Kesihatan Mental

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesihatan Mental as PDF for free.

More details

  • Words: 1,379
  • Pages: 6
MENINGKATKAN KEKUATAN AKAL MENURUT PANDANGAN TABIBTABIB ISLAM Pada zaman Salafussoleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan ribu hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin Hambal menghafal sejuta hadis. Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka? Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat kedua ialah makan tidak berlebihan. Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam: • • • • • •

1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari. 2. Makan buah badam. 3. Makan daging kambing. 4. Halwa halia. 5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani. 6. Makan buah limau.

LARANGAN Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantangan yang boleh melemahkan kekuatan akal. Di antaranya: • • • • •

1. Mengelakkan minum yang terdapat semut di dalamnya. 2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam. 3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala. 4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib. 5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.

Untuk menjadi peribadi yang berjaya akal fikiran mesti sentiasa di majukan dan di pertingkatkan. Jadikan pandangan anda lebih positif, lebih global (luas) dan sentiasa terbuka. Disiplin untuk akal perlu ada supaya ia dapat berfikir secara teratur dan daya kekuatan akal dapat digunakan semaksima yang mungkin untuk memajukan diri sendiri. MAKANAN YANG LEBIH BAIK MENURUT ISLAM Makanan yang lebih baik menurut Islam ialah yang halal,bersih dan lazat serta hasil dari titik peluh sendiri.Sabda Rasulullah: Tidak makan oleh seseorang akan makanan yang lebih baik dari bahawa ia makan dari hasil usaha tangannya sendiri dan sesungguhnya Nabi Allah Daud adalah makan dari kerja tangannya.Riwayat Bukhari.

Berdasarkan hadis tersebut kita digalakkan berusaha menghasilkan sesuatu untuk dijadikan makanan dan sara hidup dibidang pertanian,perniagaan,pertukangan, ternakan dan sumber-sumber lain yang halal . ORANG MISKIN MASUK SYURGA LEBIH DAHULU DARI ORANG KAYA Sabda Rasulullah: Orang-orang miskin masuk syurga sebelum daripada orang-orang kaya lima ratus tahun,iaitu separuh hari. Riwayat Tarmizi.(1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun) Sabda Rasulullah: Wahai tuhan!Hidupkan akan daku dalam keadaan miskin dan matikanlah akan daku dalam keadaan miskin dan kumpulkanlah akan daku dalam kumpulan orang-orang miskin pada hari kiamat. Riwayat Tarmizi. Sabda Rasulullah: Saya perhatikan dalam syurga,maka saya dapati kebanyakan penghuninya ialah golongan orang miskin dan saya perhatikan dalam neraka,lalu saya dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum wanita. Riwayat Bukhari. Islam tidak menggalakkan umatnya supaya menjadi miskin sebaliknya menggalakkan umatnya menjadi terus berusaha agar memiliki harta, dan dengan itu dapat menunaikan zakat dan mengerjakan haji .Tetapi Islam tidak menggalakkan umatnya mengumpul harta untuk menjadi kaya yang kedekut melaksanakan ibadat,berjihad dengan harta untuk jalan Allah,melupakan tanggungjawab pada agama dan masyarakat,melupakan bahawa harta adalah amanah Allah,berbanggabangga dan menunjuk-nunjuk harta kekayaan kepada masyarakat,berbelanja berlebihan dan boros dan sebagainya.Mereka yang berharta tetapi sentiasa berusaha untuk membelanjakan harta ke jalan Allah dan dapat merasakan apa yang dimilikinya adalah milik Allah,adalah yang terlebih baik. Simiskin lebih mudah masuk syurga kerana tidak ada perhitungan yang panjang tentang harta di hadapan Allah kerana ia tidak berharta,ia tidak dapat menunjuk dan bermegah dengan hartanya kerana ia tiada berharta,ia mempunyai banyak masa beribadat kepada Allah kerana tidak ada urusan atau berbimbang dengan harta dan sebagainya. Sebaiknya berusahalah mencari kekayaan untuk menunaikan ibadat zakat,mengerjakan haji,berjihad dengan harta di jalan Allah,membantu anak yatim dan miskin dan sebagainya. BERJABAT SALAM MENGHAPUS DOSA Sabda Rasulullah: Apabila berjabat salam oleh dua orang Islam,tidak berpisah tapak tangan kedua-duanya sehingga diampunkan bagi kedua-duanya. Riwayat Tabrani. BERITA KEGIATAN MASJID LAWATAN Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Daerah Yan dan Jawatankuasa Masjid Sg Daun akan melawat masjid ini pada 2/8/97 jam 9.00 pagi.Mereka akan diberi taklimat pengurusan masjid. PEMUDA AL BARAKAH AKAN ANJUR PERTANDINGAN MEMANCING Pemuda Al Barakah sedang berusaha untuk menganjurkan pertandingan memancing dengan kerjasana JPS di Taman Rekreasi JPS.Pertandingan ini dijangka akan diadakan

pada 14/9/97.Usaha sedang dibuat untuk mendapatkan tajaan dan kerjasama dengan Unit Joran Berita Harian. PERUBAHAN MASA CERAMAH LT KOL JAMIL KHIR Ceramah Lt Kol Jamil Khir yang akan berceramah di masjid ini pada 13/8/97 telah diubah masanya dari jam 9.00 malam kepada 8.00 malam.Perubahan ini terpaksa dibuat kerana beliau terpaksa pergi ke Sibu pada pagi esoknya jam 5.00 pagi.Dengan itu beliau terpaksa balik pada malam itu juga dengan penerbangan terakhir 11.00 malam. Pihak masjid ingin meminta kerjasama anak qariah memaklumkan perubahan masa ini kepada orang ramai atau membetulkan masa dalam iklan mengenai ceramah tersebut.

KHASIAT BUAH KURMA

Buah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix.

Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka puasa dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yangbiasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga. Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk. Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus

besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit. Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit,lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihakpihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19, " Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan." Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan." Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s. Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi

enyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit. Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim. Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Related Documents


More Documents from "Nor Anisa Musa"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31