Laporan Anjung Bahasa Ke Bread Culture Cake House

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Anjung Bahasa Ke Bread Culture Cake House as PDF for free.

More details

  • Words: 3,529
  • Pages: 25
LAPORAN ANJUNG BAHASA KE BREAD CULTURE CAKE HOUSE Pendahuluan Kemahiran menulis merupakan salah satu lemahiran yang terpenting dalam pengajaran Bahasa Melayu terutamanya dalam pengajaran penulisan. Kemahiran ini perlu diterapkan di peringkat sekolah rendah bagi melatih murid-murid mahir dalam bidang penulisan. Bagi melahirkan murid-murid yang berkemahiran dalam penulisan, satu projek baru telah diperkenalkan dalam kursus PL 3232: Pengajaran Penulisan iaitu Projek Anjung Bahasa. Dalam kertas kerja, ini kami diarahkan untuk menjalankan projek tersebut secara berpasangan. Sekolah sasaran yang kami pilih ialah Sekolah Rendah Putat dari kawasan Brunei IV. Kami memilih sekolah ini kerana ia amat sesuai memandangkan sekolah tersebut terletak di kawasan bandar dan berdekatan dengan tempat lawatan. Selain itu, salah seorang daripada kami pernah ditugaskan sekolah tersebut. Ini memudahkan urusan bagi menjalankan projek anjung bahasa. Murid-murid yang terlibat dalam projek ini ialah murid-murid darjah 5 yang seramai 8 orang sahaja iaitu 3 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.

Manakala guru-guru yang kami pilih pula terdiri daripada 2 orang, iaitu Cikgu Siti Mardiana iaitu guru darjah 5 dan Cikgu Rosyati iaitu guru bahasa Melayu darjah 5. Walau 1

bagaimanapun pada lawatan hari itu (anjung bahasa) guru darjah 5 telah digantikan oleh guru bahasa Melayu darjah 4 dan 6 iaitu Cikgu Siti Norajimah kerana beliau telah menghadiri bengkel. Aktiviti praanjung telah dimulakan pada 14 september 2008 hingga 9 Oktober 2008 selepas diberikan tugasan tentang kerja kursus ini. Manakala aktiviti anjung bahasa, iaitu aktiviti yang sebenar telah dijalankan pada 11 Oktober 2008. Selesai anjung bahasa, pada minggu berikutnya kami melaksanakan pascaanjung bermula pada 13 Oktober 2008 hingga 28 Oktober. Dalam kesempatan ini kami tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar Sekolah Rendah Putat, Brunei IV, Pengiran Hajah Rabidah binti Pengiran Haji Badaruddin dan guru-guru yang terlibat serta murid-murid darjah 5 sekolah Rendah Putat, Brunei IV kerana telah memberikan kerjasama bagi melaksanakan tugasan ini. Dalam tugasan ini juga kami telah memperolehi beberapa maklumat-maklumat yang sangat berguna dan penting untuk dijadikan panduan bagi melaksanakan projek ini. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bagi kursus PL3232 Pengajaran Penulisan, iaitu Cikgu Rozaiman bin Makmun atas dorongan dan panduan sepanjang kami menjalankan kursus ini.

2

Pengenalan Projek Anjung Bahasa yang sebelumnya dikenali sebagai melawat sambil belajar merupakan satu projek bahasa yang baharu diperkenalkan dalam kursus PL3232: Pengajaran Penulisan sebagai persediaan SPN 21. Projek ini akan dilaratkan atau disalurkan ke dalam kurikulum jika sekiranya berjaya diungkayahkan. Tujuan projek Anjung Bahasa dijalankan untuk menimba pengalaman sebenar dan mengumpul maklumat serta melatih murid-murid menggunakan bahasa Melayu baku dalam situasi sebenar terutamanya dalam penulisan. Antara objektif Projek Anjung Bahasa ini diadakan ialah:



Sebagai salah satu aktiviti kurikulum.



Mewujudkan motivasi di kalangan murid-murid untuk belajar.



Mencetuskan idea dan kreativiti minda dalam aktiviti yang diadakan terutamanya dari aspek penulisan dalam penggunaan bahasa Melayu Baku.



Mengajar murid- murid supaya dapat berinteraksi dengan baik dalam Bahasa Melayu Baku.



Memberikan kemahiran dan meningkatkan keyakinan diri dalam melakukan aktiviti yang berunsurkan pendidikan terutamanya dalam penggunaan Bahasa Melayu Baku.

Lawatan ini akan diadakan pada:



Hari:

Sabtu



Tarikh: 11 Oktober 2008



Jam:

2.00 petang hingga 4.15 petang

3

Tempat: Bread Culture & Cake House



Projek ini dijalankan dalam 3 fasa, iaitu praanjung bahasa, anjung bahasa dan pascaanjung bahasa. Objektif bagi setiap fasa ialah: Fasa pertama ( Praanjung) Sebelum lawatan murid-murid akan dapat membuat soalan-soalan dengan ayat dalam penggunaan Bahasa Melayu dengan betul. Fasa kedua ( Anjung bahasa) Semasa lawatan, murid-murid akan dapat: •

Menimba pengalaman yang sebenar.



Mengutarakan soalan menggunakan bahasa Melayu baku yang betul.



Menulis jawapan yang diberikan dengan bahasa Melayu baku yang betul.

Fasa ketiga (Pascaanjung bahasa) Pada akhir aktiviti murid-murid akan dapat: •

Membina beberapa ayat untuk ucapan hari jadi dengan betul.



Membuat kad hari jadi mengikut kreativiti dengan baik.



Menjawab soalan kefahaman sekurangnya 7 daripada 9 soalan dengan betul.



Membina satu ayat bagi setiap gambar dalam carta bergambar dengan betul.

4

Laporan praanjung bahasa (Perancangan) Sebelum kami membuat perjumpaan dengan guru besar Sekolah Rendah Putat, kami terlebih dahulu menghubungi beliau untuk membuat waktu perjanjian yang bersesuaian bagi menerangkan projek anjung bahasa yang akan dilaksanakan di sekolah tersebut. Dalam perjumpaan itu, kami memberikan kertas kerja projek dan sedikit penerangan tentang projek ini kepada guru besar. Kami juga membincang tentang darjah, murid-murid dan guru-guru yang terlibat dalam projek ini. Selain itu, Kami juga meminta contoh-contoh surat yang diperlukan untuk persediaan membuat lawatan seperti surat kebenaran untuk pengurus tempat lawatan, surat kebenaran untuk ibu bapa dan sebagainya. Setelah mendapatkan contoh-contoh surat tersebut, kami mula membuat surat-surat yang diperlukan bagi projek ini, memandangkan sekolah yang ini tidak mempunyai kerani yang menguruskan hal-hal pejabat untuk tidak membebankan pihak sekolah. Bagi mendapatkan kepastian sama ada pihak yang dilawati memberikan keizinan, kami telah berjumpa empat mata dengan ketua penyelia Bread Culture Cake House (Kedai Kek Budaya Roti). Kami dialu-alukan membuat lawatan ke tempat tersebut oleh ketua penyelia, Encik Lee. Encik Lee memberitahu kami bahawa dia hanya meminta surat makluman dari sekolah sebagai rujukan pihak mereka tentang tarikh dan keramaian orang yang ikut serta dalam lawatan tersebut. Di dalam perjumpaan itu, pada mulanya kami memohon untuk melawat pada sebelah pagi tetapi tidak diterima dengan diberikan alasan pada waktu pagi mereka sibuk membuat tugasan mereka. Ketua penyelia tersebut mencadangkan supaya membuat lawatan pada sebelah petang lalu kami pun bersetuju dengan cadangan ketua penyelia itu.

5

Dalam sesi suai kenal dengan murid-murid yang terlibat dalam projek anjung bahasa, kami juga memberikan sedikit penerangan tentang maksud kedatangan kami di sana. Semasa penerangan itu kami juga mengingati murid-murid supaya menjaga disiplin sewaktu mengadakan lawatan tersebut. Selain juga murid-murid diingati untuk membawa nota kecil, pen, wang saku dan kamera semasa lawatan tersebut. Dalam perancangan kami, aktiviti praanjung akan dilaksanakan pada waktu pagi, 11 Oktober 2008, walau bagaimanapun setelah difikirkan masa terlalu terhad untuk membuat aktiviti tersebut kami mengambil inisiatif untuk menukar tarikhnya pada 8 Oktober 2008. Kami juga telah dimaklumkan bahawa murid-murid akan pulang ke rumah pada pukul 11.30 pagi untuk murid membuat persiapan bagi lawatan yang diadakan pada sebelah petangnya. Aktiviti praanjung tersebut ialah aktiviti membuat soalan. Dalam aktiviti itu muridmurid membuat soalan secara individu. Sebelum murid-murid membuat aktiviti tersebut, guru menyatakan nama tempat lawatan dan menerangkan serba sedikit tentang tempat yang dilawati itu bagi memudahkan murid-murid membuat soalan-soalan itu. Kemudian barulah murid-murid membuat aktiviti tersebut sambil dibantu oleh guru. Setelah ini murid-murid akan membuat pembentangan seorang demi seorang. Semasa pembentangan itu kami membetulkan kesalahan mereka dan hasil kerja murid tidak diambil kerana murid-murid diarahkan untuk menghafalkan soalan-soalan tersebut di rumah.

Laporan semasa lawatan( anjung bahasa) Seperti yang telah dirancangkan, semua murid dikehendaki berada di kawasan depan sekolah pada pukul 1.00 petang dengan diawasi oleh guru pengawas. Semua murid darjah 5 hadir pada petang itu dan kedatangan murid-murid dicatat ke dalam daftar kehadiran murid. Sebelum kami bertolak ke tempat lawatan, kami memberikan penerangan dan arahan kepada 6

murid untuk menjaga disiplin sepanjang lawatan tesebut, menggunakan bahasa Melayu baku semasa sesi soalan jawab, mencatat maklumat. Guru juga memastikan murid-murid membawa peralatan yang diperlukan semasa lawatan itu nanti.

Kami bertolak dari sekolah kira-kira pada pukul 1.30 petang dengan menaiki sebuah van sekolah memandangkan keramaian murid cuma 8 orang sahaja dan 2 orang pengawas untuk mengawasi murid di dalam bas sepanjang perjalanan. Semasa lawatan guru darjahnya telah digantikan oleh guru bahasa Melayu darjah 4 dan 6, Cikgu Siti Norajimah kerana guru darjahnya menghadiri bengkel pada waktu itu. Kedua-dua guru bahasa Melayu yang mengikuti lawatan tersebut tidak ikut di dalam bas memandangkan tempat tinggal mereka berdekatan dengan tempat lawatan. Mereka menggunakan kenderaan masing-masing untuk pergi ke tempat itu. Sepanjang perjalanan, murid-murid begitu teruja dan tertanya-tanya kerana mereka tidak mengetahui tempat lawatan malahan tempat lawatan itu baru didengar oleh mereka.

7

Kami tiba di tempat lawatan kira-kira pukul 2.15 petang dan disambut oleh ketua penyelia, Encik Lee. Beliaulah yang mengendalikan lawatan tersebut kerana pada ketika itu pengurusnya tidak berada di dalam negeri. Pada mulanya kami diarahkan untuk berkumpul di satu sudut yang telah disediakan di dalam kedai itu sahaja.

Setelah itu Encik Lee terus sahaja bertanya kepada murid-murid tentang perkara yang diperlukan untuk membuat kek. Selepas sesi soal jawab, Encik Lee menunjukkan satu resepi membuat kek. Murid-murid diberikan keizinan untuk menyalin resepi tersebut. Disebabkan resepi itu dicatat dalam bahasa Inggeris jadi murid-murid kurang memahaminya, maka Encik Lee membantu murid-murid menukarkannya dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun kami juga membantu Encik Lee menukarkannya ke dalam bahasa Melayu kerana beliau kurang fasih dalam penggunaan bahasa Melayu. Begitu juga semasa beliau membuat penerangan dan menunjukkan cara-cara membuat kek, kami membetulkan bahasa yang digunakannya.

8

Setelah itu barulah beliau menunjukkan sebiji kek span yang sudah dibakar dan menerangkan cara membakarnya.

Kemudian barulah beliau membuat demonstrasi cara-cara menghiaskan sebiji kek hari jadi menggunakan krim. Semasa penerangan,

murid-murid tidak diberikan masa untuk

mengutarakan soalan-soalan yang mereka sediakan. Penerangan tersebut mengambil masa lebih kurang selama satu jam lebih.

9

Setelah itu kami dibawa pula ke dapur untuk melihat tunjuk cara membuat roti. Sekali lagi murid-murid diarahkan untuk menyalin resepi membuat roti (bun).

Selepas itu, baharulah kami melihat tunjuk cara bagaimana mencampur adunan tadi dan cara membuat sebiji roti(bun). Kemudian murid-murid diberi peluang untuk membuat roti (bun) yang diadun tadi. Dari apa yang kami lihat, murid-murid begitu seronok dengan aktiviti tersebut.

10

Beberapa minit kemudian kami mengadakan satu kejutan sambutan hari jadi salah seorang murid yang berkebetulan tarikh lahirnya pada keesokkan harinya untuk dijadikan salah satu aktiviti lawatan tersebut. Murid itu sangat gembira kerana tidak menyangka mendapat kejutan seumpama itu dan kawan-kawannya yang lain juga turut gembira dengan acara sambutan tersebut .

Setelah itu barulah kami menikmati jamuan yang telah kami sediakan. Pihak ‘Bread Culture Cake House’ juga ada menyediakan makanan dan minuman untuk kami.

11

Selesai jamuan, murid-murid meminta kebenaran untuk membeli kek dan minuman yang terdapat di kedai itu.

Kemudian murid-murid mengambil kesempatan untuk mengajukan beberapa soalan yang telah mereka sediakan kepada Encik Lee. Semasa sesi soal jawab, murid-murid menggunakan bahasa Melayu Baku dan menulis jawapan telah diberikan oleh ketua penyelia ke dalam buku nota kecil dan kertas yang disediakan.

12

Pada akhir lawatan, kami mengadakan sesi bergambar beramai-ramai bersama dengan Encik Lee sebagai acara penutup. Sebelum kami berangkat balik ke sekolah, murid-murid mengucapkan terima kasih sambil bersalaman dengan Encik Lee. Kami bertolak dari tempat lawatan pada jam 4.30 petang dan sampai di sekolah jam 5.30 petang.

Laporan aktiviti pascaanjung Kami menjalankan tiga jenis aktiviti dalam pascaanjung bahasa iaitu membuat kad hari jadi, latihan kefahaman dan membuat carta bergambar.

Aktiviti membuat kad hari jadi Aktiviti ini dijalankan pada hari Isnin, 13 Oktober 2008, jam 9.00 hingga 10.00 pagi. Semasa induksi set, guru menyoal murid-murid mengenai dengan lawatan yang diadakan pada 11 Oktober 2008 yang lepas. Murid-murid memberikan gerak balas yang positif semasa soalan diajukan. Mereka dapat menjawab soalan-soalan berkenaan menggunakan bahasa Melayu baku yang betul. Namun terdapat juga beberapa orang murid 13

yang dibetulkan ayatnya semasa menjawab soalan tersebut. Guru menunjukkan beberapa kad hari jadi yang di dalamnya mengandungi ucapan-ucapan hari jadi. Semasa aktiviti membuat ucapan, murid bahagikan secara berpasangan, tetapi oleh sebab ada antara murid-murid tidak mahu berkongsi idea dengan pasangannya, guru menyuruh murid-murid membuat secara individu. Semasa aktiviti itu dijalankan guru memantau kerja murid. Murid-murid diberi masa 10 minit untuk membuat aktiviti.

Selesai aktiviti murid-murid membentangkan ucapan-ucapan hari jadi yang telah dibuat di hadapan kelas. Kemudian guru menunjukkan cara membuat kad hari jadi secara ringkas. Setelah itu barulah murid-murid diarahkan membuat sekeping kad hari jadi mengikut kreativiti masing-masing. Disebabkan masa tidak mencukupi, guru menyuruh murid-murid menyiapkan kerja tersebut di rumah. Guru mengingati murid untuk menyerahkan hasil kerja mereka pada hari Rabu. Akhir sekali guru menerangkan secara ringkas tentang aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari Rabu iaitu aktiviti membuat carta bergambar.

14

Aktiviti menjawab soalan kefahaman dan membuat carta bergambar Kedua-dua aktiviti ini dijalankan pada hari Rabu, 15 Oktober 2008, jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Sebelum aktiviti dijalankan, guru mengimbas kembali tentang lawatan tersebut dengan bersoal jawab bersama murid-murid. Murid-murid dapat menjawab soalan yang diberikan secara lisan dengan menggunakan ayat yang lengkap. Setelah itu barulah guru memberikan kertas latihan. Guru mengingati murid tentang penggunaan tanda baca yang betul seperti penggunaan huruf besar, koma dan noktah. Selain itu guru juga menyuruh murid-murid membuat ayat yang lengkap semasa menjawab soalan kefahaman. Murid diberikan 15 minit untuk menjawab soalan kefahaman. Sepanjang latihan itu dibuat, guru memantau kerja-kerja murid.

Selesai membuat aktiviti kefahaman, aktiviti membuat carta bergambar dilaksanakan. Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut undian. Guru memulakan aktiviti dengan menunjukkan contoh carta bergambar kepada murid-murid. Kemudian guru menunjukkan cara membuat carta bergambar. Dalam carta gambar yang akan dibuat oleh murid-murid, mereka perlu membina satu ayat yang bersesuaian di bawah setiap sekeping gambar mengikut kreativiti masing-masing. Setiap kumpulan diberikan 10 keping gambar

15

dan masa yang diperuntukkan hanya 12 minit untuk membuat ayat. Sekiranya murid-murid tidak dapat menyiapkan ayat-ayat bagi gambar-gambar itu, mereka perlu mengembalikan gambar yang tidak berayat itu kepada guru. Kemudian murid-murid diarahkan pula melekatkan ayat-ayat yang siap bersama gambar tersebut pada sekeping kad manila dalam masa 15 minit.

Penyampaian hadiah dan sijil penyertaan bagi Projek Anjung Bahasa Mengikut perancangan awal, acara penyampaian sijil diadakan pada 25 Oktober 2008 semasa perbarisan pagi, walau bagaimanapun acara ini terpaksa ditunda dan digantikan pada

16

29 Oktober 2008 disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Acara tersebut diadakan di bilik perpustakaan. Murid-murid darjah 6 dan beberapa orang guru dijemput bagi memeriahkan lagi suasana penyampaian hadiah dan sijil penyertaan bagi projek tersebut.

Acara itu diadakan secara ringkas dengan dimulai bacaan Al Fatihah yang diketuai oleh Cigku Mohammad bin Nayan bagi memberkati acara tersebut.

Sebelum penyampaian hadiah kami merakam ribuan terima kasih kepada guru besar dan pihak sekolah kerana memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang projek tersebut dijalankan. Kemudian kami menjemput guru besar sekolah Rendah Putat untuk menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan kepada murid-murid dan guru-guru yang terlibat dalam projek ini.

17

Pada akhir acara, sekali lagi kami meminta Cikgu Mohammad bin Nayan membaca surah Al Asr sebagai penutup acara. Setelah itu guru dan murid-murid berpeluang melihat hasil kerja murid-murid terlibat. Menurut guru besar, hasil kerja murid-murid tersebut akan dipamerkan sewaktu mengadakan acara penutup sekolah supaya pihak ibu bapa dan penjaga murid-murid dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2008.

18

Penyampaian sijil penghargaan kepada ketua penyelia ‘Bread Culture Cake House’ Pada keesokan harinya iaitu pada 30 Oktober 2008, kami penyampaikan sijil penghargaan kepada ketua penyelia, Encik Lee sebagai ucapan tanda terima kasih kerana memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang lawatan tersebut. Beliau sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sekiranya kami ingin membuat lawatan ke tempat itu lagi.

Cara pemarkahan Cara pemarkahan yang digunakan adalah hasil daripada perbincangan dan pengalaman kami sendiri bagi menudahkan kami menyemak hasil kerja murid. Kad hari jadi Markah penuh bagi membuat kad hari jadi pula ialah 40. Markah itu dibahagikan kepada empat kategori iaitu kebersihan dan tulisan sebanyak 10 markah, kreativiti sebanyak 10 markah, isi sebanyak 10 markah dan bahasa sebanyak 10 markah.

19

Soalan kefahaman Manakala soalan kefahaman yang diberikan sebanyak 9 soalan. Markah setiap jawapan kefahaman diberikan 2 markah kecuali soalan yang kelima sebanyak 5 markah. Markah keseluruhannya ialah 21 markah. Carta bergambar Akhir sekali markah bagi carta bergambar pula sebanyak 20 markah. Gambar yang disediakan sebanyak 10 keping. Markah bagi setiap ayat dibina untuk setiap gambar ialah 2 markah. Jika terdapat kesalahan, sama ada ejaan, bahasa atau tanda baca akan dipotong 1 atau 0.5 markah mengikut kesalahan bagi setiap ayat dalam semua aktiviti.

Hasil daripada aktiviti praanjung bahasa, anjung bahasa dan pascaanjung bahasa Dalam aktiviti praanjung bahasa iaitu aktiviti membuat soalan, kami mendapati muridmurid dapat membuat soalan-soalan yang bersesuaian bagi lawatan tersebut melalui pemerhatian kami semasa murid-murid membuat pembentangan. Ini bermakna objektif bagi praanjung dapat dicapai. Manakala bagi aktiviti anjung bahasa pula, kami mendapati murid-murid dapat menimba pengalaman yang sebenar semasa lawatan tersebut. Seperti yang telah dinyatakan dalam laporan di atas murid-murid ditunjukkan cara membuat kek dan roti. Salah seorang dari murid yang terlibat diberi peluang untuk membuat daun menggunakan krim semasa ketua penyelia menunjukkan cara membuat kek. Selain itu semua murid-murid berpeluang untuk membuat roti (bun). Murid-murid juga berpeluang menyoal Encik Lee dengan menggunakan

20

bahasa Melayu baku dan seterusnya menulis jawapan yang diberikan olehnya dengan ayat yang betul. Ini bermakna ketiga-tiga objektif bagi fasa kedua iaitu anjung bahasa (semasa lawatan) tercapai. Manakala dalam pascaanjung bahasa hasil dapatan bagi setiap aktiviti ialah:

Jumlah

Bahasa

Isi

Nama

Kebersihan dan tulisan

Bil

Kreativiti

Aktiviti membuat kad hari jadi

10

10

10

10

40

1

Siti Nurhazirah binti Osman

8

8

8

8

32

2

Fauziah @ Siti Muazzah binti Aspar

8

8.5

8

7

31.5

3

Md. Nurhaiman Firdaus bin Awg Hamdini

8

7

8

8

31

4

Nuriyah binti Samsudin

7.5

9

7

7

30.5

5

Nur Aizah binti Haji Duah

7

8

5

5

25

6

Aida Maisurah binti Ajary

6

8

7

6

21

7

Md. Abd.Haziq bin Haji Maslan

6

7

4

4

21

8

Md. Fauzan Taqiuddin bin Kamis

5

6

3

3

17

Markah yang diperolehi di atas menunjukkan murid-murid dapat menghasilkan ayatayat yang baik. Cuma dua orang murid sahaja menulis satu ataupun dua ayat sedangkan ayatayat yang dikehendaki mestilah empat atau lima baris ayat. Hampir keseluruhan murid boleh menghasilkan sekeping kad yang cantik mengikut kreativiti masing-masing. Manakala dari segi penggunaan bahasa, terdapat ejaan murid yang salah dan penggunaan ayat yang tidak

21

gramatis. Dari segi kebersihan, enam daripada lapan orang murid menunjukkan kekemasan dan dari aspek tulisan pula, hampir keseluruhannya dapat dibaca.

Aktiviti Membuat Fahaman Jumlah

Markah

soalan

Markah Penuh

9

21

Nuriyah binti Samsudin

9

16

Fauziah @ Siti Muazzah binti Aspar

9

15.5

Nur Aizah binti Haji Duah

9

15.5

Md. Nurhaiman Firdaus bin Awg Hamdini

8

15

Siti Nurhazirah binti Osman

9

14.5

Aida Maisurah binti Ajary

9

14

Md. Abd.Haziq bin Haji Maslan

9

12.5

Md. Fauzan Taqiuddin bin Kamis

9

11.5

Nama

Soalan yang diberikan berdasarkan pengalaman murid-murid semasa lawatan. Soalansoalan yang diberikan bertujuan untuk menguji ingatan dan kefahaman murid-murid. Daripada markah-markah yang diperolehi, 7 daripada 8 orang murid dapat menjawab kesemua

soalan fahaman dengan betul. Ini bermakna objektif yang kedua yang kami

senaraikan tercapai walau pun markah yang diperolehi oleh setiap murid tidak penuh kerana murid-murid banyak melakukan kesalahan dari sesi penggunaan tanda baca dan terdapat juga struktur ayat tidak gramatis.

22

Aktiviti membuat carta pameran secara berkumpulan Kumpulan Kumpulan 1 ‘boy dan girl’

Nama

Markah

Gred

16.5

B+

12

C

14

B-

Nuriyah binti Samsudin Md. Fauzan Taqiuddin bin Kamis Nur Aizah binti Haji Duah

Kumpulan 1 Md. Nurhaiman Firdaus bin Awg Hamdini ‘Ben10’ Siti Nurhazirah binti Osman Aida Maisurah binti Ajary Kumpulan 2 Md. Abd.Haziq bin Haji Maslan ‘Superstar’ Fauziah @ Siti Muazzah binti Aspar

Daripada markah di atas, menunjukkan kumpulan yang ketiga mendapat tempat markah yang paling tinggi daripada kumpulan yang lain. Ini kerana kumpulan tersebut dapat membina 10 ayat bagi semua gambar yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. Kumpulan 1 dapat membuat ayat-ayat kreatif yang bersesuaian dengan gambar-gambar menggunakan bahasa Melayu baku. Begitu juga dengan kedua-dua kumpulan, mereka juga dapat membuat ayat-ayat kreatif berdasarkan gambar-gambar yang diberikan namun, kedua kumpulan tersebut hanya dapat menyiapkan 8 ayat sahaja. Ketiga-tiga kumpulan juga ada membuat kesalahan tanda baca di dalam ayat yang mereka bina itu. Terdapat juga kumpulan terpengaruh dengan dialek menyebabkan beberapa kesalahan ejaan. Setiap satu kesalahan akan dipotong 0.5 markah. Oleh sebab itulah markah bagi setiap kumpulan tidak penuh. Keseluruhannya, kumpulan 3 mendapat markah yang sangat baik dan kumpulan 1 dan 2 mendapat markah sederhana baik.

23

Cadangan untuk membaikpulih Projek Anjung Bahasa Antara cadangan untuk membaikpulih projek anjung bahasa ini ialah: 

Sebelum lawatan, guru perlu berbincang dengan ketua penyelia tempat lawatan untuk memberikan taklimat bagi kemudahan murid-murid membuat sesi soal jawab.



Menyediakan 2

perakam

video

untuk

memudahkan guru membuat rakaman

sekiranya salah satu perakam video rosak. 

Memambah aktiviti pasca anjung yang lebih berkesan untuk penulisan seperti membuat karangan yang bertajuk “ Pengalaman kami semasa lawatan” atau membuat diari semasa lawatan.

Kebaikan Projek Anjung Bahasa untuk pengajaran dan pembelajaran penulisan Projek anjung bahasa banyak memberikan manfaat dan kebaikan untuk pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam penulisan. Antaranya ialah: 

membuka minda guru dan murid bahawa lawatan (anjung bahasa) yang diadakan dapat mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran dalam penulisan;



Boleh menambah perbendaharan kata murid-murid;



Meningkatkan motivasi dan minat murid untuk belajar terutamanya di dalam penulisan kerana memperolehi maklumat-maklumat yang dikehendaki;



Murid-murid dapat belajar mencari bahan sendiri dan secara tidak langsung melatih murid-murid belajar berdikari sendiri.

24



Pembelajaran lebih mudah dan bermakna kerana murid-murid berpeluang mendapat maklumat-maklumat yang betul daripada lawatan tersebut dan ini akan membantu murid-murid menghasilkan karya atau penulisan yang bermutu dan kreatif.

Kesimpulan Projek anjung bahasa berjaya dilaksanakan walaupun terdapat beberapa halangan, namun segala halangan dapat diatasi dengan sebaik-baiknya. Daripada dapatan aktiviti anjung bahasa dan pacsaanjung bahasa, semua objektif tercapai seperti yang telah dirancang. Muridmurid dapat menggunakan bahasa Melayu baku sepanjang projek ini dijalankan. Melalui pengalaman tersebut murid-murid dapat mengaplikasikan pengalaman mereka ke dalam penulisan. Dengan adanya projek seumpama ini, guru tidak lagi dianggap sebagai guru tradisional. Murid-murid pula akan memperolehi pengetahuan yang lebih bermakna dan bermanfaat melalui pengalaman mereka sendiri. Ini akan membentuk generasi muda yang lebih kreatif dalam penulisan. Oleh yang demikian, diharap projek ini akan diperkenalkan dan dilaratkan di sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam bukan sahaja di sekolah menengah bahkan dimulai dari peringkat sekolah rendah lagi.

Disediakan oleh:

Marinah binti Hj Rabaha (Guru penyelaras)

Effiyanna binti Haji Awang Besar (Guru penyelaras)

25

Related Documents