www.zahrein.com Kuliah Maghrib Tarikh: 28 october 2008 Tempat : Masjid Gelugor Penceramah: Ustaz Haji Sabri Tajuk : Tafsir Surah Al-Hashir (Surah 59) Ayat 18 hingga 24 [18] Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. [19] Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintahperintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. [20] Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini). [21] Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misalmisal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya Penceramah menafsirkan dari ayat 18 hingga ayat 21. Allah menyuruh kita bertakwa kepada Allah. Kita dikehendaki mencari jalan untuk menjadi orang bertakwa. Di dalam kepala kita kita dikehendaki menjadi orang bertakwa setiap hari. Perkara yang paling berat di atas neraca alam mahsyar adalah takwa kepada Allah S.W.T dan akhlak-akhlak mulia. Kesempurnaan iman adalah takwa dan akhlak yang mulia. Hati hendaklah sentiasa mengingati Allah S.W.T. Ingatlah pada hari kebangkitan kita di hari akhirat. Segala amal-amal kita di dunia akan dipersembahkan . Janganlah kita menjadi orang yang menyesal. Surah Al-Fajr Ayat 24 yang bermaksud: [24] Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!" Surah Al-Muminun ayat 99-102 yang bermaksud: [99] Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah
www.zahrein.com seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) [100] "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). [101] Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan. [102] Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Di dalam Surah Al- Hasyr ayat 18, takwa disebut 2 kali. Ia menunjukkan kepentingan takwa kepada Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W memberi pesanan kepada kita agar kita membaca doa agar kita diampunkan dosa yang akan datang. Janganlah kita lupa akan Allah. Jika kita lupa Allah , kita akan menjadi orang yang Fasiq. Ingatlah orang Syurga dan orang neraka tidak sama. Ahli Syurga adalah orang yang cemerlang. Kalimah Allah adalah kalimah yang mengagungkan. Jika diberikan pada Sebuah Gunung. Gunung akan pecah berkecai kerana takut pada Allah yang Maha Berkuasa. Allah memberi perbandingan agar kita memikirkannya. Ia adalah supaya kita berpikir akan mukjizat Al-Quran yang mengandungi Jalan yang benar pada umat manusia. Wassalam.