UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
LAPORAN PROJEK ANJUNG BAHASA disediakan oleh: Siti Haidah binti Haji Mahmud 06B0746 dan Norhamzeelah binti Haji Abdul Hamit 06B0748
1
1.
Pengenalan
Anjung Bahasa merupakan projek lawatan sambil belajar. Ia merupakan satu projek yang dikhususkan untuk guru-guru membawa murid-murid atau pelajar-pelajar ke suatu tempat yang bersesuaian dengan tujuan menimba pengalaman sebenar, mengumpul ilmu pengetahuan dan maklumat serta memberi mereka peluang untuk mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu baku dalam situasi kehidupan sebenar. Projek lawatan sambil belajar dalam Anjung Bahasa ini berbeza daripada lawatan sambil belajar yang diadakan sebelum ini. Lawatan-lawatan yang dijalankan sebelum ini tidak ada objektif mengapa ia dijalankan dan tidak ada kesinambungan selepas ianya dijalankan. Bagi projek Anjung Bahasa terdapat tugasan yang disediakan sebelum, semasa dan selepas lawatan dijalankan. Ini dilakukan bukan sahaja untuk memberikan keseronokan kepada murid dan menarik minat murid terhadap apa-apa yang diajarkan bahkan juga untuk mendedahkan muridmurid dengan apa yang akan diajarkan melalui pengalaman sebenar dan menggunakan pengalaman tersebut ke dalam penulisan. 1.1 Sekolah Sasaran Sekolah yang terpilih untuk dilibatkan dengan projek Anjung Bahasa ini ialah Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49, Brunei IIA. Sekolah ini terletak di kawasan perumahan Perpindahan Lambak Kanan. Sekolah ini merupakan sekolah yang baru, iaitu digunakan
2
mulai bulan Februari 2006. Nama guru besar sekolah ini ialah Cikgu Pg. Hjh. Fatimah binti Pg. Hj. Ismail. Guru-guru yang dilibatkan dalam menjalankan projek ini ialah guru Bahasa Melayu Cikgu Hj. Asarah bin Abidin dan guru Lukisan Cikgu Mariah binti Zaidi. Kedua-dua guru ini dilibatkan sepanjang perjalanan Projek anjung Bahasa ini dilaksanakan. 1.2 Murid sasaran Murid-murid yang dilibatkan dalam menjayakan projek ini ialah murid-murid darjah 5. Muridmurid ini dipilih oleh guru Bahasa Melayu Darjah 5. Murid-murid yang terpilih ini berusia di dalam lingkungan 10-11 tahun. Murid-murid ini terdiri daripada 13 orang murid perempuan dan 5 orang murid lelaki. 7 orang murid dari darjah 5 Bijaksana, 6 orang murid dari darjah 5 Cerdik dan 5 orang murid dari darjah 5 Dedikasi. Semasa Projek Anjung Bahasa dimulakan, salah seorang murid darjah 5 Dedikasi menarik diri dari mengikuti projek sebab tidak dibenarkan oleh ibu bapa tetapi telah digantikan dengan seorang murid dari darjah 5 Bijaksana yang kebetulannya adalah anak kepada salah seorang guru yang mengajar di sekolah tersebut. 1.3 Tempat lawatan Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Lama Berakas menjadi tempat sasaran untuk lawatan. Ianya terletak kira-kira 10 hingga 15 minit perjalanan dari sekolah sasaran. Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat ini bukan sahaja tempat untuk latihan bahkan adalah Ibu Pejabat Bomba.
3
2 Projek Anjung Bahasa Projek ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat iaitu Praanjung Bahasa, Anjung Bahasa dan Pascaanjung Bahasa. Praanjung Bahasa dilaksanakan sebelum lawatan dijalankan, Anjung Bahasa adalah perkara-perkara yang dijalankan semasa lawatan dan Pascaanjung Bahasa dilaksanakan selepas lawatan dijalankan. Di bawah ini akan diterangkan perjalanan pelaksanaan projek mengikut peringkat-peringkatnya. 2.1
Praanjung Bahasa
Dalam peringkat ini, guru membuat segala perancangan dan persiapan seperti menghubungi dan memohon kebenaran daripada pihak yang hendak dilawati. Guru menguruskan kenderaan untuk pergi ke destinasi lawatan dan balik semula ke sekolah. Kebenaran daripada ibu bapa dan penjaga juga perlu diuruskan oleh guru. Mengikut perancangan awal, keterangan lawatan adalah seperti berikut: Tarikh : 11 Oktober 2008 Masa : 1.30 petang Tempat : Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas. Ramai murid : 20 orang Ramai guru : 4 orang Seperti yang tercatat di atas, pada awal perancangan, lawatan akan dijalankan pada waktu petang, tetapi mengikut arahan guru besar dan kebenaran daripada PPKD Brunei IIA, lawatan
4
ditukar pada waktu pagi supaya persekolahan ugama muridmurid pada waktu petang tidak terjejas. Jumlah murid yang terlibat dikurangkan daripada 20 orang kepada 18 orang, kami mengambil 6 orang murid sahaja bagi setiap darjah. Oleh sebab jumlah murid dan waktu lawatan bertukar, maka
guru
pergi
berjumpa
pihak
bomba
untuk
menguruskan pertukaran itu. Setelah mendapat kata sepakat dan persetujuan dengan pihak bomba maka semua persuratan pun diuruskan. Apabila semua urusan sudah selesai maka keterangan lawatan yang terbaharu adalah seperti berikut: Tarikh : 11 Oktober 2008 Masa : 9.00 pagi Tempat : Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas. Ramai murid: 18 orang Ramai guru : 4 orang Surat memohon kebenaran untuk melawat dan memohon kenderaan dari unit kenderaan telah dihantar pada 13 September 2008. Balasan daripada pihak bomba telah diterima pada 06 September 2008 manakala balasan daripada unit kenderaan diterima pada 8 Oktober 2008 secara verbal sahaja.
5
Surat kebenaran untuk ibu bapa dan penjaga telah diserahkan pada 6 Oktober 2008. Pada hari yang sama murid-murid yang terlibat mengikuti lawatan diberikan taklimat ringkas mengenai lawatan dan dilatih untuk bercakap menggunakan bahasa Melayu baku. Murid-murid disuruh menyediakan 2 soalan setiap seorang untuk disoal kepada ahli bomba semasa lawatan. Soalansoalan yang disediakan hendaklah bersangkut paut dengan tugas-tugas ahli bomba dan ditulis dalam bahasa Melayu baku. Kemudian pada 8 Oktober 2008, murid-murid diarahkan untuk membuat kad ucapan terima kasih yang ditujukan kepada pihak bomba secara berkumpulan iaitu mengikut darjah masing-masing. Setelah selesai muridmurid bergambar dengan kad yang mereka hasilkan mengikut kumpulan masing-masing. Pada hari yang sama, guru telah mengumpulkan soalan-soalan yang disediakan oleh muridmurid untuk diperiksa. Guru berbincang dengan murid-murid kesalahan yang telah mereka lakukan secara individu. Dari pemeriksaan yang dilakukan tidak banyak pembetulan yang perlu dibuat sebab hanya segelintir murid sahaja yang membuat kesalahan dari segi perbendaharaan kata.
6
2.2 Anjung Bahasa 11 Oktober 2008 adalah hari lawatan dijalankan. Murid-murid memakai pakaian sukan yang lengkap. Mereka berkumpul di kawasan tempat menunggu di hadapan bangunan sekolah. Mereka diberikan sarapan, ‘sandwich’ telur dan sebotol air mineral setiap seorang. Mereka diberikan kembali soalan-soalan mereka yang sudah ditaip di atas kertas tebal supaya kertas tidak koyak semasa mereka membawanya. Setelah sarapan murid-murid dikumpulkan di hadapan blok pentadbiran sekolah, mereka diberikan taklimat dan nasihat daripada guru-guru. Nasihat seperti menjaga tingkah laku semasa lawatan, menyoal jika ada yang ingin mereka ketahui dan menggunakan bahasa Melayu baku semasa
bercakap.
Sebelum
berangkat
rombongan bergambar ramai. Kemudian muridmurid berbaris dan menaiki bas. Apabila semua sudah berada di dalam bas dan dipastikan sudah duduk dengan tertib, bas pun bertolak ke Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas. Di dalam perjalanan, murid-murid duduk dengan senyap sambil menikmati pemandangan yang dilintasi. Kira-kira pukul 9.05 pagi, rombongan lawatan tiba di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat. Kedatangan rombongan telah dialu-alukan oleh 2 orang pegawai bomba wanita. Di dalam
7
laporan ini, perjalanan lawatan akan diterangkan secara berasingan mengikut setiap aktiviti yang disediakan. 2.2.1 Taklimat ringkas Rombongan dibawa ke bangunan Unit Operasi Bomba Wanita. Di sana rombongan diberikan taklimat ringkas oleh 3 orang pegawai bomba, iaitu 2 orang pegawai bomba wanita dan seorang pegawai bomba lelaki. Taklimat adalah mengenai jumlah balai-balai bomba yang ada di Negara Brunei Darussalam dan tugas-tugas ahli bomba. Semasa taklimat
itu
diadakan,
murid-murid
digalakkan
mengajukan soalan oleh pegawai bomba. Semua soalansoalan yang diajukan oleh murid-murid telah diajukan menggunakan bahasa Melayu baku. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh pegawai bomba dicatatkan oleh murid-murid. 2.2.2 Kenderaan bomba Setelah selesai taklimat ringkas, rombongan dibawa mengikuti penerangan mengenai kenderaan-kenderaan bomba yang telah disediakan di luar bangunan. Terdapat 5 buah kenderaan bomba yang berbeza, bukan saja dari segi bentuk malah
pada fungsinya. Mula-mula
rombongan ditunjukkan kenderaan yang mempunyai lampu 'sport light' yang boleh berpusing 360 darjah dan
8
boleh dinaikkan sehingga 5 meter tinggi. Kenderaan ini disebut MFL-OL dan digunakan apabila ada panggilan kecemasan yang memerlukan cahaya yang terang khususnya pada waktu malam, misalnya apabila ada pengkebumian yang diakukan pada waktu malam dan memerlukan cahaya, pihak bomba akan memberikan pertolongan dengan menyinari tempat pengkebumian itu menggunakan kenderaan tersebut. Lampu ini berfungsi menggunakan alat kawalan seperti yang digunakan untuk bermain video 'game'. Rombongan ditunjukkan cara mengawal pergerakan lampu-lampu tersebut kemudian murid-murid diberi kesempatan mencuba menggunakan alat kawalan tersebut mengikut arahan ahli bomba yang ditugaskan. Kenderaan
kedua
adalah
sebuah
kenderaan
yang
digunakan oleh pegawai-pegawai atasan apabila ada keperluan mengadakan mesyuarat mendadak di tempat kejadian,
misalnya
waktu
kebakaran
besar
atau
kemalangan yang teruk. Murid-murid diberi kebenaran untuk memasuki ruang mesyuarat ini untuk mencatat segala jawapan bagi soalan yang mereka ajukan kepada pegawai bomba. Kenderaan ketiga adalah kenderaan yang disebut BAT, kenderaan ini membawa dan menyimpan 'mask' dan alat pernafasan (oksigen). Kenderaan ini hanya digunakan apabila berlaku kebakaran besar yang mengeluarkan asap tebal dan memerlukan ahli bomba menggunakan 'mask'
dan
oksigen
semasa
menjalankan
tugas
menyelamat.
9
Kenderaan keempat ialah kenderaan 'Hazmat'. Kenderaan ini akan digunakan apabila ada panggilan kecemasan seperti kebocoran gas beracun atau kimia, 'anthrax' dan sebagainya. Di dalam kenderaan ini tersimpan sut khas yang akan dipakai oleh ahli bomba bagi mengawal gas beracun atau kimia tersebut. Menurut pegawai bomba yang bertugas, sut khas itu berharga kira-kira $5000 sepasang dan hanya akan digunakan sekali. Setelah digunakan, sut itu akan dihapuskan untuk mengelakkan
bahaya
akibat
pencemaran
yang
dibawa oleh gas beracun. Ahli bomba yang bertugas dan memakai sut tersebut akan dibersihkan atau dimandikan oleh ahli bomba yang lain di tempat yang dikhaskan bagi mengelakkan dirinya dan orang lain dari tercemar pada bahan kimia atau racun. Kenderaan kelima ialah kenderaan bomba yang selalu kita lihat apabila berlaku kebakaran. Kenderaan ini adalah kenderaan yang paling popular kepada orang awam sebab kenderaan inilah yang kerap dilihat semasa kebakaran berlaku. Kenderaan ini boleh membawa 6 orang ahli bomba, iaitu seorang pemandu kenderaan, seorang pemandu arah dan 4 orang krew. Kenderaan ini membawa hos yang digunakan untuk memadamkan api kebakaran dan tangga yang digunakan untuk memadamkan api kebakaran di tempat-tempat atau bangunan-bangunan tinggi. Tangga ini boleh dinaikkan secara maksimum iaitu hingga mencapai 52 meter tinggi.
10
2.2.3 Pertunjukan menangkap ular Setelah
rombongan
ditunjukkan
dan
mendengar
taklimat mengenai semua kenderaan, 3 orang ahli bomba wanita mengadakan pertunjukan cara-cara menangkap ular sawa. Rombongan seronok melihat aksi ahli-ahli bomba wanita ini, mereka kelihatannya sungguh berani dan berhati-hati semasa menangkap ular sawa tersebut. Mereka menggunakan alat-alatan khas untuk menangkap ular. Ada sesetengah murid yang geli-geleman melihat ular sawa tersebut. Apabila pertunjukan menangkap ular sawa sudah selesai, rombongan dialu-alukan untuk memegang ular tersebut untuk merasa tekstur kulit ular sebenar. Kemudian rombongan bergambar ramai dengan ular sebagai kenang-kenangan.
2.2.4 Demonstrasi menggunakan hos Selesai pertunjukan cara-cara menangkap ular sawa, rombongan ditunjukkan pula cara-cara menggunakan hos besar yang ada pada kenderaan bomba. Ahli-ahli bomba membuat demonstrasi menggunakan hos, kemudian muridmurid disuruh mencuba memegang hos secara bergilir-gilir dengan dibantu oleh ahli-ahli bomba. Murid-murid tidak
11
dibiarkan mengangkat sendiri hos tersebut sebab hos itu besar dan berat apatah lagi apabila beirisi air. Menurut ahli-ahli bomba, dengan saiz tubuh murid-murid, mereka sudah tahu bahawa murid-murid memang tidak mampu mengangkat hos itu sendiri tanpa bantuan ahli bomba. 2.2.5 'Mask' dan oksigen Murid-murid digalakkan memakai 'mask' bomba dan mencuba mengangkat beg oksigen. Muridmurid mencubanya secara bergilir-gilir walaupun pada mulanya ada murid yang malu-malu tetapi setelah didesak mereka pun memakai 'mask' dan menyedut oksigen dengan cara menarik nafas lebih kuat. Apabila mereka menyedut oksigen, mereka terasa ada hembusan angin yang sejuk pada muka mereka.
2.2.6 Menaiki kenderaan bomba Dari situ murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan iaitu 6 orang setiap kumpulan untuk menaiki kenderaan bomba dan dibawa mengelilingi kawasan lapang di hadapan bangunan balai bomba. Murid-murid berasa teruja dan seronok kerana inilah pertama kali mereka menaiki kenderaan bomba dan mungkin mereka tidak akan pernah menaikinya jika
12
mereka tidak mengikuti lawatan ini. Sementara menunggu giliran menaiki kenderaan bomba, murid-murid yang selebihnya mencuba alat-alatan lain yang terdapat pada kenderaan-kenderaan bomba. 2.2.7 Menaiki perahu penyelamat bomba Apabila semua murid sudah dibawa menaiki kenderaan bomba, rombongan dibawa melihat dua buah perahu penyelamat bomba yang terdapat di balai itu. Perahu-perahu itu digunakan untuk usaha memadamkan api kebakaran di bahagian laut seperti di Kampong Ayer, dan untuk usaha menyelamat atau mencari mangsa-mangsa lemas di laut atau di sungai. Murid-murid juga dibenarkan menaiki perahu-perahu ini. 2.2.8 Jamuan ringan Sebelum lawatan berakhir, pihak bomba mengadakan jamuan untuk rombongan. Rombongan dibawa ke tempat jamuan disediakan. Semasa jamuan diadakan, Cikgu Haji Asarah bin Abidin memberikan sedikit ucapan terima kasih dan menyerahkan Sijil Penghargaan dari pihak sekolah atas kesudian pihak bomba menerima lawatan dari Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49 kepada Pegawai Bomba sebagai wakil bagi pihak bomba. Pegawai Bomba memberikan ucapan ringkas dan memberikan nasihat-nasihat yang berguna dan penting bukan sahaja untuk murid-murid tetapi juga kepada guru-guru pengawas. Nasihatnya adalah seperti jangan bermain api, jangan biarkan masakan di dapur tanpa pengawasan, jangan
13
bermain bunga api atau bedil tanpa pengawasan orang dewasa, hubungi 995 jika berlaku kecemasan yang memerlukan pertolongan pihak bomba, beritahu ayah atau sesiapa saja yang memandu kereta supaya memberikan laluan jika terdengar bunyi siren bomba di jalan raya dan sebagainya. Kemudian wakil-wakil dari setiap kumpulan menyerahkan kad-kad ucapan terima kasih yang telah mereka sediakan kepada pegawai bomba. Selepas itu rombongan bersalam-salaman dengan pegawai bomba dan mengucapkan terima kasih. Murid-murid juga meminta tandatangan daripada salah seorang pegawai bomba yang juga kebetulannya seorang pengacara radio rangkaian Pelangi.
2.2.8 Berangkat pulang Murid-murid berbaris dan menaiki bas yang sudah menunggu. Apabila semua murid sudah duduk barulah bas bergerak meninggalkan Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Lama, Berakas. Menurut murid-murid, walaupun lawatan itu memenatkan tetapi mereka berasa seronok kerana mendapat pengalaman baharu yang mungkin tidak akan pernah mereka lalui jika mereka tidak mengikuti lawatan tersebut. Dalam perjalanan pulang ke sekolah, muridmurid banyak bercerita mengenai lawatan mereka, seperti aksi ahli bomba menangkap ular, menaiki kenderaan bomba dan perahu dan sebagainya.
14
2.3 Pascaanjung Bahasa Pada peringkat ini, kami telah menyediakan aktiviti-aktiviti selepas lawatan. Kami mengadakan peraduan menulis karangan, peraduan melukis poster bermesej, peraduan menulis skrip drama dan lakonan, menulis teks pada gambar-gambar dan mengadakan pameran. Di bawah ini akan diterangkan mengenai perjalanan aktivti mengikut waktu pelaksanaannya. 2.3.1 Peraduan menulis karangan Peraduan ini diadakan sesampainya rombongan ke sekolah dari lawatan. Objektif bagi peraduan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid menggunakan idea-idea dan pengalaman yang mereka dapati semasa lawatan dalam bidang penulisan. Dengan cara ini mereka dapat meluahkan idea-idea dan perasaan mereka semasa lawatan. Dengan cara ini juga, guru akan dapat mengetahui sejauh mana murid-murid mengikuti lawatan, adakah mereka sekadar membuat lawatan sahaja atau bersungguh-sungguh mendengar penerangan dan mencatat nota semasa lawatan. Tajuk dan isi kandungan karangan mereka hendaklah mengenai lawatan mereka. Perkara penting yang patut mereka tulis di dalam karangan mereka adalah berdasarkan soalan-soalan yang mereka ajukan kepada ahli bomba dan jawapannya sekali. Isi-isi penting yang mereka catatkan semasa lawatan juga perlu ditulis di dalam karangan. Murid-murid juga diingatkan supaya menulis pendahuluan dan penutup karangan mereka. Karangan tiga terbaik murid-murid akan diberikan hadiah sebagai galakan kepada murid-murid. Murid-murid diarahkan untuk menghantar karangan masing-masing pada 13 Oktober 2008.
15
Seperti mana yang dijanjikan, pada 13 Oktober 2008, karangan murid-murid dikumpulkan untuk diperiksa.
2.3.2 Peraduan melukis poster bermesej Objektif peraduan melukis poster bermesej ini diadakan untuk: a) mencungkil bakat murid-murid dalam bidang lukisan; b) melihat kebolehan murid-murid mengaitkan mesej ke dalam lukisan mereka; dan c) memupuk semangat bekerjasama dalam diri murid-murid. Pada jam 8.00 hingga 9.00 pagi murid-murid diarahkan untuk membuat poster secara berpasangan. Guru lukisan memberikan penerangan cara-cara membuat poster. Murid-murid diarahkan menulis mesej yang sesuai dengan poster yang akan mereka lukis. Guru mengarahkan murid-murid menyatakan mesej yang hendak mereka sampaikan, seorang murid menyatakan dia hendak melukis gambar api dengan mesejnya 'Jangan bermain api'. Ada juga murid yang ingin melukis pokok-pokok terbakar dengan mesejnya berbunyi 'Hubungi 995 jika berlaku kebakaran' dan sebagainya. Tugas guru memantau semua murid bekerjasama dengan pasangan masing-masing dan memastikan murid-murid menyiapkan tugasan dalam masa
16
satu jam. Guru juga menyemak ejaan dan ayat yang mereka tulis. Sesudah tugasan siap, posterposter dikumpulkan dan diadili berdasarkan kecantikan dan kebersihan lukisan dan kesesuaiannya dengan mesej yang ingin disampaikan. Nama-nama pemenang dicatat. Semua poster sama ada menang atau kalah disimpan untuk dipamerkan semasa pameran diadakan.
2.3.3 Peraduan menulis skrip drama dan lakonan Objektif peraduan ini diadakan adalah untuk: a) Memperkenalkan teknik penulisan skrip; b) Membantu murid menguasai kemahiran berbahasa dengan lebih baik, indah dan berkesan; dan c) Meningkatkan kemahiran murid-murid dalam berbahasa, menerapkan nilai-nilai murni yang baik dan seterusnya dapat membentuk daya kreativiti. Pada 15 Oktober 2008, peraduan menulis skrip drama diadakan secara berkumpulan iaitu setiap kumpulan bagi setiap darjah; Kumpulan 5 Bijaksana, 5 Cerdik dan 5 Dedikasi. Masa diberikan untuk menyiapkan skrip drama adalah selama 1 jam. Sebelum itu, murid-murid diberikan penerangan oleh guru cara-cara menulis skrip dengan memberikan contoh senario berkaitan kemalangan, kebakaran dan terjumpa ular. Murid-murid diarahkan mereka 5 watak dan memilih seorang ahli kumpulan sebagai pencerita. Dalam masa sejam yang diberikan, kumpulan 5 Cerdik dan 5 Dedikasi menyiapkan skrip mereka.
17
Semasa murid-murid sedang berbincang mengenai skrip mereka, murid-murid dari Darjah 5 Bijaksana diarahkan untuk kembali ke darjah mereka sebab guru mereka hendak dicerap dan memerlukan mereka menghadiri kelas. Mereka diarahkan untuk menyiapkan skrip drama mereka dan menyerahkannya kepada guru darjah mereka apabila sudah siap. Pada 20 Oktober 2008, skrip drama yang direka oleh kumpulan 5 Bijaksana diambil untuk disemak dan dibetulkan. Kumpulan 5 Bijaksana tidak dapat mengikuti aktiviti pada hari ini sebab guru mereka dicerap lagi. Cikgu Siti Haidah mengambil kumpulan 5 Cerdik untuk sesi latihan membaca skrip dan merakam suara. Mereka diberikan skrip drama yang sudah ditaip dan dibetulkan oleh guru. Setiap murid mendapat 1 set drama skrip. Sebelum mengadakan sesi latihan, guru memberitahu mereka ayat-ayat yang salah di dalam skrip asal mereka. Kemudian, murid-murid melantik seorang pencerita dan memilih watak masing-masing. Sesi latihan membaca skrip diadakan sebanyak 3 kali dan selepas itu rakaman suara dijalankan. Apabila rakaman sudah selesai, murid-murid dilatih berlakon dengan mendengarkan skrip menggunakan rakaman suara mereka. Murid-murid
berlatih
tanpa
‘prop’
lakonan.
Semua
pelaksanaan di atas dijalankan bagi Kumpulan 5 Dedikasi setelah kumpulan 5 Cerdik selesai dengan rakaman dan latihan lakonan. Perkara yang sama juga dilaksanakan bagi kumpulan 5 Bijaksana pada 21 Oktober 2008. Pada 22 Oktober 2008, murid-murid dipanggil mengikut kumpulan secara bergilir-gilir. Guru mengadakan sesi latihan lakonan selama 15 minit bagi setiap kumpulan. Mereka dinasihatkan supaya berlatih berlakon bila mereka ada masa terluang.
18
2.3.4 Menulis 'caption' untuk gambar Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk: a) Memberi peluang kepada murid-murid membuat ayat yang betul berdasarkan gambar; dan b) Meningkatkan daya kreativiti murid-murid dalam penulisan. Aktiviti ini diberikan mengikut kumpulan, setiap kumpulan diarahkan untuk menulis 'caption' yang bersesuaian dengan gambar-gambar yang ditangkap semasa lawatan dalam masa yang berasingan. Mereka menulis secara berpasangan, iaitu setiap pasangan diberikan 1 kad manila yang mengandungi 10 keping gambar. Sebelum menulis 'caption', mereka menulis draf dahulu dan ditunjukkan kepada Cikgu Norhamzeelah untuk disemak sama ada ayat yang mereka tulis itu betul atau salah. Tugas Cikgu Norhamzeelah adalah memeriksa dan membetulkan struktur ayat dan ejaan muridmurid sebelum ditulis di tepi-tepi gambar. Kumpulan 5 Cerdik menyambung tugas kumpulan 5 Dedikasi setelah mereka selesai membuat sesi merakam suara dan latihan lakonan.
2.3.5 Sesi membuat pembetulan karangan Pada 21 Oktober 2008, murid-murid dipanggil bergilir-gilir. Karangan mereka dikembalikan, kesalahan mereka diterangkan dan guru terus mengajar mereka cara membuat pembetulan secara individu. Mereka disuruh menyalin karangan mereka di atas kertas yang disediakan oleh guru. Mereka diarahkan mengembalikan karangan-karangan yang sudah disalin kepada guru pada
19
keesokan harinya. Pada 22 Oktober 2008, guru mengumpulkan semua karangan yang sudah disalin oleh murid-murid . Murid-murid diingatkan supaya hadir pada hari Sabtu 25 Oktober 2008, sebab pada hari itulah mereka akan berlakon dan penyerahan hadiah kepada pemenangpemenang. Setelah latihan selesai, guru pergi berjumpa guru besar dan mengingatkannya tentang pembukaan rasmi pameran yang akan diadakan pada hari Sabtu. Guru Besar memohon maaf sebab dia tidak akan dapat menghadiri pembukaan rasmi itu sebab dia ada urusan penting pada hari tersebut dan beliau menyerahkan tugas membuka rasmi pameran itu kepada PGB 1 Cikgu Masjidi bin Haji Mohd. Yussof. Kami membuat temu janji dengan PGB I untuk hari Khamis 23 Oktober 2008 pada pukul 2 petang. Kami berjumpa dengan PGB 1 dan memberitahu segala perancangan untuk hari Sabtu. Kami juga memohon kebenaran mengubah suai dewan untuk persediaan pameran. Kami memberitahu beliau, segala keperluan untuk pameran seperti projektor LCD, skrin dan alat pembesar suara sudah diuruskan dan akan disediakan di dewan pada pagi Sabtu sahaja demi langkah keselamatan alat-alat tersebut. Meja-meja dan kerusi-kerusi di dewan disusun di dinding dewan dan akan disusun kembali setelah selesai acara pembukaan rasmi pameran. Papan-papan kenyataan yang diperlukan diletakkan di hadapan pentas, papan ini digunakan untuk menyimpan segala poster-poster dan risalah-risalah yang diberikan oleh pihak bomba, karangan-karangan murid, gambar-gambar semasa lawatan dan poster-poster bermesej murid-murid. Semua ini juga akan disimpan di dewan pada pagi Sabtu untuk tujuan kejutan kepada murid-murid.
20
2.3.6 Pembukaan rasmi pameran Objektif pameran ini diadakan adalah untuk: a) Menghargai kerja murid-murid; dan b) Mengongsikan pengalaman murid-murid dengan murid-murid yang lain.
Pada hari Sabtu, 25 Oktober 2008 diadakan pembukaan rasmi pameran lawatan. Pada pukul 7.00 pagi guru mempersiapkan papan kenyataan untuk pameran, menyimpan ‘prop-prop’ lakonan di tempat ‘prop-prop’ akan digunakan dan memastikan semua barang-barang yang diperlukan di tempat yang betul. Projektor LCD, skrin dan alat pembesar suara sudah disediakan di tempat yang sesuai. Murid-murid diarahkan untuk mempersiapkan diri mereka sebelum lakonan. Guru menunjukkan gambar melalui skrin kepada muridmurid dan menerangkan kepada mereka gambargambar
yang
ditunjukkan
itu
adalah
latar
belakang bagi skrip drama mereka. Cikgu Haji Asarah bin Abidin dan Cikgu Dina Balan dilantik menjadi hakim peraduan menulis skrip drama dan lakonan dan diberikan skrip drama terlebih dahulu untuk bacaan mereka. Tugas mengacara diberikan kepada Cikgu Shamsul yang kebetulan tidak mengajar pada waktu pembukaan rasmi dijalankan. Cikgu Hajah Siti Mariam binti Haji Makhbar ditugaskan menjadi jurugambar, Cikgu Noorhamzeelah binti Haji Abdul Hamit menguruskan projektor dan Cikgu Siti Haidah binti Haji Mahmud menguruskan hal-hal berkaitan pementasan.
21
Pukul 8.30 pagi semua murid-murid darjah 5 sudah berkumpul di dewan untuk menyaksikan pembukaan rasmi pameran. Tepat pukul 9.00 pagi, acara pembukaan rasmi pameran dijalankan dengan kehadiran PGB 1 dan guru-guru. Program diedarkan kepada jemputan-jemputan yang hadir. Acara awal pembukaan adalah bacaan Surah al-Fatihah yang diketuai oleh Cikgu Haji Asarah bin Abidin. Kemudian acara diteruskan dengan persembahan lakonan murid-murid dari kumpulan 5 Cerdik dan diikuti oleh kumpulan 5 Dedikasi dan 5 Bijaksana.
Setelah persembahan lakonan selesai diadakan, para jemputan ditunjukkan pula slaid video caracara menangkap ular yang ditangkap semasa lawatan ke Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat pada 11 Oktober 2008 yang lalu. Kemudian diikuti pula dengan acara pengumuman pemenang bagi peraduan menulis skrip drama dan lakonan dan sekali gus penyampaian hadiah bagi ketiga-tiga peraduan yang diadakan; peraduan menulis skrip drama dan lakonan, peraduan melukis poster dan peraduan menulis karangan
22
sempena lawatan. Hadiah-hadiah disampaikan oleh PGB 1 kepada pemenang-pemenang. Cenderamata untuk hakim-hakim yang dilantik juga disampaikan oleh PGB 1. Sebagai tanda terima kasih, Cikgu Siti Haidah binti Haji Mahmud, sebagai wakil daripada guru-guru yang menjalankan Projek Anjung Bahasa memberikan sebuah cenderamata
untuk PGB1 atas
kesudian beliau hadir untuk membuka rasmi pameran dan menyampaikan hadiah kepada muridmurid dan hakim-hakim. Sebuah cenderamata untuk sekolah sebagai penghargaan atas layanan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah semasa menjalankan projek juga diserahkan kepada PGB 1. Setelah acara pentas berakhir, PGB 1 pun dijemput untuk merasmikan pameran. PGB 1 kemudian dibawa melihat poster-poster dan risalah-risalah yang diberikan oleh pihak bomba, karangan-karangan murid, gambar-gambar semasa lawatan dan poster-poster bermesej murid-murid yang ada di papan-papan kenyataan. PGB 1 tertarik dengan hasil yang dibuat oleh murid-murid dan mengucapkan tahniah atas keberhasilan guru-guru menjalankan projek tersebut. PGB 1 bersetuju dengan cara projek dijalankan, murid-murid bukan sahaja dibawa melawat tetapi ada kesinambungan iaitu tugasan lanjutan yang bersesuaian selepas lawatan. Muridmurid yang hadir melihat pameran tersebut sebelum beredar untuk rehat.
23
Selepas melihat-lihat pameran selesai, acara bergambar ramai diadakan di atas pentas. Semua guru dan murid yang terlibat di dalam Projek Anjung Bahasa bergambar ramai bersama PGB 1. Acara diakhiri dengan hidangan jamuan yang disediakan. Perancangan untuk mempamerkan tugas-tugas murid adalah seminggu sebelum dikemaskan.
3.
Cara pemarkahan Pelaksanaan pemarkahan karangan adalah mengikut format pemarkahan PSR. Markah penuh
karangan adalah 50 dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian isi 30 markah, bahagian bahasa 15 markah dan bahagian teknik 5 markah. Kesalahan yang dibuat oleh murid-murid dibetulkan seperti struktur ayat yang tidak betul dan penggunaan perbendaharaan kata yang tidak sesuai digantikan dengan perkataan yang lain. Pemilihan pemenang bagi melukis poster bermesej dipilih berdasarkan kecantikan, kekemasan dan kebersihan lukisan dan kesesuaiannya dengan mesej yang hendak disampaikan. Poster dihakimi oleh Cikgu Mariah Zaidi, Cikgu Siti Haidah Haji Mahmud dan Cikgu Norhamzeelah Haji Abdul Hamit. Manakala skrip drama dihakimi oleh Cikgu Haji Asarah Abidin dan Cikgu Dina Balan. Skrip yang dihakimi adalah skrip yang sudah dibetulkan kesalahannya. Pemenang dipilih berdasarkan jalan cerita, susunan ayat dan lakonan murid-murid.
24
4. Masalah yang dihadapi Semasa projek ini dijalankan hanya sedikit masalah yang dihadapi oleh guru tetapi boleh diselesaikan dengan mudah. Masalah-masalahnya adalah seperti berikut: a) Pertukaran waktu lawatan dan jumlah murid yang terlibat membuatkan guru terpaksa berhubung balik dengan pegawai bomba. b) Surat-surat yang disediakan oleh guru tidak diterima oleh guru besar dan diubahsuai sendiri oleh guru besar mengikut format persuratannya. c) Murid-murid diberikan cuti sempena sambutan hari guru sedangkan waktu itu diperlukan untuk menyiapkan segala tugasan pascaanjung bahasa. d) Masa tidak mencukupi untuk latihan lakonan disebabkan oleh masalah c). e) Murid-murid yang terlibat tidak dapat menghadirkan diri semasa pemberian aktiviti pascaanjung bahasa sebab guru mereka dicerap oleh guru-guru dari UBD. f) Masa yang terhad untuk guru menjalankan aktiviti sebab guru menghadiri kuliah di UBD. Walau bagaimanapun, masalah-masalah ini berjaya ditangani dan projek dapat diselesaikan mengikut perancangan yang sediakan pada awalnya.
25
5. Rumusan daripada Praanjung Bahasa, Anjung Bahasa dan Pascaanjung Bahasa Murid-murid telah berusaha menggunakan bahasa baku semasa sesi formal seperti bercakap dengan guru -guru yang terlibat, bertanya dan dalam penulisan. Hanya terdapat sedikit perbendaharaan kata yang perlu dibetulkan semasa mereka menggunakan bahasa baku, mereka kadang kala menggunakan perkataan dari dialek Melayu Brunei dalam percakapan dan penulisan. Murid-murid tidak mempraktikkan penggunaan bahasa baku apabila mereka bercakap dan berbincang sesama sendiri kerana bagi mereka ia amat melucukan. Mereka akan ketawa apabila rakan mereka cuba untuk bercakap dengan mereka dalam bahasa baku. Selepas tahap Anjung Bahasa, murid-murid menunjukkan kreativiti mereka dalam penulisan karangan dan penulisan skrip drama. Mereka telah berusaha dan berganding bahu untuk mencipta skrip yang terbaik. Dari lawatan tersebut murid-murid telah dapat mengumpul ideaidea dan menggunakannya dalam penulisan mereka. Di dalam penulisan mereka, mereka ada menggunakan istilah-istilah yang mereka dapati semasa lawatan seperti Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat, 'mask' dan oksigen, Hazmat dan sebagainya. Lakonan mereka pada hari pameran kurang berjaya sebab masa untuk latihan berlakon amat terhad. Jika masa untuk lakonan mencukupi mungkin mereka boleh melakukannya dengan lebih baik dan serius. Bagi kami, kejayaan projek ini tidak sampai ke tahap maksima sebab objektif penggunaan bahasa baku secara verbal murid-murid tidak terlaksana apabila mereka bercakap sesama sendiri. Walau bagaimanapun objektif berjaya dilaksanakan dalam bidang penulisan dan secara verbal
26
apabila murid-murid bertanya dengan guru-guru dan ahli-ahli bomba. Intonasi yang digunakan semasa menyoal pun betul.
6. Kesimpulan Projek Anjung Bahasa ini boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam tidak kira sekolah rendah atau menengah dan tidak kira juga sekolah di kawasan bandar mahupun sekolah di kawasan luar bandar. Projek ini akan berjaya dilaksanakan dengan adanya sifat guru-guru yang menjalankan tugas dengan berganding bahu dan bertoleransi sesama sendiri. Projek ini bukan sahaja menguntungkan guru-guru dan murid-murid dari segi lawatan ke tempat yang belum pernah mereka lawati bahkan dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan baharu dengan mengaitkannya dengan bidang pelajaran terutama dalam bidang penulisan. Penggunaan bahasa Melayu baku bukan sahaja mesti digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dijalankan bahkan hendaklah dijadikan budaya di sekolah untuk membiasakan murid-murid menggunakannya secara verbal.
27