KURSUS PEMBANGUNAN JATI DIRI USAHAWAN MARA. Pengenalan. Kejayaan akan dapat dicapai apabila potensi diri dapat digunakan secara optima. Usaha membangunkan kecemerlangan potensi diri memerlukan satu kekuatan jati diri yang mampu
memacu kejayaan
usaha yang dilaksanakan. Bermotivasi dan berkeyakinan diri serta kekuatan minda lebih diperlukan berbanding keupayaan fizikal. Oleh itu keupayaan mengenalpasti kendiri dan berminda positif perlu ditingkatkan
dalam
usaha
meningkatkan
pembangunan
jati
diri
sebagai langkah untuk memburu kejayaan. Tahap ketanggungjawapan yang tinggi serta pemilikan daya saing amat membantu seseorang menentukan hala tuju dan wawasan hidup. Turut dibincangkan pada modul
ini
adalah
kefahaman
budaya
keusahawanan
serta
tanggungjawab keusahawanan social. Justeru itu modul pembangunan jati diri yang dikemukakan ini akan cuba menghuraikan langkahlangkah terbaik dalam membina kendiri yang berdaya saing , budaya bertanggungjawab, bermotivasi dan berminda positif. Diharapkan selepas tamat kursus, para peserta akan dapat mempertingkatkan jati diri masing-masing ke arah membina masa depan yang lebih berwawasan dan memperolehi kecemerlangan dalam bidang yang diusahakan. Tempoh Program : 2 hari 1 malam. Objektif Kursus. 1. Mengenalpasti dan Menganalisis Kendiri dalam konteks Membina Kecemerlangan Prestasi dan Sikap Kebertanggungjawapan kepada Tuntutan Kehidupan. 2. Memahami Aspek Pembentukan Jati Diri & Membentuk Minda Positif. 3. Memahami Halangan Ke Arah Membentuk Jati Diri Cemerlang. 4. Mempelajari kemahiran berfikir secara kreatif & memupuk budaya Keusahawanan. 5. Membentuk Budaya Penyelenggaraan Minda & Jati diri.
Kandungan Modul. Hari Pertama. 1. Modul 1 : Penganalisisan Kendiri. a. Ta’aruf. b. Potensi Diri – Analisis SWOT. c. Masalah & Kekangan Jati Diri - aspek keyakinan, motivasi & tanggungjawab. d. Hubungan Kemanusiaan.
2. Modul 2 : Pembentukan Jati Diri . a. Pembentukan Keyakinan Diri. b. Motivasi Diri. c. Pengurusan Hati d. Memahami Kita Sebagai Insan & Khalifah. e. Wawasan, Masa Depan & Keutamaan Hidup. f. Memahami Fitrah Kehidupan. 3. Modul 3: Ke Arah Mencipta Kecemerlangan Hidup. a. Langkah membentuk minda positif. b. Kunci menjadi individu berkredibiliti. c. Membina Ketrampilan & sikap postif. Hari Kedua. 1. Modul 4 : Budaya & Minda Keusahawanan. a. Anda, Dia, Mereka adalah sama. b. Daya Maju = Masa = Daya Saing. c. Kreativiti : Melakukan Perubahan Makna. d. Think Power. e. Tanggungjawab keusahawanan sosial. 2. Modul 5 : Membentuk Budaya Penyelenggaraan Minda & Jati diri. a. Kompas Kualiti : 1. Kepercayaan, 2. Kesederhanaan 3. Kemampuan 4. Prihatin b. Menambat : Cara Mengawal Perasaan. c. Bila Berfikiran Negatif Itu adalah baik.
d. Resepi Sarapan & Vitamin Minda. e. Kaedah Penyelenggaraan Jati Diri. 3. Modul 6 : Persaingan Memperkasakan Jatidiri Usahawan. a. Persaingan Aras Penentu Kejayaan. b. Memanfaatkan Persaingan Dari sudut Strategi Blue Ocean. c. Persaingan Membina jatidiri Usahawan Berjaya.