www.zahrein.com Kuliah Maghrib Tarikh: 30 August 2008 Tempat : Masjid Gelugor Penceramah: Ustaz Ramadan Fitri Ketakwaan melonjak rasa ghairah untuk melakukan ibadat kepada Allah S.W.T. Apabila kita tidak mempunyai takwa,kita akan ghairah melakukan perkara yang tidak baik. Tokoh mazhab maliki berkata “ Ilmu adalah pemimpin, amal soleh adalah penumpang”. Penambahan ilmu adalah keutamaan kita. Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. X sama!!. Ilmu menambah rasa takut kepada Allah S.W.T. 2 Nikmat yang harus kita hargai sekarang: 1. Nikmat merdeka 31 ogos 2. Nikmat Ramadan Adakah nikmat yang kita perolehi, kita merasa bersyukur? Bulan Ramadan adalah sebuah nikmat yang tidak ternila harganya. Kita harus bersyukur dengan nikmat yang diberi. Merdeka yang sebenar adalah mengajak manusia kepada shahadah. Kepada Allah sahjalah kita berpandukan hidup. Dr Yusof Al-Qardawi berkata “ Syirik yang besar adalah mengambil selain dari Allah” Kita wajib mengikut undang-undang Allah s.w.t. Dalam Syariah ada 3 perkara utama: 1. Akidah 2. Fekah ( Fahaman dan hukum hakam) 3. Akhlak/adab Dalam kehidupan seharian kita, pinjaman dalam islam tidak mempunyai keuntungan. Berilah pinjaman dalam kaedah yang baik. APabila berniagam kita boleh mengambil untung. Keunggulan islam adalah kerana syariat islam begitu teguh. Ingatlah pada masa dahulu, melaka dijajah disebabkan kekayaan. Dan melaka jatuh disebabkan agama. Ingatlah perjuangan silih berganti, daripada sejarah kita dapat tahu identity kita.
www.zahrein.com Pada masa kini,janganlah kita menangkap orang zalim sebagaimana orang yang ditahan dalam ISA. Kita hendaklah membicarakan orang yang tertuduh supaya ia mendapat keadilan. Walaupun kita merdeka, kita masih tak kenal pejuang. Pada masa kini kita telah diancam oleh globalization. Globalization dari segi media . Dan hiburan mewarnai kehidupan kita setiap masa. Jika kita melihat sejarah, pada zaman keemasan Abassiyah yang terletak di kota Baghdad. Pada masa dahulu tamadun islam begitu dengan cemerlang. Sejarah ringkas mengenai kota Baghdad: 1.Kepimpiman mesti dipimpin oleh orang yang berilmu bukan pemimpin jahil. 2. Umat islam berpecah kerana berebut harta kekayaan. 3.Umat islam dirasuk budaya hiburan. Ada satu ketika kota Baghdad lupa solat raya haji kerana asyik dengan hiburan. Ingatlah apabila kita lupa peringatan Allah, kita adalah insane yang hina. Di dalam Negara kita, generasi muda telah musnah. Ia disebabkan oleh ibu-bapa itu sendiri. Sekarang orang bangga bila melakukan zina. Kita kena pikir ubat yang mujarab adalah ubat yang pahit. Oleh yang demikian kita hendaklah mempunyai berdasarkan ilmu. Ingatlah tabiat dibentuk jika ia dilakukan dalam masa 20 hari. Nak membentuk tabiat, hendaklah dibentuk pada masa Ramadan. Wassalam.