan

Seterusnya rombongan dibawa melawat ke beberapa buah kolam ikan. Murid-murid telah dibenarkan untuk memberi makan ikan-ikan tersebut. Murid-murid juga bertanya soalan mengenai kolam ikan dan soalan-soalan mereka adalah seperti dalam lampiran 6.

10

4.2.5

Sangar burung merpati

Setelah selesai bertanya soalan dan memberi makan ikan, rombongan telah dibawa oleh Awang Edy untuk melawat sangkar burung merpati. Mengikut perancangan awal, rombongan tidak jadualkan untuk melawat di kawasan sangkar tersebut. Burung-burung merpati yang dipelihara adalah untuk dijual dagingnya dan menurut Awang Edy, harga bagi seekor burung merpati yang bersih ialah $4.00.

4.2.6

Kawasan akuarium

Lawatan diteruskan di kawasan akuarium. Di kawasan ini murid-murid berkesempatan melihat seekor ikan arapaima yang berasal dari Sungai Amazon di Brazil. Pada mulanya ada 6 ekor ikan arapaima yang ada dalam tangki tersebut namun 5 daripadanya telah mati. Ikan tersebut sangat besar dan sisik pada bahagian ekornya agak

kemerah-merahan.

Di

kawasan itu juga murid-murid telah hiasan

menyaksikan yang

ikan-ikan

cantik

dalam

11

akuarium, anak-anak buaya, ular tedung putih, anak burung puyuh serta beberapa ekor kuda yang berada di belakang kawasan akuarium.

Setelah selesai menyaksikan binatang tersebut rombongan telah diberi kesempatan untuk makan buah longan Brazil yang telah masak. Buah yang sudah masak berwarna merah tua, isinyanya seperti rambutan dan rasanya manis serta campuran longan dan rambutan.

4.2.7

Penyampaian cenderamata

Setelah itu rombongan masuk ke dalam pejabat pentadbiran dan acara penyerahan cenderamata kepada ladang tersebut telah dilakukan.

Cikgu

Masmuliani

telah

menyerahkan cenderamata tersebut sebagai wakil rombongan manakala Awang Edy telah menerimanya bagi pihak ladang. Setelah itu rombongan menikmati minuman ringan dalam pejabat tersebut. Pada perancangan awal murid-murid akan diberikan jamuan di sekitar kolam. Walau bagaimanapun, memandangkan masa tidak mengizinkan bekalan tersebut telah di bawa balik kesekolah. 12

Tepat jam 11.00 semua murid-murid berbaris masuk ke dalam bas dan setelah mengucapkan terima kasih kepada pekerja di ladang itu, seterusnya rombongan meninggalkan ladang.

4.3

Selepas perjalanan Anjung Bahasa

Rombongan tiba di SR Dato Basir sekitar jam 11.30 pagi. Setelah turun dari bas murid-murid diarahkan untuk menyiapkan tugasan yang diaturkan di rumah dan seterusnya menikmati makanan yang diberikan.

4.4

Perubahan-Perubahan Dalam Projek Anjung Bahasa

Pada peringkat perancangan, 18 Oktober 2008 (hari Sabtu) telah dipilih sebagai tarikh dan hari untuk melaksanakan projek Anjung Bahasa. Walau bagaimanapun, tarikh tersebut telah ditukar kepada 11.10.2008 (hari Sabtu) dan waktu pelaksanaan juga turut berubah iaitu dari 8.30-11.00 pagi kepada 7.45-11.00 pagi. Perubahan pada tarikh tersebut kerana memikirkan kesuntukan waktu untuk melaksanakan pascaanjung dan juga penyiapan laporan. Waktu juga turut diawalkan kerana memikirkan jarak yang agak jauh dari SR Dato Basir dengan Ladang Ternakan Lois.

13

5.0

Pelaksanaan Pascaanjung

Perjalanan aktiviti pada peringkat pascaanjung juga mengalami perubahan. Menurut perancangan awal aktiviti pascaanjung akan dilaksanakan seperti di bawah:

20 Oktober 2008

7.15-9.15 pagi

a. Memilih gambar dan membuat poskad. b. Menyediakan gambar-gambar/ video

Hari Isnin

untuk pameran. c. Membuat laporan.(berbentuk diari).

22 Oktober 2008

7.15-9.15 pagi

d. Membuat pameran.

Hari Rabu

Walau bagaimanapun kerana masalah yang tidak dapat dielakkan maka tarikh dan waktu pelaksanaan bagi aktiviti pascaanjung telah berubah. Aktiviti membuat poskad, aktiviti membuat diari serta pameran gambar semasa Anjung Bahasa telah dilaksanakan serentak pada hari Jumaat 17.10.2008 dari jam 7.45 hingga 11.15 pagi bertempat di bilik perpustakaan. Walaupun ibu bapa telah dimaklumkan dengan surat (lihat lampiran 7) namun hanya 11 orang murid yang hadir berserta Cikgu Masmuliani (Senarai kehadiran seperti dalam lampiran 8).

5.1

Aktiviti Membuat Poskad

Seramai 9 orang murid telah menulis poskad yang akan ditujukan kepada ibu atau ayah mereka. Murid-murid diberi masa 1 jam untuk menyiapkan tugasan tersebut (Rujuk lampiran 9). 14

Langkah-langkah pelaksanaan: i.

Murid-murid memilih binatang yang ingin ditulis dalam poskad berdasarkan gambar dan fakta yang telah ditulis.

ii.

Murid-murid diberikan model poskad.

iii.

Murid-murid menuliskan ayat-ayat mereka serta menggunakan fakta yang telah dikumpulkan semasa aktiviti anjung bahasa.

iv.

Setelah selesai, guru menyemak hasil tulisan

mereka

dan

kesilapan-kesilapan

membetulkan yang

mereka

lakukan.

v.

Ayat-ayat yang telah dibetulkan telah diarahkan untuk disalin ke dalam poskad yang hendak dikirim.

vi.

Setelah

itu

murid-murid

melekatkan

gambar yang diambil semasa aktiviti anjung bahasa ke dalam poskad mereka sesuai dengan binatang yang mereka ceritakan dalam poskad tersebut. vii.

Setelah selesai aktiviti pembentangan dilakukan.

Sebahagian daripada hasil kerja murid-murid boleh dirujuk dalam lampiran 10.

15

5.2

Aktiviti Membuat Diari

Pada mulanya kesemua murid diarahkan untuk membuat poskad, namun ada dua orang murid yang berminat membuat diari. Oleh sebab itu kedua-duanya diarahkan bekerja dalam kumpulan. Mereka diberi masa 1 jam untuk melaksanakan tugasan tersebut. Langkah pelaksanaan: i.

Memilih gambar yang mengikut urutan pelaksanaan projek anjung bahasa.

ii.

Setelah

itu

kedua-duanya

memberikan nombor pada gambar tersebut sesuai urutan. iii.

Gambar

dilekatkan

pada

kertas

berwarna. iv.

Kedua-duanya menulis ayat-ayat di bahagian bawah gambar tersebut.

v.

Setelah selesai kedua-duanya membentangkan hasil tulisan mereka.

Diari yang dibuat oleh murid-murid tersebut telah di laminating dan dibuat dalam bentuk buku serta diserahkan kepada cikgu Masmulaiani untuk disimpan dalam bilik darjah sebagai bahan bacaan murid-murid (Lihat lampiran 11)

5.3

Cara pemarkahan

Hasil kerja murid telah diperiksa dan diberikan markah oleh guru penyelaras projek berdasarkan taburan markah yang diberikan oleh guru bahasa Melayu di sekolah berkenaan. Taburan markah yang diperolehi murid juga dicatat dalam borang yang disediakan. (Rujuk lampiran 12a dan 12b)

16

5.4

Aktiviti Membuat Pameran Gambar

Langkah-langkah pelaksanaan: i.

Guru-guru dan murid-murid memilih gambar.

ii.

Murid-murid yang

menaip

ayat-ayat

menceritakan

gambar-

gambar tersebut di komputer serta mencetaknya.

iii.

Murid-murid

lain

menampal

gambar pada manila kad dan menggunting dan menampalkan ayat-ayat

yang

menceritakan

gambar-gambar tersebut.

iv.

Setelah selesai gambar tersebut dipamerkan di papan maklumat untuk ibu bapa.

Ketika

guru-guru

melekatkan

dan

gambar-gambar

murid-murid

selesai

tersebut

papan

di

maklumat ibu bapa, guru besar tiba di sekolah. Beliau sempat bergambar di depan pameran tersebut.

17

Ketiga-tiga aktiviti telah selesai dengan jayanya pada jam 11 pagi. Manakala poskad yang ditulis oleh murid-murid telah dihantar ke pejabat pos. Di pejabat pos, kedua-dua guru penyelaras Projek Anjung Bahasa telah meminta kebenaran pihak pejabat pos Sengkurong untuk melekatkan stem dan mencop tarikh penerimaan poskad terlebih dahulu kerana kedua-dua guru penyelaras projek berhasrat untuk melaminating poskad tersebut terlebih dahulu. Pihak Pejabat Pos Sengkurong telah memberikan kerjasama dengan baik. Oleh sebab itu, setelah selesai melaminate 8 poskad tersebut di ‘Qalif Book Store’

di Sengkurong poskad-poskad

tersebut telah diposkan pada hari Sabtu 18 Oktober 2008 di pejabat Pos Sengkurong. Manakala 2 lagi poskad telah diposkan pada 20 Oktober 2008 (Hari Isnin).

5.5

Penyampaian Sijil dan Cenderamata

Penyampaian sijil untuk murid-murid yang terlibat dengan projek Anjung Bahasa telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 25 Oktober 2008. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh guru besar iaitu cikgu Hjh Dayang Sarimah bte Hj Awang Bakir . Penyampaian sijil-sijil telah dilaksanakan di dalam bilik perpustakaan. Penyampaian sijil-sjil telah disaksikan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah berkenaan (lihat lampiran 13a untuk sijil).

18

Seorang murid telah diberikan hadiah kerana penglibatannya yang aktif dan berjaya menggunakan bahasa baku semasa projek Anjung Bahasa. Manakala 3 orang murid telah diberikan hadiah oleh penyelaras projek kerana cemerlang dalam aktiviti penulisan pascaanjung. Murid-murid tersebut adalah:

Fatin Nur Afifah bte Hj Jofri Penerima hadiah murid aktif dan dapat menggunakan bahasa baku semasa Projek Anjung Bahasa dijalankan

Dk Siti Nur Syahirah bte Pg Yaakub Penerima hadiah murid cemerlang dalam penulisan laporan (dairi)

Dk Putri Noor Bayu bte Pg Hj Kaharuddin dan Siti Nur Muizzah bte Muhammad Penerima hadiah murid cemerlang dalam penulisan poskad.

19

Setelah itu guru besar menyampaikan cenderamata kepada Cikgu Masmuliani binti Hj Muhammad kerana kerjasama yang beliau berikan sepanjang projek Anjung Bahasa ini dilaksanakan.

Sebagai

tanda

ucapan

penghargaan dan terima kasih kepada guru besar, Cikgu Hjh Dayang Sarimah bte Hj Awang

Bakir

penyelaras

projek

telah

menyampaikan cenderamata berupa sebuah album dan cekera padat yang mengandungi dokumentasi

sepanjang

projek

Anjung

Bahasa dilaksanakan. Surat penghargaan juga disertakan bersama di dalam album tersebut (lampiran 14).

Sebelum

majlis

penyampaian

sijil-sijil

dan

cenderamata

dilaksanakan,

cikgu

Nurhidayatullah binti Muhd Hanafi telah memberikan sedikit ucapan sebagai wakil penyelaras projek. Dalam ucapan ringkas tersebut beliau menyatakan rasa terima kasih atas sambutan dan kerjasama baik yang telah diberikan pihak sekolah baik dari guru besar, guru-guru darjah V dan murid-murid. Beliau berharap agar kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Selain itu juga, kedua penyelaras projek juga diberikan sijil dan cenderamata kenangan dari pihak sekolah. (lihat lampiran 13b).

20

6.0

Faedah Projek

Terdapat beberapa faedah yang boleh diperolehi daripada pelaksanaan projek ini seperti:

i.

Projek ini telah dapat membuka minda guru-guru di sekolah yang terlibat, bahawa pengajaran penulisan tidak semestinya dilaksanakan dalam bentuk tradisional yang dilaksanakan dalam bilik darjah semata-mata serta membosankan malahan dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan.

ii.

Setiap satu lawatan yang dilakukan dapat digunakan oleh guru-guru untuk mengajarkan dan menghasilkan pelbagai bentuk penulisan yang dapat diajarkan dalam beberapa waktu pengajaran penulisan.

iii.

Fakta yang didapati daripada setiap lawatan lebih tepat dan dapat dimanfaatkan oleh murid-murd untuk menghasilkan penulisan yang bermutu.

iv.

Masa penyiapan sesuatu penulisan akan dapat dikurangkan kerana semua fakta yang diperlukan telah tersedia.

v.

Ayat-ayat yang dihasilkan oleh murid-murid menjadi panjang dan struktur serta makna yang lebih tepat (lihat lampiran 15).

vi.

Murid-murid menunjukkan keyakinan dalam menghasilkan sesuatu bentuk penulisan keranan fakta yang diperlukan telah diperolehi serta tepat. 21

vii.

Murid-murid dapat menyemai sikap berani dan yakin dalam berkomunikasi dengan orang lain selain kawan-kawan dan guru-guru terutama ketika mereka mengajukan soalan.

viii.

Suasana pembelajaran lebih seronok dan pembelajaran yang diterima lebih berkesan dan dapat kekal lama dalam stor ingatan mereka.

ix.

Murid-murid dapat menghasilkan idea-idea kreatif berdasarkan maklumat yang di dapati semasa projek Anjung Bahasa.

7.0

Pandangan Ibu Bapa Terhadap Projek

Poskad-poskad yang dikirimkan telah sampai ke tangan ibu bapa murid-murid pada minggu ke10 iaitu dari hari Selasa 21 Oktober 2008 hingga pagi 25 Oktober 2008. Penyelaras projek telah menemubual murid-murid tentang pandangan ibu dan ayah mereka setelah menerima poskad berkenaan. Rata-rata ibu bapa murid-murid berpandangan positif terhadap projek ini. Ibu bapa juga turut memuji gambar-gambar yang diambil serta pemilihan tempat lawatan yang menurut mereka seperti di luar negeri. Ada juga ibu bapa yang menegur tulisan serta ayat-ayat yang ditulis oleh anak mereka.

Guru besar sekolah berkenaan juga turut berminat dengan tempat lawatan tersebut setelah beliau melihat gambar-gambar yang diambil malah beliau telah mengarahkan guru pengawas lawatan di sekolah berkenaan untuk merancang lawatan ke tempat yang sama.

22

8.0

Hambatan Terhadap Pelaksanaan Projek

i.

Penglibatan murid-murid yang bukan murid diri sendiri dalam pelaksanaan projek mengwujudkan masalah kerana penglibatan murid-murid dalam proses yang memakan waktu seperti projek ini agak menganggu proses mengajar guru-guru lain.

ii.

Walaupun murid-murid mendapat ilmu yang berguna daripada lawatan ini namun, kebiasaan murid-murid yang bercakap dalam dialek masing-masing menyebabkan mereka tidak menggunakan bahasa Melayu baku sepanjang projek dilaksanakan. Bahasa baku mereka gunakan hanya ketika bertanya soalan kepada guru dan sebagainya.

Cadangan i.

Guru-guru yang terlibat dengan projek hendaklah menghadkan masa pengambilan keluar murid-murid daripada bilik darjah ketika projek ini dilaksanakan. Guru-guru boleh melaksanakan aktiviti praanjung dan pascaanjung pada hari Jumaat atau Ahad dengan cara memaklumkan dan mendapatkan persetujuan ibu bapa dan penjaga murid.

ii.

Pembudayaan penggunaan bahasa baku di kalangan murid-murid ketika proses pengajaran formal dilaksanakan hendaklah sentiasa dipupuk dan guruguru bahasa pula hendaklah menjadi ‘role model’ pengguna bahasa Melayu baku yang baik.

23

iii.

Projek ini hendaklah didedahkan kepada guru-guru bahasa yang mengajar diperingkat rendah dan menegah persekolahan supaya pengajaran penulisan lebih menarik dan tidak membosankan.

iv.

Setiap aktiviti lawatan yang dijalankan perlu dimanfaatkan oleh guru-guru dengan sebaik-baiknya dengan cara merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti penulisan. Setiap aktiviti penulisan hendaklah dibuat secara bertahaptahap dalam minggu-minggu seterusnya. Ini bermaksud bahawa segala aktiviti penulisan tidak harus dijalankan dalam satu masa atau hari yang sama.

v.

Projek lawatan seperti ini membantu memperkaya pengalaman dan pengetahuan murid-murid. Banyak pengetahuan baru yang mereka perolehi dalam suasana yang tidak menekan. Oleh sebab itu, untuk meningkatkan keberkesanannya, maka lawatan seperti ini hendaklah dilaksanakan dalam penggal pertama hingga ketiga persekolahan kerana guru-guru dan muridmurid belum sibuk membuat persediaan peperiksaan akhir tahun.

9.0

Kesimpulan

Projek Anjung Bahasa telah mencapai objektifnya seperti di bawah:

i.

Murid-murid berpeluang untuk mengalami pengalaman sebenar .

ii.

Murid-murid telah berjaya mendapatkan fakta-fakta yang mereka perlukan untuk aktiviti penulisan melalui penerangan yang dibuat oleh orang yang terlibat dengan ladang itu sendiri.

24

iii.

Murid-murid berjaya menampakkan sikap keyakinan diri mereka ketika bertanya soalan dan situasi sebenar.

iv.

Ilmu yang murid-murid perolehi lebih bermakna kerana pembelajaran mereka berlangsung dalam suasanan yang menyeronokkan.

v.

Projek ini berjaya memberikan pengelaman berharga kepada murid dan juga guru-guru yang terlibat dalam projek sebagai persediaan menghadapi Sistem Pendidikan Negara Abad 21 (SPN 21).

vi.

Membudayakan penggunaan bahasa Melayu baku semasa pengajaran dan pembelajaran formal.

Walaupun projek ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang tersenarai di atas namun, hasrat untuk membudayakan penggunaan bahasa Melayu baku di kalangan guru-guru dan murid-murid dalam situasi pembelajaran yang formal masih lagi jauh dan memerlukan usaha yang lebih gigih. Pekara ini adalah kerana faktor keselesaan bertutur dalam dialek masing-masing ketika berkomunikasi dalam situasi formal sangat ketara. Namun cita-cita itu bukanlah mustahil untuk dicapai jika sekiranya guru-guru dapat menjadi ‘role model’ pengguna bahasa baku yang cekap manakala murid-murid pula mampu mengwujudkan motivasi tinggi dalam diri mereka untuk menggunakan bahasa Melayu baku dan aktiviti yang diungkayahkan ini boleh menjadi satu landasan yang baik untuk hasrat itu.

25

Lampiran 1 Daftar kehadiran murid – 11 Oktober 2008 Bil

Nama Murid

Darjah

Kedatangan

1

Md Syafirul bin Md Saiful

5A



2

Md Aleyman bin Hj Suhaili

5A



3

Dayang Nur Naasyidah bte Awg Malali

5A



4

Dk. Nur Zuhayra Syamimi bte Pg Saiful Rizal

5A



5

Fatin Nur Afifah bte Hj Jofri

5A



6

Md Nabil Fikri bin Bollasan

5B



7

Dk Duratul Hana bte Pg Hj Saifuddin

5B



8

Dk Nurul Hajidah Najabah bte Pg Abd Ghani

5B



9

Dk Putri Noor Bayu bte Pg Hj Kaharuddin

5B



10

Siti Nur Muizzah bte Muhammad

5B



11

Md. Ammar Rifaie bin Md Asri

5C



12

Dk Siti Nur Syahirah bte Pg Yaakub

5C



13

Khairunanisah bte Mohammad

5C



14

Nur Afiqah Amirah bte Awg Hj Osman

5C



15

Zunnur Zahirah bte Md Zaidi

5C

 26

Lampiran 2

Soalan-soalan yang diajukan di kawasan penternakan burung unta.

27

Lampiran 3

Soalan-soalan yang diajukan di kawasan penternakan burung emu.

28

Lampiran 4 Soalan-soalan yang diajukan di kawasan penternakan rusa.

29

Lampiran 5 Soalan-soalan yang diajukan di kawasan penternakan buaya.

30

Lampiran 6

31

Lampiran 7 SIARAN MAKLUMAN IBUBAPA/PENJAGA

‫ لمبق كانن بروني اا‬,‫سكوله رنده داتؤ بصير‬ SEKOLAH RENDAH DATO BASIR, LAMBAK KANAN BRUNEI II A Tel: 2390942 (GB), 2390942 (fax) /2390933 (PGB) 2390234 / (Kerani) e-mel: [email protected] Rujukan : SRDB/SIB/04/ 1429

Tarikh

: 14 Oktober 2008/ 15 Syawal

Yang Mulia; Ibubapa / Penjaga Murid Sekolah Rendah Dato Basir, Brunei II Tuan /Puan, PER: LANJUTAN PROJEK ANJUNG BAHASA (PASCAANJUNG) UNTUK PENGAJARAN PENULISAN Dengan hormat sukacita memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga bahawa senarai nama murid Darjah V yang dilampirkan bersama ini adalah murid-murid yang terlibat dalam projek yang dinyatakan di atas anjuran bersama mahasiswi daripada program, B.Ed Primary Education, di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam. Sehubungan itu dipohonkan kerjasama ibu bapa / penjaga murid supaya akan dapat menghantar dan seterusnya memberikan kebenaran bagi mereka untuk membuat lanjutan projek (pascaanjung) pada: Tarikh

:

17 Oktober 2008/18 Syawal 1429

Hari

:

Jumaat

Jam

:

7.45 pagi hingga 11:15 pagi

Tempat :

Sekolah Rendah Dato Basir, Brunei II A Negara Brunei Darussalam

Di samping itu, anak-anak biskita juga dikehendaki untuk berpakaian sukan SR Dato Basir serta membawa alat tulis yang diperlukan bagi aktiviti itu nanti. Sekian. Wassalam. ‘Keluarga Riang, Masyarakat Cemerlang, Negara Terbilang’

(Hajah Dyg. Sarimah Binti Haji Awang Bakir ) Guru Besar, Sekolah Rendah Dato Basir.

32

Lampiran 8 Dartar kehadiran murid semasa Pascaanjung – 17 Oktober 2008 Bil

Nama Murid

Darjah

Kedatangan

1

Md Syafirul bin Md Saiful

5A



2

Md Aleyman bin Hj

5A



Suhaili 3

Dayang Nur Naasyidah bte Awg Malali

5A



4

Dk. Nur Zuhayra Syamimi bte Pg Saiful Rizal

5A



5

Fatin Nur Afifah bte Hj Jofri

5A



6

Md Nabil Fikri bin Bollasan

5B

7

Dk Duratul Hana bte Pg Hj Saifuddin

5B



8

Dk Nurul Hajidah Najabah bte Pg Abd Ghani

5B



9

Dk Putri Noor Bayu bte Pg Hj Kaharuddin

5B



10

Siti Nur Muizzah bte Muhammad

5B



11

Md. Ammar Rifaie bin Md Asri

5C

12

Dk Siti Nur Syahirah bte Pg Yaakub

5C



13

Khairunanisah bte Mohammad

5C



14

Nur Afiqah Amirah bte Awg Hj Osman

5C



15

Zunnur Zahirah bte Md Zaidi

5C



o

o

33

Lampiran 9 PERSEDIAAN MENGAJAR BAHASA MELAYU (RENDAH ATAS)

Tarikh Hari Darjah Bilangan murid Masa Mata pelajaran Aspek Bahasa Tajuk Pelajaran

: : : : : : : :

16 Syawal 1429 / 17 Oktober 2008 Jumaat 5 15 orang 8.00 – 9.00 pagi Bahasa Melayu Penulisan Poskad

Isi Pelajaran

:

Membina ayat berdasarkan jawapan daripada soalan yang diajukan semasa Anjung Bahasa mengikut format penulisan poskad.

Kemahiran

:

Lisan, menulis dan membaca,.

Pengetahuan sedia ada

:

Murid-murid sudah pernah mengunjungi tempat yang hendak dibincangkan. Mereka juga pernah membuat poskad.

:

Objektif : Pada akhir pengajaran murid-murid akan dapat: 1) Menceritakan mengenai pengalaman mereka berkunjung di Ladang Lois secara lisan. 2) Membina ayat melalui jawapan-jawapan yang mereka perolehi semasa Anjung Bahasa. 3) Membuat poskad dan membentangkannya.

Pendekatan

:

Eklektik (deduktif, Induktif dan komunikatif)

Kaedah

:

Eklektik (bercerita dan sokratik)

Teknik

:

Bercerita, bersoal-jawab, penerangan

Penyerapan nilai

:

Mengagumi segala ciptaan Allah.

Penyerapan ilmu

:

Ilmu Sains (binatang), sivik. 34

Alat Bantu Mengajar

:      

Gambar Pita rakaman Kertas soalan Kertas warna Magik pen Kertas poskad

Langkah-langkah penyampaian Masa/ langkah

Isi Pelajaran

Induksi set (5 minit)

 Bersoal jawab lisan.

Langkah 1 (10 minit)

 Penerangan mengenai aktiviti membuat poskad.

Cara Penyampaian 1.

Guru bersoal jawab bersama murid mengenai pengalaman mereka semasa Anjung Bahasa.

2. Guru memberikan penerangan mengenai penulisan yang akan dibuat. 3. Setiap murid diberikan sekeping gambar binatang yang mereka sukai.

Langkah 2 (20 minit)

 Ayat-ayat dibina berdasarkan fakta yang telah mereka perolehi semasa anjung bahasa.

4. Guru mengedarkan kertas poskad kepada murid dan mengarahkan mereka membina ayat berdasarkan soalan-soalan semasa Anjung Bahasa. 5. Murid membina ayat berdasarkan fakta yang mereka perolehi ke dalam kertas yang disediakan sebagai `draf’

35

Langkah 3 (13 minit)

 Kertas poskad.

6. Setelah itu guru menyemak hasil kerja murid dan membuat pembetulan bersama murid. 7. Menuliskan ayat-ayat yang telah disemak oleh guru ke dalam kertas poskad.

Langkah 4 ( 7 minit)

 Poskad yang sudah disiapkan.

Penutup (5 minit)

 Poskad yang telah disiapkan oleh murid.

8. Setelah itu guru mengarahkan setiap murid untuk membentangkan hasil kerja mereka kepada kawan-kawan.

9. Guru menutup pengajaran dengan mengimbas kembali pengalaman mereka dan memberikan komen dan pujian.

Catatan Guru : Kerja penulisan telah berjaya dijalankan dalam masa satu jam. Walau bagaimanapun 2 daripada 13 orang murid yang hadir telah membuat aktiviti penulisan berbentuk laporan (dairi) kerana berdasarkan ayat-ayat yang mereka bina, panjang ayat amat sesuai untuk membuat laporan.

36

Lampiran 10

37

Lampiran 11

38

Lampiran 12a

39

Lampiran 12b Taburan Markah Hasi Kerja Murid

Bil

Nama Murid

Markah 30%

1

Md Syafirul bin Md Saiful

20

2

Md Aleyman bin Hj Suhaili

19

3

Dayang Nur Naasyidah bte Awg Malali

25

4

Dk. Nur Zuhayra Syamimi bte Pg Saiful Rizal

26

5

Fatin Nur Afifah bte Hj Jofri

21

6

Md Nabil Fikri bin Bollasan

Tidak hadir

7

Dk Duratul Hana bte Pg Hj Saifuddin

26

8

Dk Nurul Hajidah Najabah bte Pg Abd Ghani

22

9

Dk Putri Noor Bayu bte Pg Hj Kaharuddin

27

10

Siti Nur Muizzah bte Muhammad

27

11

Md. Ammar Rifaie bin Md Asri

Tidak hadir

12

Dk Siti Nur Syahirah bte Pg Yaakub (Diari)

27

13

Khairunanisah bte Mohammad

22

14

Nur Afiqah Amirah bte Awg Hj Osman (Diari)

26

15

Zunnur Zahirah bte Md Zaidi

21

40

Lampiran 13a Sijil Penghargaan untuk murid

41

Lampiran 13b Sijil Penghargaan daripada pihak sekolah kepada guru penyelaras projek

42

Lampiran 14

Penghargaan Projek Anjung Bahasa ini dijalankan oleh Shuzarina binti Hj Sharbini – 06B0741 Nurhidayatullah binti Muhd Hanafi – 06B0747 B.Ed Primary Education [Pendidikan Bahasa Melayu] Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam. dan kami ingin mengucapkan setinggi.tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

Cikgu Hjh Hjh Dyg Sarimah binti Hj Awg Bakir [Guru Besar, Sekolah Rendah Dato Basir, Brunei II A]

Cikgu Masmuliani binti Hj Muhammad Cikgu Nurhalizah binti Hj Meluddin Guru. Guru.Guru Darjah 5 kerana berkesudian membantu menjayakan projek ini untuk Pengajaran Penulisan. Semoga Allah jua yang membalas jasa baik biskita. 25 Oktober 2008

43

Praanjung

Lampiran 15

Pascaanjung

44

Lampiran 16 Jadual Kerja Anjung Bahasa Tarikh

Perlaksanaan Aktiviti

23 Ogos 2008

Perjumpaan dengan guru penyelaras di SRDB

26 Ogos 2008

Mengambil contoh surat di SRDB

30 Ogos 2008

Perjumpaan bersama guru besar

27 Ogos 2008

Menghubungi pengurus ladang

25 Ogos 2008

Menghubungi Jabatan pertanian

3 September 2008

Perjumpaan dengan pengurus ladang

4 September 2008

Mengambil senarai nama murid di SRDB

8 September 2008

Berjumpa guru besar (menandatangani surat-suratan)

13 September 2008

Menyerahkan surat kebenaran di Jabatan Kenderaan

13 September 2008

Berjumpa guru besar (menandatangani surat-suratan perubahan)

6 Oktober 2008

Muzakarah

9 Oktober 2008

Aktiviti Praanjung

11 Oktober 2008

Anjung Bahasa

14 Oktober 2008

Menyerahkan surat maklumat ibu bapa mengenai kelas tambahan (Pascaanjung)

15 Oktober 2008

Mencetak gambar

16 Oktober 2008

Membeli kertas-kertas, manila kad dan mecetak kertas poskad

17 Oktober 2008

Pascaanjung

18 Oktober 2008

Mengepos 8 poskad

20 Oktober 2008

Mengepos 2 poskad dan membeli hadiah

25 Oktober 2008

Majlis penyampaian sijil

45

30 Oktober 2008

Berjumpa dengan pengerusi Mekar di DBP.

30 Oktober 2008

Perjumpaan dengan guru penyelaras (mengambil poskad yang telah diterima)

46

Lampiran 17

Perbelanjaan Projek Anjung Bahasa Perkara

Harga

Jamuan

$30

Hadiah murid

$13

Cenderamata pihak sekolah

$15

Cenderamata guru penyelaras

$7.40

Video tape

$8

Laminate paper

$9

stem

$2

Gambar-gambar

$25

Kertas warna

$5

Jumlah

$114.40

47

Related Documents