Kesantunan Berbahasa2

  • Uploaded by: noraeyn
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesantunan Berbahasa2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,161
  • Pages: 16
KESANTUNAN BAHASA MELAYU KOD: JBEA3305

FUNGSI BAHASA • Fungsi Umum • Tujuan praktis, sebagai alat perhubungan dalam pergaulan harian • Tujuan estetik, sebagai alat pemuas rasa estetik • Tujuan kecendekiawan, sebagai alat pengajaran/pembelajaran ilmu • Tujuan filologi, sebagai alat mengkaji naskhah kuno, latar sejarah bahasa dan budaya bangsa

FUNGSI BAHASA • • • • • • • • • •

Fungsi Khusus Untuk kepentingan nasional. Dalam konteks Malaysia ada dua fungsi Pertama, bahasa kebangsaan -Lambang nasional berdasarkan nilai sosiobudaya masyarakat -lambang jati diri nasional, benteng kemasukan pengaruh asing -Alat pemersatu masyarakat berbilang kaum -alat perhubungan budaya Kedua, bahasa negara -bahasa rasmi negara dalam pentadbiran -bahasa pengantar pendidikan

FUNGSI BAHASA



Sebagai bahasa kebangsaan, sesuatu bahasa itu berfungsi sebagai: > lambang kebanggaan nasional yang mencerminkan nilai sosiobudaya masyarakatnya. > lambang jati diri nasional yang mengekang kemasukan unsur asing kecuali yang dianggap perlu sahaja berasaskan tatacara tertentu. > alat pemersatu masyarakat yang berbeda latar budaya dengan pelbagai kepentingan. > alat perhubungan antara daerah dan antara budaya yang saling merentasi.

PENGGUNAAN BENTUK GANTI NAMA DIRI • Dikaitkan dengan bentuk sapaan. Sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang sama ada dalam situasi rasmi atau tidak rasmi • Bermaksud kata ganti nama diri orang • Bentuk ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri pertama (saya,aku. kita, hamba, patik dan beta), kata ganti nama diri kedua (awak, kamu,anda, tuan hamba) dan kata ganti nama diri ketiga(dia, mereka, beliau, nya)

Bentuk Ganti Nama Diri • • • •





Kata ganti nama diri pertama Kata yang digunakan oleh orang bertutur /menulis sebagai ganti namanya, walaupun dalam pertuturan tidak rasmi ada yang menggunakan namanya Ada 2 jenis, bentuk tunggal dan bentuk jamak. Pertama, bentuk tunggal iaitu yang digunakan oleh penutur atau penulis bagi pihak dirinya sendiri. Penggunaan ‘Saya’. Bersifat neutral dan sesuai digunakan oleh sesiapa yang berbicara atau yang merujuk kepada dirinya sewaktu berkomunikasi lisan atau tulisan. Tidak dibatasi oleh faktor kelas dan darjat sosial (bukan raja/sultan). Digunakan tanpa latar usia, pendidikan dan asal keturunan. Batasannya hanya dengan raja, sultan atau kerabat raja. Dalam lisan, saya digunakan sebagai pengacara (majlis), pengerusi (mesyuarat), penyampai (berita), penyampai (berita), pengajar (sekolah), penceramah, penyambut tamu, telefonis. Kata aku, I dan teman (Perak), kawan (Johor), kuwe (Pahang), ambo (Kelantan), eden, ese (NS). Yang melibatkan sultan/raja, digunakan patik Dalam tulisan, saya digunakan dalam surat, memo, laporan, pengakuan dan perakuan

Kata Ganti Nama Pertama • Bentuk jamak. Penggunaan kami sama ada lisan atau tulisan. Kami digunakan apabila pembicara atau penulis mengujarkan sesuatu atas nama dirinya dan juga pihak lain. • Situasinya pembicara bersama seseorang atau lebih daripada kawan.Mungkin jurubicara kumpulan. Mungkin bercakap/menulis bagi jabatan atau organisasi • Kita merujuk dirinya dan juga pihak teman bicara/khalayak. Nyatakan persamaan keanggotaan, kepentingan

Kata Ganti Nama Diri Kedua (KGNDK) • Digunakan untuk merujuk atau menyapa pihak yang menjadi teman bicara atau sasaran komunikasi. Ada 2 jenis • Pertama, KGNDK tunggal. Seperti tuan, encik, puan, cik, saudara dan saudari (yang tidak bergelar). Dalam urusan rasmi, digunakan bersama diri sendiri. Kata saudara/saudari digunakan dalam komunikasi individu atau kelompok khusus seperti teman sekerja. Tuanku digunakan di istana kerana keturunan. Tun, Toh, Tan Sri, datuk yang dapat anugerah Yang diPertuan Agong (ketua negara) atau sultan (ketua negeri). Engkau dan aku utamakan. Engkau tiadak digunakan, sebaliknya

gunakan kamu seperti panggilan guru kepada muridnya • Kedua, KGNDK jamak merujuk pihak yang menjadi sasaran yang jumlahnya lebih seorang. Seperti tuan-puan, puanpuan, hadirin/hadirat.Yang bergelar, Dato, Tan Sri. Anda

Kata Ganti nama Diri Ketiga Merujuk pihak ketiga. Ada 2 jenis Pertama KGNDK tunggal dalam komunikasi rasmi iaitu beliau, dia dan ia. Nya hujung kata lain. Baginda untuk raja, sultan. Beliau untuk orang yang dihormati seperti guru, ibu bapa, pemimpin. Tidak sesuai untuk kanak-kanak dan penjenayah, Kedua, KGNDK jamak iaitu mereka. Merujuk manusia dan bukannya haiwan

Penggunaan kata Ganti Nama diri yang lain

• • • • •

Rujukan halus untuk orang yang meninggal dunia Almarhum (kerabat diraja lelaki) Allahyarham (lelaki Islam) Mendiang (orang bukan Islam) Dalam surat kiriman , digunakan pola ayahanda, bonda, kekanda,adinda,nenda, antara ahli keluarga

Penggunaan Bentuk Sapaan/Panggilan • Mesti berpadanan dengan kedudukan atau taraf yang disapa • Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu oleh Amat Johari Moain (1989) • Sultan, raja (tuanku) • Syed (Tuan Syed) • Siti (Puan Siti) • Megat (Encik Megat) • Tun,Toh Puan (Tun lelaki) • Datuk, datin (Datuk, datin)

Bentuk Panggilan/Sapaan • A. Peribadi – bersifat persendirian.Tidak berkaitan kerajaan dan institusi lain. Dalam urusan tidak rasmi seperti perbualan (bersemuka/telefon), perbincangan biasa, jual beli, gurau senda, catatan peribadi • -Bentuk panggilan tidak terikat peraturan linguistik. Dipentingkan kesalingfahaman dalam komunikasi. • Aspek sosiolinguistik/pragmatik dipentingkan • a. Keluarga asas/besar penting bersaskan taraf, usia/faktor lain (mis akrab), mis along, angah • b. Dalam jual beli, perlu dijaga kata panggilan dan budio bahasa. Muda dipanggil cik, saudari/encik. Berumur dipanggil pak cik. Tidak dikenali dipanggil encik/puan • B. Rasmi- suasana/urusan rasmi. Perlu patuh peraturan linguistik, sosiolinguistik dan pragmatik. Aspek linguistik menekankan bahasanya bernahu,tersusun wacananya dan disebut/ditulis betul. Aspek sosiolinguistik menekankan adab sopan yang berkaitan dengan sistem sosial. Bentuk panggilan/gelaran hendaklah menurut sistem yang disahkan kerajaan. Aspek pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang sesaui dengan sesuatu majlis.

• Suasana rasmi- apa-apa bentuk majlis yang berkaitan kerajaan/institusi sah kewujudannya seperti majlis perasmian, pelancaran, sambutan, santapan diraja, jamuan, pertabalan raja, pengurniaan pingat, tandatangan perjanjian, pengistiharan, majlis konvokesyen • Urusan rasmi- pelaksanaan sesuatu tugas sama ada kerajaan, swasta mahupun pertubuhan seperti suratmenyurat rasmi, pemakluman, seminar, ceramah, ikllan pentadbiran, kuliah/pengajaran, forum • Panggilan hormat –bentuk sapaan/rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatan • a.Gelar berdasarkan anugerah darjah kebesaran yang diterimanya di peringkat persekutuan atau negeri. Bagi yang bergelar tetapi tidak memegang jawatan kerajaan, panggilan hormat kepada gelar yang dimilikinya seperti Dato disapa panggilan hormat Yang Berbahagia • b. Jawatan berdasarkan yang disandang atas pelantikan kerajaan. Bagi yang berjawatan, sama ada bergelar/atau tidak, disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat.

Penggunaan Gelaran

.Terdiri daripada gelaran kekeluargaan, gelaran pergaulan biasa, gelaran pergaulan tak bersahaja, gelaran warisan, gelaran kurniaan dan gelaran keagamaan (Asmah Haji Omar ) a. Gelaran kekelurgaan dibahagi kepada nama kekeluargaan asas (berasaskan umur dan pangkat seperti Pak, Mak, Tuk, abang, kakak, dan adik) serta jenama kekelurgaan (berasaskan pertalian darah seperti Long,Ngah,Alang, Anjang, Andak,Teh, Cik dan Busu dan ikatan perkahwinan seperti menantu,mentua, ipar, besan, biras

• B. Gelaran pergaulan biasa (cik –perempuan belum berkahwin, encik –lelaki sahaja) • C. Gelaran pergaulan tak bersahaja/formal(terdapat sekatan sosial) seperti tuan (lelaki yang tinggi pangkat, bergelar Haji, Doktor,) encik,puan, saudara, saudari, tetuan) • D. gelaran warisan (gelaran keturunan untuk raja yang memerintah seperti raja(Perak dan Selangor, Tunku/Ungku (Johor&Kedah), Tuanku(Negeri Sembilan), Tengku/Engku (Kelantan, Pahang & Terengganu, Pangeran, Pangeran Anak dan Pangeran muda (Brunei) • Gelaran keturunan nabi (Syed/Sayid-lelaki, syarifah-perempuan • Gelaran luar Malaysiua (Raden-Jawa, daeng-Bugis, Sutan dan sidi – Minangkabau, Teuku-Aceh

e.Gelaran kurniaan melalui pencapaian dan sumbangan. Dibahagi kepada gelaran kurniaan kerajaan (Tun, Tan Sri, Dato, Datin Paduka),kurniaan akademik/ikhtisas (Prof. Diraja, Prof. Emeritus, Prof. Madya, Doktor), kurniaan pertubuhan (Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan, pendeta, seniman Agung, biduan negara • f. Gelaran keagamaan seperti haji, Hajah, dan lebai

Related Documents

Kesantunan Berbahasa2
May 2020 12
Kesantunan Assignment.docx
November 2019 15
Pengertian Kesantunan
May 2020 10
Kesantunan Berbahasa
April 2020 10
Kesantunan Berbahasa
November 2019 18
Kesantunan Bahasa G5
May 2020 28

More Documents from "Mihevoli"