Kuliah Maghrib 23 Oktober 2008

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kuliah Maghrib 23 Oktober 2008 as PDF for free.

More details

  • Words: 974
  • Pages: 3
www.zahrein.com Kuliah Maghrib Tarikh: 23 october 2008 Tempat : Masjid Gelugor Penceramah: Ustaz Ridzwan Abu Bakar Tajuk : Mushku dan Musuhmu Karya ini adalah hasil nukila daripada Ustaz Ridzwan Abu Bakar (Tadabbur ayat 1 Surah Al Mumtahanah) [1] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul. Ayat ini adalah ayat pertama Surah Al Mumtahanah, surah yang diturunkan di Madinah, Sebahagian ayatnya turn setelah berlakunya peristiwa Hudaibiyah pada tahun ke 7 hijrah dan sebahagian lagi diturunkan tentang Fathul Makkah pada tahun ke 8 Hijrah. Untuk memahami ayat ini dengan lebih mendalam marilah kita cuba menghayati dengan lebih mendalam, marilah kita menghayati penurunan ayat ini. Ayat ini diturunkan berkenaan kisah seorang sahabat yang bernama Hatib Abi Baltaah R.A yang kisahnya tercatat dalam semua kitab-kitab hadith Sirah dan Tafsir. Ringkasan cerita adalah seperti berikut: Rasulullah S.A.W telah bersiap sedia untuk membuka Kota Makkah kerana Musyrikin Makkah telah melanggar janji damai yang ditandatangani di Hudaibiyah, dalam merancang itu baginda berhasrat supaya pasukan itu akan berangkat dalam keadaan yang damai dan melakukan kejutan kepada pihak Makkah sehingga tidak berlaku partumpahan darah dan peperangan yang sengit. Baginda merahsiakan rencana ini melainkan diberitahunya kepada beberapa orang sahabat yang antaranya ialah Hatib bin Abi Baltaa’h. Hatib mempunyai keluarga yang ramai di Makkah, kerana ingin menyelamatkan keluarganya, maka Hatib telah bertindak menulis surat kepada ahli keluarganya di Makkah dan mengirimkannya melalui seorang wanita penduduk Makkah, wanita itu

www.zahrein.com telah membawa surat tersebut dan menyimpannya dalam sanggul rambutnya dan beliau pun balik ke makkah. Baginda Rasulullah S.A.W telah diberitahu oleh Allah S.W.T , lalu baginda telah memanggil Ali bin Abi Talib, AZ Zubair bin Al-Awwam dan Al-miqdad bin Al-Aswad. Kepada mereka baginda memberitahu bahawa surat itu ada bersama seorang wanita dan dia berada di satu tempat yang bernama “Raudha Khah”, baginda telah megarah mereka supaya mendapatkan surat tersebut. Ketiga-tiga perwira ini telah berangkat untuk mendapatkan wanita tersebut sehinggalah merka sampai ke tempat yang diberitahu oleh baginda Rasul S.A.W, dan mereka bertemu dengan wanita tersebut , mereka telah meminta wanita tersebut dari wanita itu tetapi dia enggan untuk menyerahkannya dengan beralasan tidak ada dalam simpananya, setelah dipaksa dan diugut untuk tetap mencarinya hatta sekiranya terpaksa membogelkan dia , setelah merasa ketiga-tiga mereka bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya , maka dia pun menyerahkan kepada mereka bertiga. Sepulangan ketiga mereka dan meyerahkan surat itu kepada baginda Rasul, baginda telah mamanggil Hatib dan bertanya. “Apa semua ini wahai Hatib”. Hatib menjawab “Jangan cepat bertindak keatasku wahai Rasulullah! Aku ada mempunyai ahli keluarga di Makkah, aku taku sesuatu berlaku kepada mereka lalu aku utuskan surat ini dengan harapan dapat menyelamatkan mereka , aku tidak melakukan ini kerana kekufuran atau aku hendak berpaling dari agamaku”. Hatib mengakui kesalahannya dan memohon ampun dari Allah S.W.T. Apabila Umar mendengar kisah ini, Umar amat marah dan berhasrat untuk memancung tengkok Hatib, namun dilarang oleh Baginda Rasul dengan mengingatkan Umar bahawa Hatib bin Abi Baltaah adalah kelompok “yang telah diampunkan”. Ayat ini diturunkan kerana peristiwa ini… Hatib Bin Abi Baltaah adalah ahli Badar dan di kalangan “Khiyar Sahabi”, beliau melakukan perkara itu bukan kerana ingin memberi wala kepada kafir, namum sematamata kerana ingin menyelamatkan keluarga , beliau berijtihad namun ijtihadnya salah. Ayat ini hanya menjadikan perlakuan Hatib sebagai peluang untuk melarang kaum Muslimin dari menjadikan kafir sebagai wali mereka dan juga mengancam orang yang melakukannya. Irsyadat dari ayat: 1. Larangan untuk menjadi orang kafir sebagai rakan setia , dan larangan ini berterusan sehingga bila bila , yang dibenarkan adalah hubungan sebagai rakan biasa yang tetap tidak menganggu gugat agama dan pegagan kita seperti yang ditegaskan dalam ayat 8 surah yang sama.

www.zahrein.com Surah Al Mumtahanah Ayat 8 [8] Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. 2. Setiap orang yang mengambil orang kafir sebagai wali , maka ia akan tetap berada dalam kesesatan yang nyata, jauh dari kebenaran dan sentiasa berada dalam kekeliruan. 3. Yang dimaksudkan dengan sesat di dalam ayat ini ialah : hilang arah, hilang pedoaman dan kerugian yang nyata. 4. Ayat ini mengingatkan orang yang beriman , bahawa mereka bersama dengan kebenaran, mana mungkin orang yang telah bersama dengan kebenaran tiba-tiba mencari kedamaian dengan bersetia dengan kelompok yang sesat. 5. Ayat ini mengingatkan tentang kekejaman yang dilakukan oleh musyrikin Makkah dengan telah menghalau baginda Rasul dan orang yang beriman dari bumi Makkah semata-mata kerana mereka menyatakan Tuhan kami adalah Allah. 6. Ayat ini mengingatkan bahawa “muwalah” kepada orangh kafir akan menyebabkan pahala jihad di jalan Allah akan terbatal, demikian juga mereka akan terhalang dari mendapat keredaan Allah S.W.T. 7. Ayat ini mengingatkan orang beriman dengan kesempurnaan ilmu Allah samaada perkataan atau perbuatan mereka , semuanya diketahui oleh Allah S.W.T. 8. Ayat ini menetapkan bahawa setiap orang yang bermuawalah dengan orang kafir berada dalam keadaan yang sesat selama-lamanya. 9. Peringatan dalam bentuk amaran keras kepada setiap orang yang masih sanggup bermuwalah dengan kuffar bahawa akhirnya mereka akan ditimpakan azab yang amat pedih. 10. Hubungan antara seorang mukmin dan kafir adalah hubungan “Dakwah” bukan “Muwalah” Salam. Hasil nukilah Ustaz Ridzwan bin Abu Bakar.

Related Documents