Edup3023 Assignment.docx

  • Uploaded by: sitihamizah123
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Edup3023 Assignment.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,512
  • Pages: 9
1.0 Pengenalan Chai, S. M., Goh, Margaret L. Z. dan Gopal, Ravi (2006), guru haruslah mengetahui peringkat penaakulan moral kognitif anak murid mereka secara menyeluruh kerana guru telah memainkan peranan yang penting dalam merangsang kemahiran berfikir dan seterusnya memperkembangkan tahap penaakulan moral pelajar. Penaakulan moral merujuk kepada satu sistem perlakuan yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik dan patut dilakukan (Abdul Rahman & Chang, 1994). Lawrence Kohlberg adalah dianggap sebagai pengasas kepada Teori Penaakulan Moral dan beliau berpendapat bahawa penaakulan moral adalah berkait rapat dengan perkembangan kognitif seseorang individu. Melalui hasil kajian Kohlberg, L. (1958), beliau telah membahagikan peringkat perkembangan moral ini kepada tiga tahap yang utama dan setiap tahap dipecahkan lagi kepada dua peringkat penaakulan moral. 2.0 Tiga tahap dalam Teori Penaakulan Moral Lawrence Kohlberg Tahap 1: Pra-Konvensional Tahap pra-konvensional ini merupakan tahap yang paling bawah dalam penaakulan moral. Tahap ini adalah pada kanak-kanak prasekolah, kebanyakan kanak sekolah rendah dan sebilangan daripada pelajar sekolah menengah.

Pada tahap ini, Williams dan Williams (1972) menerangkan

bahawa seseorang individu akan melakukan sesuatu perbuatan berdasarkan ganjaran ataupun hukuman yang akan diterima akibat perbuatan tersebut. Individu tersebut akan mengintepretasikan sesuatu arahan berdasarkan

1

kekuasaan autoriti yang memperkenalkan ataupun melaksanakan arahan tersebut. Peringkat 1: Orientasi kepatuhan dan hukuman Haliza dan Joy (2011) berpendapat bahawa pemikiran moral kanakkanak pada peringkat ini lebih berorientasikan egosentrik dan mementingkan diri sendiri. Mereka akan mematuhi peraturan yang diberikan daripada pihak yang berkuasa tanpa menyoal sebab kerana mereka takut akan menerima hukuman sekiranya melanggar peraturan itu. Kanak-kanak pada tahap ini masih belum dapat berfikir tentang perasaan orang lain, mereka hanya mengambil berat tentang kesan fizikal dan bukan kesan psikologi terhadapnya. Contohnya, apabila Ali tidak mengemas alat permainan selepas bermain, ibu bapa akan mendenda Ali dan selepas itu dia tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi kerana takut akan diberikan hukuman. Lantaran itu, melalui peringkat ini sifat bertanggungjawab, disiplin serta mematuhi peraturan dapat dibentuk dalam sanubari mereka kerana mereka akan berusaha untuk mengelakkan diri daripada dikenakan dendaan. Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi Peringkat ini juga boleh dikenali sebagai utilitarian hedonisme, kanakkanak akan melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan atau ganjaran yang baik (Suppiah, Ramlah, & Abdul Aziz, 2008). Kepatuhan kepada peraturan atau undang-undang tidak lagi secara mutlak kerana kanak-kanak akan menganggap apa yang baik ialah apa sahaja yang memberikan mereka kesenangan dan berguna. Contohnya, guru telah memberi ganjaran gula-gula kepada Peter setelah Peter menyiapkan kerja 2

sekolah dengan baik, Peter akan berasa gembira akan terus bersungguhsungguh dalam pembelajarannya. Ekoran itu, penggunaan ganjaran dapat dilakukan pada peringkat awal kanak-kanak untuk membina perkembangan moral mereka yang positif. Tahap 2: Konvensional Tahap ini merupakan tahap pertengahan dan umumnya ada pada seorang remaja atau dewasa. Pada tahap ini, Kohlberg (1971) berpendapat bahawa inidividu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Norma-norma sosial mula ditanam dalam jiwa kanak-kanak dan mereka menyedari peranan sosial di samping mula memahami perkara-perkara yang menjadikan mereka dapat mengamalkan sikap yang baik. Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik Pada peringkat ini, kanak-kanak atau remaja mula untuk mengaplikasi ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru atau orang di persekitaran. Mereka sudah boleh menerima norma masyarakat kerana mereka mula untuk menghargai nilai kepercayaan dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Hal ini demikian kerana mereka ingin dilihat sebagai ‘anak yang baik’ dan gelaran budak baik ini penting agar mereka dapat diterima dalam kumpulan rakan sebaya. Peringkat ini dapat membantu mereka untuk membina hubungan interpersonal yang kukuh dengan ibu bapa, guru mahupun rakan sebaya kanak-kanak (Wong, Khairuddin, Maridah, Rashnawati, & Azlina, 2013). Sebagai contohnya, kanak-kanak akan sentiasa berpakaian kemas untuk memenuhi kehendak ibu bapa dan rakan sebayanya. 3

Lantaran itu, pujian dan pengukuhan daripada ibu bapa, guru dan rakan sebaya akan mengakibatkan mereka terus untuk berkelakuan baik dan sentiasa menjaga tingkah lakunya. Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan Pada peringkat ini, individu dapat melihat sistem sosial secara keseluruhan. Orientasi ini merujuk kepada peraturan, undang-undang dan norma-norma masyarakat sebagai sesuatu yang muktamad dan kesanggupan kanak-kanak

atau

remaja

melakukan

sesuatu

tanggungjawab

dalam

masyarakat dan mematuhi peraturan sosial yang sedia ada (Ahmad Nawawi, 2010). Penaakulan moral adalah berdasarkan peraturan, undang-undang dan ketepatan yang telah ditentukan oleh masyarakat. Alasan untuk mematuhi peraturan bukan disebabkan takut akan hukuman atau keperluan individu, tetapi dipercayakan bahawa undang-undang dan peraturan harus dipatuhi untuk mengekalkan keharmonian kelompok dan juga menjaga kesejahteraan komuniti. Teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg dapat membantu kanakkanak atau remaja untuk menanam nilai-nilai murni yang baik dalam sanubari mereka dan mematuhi tatatertib sekolah. Menurut kajian Fatma Laili (2013), beliau telah memberikan contoh apabila murid-murid bergaduh di dalam kelas, guru tidak akan memberikan mereka hukuman tetapi lebih menekankan aspek pembentukan kefahaman dan menimbulkan kesedaran mereka. Guru akan menerangkan kepentingan untuk mewujudkan suasana yang tenang dalam kelas agar pelajar yang lain dapat menumpukan perhatian semasa proses pengajaran

dan

pembelajaran

sedang

4

dijalankan.

Cara

guru

yang

menimbulkan kesedaran mereka tentang tanggungjawab mereka untuk mengekalkan ketenteraman kelas adalah lebih efektif berbanding dengan mengenakan hukuman atau dendaan. Contoh tersebut telah menunjukkan bahawa dengan memahami teori perkembangan moral secara menyeluruh kanak-kanak ataupun remaja dapat mengembangkan keperibadian mereka yang sempurna serta membina karakter yang terpuji. Tahap 3: Pos-konvensional Tahap ini merupakan tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg. Tahap ini kebanyakan ada pada individu yang telah melebihi 20 tahun ataupun ke atas. Pada tahap ini seseorang individu mula meneroka pilihan dan memilih alternatif-alternatif yang lain dalam penaakulan moral (Faridah Nazir, Norhiza & Zarinah, 2015). Peringkat 5: Etika kontrak sosial dan hak individu. Pemikiran moral pada peringkat ini adalah berkaitan dengan usaha melindungi hak-hak asasi dan juga nilai-nilai yang telah dipersetujui oleh majoriti orang dalam sesuatu masyarakat. Contohnya, seorang itu mematuhi undang-undang jalan raya demi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna jalan raya. Peraturan dan undang-undang pada peringkat ini merupakan kontrak sosial dan ia bersifat fleksibel dan bukan tegas. Justeru, Anata Ikrommullah (2015) berpendapat bahawa peraturan yang telah digubal ini boleh diubah jika bertentangan dengan norma-norma masyarakat ataupun tidak diperlukan lagi. Sebaliknya, undang-undang akan dipatuhi dan dan diikuti oleh sumua individu sekiranya ia dapat menepati hak-hak individu dalam sesuatu masyarakat. 5

Peringkat 6: Etika prinsip sejagat Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam pemikiran moral kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral itu sendiri. Menurut Abdullah Zhidi, Mahdi, Mazlan, Mohd Fu’ad dan Roslina (2014), kanak-kanak telah mempunyai kod-kod moral dan etika yang tersendiri dan sedar tentang norma, prinsip etika sejagat serta prinsip peribadi. Unsur sejagat yang ada pada kanak-kanak akan membantu mereka dalam menentukan kelakuan yang positif mahupun negatif apabila mereka berkomunikasi dengan ahli masyarakat yang lain. Ekoran itu, etika sejagat yang dibentuk dari konsep asas seperti keadilan, hak manusia dan hormat menghormati dapat membantu kanak-kanak untuk menentukan perbuatan yang berhubung dengan moral. 3.0 Kesimpulan Kesimpulannya, Teori Kohlberg telah menunjukkan perkembangan moral kanak-kanak adalah berkaitan dengan latar belakang keluarga, pembentukan peribadi, pendidikan dan aktiviti sosial dan ransangan serta pendedahan yang diterima oleh mereka akan mempengaruhi kelajuan perkembangan moralnya (Tam, 2006). Oleh itu, guru haruslah mempunyai kemahiran dalam menentukan tahap atau peringkat penaakulan moral murid agar strategi dan teknik yang sesuai dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darhjah. Salah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru adalah dengan memberikan cerita-cerita yang mengandungi dilema moral kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Dilema moral yang membincangkan isu-isu 6

moral serta nilai-nilai yang berkonflik antara satu sama lain seperti undangundang pasti dapat merangsang kemahiran berfikir dan seterusnya memperkembangkan tahap penaakulan pelajar.

7

Rujukan Abdul Rahman Md. Aroff & Chang, L.H. (1994). Pendidikan moral. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Abdullah Zhidi Omar, Mahdi Shuid, Mazlan Aris, Mohd Fu’ad Sam, & Roslina Suratnu. (2014). Pengantar pendidikan moral. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Ahmad Nawawi. (2010). Pentingnya pendidikan nilai moral bagi generasi penerus. Dimuat turun pada Ogos 14, 2016, daripada http://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/31174972/Pendidi kan_Nilai_Moral.pdf?AWSAccessKeyId=AKIAJ56TQJRTWSMTNPEA& Expires=1471260072&Signature=i3%2FqBfjHfyB78Hz3B%2FZuSy3sXi k%3D&response-contentdisposition=inline%3B%20filename%3DPENTINGNYA_PENDIDIKAN_ NILAI_MORAL_BAGI_G.pdf Anata Ikrommullah. (2015). Tahapan perkembangan moral santri mahasiswa menurut Lawrence Kohlberg. Jurnal Pendidikan Pancasila dan Kewarganegaraan, 28(2), 77-87. Chai, S. M., Goh, Margaret L. Z., & Gopal, Ravi. (2006). Tahap penaakulan moral guru pelatih kdpm dan kpli di mpbl. Jurnal Penyelidikan IPBL, 7(1), 109-122. Dimuat turun pada Ogos 14, 2016, daripada http://www.ipgkbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2006/m arg06.pdf Faridah Zazir, Norhiza Mohd Salleh, & Zarinah Mohd Shukur. (2015). Perkembangan kanak-kanak. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd. Fatma Laili Khoirun Nida. (2013). Intervensi teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg dalam dinamika pendidikan karakter. Jurnal Penelitian Pendidikan Islam, 8(2), 271-290. Haliza Hamzah & Joy N. Samuel. (2011). Perkembangan kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kohlberg, L. (1958). The Development of Modes of Thinking and Choices in Years 10 to 16. Ph. D. Dissertation, University of Chicago. Kohlberg, L. (1971). Stages of Moral Development. Dimuat turun pada Ogos 14, 2016, daripada http://info.psu.edu.sa/psu/maths/Stages%20of%20Moral%20Developm ent%20According%20to%20Kohlberg.pdf Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, & Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Psokologi pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Tam, Y. K. (2006). Pendidikan moral: konsep dan pedagogi pendidikan guru. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Williams, N. & Williams, S. (1972). The moral development of children. Basingstoke dan London: Macmillan Education Ltd. 8

Wong, K. W., Khairuddin Mohamad. Marridah Hj. Alias, Rashinawati Abd. Rashid, & Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan kanak-kanak. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

9

Related Documents

Edup3023 Assignment.docx
November 2019 14

More Documents from "sitihamizah123"

Kesantunan Assignment.docx
November 2019 15
Edup3023 Assignment.docx
November 2019 14