www.zahrein.com Kuliah Maghrib Tarikh: 23 Dec 2008 Tempat : Surau An-nur Kita kena sentiasa meningkatkan kesyukuran kerana nikmat yang telah diberikan. Nikmat Islam dan nikmat Iman adalah tinggi nilainya. Tanpa iman bau syurga pun tak dapat kita bau. Kita hendaklah mempertingkatkan iman dan patuh segala perintah Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangannya. Menuntut ilmu adalah satu amalan soleh. Jangan jadikan amal kita seperti debu yang beterbangan. Sekiranya kita banyak bersyukur kepada Allah S.W.T, Allah janji akan tambahkan nikmat. Jika kita mengkufuri nikmat Allah, Allah akan mengazabkan dengan azab yang amat pedih. Kita kena sentiasa muhasabah diri sendiri agar kita dapat meningkatkan keimanan kita. Hadis dari Imam Nawawi , Riwayat Al-Bukhari dan Muslim. Rasulullah S.A.W bersabda “ Sesunguhnya yang halal itu jelas dan haram itu jelas dan antara keduanya ada yang samar” Halal dan haram menrangkumi semua aspek. Iaitu kerja , makan , perbuatan , perkataan dan segala-gala aturan dalam kehidupan. Kita kena berhati-hati dalam perkara syubahah. Barangsiapa yang mengelak diri daripada perkara syubahah, ia akan jatuh kepada perkara halal. Janganlah kita membuat perkara syubahah kerana ia akan membawa kita kepada perkara haram . Dalam jasad kita, ada segumpal darah, jika baik, baiklah segalanya. Dan seketul daging itu adalah hati. Hati baik, segala amalan kita baik. Hati kotor, semua perbuatan kita kotor. Hadis ini adalah sebahagian dari Islam. Kita beriman kepada syurga dan neraka dan kita percaya kepada perkara ghaib. Kita hendaklah sentiasa berdoa agar kita menjadi ahli syurga. Kata2 yang baik adalah sedekah. Sampaikanlah risalah Rasulullah S.A.W walaupun satu ayat. Janganlah kita makan benda yang haram, jika kita makan benda haram hati kita pasti akan terjejas. Harta haram akan terkena pada zuriat dan doa kita tidak akan diterima. Jika kita makan benda yang halal, ia akan memberi kesan pada hati kita. Oleh itu kita kena menjaga halal dan haram. Lihatlah masyarakat kita sekarang, ia menjadi kacau bilau dan taku ini adalah hasil dari makanan haram. Kalau syubahah , kita hendaklah tinggalkan. Itulah yang terbaik. Kita hendaklah menjaga hati kita dengan baik. Kita kena bersihkan hati kita. Jangan bagi hati kita ini mati. Hati mati tidak dapat terima nasihat dan teguran yang
www.zahrein.com baik. Jangan jadi macam orang kafir Quraisy. Hati mereka gelap. Jangan sangka hati kite bersih. Hendaklah selalu beristigfar. Hati yang suci adalah satu tanda kejayaan. Jikalau kita bertemu Allah dengan hati yang kufur, Azab yang pedih akan menimpa kita. Dunia hanyalah ladang untuk kita menanamkan amal-amal soleh kita. Kita kena sentias berdoa agar Allah menganugerahkan Hati kita dengan hati yang bersih. Kita hendaklah selalu duduk di majlis ilmu supaya ia akan menghilangkan hati yang kotor. Perkara-perkara yang dapat membersihkan hati adalah: 1. Membaca Al-Quran 2. Sembahyang malam Barangsiapa yang sembahyang malam akan senantiasa mendapat naungan Allah S.W.T. Hendaklah kita sentiasa beristigfar / Kita kena hadirkan makna dan meminta ampun. Hendaklah kita melakukan perkara yang halal. Kita hendaklah menguatan hati untuk meningalkan perkara haram. Wassalam