Laporan Anjung Bahasa Ke Mc Donalds

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Anjung Bahasa Ke Mc Donalds as PDF for free.

More details

  • Words: 3,099
  • Pages: 20
LAPORAN ANJUNG BAHASA DAN PASCAANJUNG BAHASA

1.0 Pendahuluan Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Rendah (Darjah I-VI), Negara Brunei Darussalam (Sidang Penyusun, 2006: 10 ). Sebagaimana yang diketahui, murid-murid Brunei masih di tahap kurang memuaskan dalam aspek ini kerana kemahiran menulis di sekolah diajarkan di bilik darjah sahaja. Sehubungan dengan ini, projek Anjung Bahasa dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Bahasa, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam bagi memberikan pendedahan kepada guru dalam penyampaian pengajaran penulisan yang lebih berkesan. Hal ini bermaksud murid-murid akan dapat menghasilkan penulisan berdasarkan pengalaman sebenar. Oleh itu, penulis telah melaksanakan projek ini seperti mana yang dirancang dalam kertas kerja terlebih awal. Kertas kerja ini khusus melaporkan

pelaksanaan Anjung Bahasa dan Pascaanjung Bahasa, dapatan pelaksanaan

projek, perbincangan dapatan dan penutup yang akan dihuraikan dalam sub-sub tajuk di bawah ini.

1

2.0 Pelaksanaan Anjung Bahasa Dalam sub tajuk ini, penulis akan menghuraikan masa, tempat dan aktiviti lawatan, iaitu sebelum, semasa dan selepas lawatan dilaksanakan.

2.1 Masa dan Tempat Lawatan Rancangan awal dalam Praanjung Bahasa, penulis telah memilih kilang pembuatan ais krim Syarikat Kingston yang terletak di Perindustrian Beribi, Gadong. Tarikh yang dicadangkan ialah pada hari Rabu, 27hb Ogos 2008. Walau bagaimanapun, rancangan ini tidak berjaya kerana syarikat tersebut hanya menerima lawatan dari bulan Januari hingga Jun sahaja. Penulis berasa kecewa kerana semua persiapan telah dibuat misalnya kebenaran murid dan permohonan bas telah diluluskan.

Kegagalan ini disebabkan kelewatan jawaban yang

diberikan oleh pengurus syarikat tersebut. Sehubungan ini, penulis mengambil alternatif lain dengan memilih restoran Mc Donalds sebagai destinasi lawatan. Lawatan dilaksanakan pada hari Rabu, 8hb Oktober 2008, pada jam 1.30 petang. Tempat lawatan ialah Restoran Mc Donalds yang terletak di kawasan Gadong, Daerah Brunei dan Muara.

Perjalanan

menuju ke tempat lawatan mengambil masa lebih kurang 60 minit, iaitu rombongan tiba jam 2.40 petang.

2

2.2 Aktiviti Lawatan Dalam sub tajuk ini, penulis akan menghuraikan aktiviti sebelum, semasa dan selepas lawatan.

2.2.1 Sebelum Lawatan Pada hari lawatan, selepas murid-murid makan tengah hari di sekolah, mereka tidak balik ke rumah masing-masing dan mereka diarahkan berkumpul di dewan makan. Guru-guru pengawas yang terlibat memberikan sedikit taklimat kepada murid-murid mengenai disiplin, keselamatan dan tata tertib semasa lawatan.

Pada jam 1.15 petang, bas telah tiba untuk membawa murid-murid ke tempat lawatan. Sebelum murid-murid naik bas, mereka berbaris dan naik ke dalam bas secara teratur, iaitu seorang demi seorang.

Apabila semua murid telah naik ke dalam bas, guru pengawas

mencatat dan memastikan jumlah kehadiran murid yang ikut serta. Seterusnya, murid-murid diarahkan membaca doa perjalanan. Setelah selesai membaca doa, bas mula bergerak ke destinasi yang dituju.

3

2.2.2 Semasa Lawatan Tiba di tempat lawatan, rombongan dialu-alukan oleh pengurus restoran, Dayang Hartini. Rombongan lawatan dibawa naik ke tingkat atas restoran tersebut. Beliau memberikan sedikit penerangan mengenai aktiviti yang akan dibuat. Murid-murid yang terlibat dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 akan dibawa ke bahagian penyediaan makanan terlebih dahulu manakala kumpulan 2 dibenarkan bermain di sudut permainan yang terdapat di tingkat atas restoran tersebut.

Sebagaimana yang dinyatakan, kumpulan 1 dibawa melawat ke bahagian penyediaan makanan. Mula-mula, murid-murid dibawa ke tempat penyediaan minuman dan mereka dikenalkan saiz gelas, iaitu saiz kecil, sederhana dan besar. Minuman yang terdapat di restoran ini ada dua jenis, iaitu panas dan sejuk. Jenis-jenis minuman sejuk yang ada ialah Sprite, Coke dan Mirinda strawberri dan oren dan juga milo. Minuman shake juga ada disediakan yang berperisa vanila, coklat dan strawberri. Manakala minuman panas ialah teh, kopi, capuccino dan milo.

Setelah murid-murid di bawa ke bahagian minuman, pengurus membawa mereka ke tempat penyediaan makanan.

Di sana, pengurus menunjuk cara penyediaan burger, kemudian

seorang murid diberi peluang memberi ketchup dan mastad di atas ban yang telah siap dibakar. Seterusnya, murid-murid ini dibawa ke bahagian bilik penyimpanan makanan beku seperti ubi kentang jari, ayam, pai, nugget dan daging burger. Selesai di bahagian penyimpanan beku, murid-murid ini diarahkan naik semula ke tingkat atas dan mencatat maklumat yang mereka perolehi.

4

Lawatan diteruskan dengan membawa kumpulan 2.

Kumpulan

ini dibawa oleh salah

seorang staf Mc Donalds, Dayang Norzainah. Kumpulan ini juga dibawa ke bahagian penyediaan minuman dan penyediaan burger.

Kemudian, mereka dibawa ke bahagian

penggorengan pai. Beliau menerangkan ada dua jenis pai yang terdapat di restoran ini, iaitu pai epal dan pisang. Menurut penerangannya, penggorengan pai mengambil masa 7 ke 8 minit. Selepas itu, murid-murid dibawa ke bahagian penggorengan ubi kentang jari. Muridmurid ditunjukkan saiz kotak ubi kentang jari sambil mengisi ubi kentang jari tersebut ke dalam kotak yang bersaiz kecil, sederhana dan besar. Seterusnya mereka beralih ke bahagian penggorengan ayam. Murid-murid diterangkan bahawa ketulan ayam digoreng mengikut susunan, iaitu ketulan paha di peringkat bawah, isi dada di tengah dan sayap pula di peringkat atas grill penggorengan. Setelah itu, seperti kumpulan 1, kumpulan ini juga dibawa ke bahagian bilik penyimpanan makanan beku. Apabila selesai, mereka diarahkan naik semula ke tingkat atas dan mencatat maklumat yang diperoleh.

5

Di tingkat atas, murid-murid diberi peluang bersoal jawab dengan Dayang Norzainah. Semasa lawatan, penulis tidak membebankan murid-murid dengan soalan-soalan yang disediakan dalam kertas edaran, penulis mengharapkan murid-murid bertanya secara spontan menggunakan bahasa Baku. Sesi soal jawab dijalankan setelah selesai lawatan di tingkat bawah. Tujuannya ialah supaya murid-murid dapat menumpukan perhatian mengenai perkara-perkara yang dilihat dan mendengar penerangan yang disampaikan.

Sesi soal jawab di tingkat atas restoran berjalan dengan lancar. Murid-murid mengambil peluang bertanya berpandukan soalan yang telah disediakan oleh guru pengawas. Penerangan yang diberikan dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh muridmurid. Sesi soal jawab mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Selepas sesi soal jawab, acara penyampaian sijil penghargaan daripada rombongan lawatan kepada pihak lawatan dilaksanakan. Penyampaian sijil disampaikan oleh guru Darjah 5, iaitu cikgu Dang Niah. Lawatan diteruskan lagi dengan acara ucapan penghargaan daripada wakil murid Darjah 5, iaitu Dayang Ardina. Kemudian pengurus Mc Donalds juga

6

berkesempatan memberi ucapan ringkas kepada rombongan lawatan. Untuk mengakhiri lawatan, rombongan telah dihidangkan segelas minuman Coke dan makanan burger dan ubi kentang jari yang disimpan dalam kotak.

Sebelum berangkat balik, rombongan berkesempatan bergambar ramai bersama pihak Mc Donalds. Selain itu, murid-murid diberi peluang untuk membeli makanan yang terdapat di restoran tersebut. Mereka digalakkan menggunakan bahasa Melayu Baku ketika memesan makanan. Setelah murid-murid menerima makanan yang mereka pesan, mereka diarahkan menunggu kedatangan bas di luar kawasan restoran Mc Donalds sambil diawasi oleh guruguru yang terlibat.

7

2.2.3 Selepas Lawatan Lebih kurang jam 4.30 petang, bas pun tiba, kemudian murid-murid beratur dan naik ke dalam bas. Sebelum bas bergerak, guru pengawas memastikan dan mencatat jumlah murid yang terlibat. Dalam perjalanan, guru-guru bertanya kepada murid-murid mengenai perasaan mereka tentang lawatan ini. Murid-murid menyatakan mereka berasa seronok. Perjalanan balik menuju ke sekolah memakan masa lebih kurang 1 jam, iaitu jam 5.30 petang rombongan tiba di sekolah.

Di sekolah, guru-guru pengawas memastikan semua murid telah dibawa balik oleh penjaga mereka. Di samping itu juga, guru pengawas mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas yang telah selamat membawa rombongan pergi dan balik. Semua aktiviti lawatan ini didokumentasikan oleh jurugambar yang telah diupah khas oleh penulis supaya perjalanan aktiviti lawatan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

3.0 Pelaksanaan Pascaanjung Bahasa Dalam sub tajuk ini, penulis akan menghuraikan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam Pascaanjung Bahasa yang meliputi aktiviti murid, penyemakan hasil kerja murid, penyemakan dan pengeditan video dokumentasi lawatan dan majlis penutup Anjung Bahasa.

3.1 Aktiviti Murid Dalam sub tajuk ini, penulis akan menghuraikan pelaksanaan dua aktiviti pascaanjung, iaitu aktiviti penulisan karangan dan aktiviti penulisan resipi. 8

3.1.1 Aktiviti Penulisan Karangan Objektif penulisan karangan ini antaranya ialah: 1. Murid-murid dapat menulis karangan deskriptif yang menjurus kepada makanan ringan kegemaran mereka. 2. Murid-murid dapat menulis cara penyediaan dan pembuatan makanan ringan kegemaran mereka.

Guru pengawas telah melaksanakan aktiviti ini pada hari Jumaat, 17hb Oktober 2008, jam 8.00 pagi. Melalui surat kebenaran yang diberikan kepada ibu bapa, murid-murid diminta datang pada tarikh yang disebutkan di atas. Daripada 15 orang murid, 11 orang murid sahaja yang diberi kebenaran. Pada hari tersebut, penolong Guru Besar, cikgu Asri bin Haji Naim hadir untuk memastikan kehadiran murid-murid darjah 5.

Aktiviti penulisan karangan ini dilaksanakan di bilik darjah 5. Dalam aktiviti ini, guru pengawas mengarahkan murid-murid menulis semula karangan yang bertajuk ‘Makanan ringan kegemaran saya’. Bagi memulakan aktiviti ini murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan diarahkan berbincang untuk menghasilkan peta minda mengenai tajuk karangan.

Mereka digalakkan menggunakan maklumat

yang diperoleh daripada

lawatan yang lepas. Mereka diberi masa selama 15 minit sahaja untuk berbincang. Selepas 9

perbincangan, sesi kongsi sama hasil daripada setiap kumpulan dilaksanakan. Guru menulis hasil setiap kumpulan di papan putih. Guru juga bersoal jawab mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Selepas sesi kongsi sama, murid-murid diarahkan pula menulis karangan tersebut secara individu. Guru memberikan kertas edaran kepada muridmurid untuk menulis karangan. Mereka diberikan masa selama 20 minit sahaja untuk menyiapkan karangan masing-masing.

Pada akhir aktiviti, guru pengawas mendapati objektif penulisan tercapai. Daripada analisis markah yang diperolehi oleh murid-murid, 7 orang murid daripada 11 telah memperolehi markah lulus. Tegasnya, murid-murid dapat menghasilkan karangan yang menjurus kepada makanan ringan kegemaran mereka.

3.1.2 Aktiviti Penulisan Resipi Objektif penulisan resipi ini ialah: 1. Murid-murid dapat menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat burger dengan betul. 2. Murid-murid dapat menghasilkan penulisan resipi yang kreatif.

10

Aktiviti penulisan resipi ini juga dilaksanakan pada hari Jumaat, iaitu sejurus selesai aktiviti penulisan karangan. Dalam aktiviti ini, murid-murid diarahkan menghasilkan resipi membuat burger secara berkumpulan, iaitu tiga kumpulan sahaja. Aktiviti ini memfokuskan bahanbahan yang digunakan untuk menyediakan sebiji burger.

Sebelum murid-murid menghasilkan penulisan resipi ini, sesi soal jawab dijalankan. Guru mengimbas kembali mengenai bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat burger. Daripada hasil sesi soal jawab ini, guru mendapati murid-murid boleh menjawab soalan yang diajukan.

Guru menyediakan alatan-alatan seperti kertas pelbagai warna, gam air, pensel warna, ‘magic pen’ dan gunting.

Dengan alatan-alatan yang diberikan, murid-murid digalakkan untuk

menghasilkan penulisan resipi yang kreatif. Mereka diberikan masa selama 20 minit untuk menyiapkan aktiviti ini.

Pada akhir aktiviti, guru pengawas mendapati objektif penulisan resipi juga tercapai. Daripada penyemakan hasil kerja murid, guru pengawas mendapati mereka dapat 11

menyenaraikan bahan-bahan resipi burger dengan betul.

Di samping itu, penghasilan

penulisan resipi ini juga kreatif dengan penggunaan kertas warna yang disediakan.

Setelah selesai melaksanakan aktiviti kerja murid, guru pengawas telah mengedarkan makanan dan minuman yang disediakan, iaitu mee hoon goreng dan ayam goreng dan juga minuman milo kotak.

3.2 Penyemakan Hasil Kerja Murid Guru pengawas membuat penyemakan hasil kerja murid pada hari Sabtu, 18hb Oktober 2008, jam 8.00 pagi di Universiti Brunei Darussalam.

3.2.1 Penulisan Karangan Dalam penyemakan penulisan karangan

murid, guru pengawas memilih karangan

berdasarkan aspek pendahuluan, isi dan penutup yang terbaik. Sebelum memberi markah, penulis membahagikan karangan tersebut kepada 3 kategori, iaitu karangan baik, sederhana dan lemah. Kemudian guru pengawas menyemak dan memberikan markah berpandukan format markah Penilaian Sekolah Rendah (PSR) yang diberikan oleh guru Bahasa Melayu sekolah tersebut.

Format pemarkahan penulisan karangan dibahagikan kepada 3 aspek, iaitu isi, bahasa dan teknik. Aspek isi mengandungi 30 markah, aspek bahasa mengandungi 15 markah dan aspek teknik pula mengandungi 5 markah. 12

3.2.2 Penulisan Resipi Dalam penyemakan penulisan resipi, guru pengawas memfokuskan kepada ketepatan, ejaan dan kreativiti murid-murid. Ketepatan bermaksud murid-murid dapat menyeneraikan bahanbahan yang betul. Selain

itu, ejaan

yang

betul

juga diutamakan. Bagi pemilihan

penghasilan penulisan resipi yang baik, aspek kreativiti murid juga ditekankan. Aspek kreativiti bermaksud penggunaan warna dan penyusunan perkataan bahan-bahan burger.

3.3 Penyemakan dan Pengeditan Video Dokumentasi Jurugambar yang diupah menghantar VCD dokumentasi lawatan pada hari Khamis, 23hb Oktober 2008. Guru pengawas melihat dan menyemak isi kandungan video besama-sama pada hari Sabtu, 25hb Oktober 2008. Guru pengawas juga telah dimaklumkan oleh jurugambar bahawa rakaman suara video hanya terdapat di bahagian akhir tayangan video sahaja.

Perkara ini adalah disebabkan masalah teknikal.

Walau bagaimanapun guru

pengawas mengharapkan jurugambar tersebut untuk mengatasi masalah ini. Jurugambar berusaha untuk mengatasinya tetapi tidak juga berhasil. Beliau menyuarakan rasa bersalah kepada guru pengawas dan akhirnya guru pengawas menerima hakikat video dokumentasi lawatan yang kurang memuaskan.

Tayangan video mengambil masa selama 60 minit. Setelah selesai melihat tayangan video ini terdapat beberapa isi kandungan yang tidak perlu ditayangkan, misalnya perjalanan menuju ke tempat lawatan.

Jurugambar hanya mengambil masa sehari sahaja untuk melakukan

proses pengeditan video dokumentasi lawatan. Setelah pengeditan dibuat masa tayangan video dokumentasi hanya mengambil masa selama 43 minit sahaja. 13

3.3 Majlis Penutup Anjung Bahasa Tarikh yang dicadangkan awal ialah pada hari Selasa, 28hb Oktober 2008. Walau bagaimanapun, majlis tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana kawasan

menuju

ke

sekolah itu dilanda banjir. Guru Besar sekolah mencadangkan untuk menggunakan jalan sungai dengan menaiki motobot yang mana perjalanan akan mengambil masa 1 jam. Guru pengawas tidak bersetuju dengan cadangan Guru Besar kerana memikirkan keselamatan.

Oleh yang demikian, majlis ini dilaksanakan pada hari Sabtu, 1hb November 2008, jam 8.30 pagi. Pada hari ini, jalan menuju ke sekolah masih lagi banjir. Oleh itu, guru pengawas terpaksa melalui jalan lain untuk menuju ke sekolah itu. Perjalanan menuju ke sekolah tersebut lazimnya mengambil masa 30 minit sahaja dari Pekan Tutong tetapi disebabkan menggunakan jalan lain, perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 55 minit.

Majlis penutup ini dilaksanakan di dewan makan Sekolah Rendah DPS Ukong, Tutong II. Acara-acara yang dijalankan ialah menayangkan dokumentasi lawatan, penyampaian sijil penyertaan murid-murid yang terlibat, penyampaian hadiah penulisan 3 terbaik, ucapan penghargaan daripada kedua-dua pihak dan menyaksikan pameran hasil kerja murid. Acara ini bermula jam 10.30 pagi selepas waktu rehat atas persetujuan Guru Besar.

Sebelum acara dimulakan guru pengawas membuat persiapan seperti melekatkan hasil kerja murid dan galeri gambar di papan pameran.

Penulis juga memeriksa

LCD projektor,

komputer riba, speaker dan VCD dokumentasi lawatan berfungsi dengan baik. Persiapan ini

14

dibantu oleh guru ICT sekolah ini. Setelah selesai semua persiapan penulis hanya menunggu masa yang ditetapkan untuk memulakan majlis.

Pada jam 10.30 pagi, semua murid dan guru masuk ke dewan makan sekolah tersebut. Selepas itu, acara pun dimulakan dengan menayangkan dokumentasi lawatan selama 43 minit. Tayangan dokumentasi ini menggunakan LCD projektor, komputer riba, skrin layar putih dan speaker.

Selesai

tayangan dokumentasi, acara diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan

kepada murid-murid yang terlibat. Guru Besar sekolah diberi penghargaan untuk menyampaikan sijil-sijil tersebut. Seterusnya, acara penyampaian hadiah penulisan karangan 3 terbaik dilaksanakan. Hadiah-hadiah ini juga disampaikan oleh Guru Besar. Memandangkan pemenang penulisan karangan terbaik 2 dan 3 tidak hadir, guru pengawas memberi penghargaan kepada guru Darjah 5 dan guru Bahasa Melayu menerima bagi pihak murid tersebut. Selepas selesai penyampaian hadiah, ucapan penghargaan disampaikan oleh pihak guru pengawas kepada pihak sekolah dan diikuti pula ucapan penghargaan Guru Besar kepada pihak penulis.

15

Acara yang

terakhir dalam majlis ini ialah menyaksikan pameran hasil kerja murid

yang telah dilekatkan di papan pameran dan diletakkan di sudut dewan makan. Majlis ini selesai jam 12.00 tengah hari. Apabila majlis penutup Anjung Bahasa selesai, penulis mengadakan perjumpaan dengan Guru Besar di biliknya. Penulis berpeluang bertukar-tukar pendapat dan kongsi sama mengenai projek ini khusus pelaksanaannya pada masa akan datang.

16

4.0 Dapatan Pelaksanaan Projek Hasil pelaksanaan projek ini, penulis mendapati murid-murid dapat menggunakan pengalaman sebenar dalam penulisan mereka. Selain daripada itu, mereka juga dapat mengaplikasikan Bahasa Baku dalam penulisan dan juga pertuturan. Pembinaan struktur ayat juga betul. Perkara ini dapat dilihat daripada hasil penulisan karangan murid selepas lawatan. Jadual di bawah ini memaparkan perbezaan markah penulisan karangan sebelum dan selepas lawatan. Nama murid

Markah Sebelum

Selepas

1. Edi Jul Haniffah bin Jefry

12

15

2. Norhazman bin Musa

24

31

3. Ardina binti Adaus

22

33

4. Azleen Nazzwa binti Noorazni

13

17

5. Nadiah binti Jalani

20

25

6. Nazreena binti Kibat

17

18

7. Nurul Amalina binti Andru

20

25

21.5

30

9. Rosfazila binti Pitur

17

19

10. Wahroseliaa binti Buah

20

28

11. Zulirahimah binti Murni

23

27

8. Nur Hazimah binti Hj Awg Zaini

17

Sementara itu pula, pengaplikasian bahasa Baku dalam pertuturan dapat dilihat semasa murid-murid mengajukan soalan semasa lawatan. Selain itu, ia juga dapat dilihat semasa beberapa orang murid menyatakan perasaan mereka mengenai lawatan.

5.0 Perbincangan Dapatan Pelaksanaan Projek 5.1 Objektif Lawatan Dalam rancangan Praanjung Bahasa, guru pengawas telah menyenaraikan 3 objektif lawatan, iaitu: 1. Murid dapat mengetahui permbuatan / pemerosesan makanan segera atau makanan ringan. 2. Mendedahkan kepada murid-murid tentang kebersihan dalam penyediaan makanan. 3. Menggalakkan murid-murid berinteraksi dalam situasi sebenar.

Ketiga-tiga objektif ini dapat dicapai. Dalam objektif pertama, murid-murid dibawa ke bahagian dapur, tempat penyediaan makanan untuk melihat sendiri penyediaan makanan yang terdapat di restoran seperti burger, ubi kentang jari, ayam goreng, pai dan lain-lain. Bagi objektif kedua pula, murid-murid dapat melihat sendiri pekerja menggunakan sarung tangan plastik ketika menyediakan makanan. Selain itu, kawasan dapur juga bersih dan kemas. Manakala objektif ketiga pula dapat dicapai melalui aktiviti soal jawab antara muridmurid dengan pekerja-pekerja restoran Mc Donalds. Ini juga dapat dilihat ketika muridmurid memesan makanan dan minuman yang dijual di restoran tersebut.

18

5.2 Perbandingan Hasil Penulisan Karangan Guru pengawas membandingkan hasil penulisan karangan murid-murid dan ternyata penulisan tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara sebelum dan selepas lawatan. Peningkatan ini adalah disebabkan maklumat yang murid-murid perolehi semasa lawatan dapat digunakan untuk aktiviti penulisan. Ini membuktikan bahawa pengalaman sebenar dapat memberikan maklumat yang berguna dan idea dalam menghasilkan sesuatu penulisan yang baik. Selain itu, murid-murid juga dapat menambah perbendaharaan kata baharu.

5.3 Penggunaan Bahasa Baku Semasa perjumpaan dengan murid-murid mengenai pelaksanaan projek ini, penulis mendapati murid-murid

masih menggunakan bahasa dialek ketika berinteraksi dengan

penulis. Setelah diterangkan mengenai projek ini menekankan penggunaan bahasa Baku, penulis mendapati perubahan yang amat ketara semasa aktiviti Anjung Bahasa dan Pascaanjung Bahasa.

Guru pengawas juga mendapati murid-murid ini tidak segan silu menggunakan bahasa Baku dalam petuturan, misalnya mengajukan soalan secara spontan. Ini juga dapat dilihat semasa wakil murid yang memberi ucapan penghargaan kepada pihak lawatan dan semasa sesi soal jawab serta perbincangan dalam aktiviti Pascaanjung Bahasa.

19

6.0 Penutup Daripada pelaksanaan Anjung Bahasa ini, guru pengawas menyimpulkan bahawa beberapa pihak yang terlibat seperti pihak sekolah, guru Bahasa Melayu, murid-murid, ibu bapa, penulis dan pihak yang dilawat mendapat manfaat dan faedah yang amat berguna. Daripada pihak sekolah, aktiviti seperti ini dapat mewujudkan sikap bekerja sama antara satu sama lain. Projek ini juga memberi pengalaman kepada guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan dan menjayakan apa juga kegiatan seperti ini di masa akan datang. Bagi murid-murid pula pengajaran melalui pengalaman sebenar merupakan satu cara pembelajaran untuk penulisan yang lebih baik. Manakala daripada pihak ibu bapa, projek ini dapat menerima maklum balas hasil kerja anak-anak mereka setelah membuat lawatan.

Ini

bermaksud lawatan sambil belajar yang dilaksanakan disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan proses pembelajaran khususnya penulisan. Di samping itu, pihak yang dilawat akan berasa bangga dan dihargai kerana adanya hubungan kerjasama antara pihak sekolah dan mereka. Oleh itu, penulis menyarankan agar projek ini akan diteruskan demi menyahut sistem pendidikan abad ke 21 yang menekankan markah 30% projek dalam penilaian sekolah di samping markah peperiksaan bertulis 70%. Dengan adanya pelaksanaan projek Anjung Bahasa ini di masa akan datang, pembelajaran penulisan akan lebih membuka minda muridmurid untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti.

20

Related Documents