LAPORAN AMALI 1 : ANATOMI SISTEM TUBUH BADAN Sistem endokrin terdiri daripada beberapa kelenjar yang terpisah antara satu sama lain di seluruh badan. Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan sebagai hormon. Sistem pengaliran darah bertanggungjawab untuk membawa hormon ke seluruh tubuh. Kelenjar endokrin terbina apabila sel-sel endokrin berkumpul. Hasil yang didapati dari kelenjar endokrin akan dirembeskan terus ke dalam tisu perantara. Kelenjar-kelenjar endokrin yang terdapat di dalam sistem tubuh terdiri daripada kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus. Terdapat juga sel endokrin yang berkumpul di dalam organ tubuh badan seperti pankreas, ovari, testis, ginjal, hepar, trek gastrousus, plasenta dan otot jantung. Namun begitu, kelenjarkelenjar yang utama dalam sistem endokrin adalah kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus. Kelejar utama yang pertama ialah Kelenjar Pituitari. Kelenjar ini digelar sebagai kelenjar induk kerana dapat menghasilkan banyak hormon dan mengawal aktiviti tubuh. Kelenjar ini bergaris pusat hanya 1.3 cm sahaja dan berbentuk bulat. Ia dibahagikan kepada dua lobus, iaitu lobus anterior dan lobus posterior. Lobus anterior mewakili 75% daripada berat kelenjar pituitari dan kedua-dua lobus ini mengeluarkan beberapa hormon di dalam tubuh.
Rajah 1: Skema kelenjar pituitari dan lobus-lobusnya
Kelenjar utama seterusnya ialah Kelenjar Tiroid. Kelenjar ini terletak di bahagian hadapan leher, anterior dan lateral terhadap larinks dan trakea. Kelenjar tiroid kaya dengan bekalan darah dan sel kelenjar tiroid merembeskan koloid tiroid yang mengandungi sebatian iodin.
Rajah 2: Anterior kelenjar tiroid
Kemudian, diikuti pula oleh Kelenjar Paratiroid. Kelejar ini terbina daripada tisu yang kecil dan bulat dan dilapisi oleh fasia pratrakea berserta dengan kelenjar tiroid.
Rajah 3: Empat kelenjar paratiraoid
Kelenjar utama yang keempat ialah Kelenjar Timus. Ia terletak dalam toraks, berwarna kemerah-merahan dan terdiri daripada dua lobus. Saiznya sangat kecil dengan berat kira-kira 10 gram bagi bayi yang baru lahir. Beratnya akan bertambah kepada 30 hingga 40 gram pada waktu remaja dan kemudian ia mengecut semula. Kelenjar timus ini berkaitan dengan penghasilan antibodi.
Rajah 4: Kedudukan kelenjar timus
Kelenjar seterusnya ialah Kelenjar Adrenal. Ia terletak di bahagian atas setiap ginjal serta mengandungi darah yang banyak dan dilapisi dengan kapsul berserat. Korteks adrenal terbahagi kepada tiga zon. Zon pertama adalah glomerulosa yang menghasilkan rembesan mineralo-kortikoid. Zon tengah pula dikenali sebagai zon fasikulata dan merembeskan hormon glukokortikoid manakala zon dalam dipanggil zon retikularis dan merembeskan hormon androgen. Medula adrenal pula mempunyai sel-sel kromafin yang menghasilkan hormon. Rembesan hormon dikawal oleh sistem saraf autonomik. 80% daripada rembesan medula adalah adrenalin dan ianya bersifat lebih poten daripada noradrenalin.
Rajah 4: Kelenjar suprarenal kanan dan kiri
Kelenjar yang terakhir ialah Kelenjar pineal. Ia terletak pada korpus kalosum, bersaiz kecil dan berwarna merah. Kelenjar ini juga dilapisi oleh kapsul yang bernama pia mater.
Rajah 5: Kedudukan kelenjar pineal pada otak
LAPORAN AMALI 2 : FISIOLOGI SISTEM TUBUH BADAN Fungsi kelenjar adalah untuk menghasilkan dan merembeskan bahan-bahan yang dipanggil hormon ke dalam darah. Hormon bertindak untuk mempengaruhi atau mengawal aktiviti tisu atau organ tertentu. Hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrin mempunyai kesan yang banyak dan berbeza-beza. Walaupun begitu, terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon. Fungsi pertama adalah menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan. Kedua, membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan jangkitan, trauma, stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan dan perubahan suhu yang melampau. Ketiga, memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh, manakala keempat, memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir. Hormon-hormon yang dirembeskan pada tisu perantara bertindak ke atas sel-sel sasaran di merata tubuh. Sistem endokrin mempunyai kesan yang perlahan tetapi berpanjangan dan lebih merata. Sel-sel sistem endokrin bertugas dengan mensintesis dan merembeskan hormon. Dalam proses ini, terdapat banyak kelenjar yang terlibat. Kelenjar yang pertama ialah Kelenjar Pituitari. Di Lobus anterior, terdapat beberapa hormon yang dirembeskan. Antaranya ialah hormon pertumbuhan yang bertindak untuk mengawal tumbesaran tubuh. Hormon tirotropik pula bertindak untuk mengawal aktiviti kelenjar tiroid dalam menghasilkan tiroksin. Kemudian, hormon adrenokortikotropik untuk mengawal aktiviti suprarenal dalam menghasilkan kortisol dari korteks kelenjar suprarenal dan hormon gonadotrofik. Di Lobus posterior pula, terdapat hormon antidiuretik yang bertindak untuk mengatur jumlah air yang dikumuhkan melalui ginjal serta hormon oksitosik yang meransang pengecutan uterus sewaktu melahirkan bayi dan pengeluaran air susu sewaktu menyusukan bayi. Kelenjar tiroid pula berfungsi dalam mengatur susunan kimia tisu dan sebagai perangsang proses pengoksidaan. Secara tidak langsung kelenjar tiroid mengatur pengeluaran karbon dioksida dan terdapat dua keadaan dalam kelenjar tiroid iaitu hiperembesan dan hiporembesan. Pada keadaan Hiporembesan, berlakunya kretinisme iaitu kekurangan rembesan pada waktu bayi mengakibatkan pertumbuhan mental dan fizikal terencat. Bagi golongan dewasa, keadaan ini menyebabkan miksedema di mana proses metabolik sangat perlahan dan cenderung untuk menjadi gemuk, pergerakan lembap, kulit menjadi tebal dan kering, rambut gugur dan menjadi jarang, suhu badan di bawah normal dan denyut nadi perlahan. Pada keadaan Hiperembesan pula, kadar metabolisme menjadi tinggi
dan suhu badan lebih tinggi daripada normal. Pada keadaan ini, pesakit kehilangan berat badan, gelisah dan mudah marah, kadar denyutan nadi naik, output jantung bertambah dan mengalami simptom kardiovaskular seperti fibrilasi atrium dan kegagalan jantung. Seterusnya, Kelenjar Paratiroid. Hormon paratiroid yang dikeluarkan berfungsi untuk mengatur metabolisma kalsium dan mengawal jumlah kalsium di dalam darah dan tulang. Terdapat dua keadaan pada kelenjar paratiroid, iaitu keadaan hipoparatiroidisma dan hiperparatiroidisma. Hipoparatiroidisma berlaku apabila Kekurangan kalsium dalam kandungan darah. Keadaan ini menyebabkan keadaan seperti tetanus iaitu gejala kekejangan otot dan konvulsi terutamanya pada tangan dan kaki yang dikenali sebagai karpopedal spasma. Namun begitu, gejala ini dapat diredakan dengan memberikan kalsium dalam kadar segera. Diikuti oleh keadaan Hiperparatiroidisma. Keadaan ini disebabkan oleh aktiviti kelenjar yang berlebihan berkaitan dengan pembesaran (tumor) kelenjar. Pengagihan kalsium terganggu di mana kalsium dikeluarkan semula dari tulang dan dimasukkan kembali ke serum darah. Ini akan menyebabkan penyakit tulang di mana bahagian tulang menjadi nipis. Kegagalan ginjal juga boleh berlaku jika kalsium terbina di dalam ginjal. Kelenjar timus pula melibatkan bahagian korteks adrenal dan bahagian medula. Kelenjar adrenal bahagian korteks mengeluarkan kortisol dan bahagian medula menghasilkan adrenalin dan noradrenalin. Rembesan akan menjadi banyak apabila berada dalam keadaan marah atau takut, asfiksia dan kelaparan. Keadaan ini menyebabkan tekanan darah naik dalam usaha melawan kejutan yang disebabkan oleh situasi ini. Akhir sekali ialah Kelenjar pineal. Kelenjar ini menghasilkan hormon melatonin dan adrenoglomerulotropin. Melatonin boleh merencatkan aktiviti pembiakan dengan cara merencatkan hormon gonadotropik. Sementara adrenoglomerulotropin pula merangsang korteks adrenal untuk merembeskan mineralokortikoid.
LAPORAN AMALI 3 : KESAN PERGERAKAN DAN SENAMAN TERHADAP ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA. Kesan pergerakan dan senaman terhadap sistem endokrina. Ketika bersukan, otot akan sentiasa berada dalam ketegangan dan pada waktu ini, otot-otot menggunakan oksigen lebih cepat daripada kadar pembekalannya. Ketika dalam keadaan kekurangan oksigen ini, otototot menguraikan glukosa dan glikogen secara anaerobik untuk menghasilkan tenaga dan asid laktik. Asid laktik yang berkumpul dalam otot ini akan berkumpul dalam otot hingga menyebabkan otot menjadi lesu. Oleh kerana respirasi anaerobik yang berlaku pada otot dalam kadar yang lebih tinggi daripada kadar pembekalan atau kebolehan badan untuk membekalkan oksigen, maka otot berada dalam keadaan hutang oksigen. Oksigen yang berada di dalam darah berfungsi sebagai pengimbang suhu darah agar tidak terlalu panas. Semasa aktiviti sukan berjalan suhu darah yang terlalu tinggi sebenarnya amat tidak sesuai untuk jantung yang berfungsi sebagai penyejuk. Disini, Kelenjar Adrenal memainkan peranan yang penting. Ia memainkan peranan penting dalam sistem penafasan, dimana secara tidak langsung membawa kepada kesan latihan yang dilaksanakan. Kelenjar adrenal merembeskan dua jenis hormon iaitu hormon biasa dan satu lagi hormon berbentuk steroid. Ia membantu meningkatkan kadar denyutan jantung semasa membuat latihan memanaskan badan. Selain itu, ia meningkatkan output jantung, merangsangkan pernafasan, meningkatkan tekanan darah dengan kesan vasokonstriksi dan epineferin pula mempercepatkan glikogenolisis. Sistem
endokrin
mengintegrasikan
dan
memastikan
sistem
fisiologikal
yang
membolehkan badan berfungsi dengan optimum. Sistem ini dapat mengawal dan menyelaraskan fungsi tubuh melalui hormon yang dirembaskan ke dalam aliran darah. Pelari jarak jauh melakukan aktiviti dalam jangka masa yang lama di mana penggunaan metabolisma lemak untuk penghasilan tenaga berlaku. Sistem endokrin melalui pengawalan hormon akan membantu dalam proses pemecahan asid lemak kepada glukos untuk digunakan semasa aktiviti yang berpanjangan tersebut. Tambahan lagi sistem endokrin juga akan memastikan keseimbangan cecair dan elektolit dalam badan semasa aktiviti untuk membantu atlet melakukan aktiviti dalam keadaan yang lebih baik. Semasa aktiviti senaman dijalankan, badan memerlukan bekalan tenaga yang tinggi, hal ini menyebabkan lobus anterior pada kelenjar pituitari bertindak untuk merangsang penguraian lemak bagi menghasilkan tenaga. Kelenjar tiroid juga membantu untuk mengawal tahap sel-sel membakar bahan bakar dari makanan untuk menghasilkan tenaga bagi proses metabolisme manusia. Semasa melakukan latihan fizikal, kelenjar testis akan merembeskan hormon testosteron dengan banyak. Hormon ini berperanan untuk mengawal
saiz otot dan meningkatkan sel darah merah. Jjika rembesan hormon ini terlalu banyak, akan menyebabkan otot atlet bertambah besar dan kuat. Hormon progesteron yang dihasilkan oleh kelenjar ovari juga akan menyebabkan penghasilan otot yang banyak dan kuat apabila dirembeskan terlalu banyak semasa melakukan aktiviti fizikal.
RUJUKAN Elaine N. Marieb. (2009). Essentials Of Human Anatomy & Physiology. San Francisco, CA: PEARSON Benjamin Cummings. J.F. Lamb et.al (2001). Asas Fisiologi. Universiti Sains Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad Kuala Lumpur.