Kesantunan Berbahasa

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesantunan Berbahasa as PDF for free.

More details

  • Words: 912
  • Pages: 4
Kesantunan Berbahasa

Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan

1. santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi 2. 3. 4. 5.

6. 7.

8. 9,

bahasa. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.'' Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. Lihat contoh berikut:

Pak

Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.

Mak

Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri

Tok

Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.

Abang

Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.

Kakak

Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.

Adik

Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.

Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik 11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada: 10.

i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su. Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik. ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya. 12. Gelaran Pergaulan Bebas Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.

13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal) Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed. Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad. Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya. Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahliahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya. Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara. Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan

(termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

14. Gelaran Warisan Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu). Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu) Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini. Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu) Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 16. Gabungan Gelaran (a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji (b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. Tuan Haji (c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik. (d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik (e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji

(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman

17. Rujukan Hormat Orang Yang Disapa

Rujukan Hormat

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Agong Seri Paduka Baginda Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri

Duli Yang Maha Mulia

Balu Raja

Yang Maha Mulia

Raja Muda atau Tengku Mahkota

Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia

Kerabat Diraja Karib

Yang Amat Mulia

Bergelar warisan

Yang Mulia

Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil Yang Berhormat rakyat) Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja

Yang Berhormat Mulia

Tun, Toh Puan

Yang Amat Berbahagia

Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun Yang Berbahagia dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal Ketua Hakim Negara

Yang Amat Arif

Ketua Polis Negara

Yang Amat Setia

Hakim, Kadi

Yang Arif

Mufti dan pemimpin Islam

Sahibul Samahah

Ketua jabatan tanpa gelaran

Yang Berusaha

(kembali ke laman utama)

Related Documents