Kertas Kerja Anjung Bahasa Ke Pusat Pemuliharaan Penyu

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Anjung Bahasa Ke Pusat Pemuliharaan Penyu as PDF for free.

More details

  • Words: 950
  • Pages: 10
1

Objektif Projek Anjung Bahasa:

1. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudah melalui lawatan agar murid-murid dapat belajar dalam suasana yang bermakna dan sebenar.

2. Mendorong murid-murid untuk menyelidiki melalui lawatan supaya mereka dapat menambah pengalaman mereka secara berkesan.

3. Memberi peluang kepada ketua kumpulan memainkan peranan dalam membentuk bakat kepimpinan, perkembangan personaliti, serta menyuburkan semangat bekerjasama, bertanggungjawab dan bertoleransi.

4. Menghasilkan kreativiti murid-murid dalam aktiviti penulisan.

2

Rasional Plan Tindakan Projek Anjung Bahasa:

1. Membolehkan guru yang terlibat mengatur rancangan dengan tersusun dan dalam urutan yang sesuai. 2. Membolehkan guru yang terlibat membuat perancangan awal dalam menyediakan bahan untuk aktiviti Praanjung Bahasa, Anjung Bahasa dan Pascaanjung Bahasa. 3. Membantu guru yang terlibat mempunyai gambaran yang luas tentang Projek Anjung Bahassa. 4. Membolehkan guru yang terlibat mengendalikan Projek Anjung Bahasa dengan sistematik, kemas dan penuh keyakinan.

3

CADANGAN: 1. Tempat yang akan dilawat: Pusat Pemuliharaan Penyu, Jabatan Perikanan, Serasa. 2. Tarikh melawat: 11 Oktober 2008 (Sabtu). 3. Murid yang terlibat: Murid-murid darjah 5. 4. Guru yang terlibat: i. Guru Darjah. ii. Guru subjek bahasa Melayu. iii. Cikgu Mariany binti Haji Ibrahim (guru pengawas). iv. Cikgu Zelina binti Handidi (guru pengawas). 5. Kenderaan: Memohon bas untuk lawatan. 4

6. Mendokumentasikan aktiviti praanjung, anjung dan pascaanjung bahasa melalui: i. Catatan. ii. Rakaman video. iii. Gambar.

5

Bil. 1. 2.

Tarikh 13 -18 Ogos 2008 18 – 23 Ogos 2008

3.

25 Ogos 2008 (Isnin)

4.

1 September 2008 (Isnin)

i.

Rancangan Menyediakan kertas kerja Anjung Bahasa.

Merancang sekolah yang dipilih, tempat yang akan dilawat, tarikh melawat, dan tarikh dan masa untuk berjumpa dan berbincang dengan guru besar. i. Berjumpa Guru Besar Sekolah Rendah Bendahara Sakam, Bunut. ii. Guru pengawas menunjukkan kepada Guru Besar kertas kerja Anjung Bahasa yang akan dilaksanakan di Sekolah Rendah Bendahara Sakam, Bunut. iii. Guru pengawas berbincang dengan Guru Besar mengenai objektif Anjung Bahasa, peringkat darjah yang dipilih, tempat yang akan dilawat dan tarikh melawat. iv. Guru pengawas berkenalan dengan guru darjah dan guru subjek. v. Guru pengawas berkenalan dengan murid yang dipilih. vi. Guru pengawas meninjau keadaan bilik darjah dan sekolah. vii. Guru pengawas meminta tugas dan tanggungjawab guru, kalendar sekolah, jadual waktu, senarai nama murid dan rancangan mengajar tahunan Bahasa Melayu Darjah 4. i. Guru pengawas meminta jadual waktu terkini persekolahan bulan Ramadan. ii. Guru pengawas berbincang dengan guru darjah tentang makanan dan minuman semasa lawatan. ii. Guru pengawas memastikan semua surat dihantar kepada: a) Pusat Pemuliharaan Penyu Jabatan Perikanan, Serasa. b) Bahagian kenderaan. c) Ibu bapa.

i.

6

Pelaksanaan / Catatan

5.

3 September 2008 (Rabu)

6.

4 September 2008 (Khamis)

7.

6 September 2008 (Sabtu)

d) Murid mengenai keperluan mereka semasa lawatan. iii. Guru pengawas berbincang dengan guru darjah untuk mengambil alih kelas Bahasa Melayu, English dan Lukisan pada 6 September 2008 (Sabtu), jam 9.00 hingga 11.40 pagi. i. Guru pengawas menelefon Pegawai Pusat Pemuliharaan Penyu Jabatan Perikanan, Serasa untuk memastikan pengesahan penerimaan lawatan Sekolah Rendah Bendahara Sakam, Bunut. i. Guru pengawas berkunjung ke Pusat Pemuliharaan Penyu Jabatan Perikanan, Serasa ii. Guru pengawas berbincang dengan pegawai Pusat Pemuliharaan Penyu Jabatan Perikanan, Serasa iii. Guru pengawas meminta risalah, poster atau majalah jika ada. i. Aktiviti Praanjung. Sebelum pengajaran: a) Guru pengawas berkenalan dengan murid. b) Guru pengawas memberikan label nama, c) Guru pengawas membahagikan murid kepada 5 kumpulan. d) Guru pengawas melantik ketua kumpulan. e) Guru pengawas memberikan arahan kepada murid untuk sentiasa menggunakan bahasa Melayu baku. Semasa pengajaran: a) Induksi set: - Guru pengawas bersoal jawab dengan murid mengenai telur. - Guru pengawas mencatat jawapan yang murid berikan di papan putih. - Guru pengawas menunjukkan gambar penyu. 7

b) Pengajaran: - Guru pengawas bersoal jawab mengenai ciri-ciri penyu. - Guru pengawas mencatat jawapan murid mengenai ciriciri penyu di atas kertas mahjong. c) Aktiviti: - Guru pengawas mengarahkan murid melukis penyu dan menulis ciri-ciri penyu di atas kertas mahjong. - Setiap kumpulan murid diarahkan membentang hasil kerja mereka. - Guru pengawas berbincang bersama murid sambil membuat pembetulan mengenai kesalahan tatabahasa bagi setiap kumpulan. - Guru pengawas memberi pujian dan ganjaran kepada setiap kumpulan.

8.

6 Oktober 2008 (Isnin)

Selepas pengajaran: a) Guru pengawas menerangkan kepada murid tujuan pengajaran tentang ciri-ciri penyu. b) Guru pengawas menunjukkan kertas rentang mengenai lawatan ke Pusat Pemuliharaan Penyu Jabatan Perikanan, Serasa. c) Guru pengawas mengarahkan murid untuk mengemukakan beberapa soalan semasa lawatan. d) Guru pengawas melekatkan kertas rentang di papan kenyataan. i. Guru pengawas mengimbas kembali pelajaran (ciri-ciri penyu) yang telah murid pelajari. ii. Guru pengawas memberikan surat keperluan murid semasa lawatan. iii. Guru pengawas mengingatkan kepada murid untuk memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap semasa lawatan. 8

Guru pengawas mengingatkan kepada murid untuk menggunakan bahasa Melayu baku semasa lawatan. v. Guru pengawas menyarankan murid untuk membuat kerja yang diberikan dengan bersungguh-sungguh dan hasil kerja yang baik akan diberikan hadiah semasa aktiviti pascaanjung bahasa. i. Aktiviti Anjung Bahasa. a) Mendengar taklimat. b) Memberi makanan kepada penyu. c) Sesi fotografi. d) Aktiviti melepaskan penyu (jika ada). e) Sesi soal jawab. ii. Mengarahkan seorang wakil murid memberikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Pemuliharaan Penyu Jabatan Perikanan, Serasa. iii. Kemudian seorang wakil murid memberikan sijil penghargaan kepada Pusat Pemuliharaan Penyu Jabatan Perikanan, Serasa. i. Aktiviti Pascaanjung Bahasa. a) Murid membuat risalah. b) Murid membuat buku skrap. c) Guru pengawas menyemak hasil kerja murid. d) Guru pengawas menilai hasil kerja murid yang terbaik. i. Pameran: a) Dirasmikan oleh Guru Besar sekolah Rendah Bendahara Sakam, Bunut. ii. Penyampaian hadiah. iii. Guru pengawas memberikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Rendah Bendahara Sakam, Bunut. iv. Warga sekolah menyaksikan pameran. i. Laporan Anjung Bahasa di Universiti Brunei Darussalam. iv.

9.

8 Oktober 2008 (Rabu)

10.

11 September 2008 (Sabtu)

11.

18 Oktober 2008 (Sabtu)

12.

29 Oktober

9

2008 (Rabu)

10

Related Documents