Program Kesihatan Mental Di Sekolah

  • Uploaded by: Halismy
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Program Kesihatan Mental Di Sekolah as PDF for free.

More details

  • Words: 3,359
  • Pages: 14
PELAKSANAAN PROGRAM KESIHATAN MENTAL DI SEKOLAH : SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH BERA ABD HALIM HJ. ISMAIL ABSTRAK Kesihatan mental merupakan satu elemen penting dalam menentukan kesejahteraan hidup seseorang. Masyarakat kini masih tidak memberi perhatian yang khusus tentang aspek kesihatan mental dalam kalangan pelajar. Pencapaian akademik sering kali dikaitkan dengan pelbagai faktor psikologi dan sosiologi. Namun belum banyak kajian yang dijalankan di Malaysia berkaitan dengan unsur-unsur kesihatan mental pelajar dalam proses pembelajaran di sekolah. Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara unsur-unsur kesihatan mental seperti sokongan sosial, empowerment, kualiti kehidupan dan gejala kemurungan dengan pencapaian akademik dan jantina dalam kalangan pelajar di sekolah menengah. Sampel kajian terdiri daripada 32 orang pelajar tingkatan empat. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina oleh Health Systems Research and Consulting Unit, Center for Addiction and Mental Health in Collaboration with the CMHEI Working Group, diterjemah dan diubahsuai oleh pelajar Master Psikologi Pendidikan, UKM di bawah seliaan Dr. Saemah Rahman dan Dr. Ruslin Amir untuk melihat sejauhmana unsur-unsur kesihatan mental mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap pencapaian dan jantina pelajar. Analisis data deskriptif dan data inferensi digunakan untuk menyokong dapatan kajian. Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan bahawa unsur-unsur kesihatan mental mempunyai hubungan langsung positif yang signifikan ke atas pencapaian akademik, manakala faktor jantina tidak mempunyai hubungan langsung negatif yang signifikan ke atas pencapaian akademik.

PENDAHULUAN Dewasa ini masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja sering diperbincangkan. Gejala ini bukan sahaja berlaku kota-kota besar metropolitan seperti KualaLumpur, Pulau Pinang dan Johor, malah gejala ini telah menular dan berleluasa di seluruh pelusuk-pelusuk desa dan pedalaman seperti felda dan seumpamanya. Golongan remaja ini merupakan peringkat yang penuh keseronokan dengan pelbagai keinginan yang tidak terbatas untuk mencapai dan dipenuhi dengan pelbagai matlamat, pemberontakan untuk menentang orang yang lebih dewasa, mengalami tekanan emosi dan selalu berada dalam keadaan gelisah. Peringkat remaja bermula dari seawal usia 12 tahun sehingga awal usia 20-an. Ia juga merupakan satu peringkat di mana individu berada dalam proses mencari keselarasan dan membentuk identiti diri untuk menukar

2

sifat dan kelakuan yang keanak-anakan kepada sifat yang lebih matang. Dari perspektif sosiologi, remaja merupakan satu zaman peralihan dari zaman kanak-kanak kepada alam dewasa. Proses perubahan yang berlaku dalam kalangan remaja amat berkait rapat dengan dengan penerimaan sosial dan sokongan dari persekitaran. Dengan adanya sokongan ini remaja akan mencapai tahap kesejahteraan dalam kehidupan. Menurut Slavin dan Compas (1989) yang menyatakan bahawa kepuasan dalam penerimaan sokongan sosial boleh mengelakkan remaja dari mengalami kemurungan dan membentuk kesejahteraan hidup. Fenomena kemurungan juga merupakan satu masalah yang biasa dialami oleh kebanyakkan remaja. Remaja terpaksa menghadapai pelbagai masalah yang wujud akibat proses pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku. Perkara asas yang penting dalam proses perkembangan remaja ialah cuba membuat keputusan sendiri dan sering mencari kebebasan.diri. Walaupun mereka cuba berusaha untuk mencapai matlamat tersebut, namum ia masih lagi dibelenggu oleh perasaan emosional dan perubahan psikologi. Perasaan kendiri yang masih kabur, pengalaman hidup yang cetek dan pemikiran yang tidak matang (Burke & Weir, 1978). Ini akan menyebabkan mereka merasakan diri mempunyai banyak masalah yang timbul dalam diri serta situasi persekitaran turut menyumbang kepada masalah yang sedia ada. Setiap remaja akan mengalami proses pertumbuhan, perkembangan dan perubahan dalam menuju ke arah kesejahteraan hidup. Golongan ini akan menghadapi berbagai masalah dan pelbagai gangguan psikologi ketika mengalami proses tersebut. Pada asanya, terdapat sesetengah masalah yang dihadapi dalam kehidupan seorang remaja boleh diatasi dengan sendiri dan ada yang memerlukan bantuan dan bimbingan dari orang lain seperti kaunselor, rakan, guru dan ibu bapa. Di samping itu juga, semua individu sama ada kita sedari atau tidak sentiasa inginkan keselesaan dari segi emosi, ketenangan jiwa dan kesihatan mental. Keperluan sokongan sosial terutamanya dari ahli keluarga amat diperlukan oleh remaja dalam membantu mencapai tahap kesihatan mental yang sejahtera. Keluarga merupakan konteks sosial yang terpenting dalam kehidupan remaja di samping faktor persekitaran sekolah. Ini kerana sejak lahir lagi, individu telah

3

didedahkan dan menjadi ahli kepada kumpulan sosial tersebut. Kumpulan sosial ini akan bertindak sebagai agen sosialisasi yang penting dalam kehidupan seseorang dari segenap lapisan masyarakat (Clarke, 1998). Sehubungan dengan itu kajian ini juga akan melihat sajauhmana hubungan antara unsur-unsur kesihatan mental iaitu sokongan sosial, empowerment, kualiti kehidupan dan gelaja kemurungan dengan pencapaian dan jantina pelajar.

TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan antara unsurunsur kesihatan mental seperti sokongan sosial, empowerment, kualiti kehidupan dan gejala sosial terhadap pencapaian pelajar. Seterusnya kajian ini juga cuba untuk melihat pencapaian antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Di samping itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauhmana program kesihatan mental yang telah dijalankan di sekolah dapat membantu meningkat tahap kesihatan mental pelajar dan hubungannya dengan pencapaian pelajar. Kajian ini dirasakan wajar kerana terdapat kekurangan kajian yang berkaitan kesihatan mental dalam kalangan pelajar di negara ini. Keadaan ini seolah-olah menunjukan satu kegagalan bahawa faktor kesihatan mental dianggap sebagai satu fenomena psikologikal yang serius dan sedang dialami oleh golongan pelajar. Pengkaji berharap agar pelajar mampu mengatasi masalah ini agar menjadikan mereka sebagai seorang dewasa yang cergas , sihat mental dan tidak bermasalah dalam kehidupan mereka.

TINJAUAN LITERATUR Kajian berkenaan dengan unsur kesihatan mental ini telah banyak dilakukan di luar negara terutamanya pengkaji-pengkaji barat berbanding dengan kajian-kajian yang dijalankan dalam negara. Namun demikian, kajian tentang hubungan kesihatan mental dengan tahap pencapaian pelajar adalah jarang dilakukan.

4

Nolan dan Willson (1994), telah menjalankan kajian ke atas tahap kemurungan di kalangan pelajar. Seramai 417 orang pelajar dijadikan sebagai subjek kajian dengan 308 orang terdiri daripada pelajar perempuan dan seramai 109 orang adalah terdiri daripada pelajar lelaki. Manakala kajian oleh Worchel, Nolan dan Willson (1987), menunjukkan bahawa pelajar perempuan pada gred tiga dan 12 adalah lebih murung berbanding dengan pelajar lelaki yang berada pada gred yang sama. Windle (1992) pula telah mengkaji 975 orang remaja yang berumur lebih kurang 15 tahun di sebuah sekolah di Barat New York. Kajian ini melihat kesan perlakuan dan sokongan sosial terhadap simptom kemurungan dan tingkahlaku delinkuen. Dapatan kajian ini menunjukkan perlakuan mempunyai hubungan dengan simptom kemurungan dan tingkahlaku delikuan iaitu kesan dari kurangnya sokongan keluarga dan rakan sebaya. Terdapat pula perbezaan dalam penerimaan sokongan sosial dari keluarga dan rakan sebaya dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Slavin dan Compas (1989), telah mengkaji masalah penerimaan sokongan sosial dan kaitannya dengan gejala kemurungan. Seramai 40 orang pelajar telah dipilih sebagai responden. Beberapa alat ujian telah digunakan seperti Beck Depression Inventory (1961) dan The Schedule Disorders and Schizophrenia (1978). Keputusan yang diperolehi menunjukkan adanya perkaitan antara sokongan sosial dengan gejala kemurungan yang dialami oleh remaja. Alexander Toylor dan Murphy (1989), telah menjalankan kajian ke atas pelajar di 285 buah universiti dengan selang masa enam bulan. Hasil kajian tersebut menunjukkan hubungan antara peristiwa-peristiwa hidup yang penuh tekanan dan kemurungan. Dalam ujian pertama, seramai 328 orang responden iaitu 152 orang pelajar lelaki dan 176 orang pelajar perempuan, manakala dalam ujian kedua pula, seramai 285 orang responden iaitu 127 orang pelajar lelaki dan 158 orang pelajar perempuan. Hasil ujian kedua juga menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai skor kemurungan dan min intensiti tekanan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki. Kesimpulannya, terdapat perbezaan antara jantina dari segi skor kemurungan.

5

Norma Hassan (1996), menjalankan kajian sokongan sosial dan gejala kemurungan dan penghargaan kendiri ke atas 120 orang pelajar di negeri Selangor. Hasil kajiannya menunjukkan sokongan sosial dari ahli keluarga, mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemurungan dan penghargaan kendiri. Manakala sokongan sosial dari rakan-rakan didapati mempunyai hubungan yang positif dengan kemurungan dan tidak berhubungan dengan penghargaan kendiri. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam penghargaan kendiri oleh kedua-dua kumpulan subjek kajian.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Felda Triang 3, Bera Pahang. Pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik untuk melihat hubungan

antara

unsur-unsur

kesihatan

mental

seperti

sokongan

sosial,

empowerment, kualiliti kehidupan dan gejala kemurungan dalam kalangan 32 orang pelajar tingkatan empat. Sampel dipilih secara berfokus mengikut jantina dan pencapaian tinggi rendah dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar masing-masing lapan orang lelaki pencapaian tinggi dan rendah dan lapan orang pelajar perempuan pencapaian tinggi dan rendah. Sebanyak 32 keping borang soalselidik (100%) berjaya dikutip daripada responden dan digunakan dalam analisis data ini. Dalam kajian ini, kaedah analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi telah digunakan untuk merumuskan data mentah yang telah dikumpul dan dianalisa dengan menggunakan perisian pakej SPSS 11.5 for windows.

6

Reka Bentuk Kajian Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara unsur-unsur kesihatan mental dengan tahap pencapaian dan jantina pelajar.

Unsur –Unsur Kesihatan Mental

Jantina -lelaki -perempuan

1. Sokongan Sosial 2. Empowerment 3. Kualiti Kehidupan 4. Gejala Kemurungan

Pencapaian Akademik -Tinggi -Rendah

KESIHATAN MENTAL PELAJAR

Rajah 1.1 Kerangka Kerja Asas Kajian Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konseptual yang dibentuk untuk tujuan kajian ini. Unsur-unsur yang terdapat dalam kesihatan mental merupakan pemboleh ubah bebas dalam kajian ini. Sementara itu pencapaian dan jantina merupakan pemboleh ubah bersandar. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah bertujuan mencari hubungan antara unsur-unsur kesihatan mental dengan pencapaian dan jantina pelajar. Alat Kajian Alat kajian yang digunakan dalam kajian merupakan satu set soalselidik yang dibina oleh Health Systems Research and Consulting Unit, Center for Addiction and Mental Health in Collaboration with the CMHEI Working Group, kemudian diterjemah dan diubahsuai oleh pelajar Master Psikologi Pendidikan, UKM di bawah seliaan Dr. Saemah Rahman dan Dr. Ruslin Amir untuk melihat sejauhmana unsur-unsur kesihatan mental mempunyai hubungan antara dengan tahap pencapaian dan jantina pelajar. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set soal selidik yang mengandungi 61 item soal selidik dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu seperti berikut;

7

Bahagian A mengandungi maklumat-maklumat peribadi responden meliputi nama sekolah, lokasi, jantina, tingkatan, tarikh lahir, bangsa dan pekerjaan ibu bapa. Bahagian B pula mengandungi pernyataan-pernyataan untuk mengukur unsur sokongan sosial. Bahagian ini, responden diminta menyatakan darjah persetujuan mereka terhadap pernyataan yang diberikan dengan menggunakan skala likert lima mata yang bermula dengan “1 = sangat tidak setuju hingga “5 = Sangat bersetuju”. Bahagian C pula bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang unsur self esteem kendiri dan unsur empowerment. Responden juga diminta menyatakan darjah persetujuan mereka terhadap pernyataan yang diberikan menggunakan skala likert lima mata yang bermula dengan “1 = sangat tidak setuju hingga “5 = Sangat bersetuju”. Bahagian D pula, item yang dibina ingin mengukur unsur kualiti kehidupan pelajar. Responden juga diminta menyatakan darjah persetujuan mereka terhadap pernyataan yang diberikan menggunakan skala likert tujuh mata seperti berikut ; “1 = Sangat teruk”

“2 = Tidak gembira”

“3 = Selalunya Tidak puas hati”

“4 = Bercampur-campur”

“5 = Selalunya puas hati”

“6 = Puas hati”

“7 = Sangat gembira” Bahagian E mengandungi pernyataan untuk mengukur tahap gejala kemurungan. Responden juga diminta menyatakan darjah persetujuan mereka terhadap pernyataan yang diberikan menggunakan skala likert lima mata yang bermula dengan “1 = sangat tidak setuju dan “5 = Sangat bersetuju”. Kesemua item tersebut digabungkan dalam sebuah buku ujian dan ditadbirkan kepada 32 orang responden. Sebelum responden menjawab soal selidik tersebut. Pengkaji telah memberi penerangan serba sedikit tentang tatacara menjawab soalan ujian dan menerangkan tentang tujuan kajian ini dijalakan supaya tidak menimbulkan sebarang keraguan dan silap tafsir kepada responden. Proses pengedaran dan

8

pengutipan borang soal selidik yang dijalankan dibantu oleh pihak pengurusan sekolah. Instrumen ini dipilih kerana kesesuaiannya untuk mengukur unsur-unsur kesihatan mental pelajar di sekolah yang dibina oleh Health Systems Research and Consulting Unit, Center for Addiction and Mental Health in Collaboration with the CMHEI Working Group, diterjemah dan diubahsuai oleh pelajar Master Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM di bawah seliaan Dr. Saemah Rahman dan Dr. Ruslin Amir untuk mengukur unsur-unsur kesihatan mental dalam kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah menengah. Kebolehpercayaan Instrumen Ujian Untuk memastikan sesuatu kajian itu berkualiti dan hasil dapatan kajiannya dapat dijustifikasi, faktor keesahan dan kebolehpercayaan mesti diberi perhatian yang serius. Menurut Frankael dan Wallen (2003), kebolehpercayaan merujuk kepada keupayaan alat pengukur untuk menghasilkan semula atau replicate sesuatu set ujian. Dalam mendapatkan indeks kebolehpercayaan instrumen, kaeadah Alfa Cronbach akan digunakan. Keputusan

analisis

bagi

instrumen

sokongan

sosial

nilai

pekali

kebolehpercayaan alfa cronbach ialah 0.80 adalah tinggi. Nilai kebolehpercayaan ini boleh ditingkatkan jika item SS8 ini disingkirkan pekali kebolehpercayaan akan berubah menjadi 0.83. Ini menunjukkan bahawa item-item ini mempunyai keseragaman dalam item ujian. Begitu juga dengan nilai pekali kebolehpercayaan instrumen empowerment iaitu 0.78 . Nilai intrumen ini juga berada pada tahap yang memuaskan. Mankala bagi instrumen kualiti kehidupan pula, nilai pekali kebolehpercayaan alfa cronbach adalah rendah iaitu 0.53. ini menunjukkan item-item dalam ujian ini perlu disemak dan dikaji semula. Dan instrumen yang terakhir ialah gejala kemurungan mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan alfa cronbach yang tinggi iaitu 0.86. Jadi keseluruhan item dalam instrumen ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

9

DAPATAN KAJIAN UNSUR-UNSUR KESIHATAN MENTAL DENGAN JANTINA DAN PENCAPAIAN PELAJAR

Data telah dianalisis secara deskriptif dengan mencari nilai min. Dapatan kajian menunjukkan min bagi unsur sokongan sosial (MINSS) pelajar lelaki yang pencapaian tinggi berada pada tahap sederhana dengan nilai min=3.65, manakala bagi pencapaian rendah pula berada pada tahap tinggi dengan nilai min=4.35. Secara keseluruhannya MINSS bagi pelajar lelaki berada pada tahap tinggi iaitu 3.92. Bagi pelajar perempuan, pencapaian tinggi juga berada pada tahap sederhana dengan nilai min=3.66 berbanding dengan pelajar perempuan yang pencapaian rendah berada pada tahap tinggi dengan skor min =4.09. Secara keseluruhan MINSS pelajar perempuan berada pada tahap tinggi iaitu 3.81. Hasil analisis min bagi unsur ‘self esteem’ (MINSELF) pula menunjukkan pelajar lelaki pencapaian tinggi berada pada tahap tinggi iaitu 3.91, manakala bagi pencapaian rendah pula berada pada tahap sederhana iaitu 3.40. Keseluruhan MINSELF lelaki berada pada tahap tinggi iaitu min=3.71. Bagi pelajar perempuan pencapaian tinggi dan rendah berada pada tahap sederhana iaitu 2.88 dan 2.47. Keseluruhan MINSELF pelajar perempuan ialah pada tahap sederhana iaitu 2.73. Analisis min bagi unsur ‘empowerment’ (MINPO) menunjukkan pelajar lelaki pencapaian tinggi berada pada tahap tinggi iaitu 3.71 berbanding pelajar lelaki pencapaian rendah berada pada tahap sederhana iaitu 3.45. Keseleuruhan MINPO pelajar lelaki berada pada tahap sederhana iaitu 3.61. Manakala pelajar perempuan pencapaian tinggi dan rendah berada pada tahap sederhana masing-masing dengan min 3.16 dan 2.95. Keseluruhan MINPO pelajar perempuan berada pada tahap sederhana iaitu 3.09. Bagi unsur kualiti kehidupan (MINKK) min bagi pelajar lelaki pencapaian tinggi berada pada tahap tinggi iaitu 5.06 berbanding pelajar lelaki pencapaian rendah berada tahap sederhana iaitu 4.86. Keseluruhan MINKK bagi pelajar lelaki berada pada tahap sederhana iaitu 4.27. Manakala pelajar perempuan pencapaian tinggi dan

10

rendah berada pada tahp sederhana masing-masing memperolehi min 4.52 dan 3.83. Keseluruhan MINKK bagi pelajar perempuan berada pada tahap sederhana iaitu 4.27. Analisis min bagi unsur gejala kemurungan (MINGK) pula menunjukkan bahawa pelajar lelaki pencapaian tinggi berada pada tahap rendah iaitu 1.64 berbanding pelajar lelaki pencapaian rendah berada pada tahap sederhana iaitu 3.00. Keseluruhan MINGK pelajar lelaki berada pada tahap rendah iaitu 2.16. Manakala pelajar perempuan pencapaian tinggi dan rendah berada pada tahap sederhana masing dengan nilai min 2.68 dan 2.55. Keseluruhan MINGK pelajar perempuan berada pada tahap sederhana iaitu 2.63. Beradasarkan kepada data Analisis inferensi, kesimpulan statistik boleh dibuat seperti bertikut; Pertama terdapat hubungan positif yang signifikan dengan jantina. (nilai signifikan ialah 0.03 adalah lebih kecil dari nilai

iaitu 0.05). Kedua terdapat

juga hubungan positif yang signifikan dengan pencapaian. (nilai signifikannya ialah 0.22 adalah lebih kecil dari nilai

iaitu 0.05). Ketiga tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara jantina dan pencapaian pelajar. (nilai signifikannya ialah 0.10 adalah lebih besar dari nilai

iaitu 0.05).

PERBINCANGAN Jantina Dan Pencapaian Pelajar Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki pencapaian tinggi berada di tahap sederhana berbanding dengan pelajar lelaki pencapaian rendah berada di tahap tinggi dan soskongan sosial. Secara keseluruhan min soskongan sosial pelajar lelaki berada di tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki boleh berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada sokongan sosial. Begitu juga dengan pelajar perempuan pencapaian tinggi dan rendah masing berada di tahap sederhana dan tinggi. Secara keseluruhan min soskongan sosial bagi pelajar lelaki dan perempuan berada

11

pada tahap tinggi. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki dan pelajar perempuan boleh berdikari dan tidak begitu bergantugan kepadan sokongan sosial. Bagi unsur ‘self-esteem’ pula, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki pencapaian tinggi mempunyai tahap self-esteem yang tinggi berbanding dengan pelajar lelaki pencapaian rendah mempunyai self-esteem yang sederhana. Secara umumnya pelajar lelaki mempunayai tahap self-esteem yang tinggi. Manakala pelajar perempuan pencapaian tinggi dan rendah mempunyai tahap self-esteem diri yang sederhana. Dalam unsur ‘empowerment’ pula, keputusan kajian ini dapat menjelaskan bahawa pelsajar lelaki pencapaia tinggi menpunyai tahap empowerment yang tinggi berbanding dengan pelajar lelaki pencapaian rendah mempunyai tahap empowerment yang sederhana. Keseluruhan empowerment pelajar lelaki berada pada tahap sederhana. Bagi pelajar perempuan pencapaian tinggi dan rendah mempunyai tahap empowerment yang sederhana sahaja. Keseluruhan bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan mempunyai unsur empowerment yang sederhana. Dari segi unsur kualiti kehidupan pula, dapatan kajian ini menjelaskan bahawa pelajar lelaki pencapaian tinggi mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi berbanding dengan pelajar lelaki pencapaian rendah yang mempunyai kualiti kehidupan yang sederhana. Keseluruhan pelajar lelaki menpunyai kualiti kehidupan yang sederhana. Manakala pelajar perempuan pencapaian tinggi dan rendah menpunyai kualiti kehidupan yang sederhana. Secara umumnya kualiti kehidupan bagi pelajar lelaki dan perempuan adalah pada tahap sederhana sahaja. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa pelajar lelaki pencapaian tinggi mempunyai kemurungan yang sangat rendah berbanding dengan pelajar lelaki pencapaian rendah mempunyai kemurungan yang sederhana. Keseluruhan pelajar lelaki mempunyai kemurungan yang rendah. Manakala bagi pelajar perempuan pencapaian tinggi dan rendah menpunyai gejala kemurungasn yang sederhana. Secara keseluruhanya kemurungan dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan berada di tahap sederhana.

12

Unsur-Unsur Kesihatan Mental, Jantina, Pencapaian Akademik Walaupun kajian ini tidak boleh membuat kesimpulan hubungan sebab akibat antara pembolehubah yang dikaji, keputusan kajian ini juga menunjukkan saling hubungan antara unsur-unsur kesihatan mental dengan jantina dan pencapaian pelajar. Dapatan-dapatan kajian lepas turut menyokong hasil kajian ini antaranya Nolan dan Willson (1994), hasil kajian mendapati pelajar lelaki dan perempuan tidak mempunyai perbezaan yang ketara dalam tahap kemurungan. Menurut Alexander Tolor dan Murphy (1989), hasil ujian

menunjukkan bahawa pelajar perempuan

mempunyai skor kemurungan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki. Norma Hassan (1996), Hasil kajian menunjukkan sokongan sosial dari ahli keluarga, mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemurungan dan penghargaan kendiri. Manakala sokongan sosial dari rakan-rakan didapati mempunyai hubungan yang positif dengan kemurungan dan tidak berhubungan dengan penghargaan kendiri. Hasil kajian menunjukkan sokongan sosial dari ahli keluarga, mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemurungan dan penghargaan kendiri. Manakala sokongan sosial dari rakan-rakan

didapati mempunyai hubungan yang positif dengan

kemurungan dan tidak berhubungan dengan penghargaan kendiri. KESIMPULAN Program kesihatan mental di sekolah turut memberi sumbangan penting dalam membantu proses perkembangan remaja yang seimbang. Sebagai rumusan, hasil daripada keputusan kajian yang mendapati hubungan langsung dan tidak langsung antara jantina dan pencapaian akademik dengan unsur-unsur kesihatan mental harus diberi keutamaan bagi membantu pelajar, ibu bapa, guru-guru, sekolah, PPD, JPN dan KPM memahami dan menyedari tentang pentingnya menjaga kesihatan mental sejak dari bangku sekolah lagi agar selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segala aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Walaupun kajian ini tidak dapat mengesahkan hubungan sebab dan akibat berlakunya masalah kesihatan mental, namum kajian

13

seperti mesti di teruskan oleh pengkaji-pengkaji akan datang untuk memberi impak lebih mendalam.

14

RUJUKAN Amir Awang. 1987. Teori Dan Amalan Psikoterapi. Edisi Awal. Penerbit Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang. Bandura, A. 1993. Perceived self-efficacy in cognitive development and functioning. Educational Psychologist 28 (2): 117-148. Covington, M.V. 2000. Goal theory, motivation and school achievement: An integrative review. Annual Review of Psychology 51: 171-200. Eric M.V, Micheal C.R, Anne K.J et. al. 2003. Treating Children With Serious Disturbances In School And Community: The Intensive Mental Health Program. Profesional Psychology : Research and Practice. Vol.34. no.5 : 519526 http://www.schoolmentalhealth.org/Resources/GenRes/GenRes.html http://www.mentalhealthworks.ca/general/emotional_wellness.asp http://www.ontario.cmha.ca/cmhei/links.asp Hasan Langgulung. 1983. Teori-Teori Kesihatan Mental. Kajang. Pustaka Huda. _______________. 1983. Psikologi dan Kesihatan Mental di Sekolah-sekolah. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Kristin E.R, Lisa J.R. 2002. Outcomes Of A School-Based Mental Health Program For Youth Serious Emotional Disorders. Psychology in the School. Vol. 39(6) : 661-674. Mahmood Nazar Mohamed. 2001. Pengantar Psikologi; Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Mark D.W, Julie Goldstein, Steven W.E et. al. 2003. Funding A Full Continuum Of Mental Health Promotion And Intervention Program In The Schools. Journal of Adolescent Health. 32s : 70-78 Sabariah Siron. 2001. Pengantar Psikologi; Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Shahabuddin Hashim & Dr. Rohizani Yaakub. 2004. Teori Persoanliti dari Perspektif Islam, Timur dan Barat. Edisi kemas kini : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Bentong.

Related Documents


More Documents from "nazril"

Hubungan Metakognisi
October 2019 36
Pendedahan Kendiri Remaja
October 2019 24
Aduhai Isteriku
October 2019 45
Cracked Pot
October 2019 24