Kem Jati Diri 2008

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kem Jati Diri 2008 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,138
  • Pages: 9
KEM JATI DIRI 2008 UNIT JATI DIRI MRSM MERSING

“Pelajar Cemerlang, Sahsiah Terbilang, Kejayaan Gemilang”

• Keberkatan ilmu • Sahabat • Petua Pelajar Cemerlang

Berapakah harga ketawa yang diakhiri denagn ratap dan tangis? Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Kecemerlangan sikap yang ingin melakukan yang aturan hidup untuk dalam apa jua yang dilakukan, kecemerlangan

adalah hasil daripada sentiasa terbaik. Jadikan sebagai melakukan yang terbaik pasti akan menghasil

"Ya Allah, jangan Engkau memberikan kepadaku dari kenikmatan dunia yang terlalu banyak agar aku tidak melampaui batas larangan-Mu. Jangan pula terlalu sedikit sehingga aku lupa kepada-Mu. Sesungguhnya yang sedikit tapi mencukupi, lebih baik bagiku daripada yang banyak tetapi melalaikan.” Waktu adalah kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber kebijaksanaan, Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan, Jika digunakan untuk berdo'a akan menjadi keberkahan dan rahmat, Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi keberhasilan, Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga. Semua itu adalah kewajiban seorang hamba terhadap Tuhannya Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang sebenarnya Sesungguhnya kewajiban-kewajiban hamba didunia lebih banyak daripada waktu yang tersedia.

KEBERKATAN ILMU

M

enuntut ilmu merupakan suatu kewajipan yang dituntut ke atas umat Islam. Apa yang mesti kita sedar dalam menimba ilmu pengetahuan ialah mengenai adab yang mesti kita jaga agar kita menjadi orang berilmu dan beradab. Antaranya ketika kita mahu belajar maka buanglah segala keistimewaan samada dari segi harta atau takhta yang masih tersemat dalam diri agar timbulnya perasaan hormat kepada guru dan bersedia untuk menerima ilmu dengan hati terbuka. Jika perasaan tinggi diri terus menguasai diri maka ilmu yang dicari tidak mampu diperolehi dengan sebaiknya kerana sentiasa diganggu oleh perasaan yang tidak suka ditegur, tidak mahu mendengar nasihat kerana sentiasa merasakan diri ini lebih daripada orang lain.

K

ita dapat lihat bagaimana sikap rendah diri dan menghormati guru serta membuang segala keistimewaan yang ada pada diri melalui sebuah kisah sebagai renungan bersama di mana Khalifah Harun al-Rasyid yang amat masyhur ketika datang ke Mekah untuk menunaikan haji maka baginda tidak melepaskan peluang untuk

menziarahi Madinah. Setelah tiba di Madinah baginda ingin bertemu dengan imam Malik untuk belajar secara langsung daripada beliau berkenaan kitabnya yang paling masyhur iaitu Muwatta'. Ketika pesuruh khalifah datang menemui imam Malik untuk menyampaikan hajat khalifah lalu beliau dengan tegas menjawab : " Sampaikan kepada khalifah bahawa ilmu itu didatangi bukannya ia yang mendatangi seseorang". Akhirnya khalifah datang sendiri berkunjung ke rumah imam Malik untuk belajar. Semasa berada di rumah imam Malik lalu disampaikan maksud kedatangannya itu iaitu untuk belajar kitab Muwatta'. Ketika mahu belajar maka didapati hanya satu kerusi sahaja yang ada di ruangan tempat belajar lalu imam Malik dengan tegas menyatakan :" Kerusi itu untuk guru dan jika engkau datang untuk belajar maka duduklah bersama dengan murid yang lain". Maka dengan hati terbuka khalifah pun duduk bersama dengan murid imam Malik yang lain untuk belajar kitab Muwatta'.Jika rasa rendah diri dan menghormati guru tidak ada maka sudah tentu khalifah Harun al-Rasyid tidak mampu menimba ilmu pengetahuan daripada imam Malik.Baginda telah membuang rasa megah dengan kedudukan sebagai khalifah dengan duduk bersama murid imam Malik yang lain untuk sama-sama belajar. Inilah sikap yang mesti ada pada setiap diri pelajar agar mereka benar-benar belajar dengan baik disamping mendapat keberkatan hasil keredhaan guru.

P

elajar juga mesti duduk dalam keadaan beradab apabila belajar dan jangan lakukan sesuatu perkara yang boleh menyentuh hati guru. Kita lihat bagaimana yang berlaku kepada imam Syafie yang merupakan seorang yang rajin belajar dan kuat ingatan. Pernah suatu ketika beliau datang belajar tetapi tidak mempunyai kalam dan kertas untuk mencatat apa isi penting yang disampaikan oleh guru disebabkan beliau tidak mampu membelinya. Beliau hanya mencatat isi penting itu dengan menggunakan lidi yang dibasahkan dengan lidahnya dan kemudiannya ditulis ditapak tangan. Si guru yang melihat telatah imam Syafie lalu memanggilnya setelah tamat kuliahnya. Si guru

begitu marah dengan apa yang dilakukan oleh imam Syafie kerana beliau menganggap imam Syafie tidak menumpukan perhatiannya kepada kuliah yang disampaikan sebaliknya hanya bermain-main sahaja dengan lidi. Imam Syafie menafikannya dan menerangkan bahawa dia telah mencatat semua ilmu yang telah diajar oleh guru tersebut di mana beliau turut menerangkan tentang ketidakmampuannya untuk memiliki kalam dan kertas sebagaimana oleh lain kerana tiada wang. Si guru terus mengujinya bagi membuktikan kebenaran dakwaannya itu lalu imam Syafie membaca kesemua isi kitab yang telah dibaca oleh guru tersebut sebentar tadi dan apa yang dicatatkannya daripada isi penting di telapak tangannya itu. Si guru begitu kagum dengan ingatan imam Syafie yang begitu kuat. Inilah ia bagaimana seseorang guru akan terasa kurang dihormati apabila melihat muridnya membuat sesuatu perkara yang tidak menyenangkan hatinya terutama ketika pembelajaran berlangsung. Kita juga dapat lihat bagaimana imam Syafie mampu menjelaskan dengan baik dan sopan kepada gurunya tentang perkara sebenar yang berlaku sehingga guru berpuas hati dan sayang kepada muridnya itu.

P

elajar juga tidak boleh berdendam kepada gurunya sehingga hilangnya perasaan hormat kepada guru yang banyak berjasa dalam mendidiknya. Sebarang kesalahan dan kesilapan guru mestilah dimaafkan kerana mungkin ia sebagai suatu ujian atau pengajaran berguna untuk kita jadikan pedoman apabila berada dalam alam yang lebih luas. Jangan banyak menceritakan keburukan yang ada pada guru kepada orang lain sehingga boleh menjatuhkan maruahnya. Tegurlah guru dengan cara yang sopan jika dia tersilap.

K

ita pernah mendengar kisah bagaimana ada seorang Putera Mahkota seorang khalifah yang bakal menggantikan tempat ayahnya sebagai khalifah telah dibawa kepada seorang guru yang alim untuk belajar ilmu pengetahuan. Putera Mahkota ini merupakan seorang yang cerdik dan elok budi pekertinya. Pada suatu hari gurunya telah merotannya tanpa sebab tetapi

beliau tidak terus bertanya kepada gurunya itu mengenai perkara tersebut. Setelah beliau besar dan dilantik menjadi khalifah lalu dipanggilnya gurunya itu serta disoal tentang sebab beliau dirotan sedangkan beliau tidak membuat apa-apa kesalahan. Lalu dengan tegas gurunya menyatakan bahawa perbuatannya itu merupakan suatu pengajaran agar anak muridnya itu tidak menyakiti hati rakyat jelata walau pun dengan perkara yang kecil setelah menjadi khalifah nanti kerana doa orang yang dizalimi merupakan doa yang maqbul. Sebagaimana khalifah itu boleh mengingati tindakan gurunya itu maka begitulah juga dengan rakyat yang dizalimi akan mengingati kezaliman khalifah walau pun kecil. Mendengar penjelasan gurunya itu lalu khalifah itu mengucapkan terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberi selama ini. Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak, Apakah perlu dia pandai mengambil hati, Mestikah dia tidak mementingkan diri-sendiri, Atau, Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya, Satu halatuju dan matlamat yang selari, Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya, Atau, Adakah orang yang dapat gembira dan duka bersama, Membantu bila sahabatnya kesusahan, Atau, Seorang sahabat ialah orang yang Menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah. Dia menegur apabila sahabatnya lupa, Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya.

Kenapa kita mesti ada sahabat? a) Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerlukan. Ibarat nya tidak diciptakan manusia itu daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman. Cumanya, bergantung kepada individu berkenaan bagaimana ciri sahabat yang diperlukan. Disini kita sebagai muslim kenalah bijak memilih sahabat. b) Sahabat adalah cermin diri kita, Jika kita bersahabat dengan orang

yang jahat, Maka kita pasti dicerminkan demikian, Jika kita bersahabat dengan orang yang soleh, Maka kita juga pasti dicerminkan demikian, Oleh yang demikan, pilihlah siapa sahabatmu.

c) Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik.

Renunglah; Pilih sahabat yang baik seumpama, Jika kita berkawan dengan pelebur besi, Maka kita pasti mendapat percikan api, Jika kita berkawan dengan penjual haruman, Maka kita pasti sedikit wangian. Dan pohonlah kepada Allah, supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredaan-Nya.

Petua Belajar oleh: Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah 1) Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang. 2) Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat. 3) Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafu dan emosi. 4) Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan. 5) Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa. 6) Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif. 7) Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita. 8) Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita. 9) Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya. 10)Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan. 11)Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa. 12)Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang. 13)Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif. 14)Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan. 15)Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali. 16)Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya. 17)Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya. 18)Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu. 19)Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapat keberkatan ilmu. 20)Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran. 21)Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.

22)Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya. 23)Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang. 24)Jadikan diri anda sebagai ‘besi berani’ yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda. 25)Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda. 26)Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah. 27)Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah. 28)Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan. 29)Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda. 30)Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya. 31)Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia. 32)Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini. Justeru, jadilah insan yang memberi manfaat kepada makhluk di atas muka bumi. 33)Semua orang sama ada baik ataupun tidak, adalah aset kepada kita dan membawa kebaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung. 34)Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah. 35)Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang. 36)Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu. 37)Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat. 38)Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya. 39)Pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan terknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar. 40)Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri. 41)Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental. 42)Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam. 43)Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan yang berkaitan dengan bahan yang dibaca. 44)Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar. 45)Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu. 46)Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran. 47)Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda. 48)Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.

49)Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. Tetapi orang tersenyum pasti gembira. 50)Apabila anda sudah biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap dan yang silap terasa betul. 51)Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang cemerlang. 52)Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang. 53)Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh diperbaiki. 54)Orang yang berfikiran negatif mempunyai sepuluh kali ganda peluang mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif. 55)Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang kotor dan negatif. 56)Kunci pembangunan diri adalah bersedia melakukan perubahan positif walaupun kecil, hari ini juga. 57)Dengan mendidik orang lain, kita akan menyentuh kehidupannya sepanjang hayat. 58)Semua penyakit ada ubatnya. Ubatnya ada di dalam diri kita. 59)Buatlah kebaikan atau perubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin hari kita yang terakhir di dunia ini. 60)Orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan. 61)Apabila anda berani mengaku bersalah, itu tanda anda semakin bijaksana.

“Pelajar Rajin Mencari Jalan, Pelajar Malas Memberi Alasan” “Believe that you can, then you are halfway there” “Success is achieved by ordinary man who works extraordinary hard”

Related Documents