Kesantunan Assignment.docx

  • Uploaded by: sitihamizah123
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesantunan Assignment.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,654
  • Pages: 16
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA(GSB 1012): ISU GEJALA SOSIAL

NAMA

: ONG SHIN LIN

K.P

: 960312-01-6262

PROGRAM

: PPISMP

AMBILAN

: JUN 2014

SEMESTER

:1

NAMA MATA PELAJARAN : KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA NAMA PENSYARAH

: TUAN HAJI ASWADI BIN MOHAMMAD AMIN : ENCIK HAMDAN BIN. HAJI AHMAD

TARIKH SERAHAN

: 21 Sept 2014

“Saya akui karya ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.” Tandatangan: ……………………………………………………….. Nama Pelajar: ………………………………………………………. Tarikh: ………………………………………………………………. i

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA: ISU GEJALA SOSIAL

JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN ii

PENGHARGAAN Saya Ong Shin Lin dari kumpulan Sains PPISMP ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Aswadi bin Mohammad Amin dan Encik Hamdan Bin Haji Ahmad atas bimbingan dan penerangan yang diberikan sepanjang projek tersebut dihasilkan. Di samping itu, saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada rakan sekelas yang memberi bantuan kepada saya. Melalui projek tersebut, saya dapat memperolehi pengetahuan yang lebih luas terhadap kemelut gejala sosial yang kian bertambah serius dalam kalangan masyarakat kita.

iii

SENARAI KANDUNGAN PERKARA

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKURAN

i

HALAMAN JUDUL

ii

PENGHARGAAN

iii

SENARAI KANDUNGAN

iv

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

1

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

1

1.3 KAEDAH KAJIAN

1

1.4 BATASAN KAJIAN

1

1.5 DEFINISI OPERASIONAL

1

BAB 2: ESEI : ISU GEJALA SOSIAL

2-7

BAB 3: KESIMPULAN

8

LAMPIRAN

9-10

RUJUKAN

11

iv

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Gejala sosial merupakan satu fenomena yang sering berlaku dalam masyarakat di seluruh dunia. Gejala sosial ini merangkumi pergaulan bebas, lumba haram, pembuangan bayi, buli, vandalism, penyalahgunaan dadah, ragut dan sebagainya.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk : 1.2.1

mencari punca berlakunya gejala sosial

1.2.2

mencari kesan yang akan berlaku yang berkenaan dengan gejala sosial

1.2.3

mencari cara mengatasi masalah gejala sosial daripada terus berleluasa

1.3 KAEDAH KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan iaitu dengan merujuk buku, surat khabar dari laman web dan informasi dari laman web.

1.4 BATASAN KAJIAN Kajian ini berkisar pada kes pembuangan bayi di Malaysia sahaja. Kajian ini meliputi punca, kesan dan cara mengatasi masalah gejala sosial ini.

1.5 DEFINISI OPERASIONAL 1.5.1 Kesantunan dalam tugasan ini berpegang kepada definisi yang dikemukakan oleh masyarakat Melayu yang dikaitkan dengan tiga komponen keperibadian atau sahsiah seseorang iaitu tutur kata , perangai dan hati budi.

1

Bab 2: ESEI: ISU GEJALA SOSIAL Maksud perkataan ‘kesantunan’ ini mempunyai pelbagai takrifnya. Dalam masyarakat Melayu, ‘kesantunan’ ini dikaitkan dengan tiga komponen keperibadian atau sahsiah seseorang iaitu tutur kata , perangai dan hati budi. Namun, terdapat perbezaan penjelasan perkataan ini dari orang lain seperti J.Ferguson dan Das Gupta. Beliau berpendapat bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. Kesimpulannya, kesantunan ini merujuk kepada amalan seseorang yang bersopan dalam kehidupan seharian. Sikap kesantunan ini semakin meruntuh dalam masyarakat Malaysia terutamanya golongan remaja pada hari ini. Sebilangan golongan remaja telah membabitkan diri dalam gejala sosial dan masalah ini semakin berleluasa. Gejala sosial merangkumi pergaulan bebas, lumba haram, pembuangan bayi, buli, vandalism, penyalahgunaan dadah, ragut dan sebagainya. Gejala sosial yang saya terangkan dalam esei tersebut ialah pembuangan bayi. Pengertian pembuangan bayi ialah bayi yang telah dibuang oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan mengandung anak luar nikah. Oleh sebab tidak mahu malu atas perbuatan tersebut mereka membuang bayi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya terutama di kawasan tapak pembuangan sampah, longkang, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat di mana bayi-bayi malang ini ditemui. Masalah pembuangan bayi boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku dan boleh kita ketahui melalui akhbar harian,majalah,media massa dan radio. Sebagai contoh daripada Utusan Melayu yang memaparkan berita tentang seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat pada 31 Julai 2010. (Rujuk kepada Lampiran 1) Apakah punca yang telah menyumbang kepada berlakunya masalah tersebut ? Antara punca yang menyebabkan remaja melakukan gejala tersebut ialah kepincangan institusi kekeluargaan. Sikap ibu bapa yang terlalu materalistik sehingga mengabaikan anak-anak telah menyebabkan anak-anak mereka berasa kurang kasih 2

sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka.Ibu bapa tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dalam mengejar kemewahan harta malah mereka perlu lebih prihatinkan keadaan anak-anak. Mereka harus meluangkan masa pada setiap hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar mereka tidak kehilangan tempat untuk mengadu.Selain itu, jika ruang kebebasan yang diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak terpengaruh dengan pelbagai gejala sosial di luar rumah. Sebagai contoh, Ibu bapa tidak dapat mengawal disiplin dan gerak-geri anaknya ketika anaknya belajar di sekolah atau universiti dan tanpa pengawasan ibu bapa, anak-anak telah menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencanakan kehidupan mengikut kehendak hati serta ingkar akan kata-kata ibu bapa ketika keluar lewat malam bersama pasangannya. Jadi, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengatasi gejala pembuangan bayi yang berpunca daripada anak mereka. Di samping itu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca membarahnya masalah ini di negara kita. Hal ini demikian kerana pada usia yang muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka yang darah setampuk pinang usia setahun jagung ini mula bergaul dengan rakan sebaya yang negatif. Ghalibnya, rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat, misalnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam gejal-gejala negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka .Hal yang demikian kerana mereka akan berperasaan malu terhadap masyarakat yang mencaci mereka atas perbuatan mereka. Seterusnya, punca yang menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi ialah pengaruh daripada laman sesawang serta media cetak. Pertambahan kemajuan ekonomi kita pada hari ini turut antara punca pembuangan bayi kerana apa sahaja yang mereka layari seperti pendidikan juga turut mengeluarkan gambar dan video yang tidak senonoh . Oleh itu,remaja sekarang mudah melayari laman sesawang apa-apa sahaja termasuk bahan-bahan lucah, penayangan filem berunsurkan seks oleh media 3

elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah. Bahan- bahan ini telah mendorong mereka dan membangkitkan nafsu serakah untuk melakukan maksiat dan penzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah. Selanjutnya, kekurangan ajaran agama dan pendidikan moral juga merupakan salah satu punca yang mengakibat kemelut sosial ini berlaku. Golongan masyarakat terutamanya golongan remaja yang berusia setahun jagung tidak menghayati ajaran agama dan pendidikan moral walaupun dididik sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka tidak dapat membezakan antara batil dengan yang hak dan melakukan perbuatan yang tidak boleh dikembalikan iaitu perbuatan seks dan akhirnya menimbulkan kes pembuangan bayi. Selain itu, pihak sekolah yang lebih mementingkan prestasi akademik berbanding dengan pembentukan sahsiah diri pelajar dan secara tidak langsung telah menyumbang kepada berlakunya kes pembuangan bayi. Penekanan prestasi akademik oleh pihak sekolah terhadap pelajar akan menyebabkan mereka berasa tertekan dan ingin mencari keseronokan untuk meringankan tekanan mereka. Oleh itu, mereka terjerumus ke kancah kehinaan dengan melibatkan diri dalam gejala sosial. Dengan berlakunya kes pembuangan bayi dalam kalangan masyarakat, pelbagai kesan akan berlaku pada bayi,ibu kandungnya dan juga masyarakat. Pertama sekali, dari segi kesan terhadap bayi, bayi itu akan dipandang rendah dan dihina oleh masyarakat setempat sejak kecil lagi. Apabila bayi ini semakin dewasa ,dia tidak akan dapat mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya dan hidup berseorangan. Selain itu, bayi ini akan berasa sunyi, sedih dan kecewa akan sikap ibu bapa kandungnya yang membuangnya dan tidak menjaganya. Seterusnya, bayi ini akan menghausi kasih sayang daripada ibu bapa kandungnya yang telah membuangnya. Sebilangan bayi yang dibuang ini akan menjadi budak samseng dan melakukan perbuatan yang tidak senonoh apabila mereka sudah dewasa kerana tiada kasih sayang dan penjagaan daripada ibu bapa. Mereka akan berasa tiada orang akan pelidukannya dan hanya bergaul dengan rakan sebaya yang mereka anggap teman sepanjang kehidupan tetapi sebenarnya mengiringkan mereka ke arah jalan kematian.

4

Dari segi kesan terhadap ibu kandung yang melahirkan bayi dan sekiranya ibu ini telah membuang bayinya dalam tempoh masa tersingkat mahupun panjang sudah pasti dia akan merindui anaknya kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup dan dijaga oleh keluarga angkat dan dia ingin mengambil semula anaknya. Sebarang kemungkinan anaknya tidak mahu kembali kepadanya kerana anaknya tidak mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anak itu telah dijaga rapi oleh keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu yang membuang bayi tersebut akan berasa amat menyesali perbuatannya malahan tidak pasti lagi anaknya itu akan memaafkan ibunya. Selain itu, ibu ini juga akan ditangkap dan dipenjarakan atas pembuangan bayi kerana telah melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Seterusnya, kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri dan keluarganya akan musnah akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat memalukan keluarga kerana ia berlaku secara terus menerus. Selain itu, keluarga perempuan juga akan dipandang hina sehingga turun temurunnya walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata orang-orang tua, walaupun banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya satu keburukan kita lakukan itu pula mereka perkatakan sampai bila-bila. Kesan terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar masyarakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam atas pertambahan kes pembuangan bayi. Selain itu, gejala ini juga dapat menganggu sistem nilai dalam perpaduan dan kesejahterahan masyarakat kita. Kemodenan masyarakatlah yang menyebabkan perubahan sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, zirah menziarahi telah menjadi luntur di kalangan masyarakat kita kerana saling berselisih dan menyelisihkan orang yang telah membuang bayi. Jadi, masyarakat akan tidak bersepadu dan kemajuan Negara akan tersinggah. Untuk mengelakkan masalah pembuangan bayi ini daripada terus berleluasa, langkah yang drastik dan berkesan harus diambil oleh semua lapisan masyarakat. Yang pertama ialah perhatian dan kasih sayang keluarga telah memainkan peranan dominan bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa

5

ini. Keluarga khususnya ibu bapa perlu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak seperti menatang minyak yang penuh supaya mereka tidak terjebak dalam gejala sosial sehingga boleh menconteng arang ke muka ibu bapa. Remaja akan keluar rumah dan mencari rakan-rakan untuk meluahkan masalah yang dihadapi jika tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Tuntutan kerja dan sikap materialistik masyarakat pada hari ini telah menyebabkan tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak telah diserahkan kepada pembantu rumah. Mereka tiada masa untuk mendampingi anak-anak kerana tugas-tugas luar yang kadang-kadang memakan masa berhari-hari. Hal ini demikian telah menyebabkan anak-anak tiada tempat untuk mengadu dan menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka seperti tekanan menghadapi peperiksaan, konflik dengan rakan, tiada buku rujukan dan sebagainya. Akibatnya, mereka akan keluar rumah untuk melepaskan tekanan yang dihadapi. Menurut pengakuan salah seorang remaja yang ditangkap dalam serbuan di salah sebuah kelab malam di ibu kota minggu lalu, dia tidak rasa bersalah keluar pada waktu malam dan berseronok di kelab-kelab malam kerana ibu bapanya sering keluar daerah sehingga berminggu-minggu lamanya. Dia tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya daripada kedua-dua ibu bapa di rumah. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa perhatian dan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa amat penting bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja.

Selanjutnya, satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. Pendidikan ini bertujuan memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang. Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja. Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Tegasnya, orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi.

Langkah yang seterusnya ialah menyediakan perkhidmatan kaunseling yang boleh diuruskan oleh pihak kebajikan masyarakat. Khidmat nasihat hendaklah diberikan

6

kepada mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah. Hal ini disebabkan mangsa mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. Sebagai contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar. Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk membantu mangsa-mangsa tersebut.

Di samping itu, pesalah yang membabitkan dalam kesalahan berzina atau kes rogol perlu dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contohnya, hukuman bagi kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. Perogol atau orang yang mencabul kehormatan wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan dan pengajaran kepada orang lain. Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya. Perkara tersebut juga akan menconteng arang ke muka ahli keluarga mangsa. Oleh sebab itu, undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina berasa serik atau takut untuk melakukan perkara tersebut.

Seterusnya, pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dan disuntik ke dalam sanubari masyarakat. Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Cara ini adalah amat efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi.

7

BAB 3: KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan mengurangkan kemelut gejala sosial yang berlaku di negara kita. Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera ketika negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. Kerjasama daripada semua pihak adalah amat penting untuk membendung masalah ini kerana ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni. Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dari segi lahiriah dan rohani dapat direalisasikan di samping mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai kesantunan dalam kehidupan seharian.

8

Lampiran 1

Buang bayi makin menjadi-jadi Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN [email protected]

NIBONG TEBAL 31 Julai - Kes pembuangan bayi nampaknya semakin menjadi-jadi meskipun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah sosial ini. Sejak awal tahun ini sehingga hari ini, sebanyak 22 kes buang bayi dan janin dilaporkan berlaku di seluruh negara. Itu belum termasuk kes-kes yang tidak dilaporkan oleh media. Terbaru, seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat di sini hari ini.

ANGGOTA polis dan orang ramai melihat bayi perempuan yang ditemui selepas dibuang di kaki lima bangunan kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat, Pulau Pinang, semalam.

Seorang peniaga yang tinggal di bangunan itu menemui bayi berkenaan yang masih bertali pusat apabila terdengar tangisannya kira-kira pukul 7.56 pagi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk pemeriksaan lanjut. "Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan dia menemui bayi perempuan yang masih bernyawa dan bertali pusat di kaki lima bangunan rumah kedai. "Hasil pemeriksaan mendapati, bayi berkenaan yang masih belum diketahui keturunannya seberat 2.58 kilogram dan dilaporkan sihat," katanya di sini hari ini. Menurut Shafien, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati, tiada objek atau sebarang nota ditinggalkan bersama-sama bayi itu. Polis katanya, kini menyiasat kes itu di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran dan sedang mengesan ibu yang melahirkan bayi itu.

9

Beliau menambah, polis turut menjalankan pemeriksaan di semua klinik di sekitar daerah ini dan hospital berhampiran bagi mengesan ibu bayi berkenaan yang mungkin mendapatkan rawatan susulan selepas melahirkan anak. Shafien turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0801&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm#ixz z3CSHTh3Q1 © Utusan Melayu (M) Bhd

10

RUJUKAN Abdul Muin Sapidin (Utusan Online 2010). Buang bayi makin menjadi-jadi. Diambil pada 19 Sept 2014 dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0801&sec=Muka_Hadap an&pg=mh_04.htm GC. Robert (blogspot 2012). Pendidikan moral semekta. Diambil pada 19 Sept 2014 dari http://drhrobert.blogspot.com/2012/01/pembuangan-bayi-punca-kesan-danlangkah.html Kes pembuangan bayi. Diambil pada 19 Sept 2014 dari http://bmspmnirmala.blogspot.com/2013/03/karangan.html Punca dan langkah mengatasi pembuangan bayi. Diambil pada 19 Sept 2014 dari http://keligit97lense.blogspot.com/2014/04/punca-dan-langkah-mengatasipembuangan.html Faktor Gejala sosial dalam kalangan Remaja. Diambil pada 19 Sept 2014 dari http://aksaraguru69.blogspot.com/2013/11/kongsi-ilmu-dari-blog-lainkarangan.html Masalah sosial di Malaysia. . Diambil pada 19 Sept 2014 dari http://masalahsosialdimalaysia.blogspot.com/ Kesantunan masyarakat: isu gejala sosial. Diambil pada 19 Sept 2014 dari http://gsbgt.blogspot.com/2013/10/isu-gejala-sosial.html

11

Related Documents

Kesantunan Berbahasa2
May 2020 12
Kesantunan Assignment.docx
November 2019 15
Pengertian Kesantunan
May 2020 10
Kesantunan Berbahasa
April 2020 10
Kesantunan Berbahasa
November 2019 18
Kesantunan Bahasa G5
May 2020 28

More Documents from "Mihevoli"

Kesantunan Assignment.docx
November 2019 15
Edup3023 Assignment.docx
November 2019 14