Kuliah Maghrib 21 Julai

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kuliah Maghrib 21 Julai as PDF for free.

More details

  • Words: 336
  • Pages: 2
Kuliah Maghrib Tarikh:21 Julai 2008 Masjid : Masjid Taman Saadon Penceramah: Ustaz Shamsuri Dinasihati, bahawa kita disuruh buat benda mudah. Kita dinasihati jangan cepat melepaskan marah. Kadang-kadang kita menjadi punca orang islam lari. Sebagai contoh, apabaila kita solat berjemaah, kita hendaklah solat secara ringkas kerana jamaah terdiri daripada orang tua , orang yang ada urusan dan orang yang sakit. Tafsir: Tafsir Surah An-Nisa Ayat 41 [41] Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini? Nabi menjadi saksi umat Muhammad S.A.W. Sesunguhnya amat menyayangi umatnya. Suasana di Padang Mahsyar amatlah dahsyat. Pada hari ni ramai yang tidak takut dosa. Keadaan di padang Mahsyar amat dahsyat sehinggakan orang kafir ingin menjadi tanah. Dalam surah Al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud. [90] Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [91] Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? Kita hendaklah meninglkan perkara haram seperti arak, judi, puji berhala dan mengundi nasib.

Dalam surah An-Nisaa ayat 97 yang bermaksud: [97] Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali Wassalam.

Related Documents