www.zahrein.com Kuliah Maghrib Tarikh:28 Julai 2008 Masjid : Masjid Gelugor Penceramah: Ustaz Ridwan Abu Bakar Penceramah memberitahu bahawa hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W bersabda “ Akan datang manusia pada satu zaman, orang yang pegang agama semacam gengam bara api” Hadis ini berada dalam 2 bentuk: 1. Menunjukkan keadaan pada akhir zaman.Kebaikan datang dari ilmu dan takwa. 2. Sebab kejahatan adalah kerana jahil dan degil. Pada akhir zaman, orang yang berpegang pada agama adalah sedikit. Pada akhir zaman orang yang berpegang pada agama amat besar cabarannya. Kita kena sentiasa tetap berpegang pada agama. Kita janganlah jadi manusia yang suka mengikut. Jangan kita menjadi golongan “immaah” golongan yang suka mengikut. Kita kena jadi orang yang menetapkan pendirian. Pada akhir zaman, hanya nama sahaja islam. Tidak akan tinggal Al-Quran kecuali tulisan. Pada waktu sekarang, umat kita jauh dari Al-Quran. Kita kena baca Al-Quran. Hadis 2 Dari Anas bin Malik, Rasulullah bersabda “ 3 perkara yang mesti ada perasaan cemburu dalam seorang muslim 1. beramal kerana Allah 2. wajib memberi nasihat walil imri 3. sentiasa berada di jemaah islam Kita hendaklah menjadi yang berpegang pada Al-Quran. Wassalam