Ajk N Tugas Hem.docx

  • Uploaded by: Fen Abu
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ajk N Tugas Hem.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,687
  • Pages: 15
Senarai Tugas SENARAI TUGAS JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

1. DISIPLIN DAN PENCEGAHAN JENAYAH

JAWATANKUASA

SETIAUSAHA :

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Mengadakan mesyuarat JK yang dipengerusikan oleh Guru Besar / PK HEM dan diminitkan. 2. Mengawal disiplin dan mengambil tindakan sewajarnya atas nasihat Guru Besar. 3. Mendidik murid-murid mematuhi peraturan sekolah. 4. Menyelesaikan masalah berkaitan peraturan sekolah. 5. Menerima laporan dari Guru Bertugas mingguan dan mengambil tindakan yang perlu. 6. Bekerjasama mengendalikan perhimpunan, kawad kecemasan dan susunatur murid di luar kelas. 7. Menyediakan Laporan salah Laku Murid (SSDM) mengikut jadual. 8. Membantu Guru Besar memenuhi kehendak Pekeliling Ikhtisas Bil. 90/1975 berkaitan hukuman dan Lembaga Disiplin Sekolah. 9. Semua guru adalah Guru Disiplin Sekolah. 10. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa

2. PENGAWAS SEKOLAH

JAWATANKUASA

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Pelantikan Lembaga Pengawas Sekolah adalah atas nasihat Guru Besar. 2. Mengadakan mesyuarat Lembaga Pengawas sebanyak 3 kali setahun. 3. Membincangkan Program Watikah Pelantikan Pengawas, Kepimpinan Pelajar, Keutuhan Disiplin dan program lain. 4. Bekerjasama dengan PK HEM, Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran menanggani isu disiplin. 5. Membuat cadangan pelantikan pengawas sekolah bagi setiap tahun. 6. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa

3. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

JAWATANKUASA

SETIAUSAHA :

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Mengadakan mesyuarat JK Buku Teks dipengerusikan oleh Guru Besar / PK HEM dan diminitkan. 2. Menerima dan mengesahkan bilangan perolehan buku teks. 3. Mengendalikan pengurusan pengedaran buku: - menentukan tarikh pengedaran;

- mengedar buku mengikut kelas; - menentukan kelancaran pengedaran; - memastikan buku pinjaman telah diagihkan oleh Guru Kelas kepada semua murid; - Memastikan Borang G telah dilengkapkan. 4. Memastikan rekod dan dokumen dikemaskinikan. - menyelenggara fail-fail SPBT; - merekod dan mengemaskinikan buku stok; - menyimpan senarai tugas guru, tatacara proses pengedaran dan pengumpulan; - menyimpan Buku Rekod SPBT, laporan hapuskira, rosak atau hilang. 5. Menguruskan pemulangan buku pinjaman. - menentukan tarikh pemulangan; - melaporkan kepada PK HEM berkaitan maklumat peratus kerosakan, hapuskira, kekurangan atau lebihan buku dan guru yang bertanggungjawab. 6. Pengurusan Stok dan Inventori: - surat menyurat dengan Biro Buku Teks; - menyimpan invois, bil dan penyerahan; - mengisi inventori SPBT; - mengisi borang kekurangan atau lebihan buku kepada PPD. 7. Mencadangkan buku bacaan tambahan. 8. Mengurus dan mengendalikan Bilik BOSS. 9. Memahami dan melaksanakan pekeliling semasa PPD / Jabatan / Kementerian. 10. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

4. BIMBINGAN DAN KAUNSELING

JAWATANKUASA

SETIAUSAHA :

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Merancang dan melaksanakan Program B&K. 2. Menyediakan rekod B&K dan melaporkannya. 3. Merancang dan melaksanakan Program Motivasi dan Kecemerlangan serta program lain. 4. Menjadi AJK Disiplin Sekolah. 5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

5. KESELAMATAN / KECEMASAN / KAWAD KEBAKARAN

JAWATANKUASA

SETIAUSAHA :

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Memberi penerangan kepada murid-murid langkah-langkah perlu semasa kebakaran. 2. Mewujudkan “smart partnership” antara sekolah dengan PDRM, Bomba dan Penyelamat, TNB dan agensi-agensi lain. 3. Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan dalam keadaan baik dan boleh digunakan. 4. Menrancang kawad kecemasan / kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 5. Merancang program langkah keselamatan untuk semua warga sekolah. 6. Menyediakan Pelan Laluan Kecemasan dan penunjuk arah laluan disetiap sudut dan kelas. 7. Memastikan warga sekolah peka tentang loceng kecemasan dan loceng secara manual. 8. Memastikan semua talian kecemasan ada dalam simpanan. 9. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

6. PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

JAWATANKUASA

SETIAUSAHA

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Membuat tinjauan dan mengenalpasti lokasi murid ponteng sekolah, jumlah murid berisiko dan faktor-faktor yang mempengaruhi murid. 2. Menghubungi ibubapa / penjaga sekiranya terdapat murid yang terlibat dadah. 3. Melaporkan kepada Pegawai Pencegahan Dadah PPD dan JPNPk perkara serius yang berkaitan. 4. Segala maklumat berkaitan murid / guru / kakitangan yang terlibat hendaklah dikelasifikasikan RAHSIA dan SULIT. 5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

7. KEBAJIKAN / BANTUAN / KWAMP / BIASISWA

JAWATANKUASA

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Memastikan semua bantuan kebajikan / KWAMP / biasiswa dapat disalurkan kepada murid-murid yang layak. 2. Mewujudkan senarai lengkap penerima setiap bantuan dengan maklumat dan status terkini. 3. Membantu pengurusan sekolah mengedar dan mengumpul dan memproses borang permohonan setiap bantuan. 4. Menghadiri mesyuarat pemilihan murid yang layak menerima bantuan.

5. Menyimpan rekod penerima bantuan. 6. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

8. KANTIN / RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) / PROGRAM SUSU SEKOLAH

JAWATANKUASA

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Membuat tinjauan dan memastikan kantin dalam keadaan baik dan terjaga serta jauh dari sebarang ancaman terhadap kesihatan. 2. Memastikan harga yang ditawarkan di kantin sekolah setara mutu makanan. 3. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan penyediaan menu dan penyelenggaraan makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KPM dan JPNPk. 4. Memastikan semua pengendali makanan telah diberi suntikan oleh pihak berkenaan, memakai apron, menutup

kepala dan mematuhi pekeliling dan peraturan yang terpakai.. 5. Memastikan hanya menu makanan yang telah dipilih dan diperincikan sahaja dijual di kantin. 6. Memilih dan mengurus murid-murid yang layak RMT serta mengemaskini rekod dan dokumen. 7. Melaporkan kepada pihak pentadbir sebarang perkara yang meragukan. 8. Membuat laporan harian dan mingguan kantin. 9. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

9. SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM)

JAWATANKUASA

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Mengedarkan borang maklumat SMM kepada murid Pra Sekolah, Tahun 1 dan murid baru masuk. 2. Mengemaskini data murid SMM. 3. Menghantar laporan SMM ke PPD. 4. Mengadakan kursus dalaman. 5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

10. KESELAMATAN / KESIHATAN / KECERIAAN SEKOLAH

JAWATANKUASA

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Merancang projek keceriaan sekolah: - menanam pokok bunga hiasan; - mengadakan sistem pembuangan sampah; - mengadakan gotong-royong; - ceramah kebersihan; - pertandingan poster / melukis mural. 2. Bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan sekolah; 3. Menguruskan papan kenyataan dan info terkini. 4. Menyediakan pelan induk landskap sekolah. 5. Memastikan jadual kerja penyeliaan kebersihan dan keceriaan dilaksanakan. 6. Berhubung dengan agensi kerajaan, syarikat atau orang persaorangan yang ingin memberi sumbangan.. 7. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

11. KEBERSIHAN / KECERIAAN KELAS

JAWATANKUASA

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Merancang projek keceriaan kelas dan bilikbilik khas:

- carta organisasi; - jadual bertugas murid; - pelan kedudukan murid / kawad kebakaran; - inventori kelas; - sudut mata pelajaran; - kelengkapan ICT. 2. Menguruskan papan kenyataan dalam kelas. 3. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

12.

KESIHATAN / RAWATAN MURID / BILIK RAWATAN

JAWATANKUASA

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Menguruskan kemudahan rawatan murid seperti Bilik Rawatan, peti ubat kecemasan; 2. Merancang dan melaksanakan program kesihatan: - pameran dan ceramah kebersihan; - pertandingan poster / melukis mural. 3. Memastikan semua murid mempunyai kad kesihatan yang diperlukan;

4. Menguruskan murid yang memmerlukan rawatan kecemasan di hospital. 5. Menerima dan membantu lawatan pemeriksaan kesihatan oleh pegwai kesihatan dari masa ke semasa. 6. Mempunyai sedikit sebanyak ilmu pertolongan cemas jika diperlukan. 7. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

13. PENDAFTARAN MURID / REKOD MURID

JAWATANKUASA

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Menerima kemasukan dan pertukaran murid dan didaftar serta dikemaskini ke dalam rekod. 2. Menyemak sekiranya murid tersebut menerima sebarang bantuan, biasiswa dan sebagainya untuk tindakan selanjutnya. 3. Memastikan semua murid mempunyai dokumen diri yang lengkap dan kemaskini. 4. Menanda dan mengurus jadual kedatangan setiap hujung bulan dan melaporkan jumlah kehadiran murid secara atas talian. 5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

14. PERHIMPUNAN MINGGUAN

JAWATANKUASA

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Mengurus dan menyusun aturcara majlis Perhimpunan Mingguan; 2. Menyediakan jadual bertugas Pengawas Sekolah untuk mengendalikan majlis perhimpunan. 3. Menyediakan teks dan susunatur majlis untuk rujukan pengacara majlis (Pengawas Sekolah). 4. Menguruskan alat siaraya. 5. Merancang tema atau aktiviti majlis perhimpunan. 6. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

15. SEKOLAH SELAMAT

JAWATANKUASA

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Menentukan tahap persediaan membenteras jenayah; 2. Menganalisa potensi berlakunya masalah; 3. Mengenalpasti dan menentukan kaedah intervensi dan pencegahan; 4. Mengurus dan respon kepada krisis apabila ia berlaku, dan 5. Menyediakan maklumat asas untuk membina pelan sekolah selamat.

16.

GURU KELAS

16.1 Bertanggungjawab sepenuhnya atas segala perkara kepada setiap murid dalam kelas. 16.2 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Bendahari dan AJK lain. 16.3 Menyediakan senarai tugas murid dalam kelas. 16.4 Menyediakan susun atur kedudukan murid dalam kelas. 16.5 Mendapatkan maklumat lengkap latar belakang setiap murid. 16.6 Melengkapkan Buku Rekod Kedatangan Murid dan rekod-rekod lain seperti Kad Rawatan.

16.7 Mengambil kedatangan murid setiap hari dan mengambil tindakan atas murid yang tidak hadir sekolah mengikut peraturan terkini: a. rawatan

Murid tidak hadir sekolah mesti menyediakan surat ibubapa / penjaga atau surat

perubatan kepada guru kelas; b.

Guru kelas perlu menghantar surat amaran kepada murid yang tidak hadir sekolah tanpa sebab seperti aturan berikut:

SURAT AMARAN

JUMLAH HARI TIDAK HADIR BERTURUT-TURUT

JUMLAH HARI TIDAK HADIR

AMARAN Pertama

Pada hari ke 3

Pada hari ke 10

AMARAN Kedua

Pada hari ke 10

Pada hari ke 20

AMARAN Terakhir

Pada hari ke 17

Pada hari ke 40

BUANG SEKOLAH

Pada hari ke 32

Pada hari ke 61

Jumlah Hari Tidak Hadir

31 hari berturut-turut

60 hari BUKAN berturut-turut

c.

BUKAN BERTURUT-TURUT

Buku Kedatangan Murid tidak dibenarkan dibawa keluar dari kawasan sekolah (termasuk oleh Guru Kelas) tanpa kebenaran Guru Besar.

d.

Guru Kelas tidak dibenarkan memotong nama murid yang berhenti atau bertukar pada

bulan berkenaan. Nama murid tersebut hanya boleh dikeluarkan pada bulan berikutnya. e.

Memadam atau menulis secara bertindih sebarang maklumat dalam Buku Kedatangan

Murid adalah tidak dibenarkan. Pembetulan hanya boleh dibuat dengan menggaris kesilapan tersebut dan ditandatangan secra ringkas. f.

Segala butiran hendaklah ditulis dengan pen dakwat hitam.

16.8 Mengurus pemberian pinjaman buku teks melalui SPBT. 16.9 Menentukan perkara-perkara berikut terdapat dalam kelas: a.

Jadual waktu kelas

b.

Pelan kedudukan murid dalam kelas

c.

Pelan Kecemasan / Kebakaran

d.

Struktur organisasi kelas

e.

Senarai nama murid (dan maklumat berkaitan seperti Rumah Sukan, 1M1S dsb.)

f.

Inventori kelas

g.

Peraturan sekolah

h.

Motto kelas

16.10 Memungut bayaran tambahan untuk keperluan sekolah: a.

Catatkan pengeluaran resit mengikut jenis bayaran;

b.

Catatkan jumlah penerimaan dan baki terhutang (jika ada);

c. resit.

Memastikan kutipan diserahkan kepada pihak yang memunggutnya beserta salinan

16.11 Mewujudkan tabung kelas (jika perlu). 16.12 Memastikan pendawaian dan peralatan elektrik dan perabot dalam keadaan baik dan selamat. 16.13 Melaporkan sebarang kerosakan perabot, pendawaian dan peralatan elektrik dilaporkan kepada pihak pentadbir sekolah. 16.14 Menyediakan sudut mata pelajaran dengan kerjasama guru mata pelajaran.

Related Documents

Ajk N Tugas Hem.docx
July 2020 11
Tugas Ajk
June 2020 13
Bidang Tugas Ajk
May 2020 16
Bidang Tugas Ajk Pss
June 2020 23
Bidang Tugas Ajk Pss
June 2020 16
Bidang Tugas Ajk Pss
June 2020 16

More Documents from ""