Islam Dan Harta: Beberapa Pesanan Moral.1 Hafiz Firdaus Abdullah (www.hafizfirdaus.com) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berjalan melintasi (sebuah kedai yang menjual) makanan. Maka baginda memasukkan tangannya ke dalam makanan tersebut, ternyata jari-jarinya terasa sesuatu yang basah (makanan yang sudah rosak). Maka baginda bertanya: “Apakah ini wahai pemilik makanan?” Dia menjawab: “Ia telah basah kerana terkena air hujan ya Rasulullah!” Rasulullah membalas:
.س ِمنّي َ أََفلَ َجعَ ْلتَهُ َف ْوقَ ال ّطعَامِ َكيْ يَرَاهُ النّاسُ؟ مَ ْن َغشّ فََلْي Mengapa kamu tidak meletaknya di bahagian atas makanan supaya boleh dilihat oleh orang ramai (dan mereka mengetahui ia sudah rosak)? Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari golonganku.2 Ketika mengulas hadis ini, al-Imam al-Nawawi rahimahullah berkata: Adapun maksud hadis, maka ia berlaku kepada orang yang menghalalkan (penipuan dalam urusniaga) sedangkan dia mengetahui (kesalahan itu) secara nyata. Maka (orang tersebut) kafir dan keluar dari agama Islam. Ada yang berkata, maksud hadis ialah (orang yang melakukan penipuan dalam urusniaga) tidak berada di atas jalan dan hidayah kami (Muhammad) secara sempurna. Sufyan bin ‘Uyaynah rahimahullah membenci penafsiran “tidak berada di atas hidayah kami”. Beliau berkata: “Amatlah buruk perkataan itu. Lebih baik menahan diri dari memberi takwilan sedemikian kepada hadis ini supaya ia lebih berkesan dalam jiwa dan sebagai satu pencegahan.” Dan Allah sahaja yang lebih mengetahui.3 Hadis di atas dan ulasannya oleh seorang ilmuan Islam yang tidak diragukan ilmunya menunjukkan kepada kita bahawa fiqh harta adalah satu subjek yang amat penting. Kita umat Islam berinteraksi dengan harta dalam kehidupan sehari-harian. Malah ada yang memburunya sebagaimana manusia zaman purba kala memburu haiwan liar. Di sebalik itu semua tidak ramai di antara kita yang mengetahui dasar-dasar serta hukum-hukum Islam berkenaan harta. Justeru melalui kertas kerja ini, saya ingin berkongsi beberapa dasar dan hukum Islam berkenaan harta. Jika kita mengkaji al-Qur’an dan hadis-hadis tentang harta, akan didapati kedua-dua sumber yang suci ini banyak memberi penekanan kepada aspek moral dalam berinteraksi dengan harta. Akan tetapi ini tidaklah bererti ia tidak memiliki nilai hukum. Di sebalik pesananpesanan moral tersebut, sedia terkandung hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Baiklah, marilah kita mengkaji pesanan-pesanan tersebut.
1
Risalah ini saya tulis sebagai kertas kerja tambahan sempena seminar The Professional Mukmin Generation: Synergy of Faith, Knowledge and Action anjuran Islamic Medical Association of Malaysia – Czech Republic Student Chapter. Ia diadakan di Cerny Most Mosque, Praque, Czech Republic pada 22 March 2008. 2 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 102 (Kitab al-Iman, Bab sabda Nabi: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari golonganku”.) 3 al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin al-Hajjaj (Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut), jld. 2, ms. 176-177.
2 Pesanan # 1: Kedudukan Harta Dalam Islam. Apabila kita berbicara tentang harta, ketahuilah bahawa umat Islam secara umumnya terbahagi kepada tiga kumpulan: •
Pertama ialah mereka yang memandang harta sebagai sesuatu yang tercela. Mereka menghimpun semua ayat al-Qur’an dan hadis yang mencela harta dan mengabaikan ayat dan hadis yang memuji harta. Hasilnya, mereka menganggap umat Islam perlu menjauhkan diri daripada apa jua yang memiliki kaitan dengan harta.4
•
Kedua
ialah
mereka
yang
memandang
harta
sebagai
tujuan
hidup.
Mereka
mengabaikan semua hukum halal dan haram berkenaan harta. Bagi mereka Islam hanyalah agama wudhu’, solat dan puasa, tiada kaitan langsung dengan harta. Umat Islam memiliki kebebasan sepenuhnya untuk berinteraksi dengan harta melalui apa jua cara yang mereka kehendaki. •
Ketiga ialah mereka yang berada di pertengahan antara kumpulan pertama dan kedua di atas. Mereka memandang harta sebagai milik Allah manakala kita – manusia – adalah pengurusnya. Maka kita sebenarnya tidak memiliki kebebasan dalam berinteraksi dengan harta, sebaliknya hendaklah mengurusinya mengikut undang-undang Pemiliknya, iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala. Jika kita mengurusnya secara benar, maka Pemilik harta akan mengurniakan kita kehidupan yang lapang di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika kita mengurusi harta secara salah, maka Pemiliknya akan menghukum kita dengan kehidupan yang sempit di dunia dan akhirat. Dalam situasi terakhir inilah harta menjadi satu fitnah lagi tercela. Kebenaran terletak pada kumpulan ketiga. Dalilnya ialah firman Allah Subhanahu wa
Ta'ala:
.ٌخَلفِيَ فِيهِ فَالّذِينَ آ َمنُوا ِمنْكُ ْم َوَأْن َفقُوا َلهُمْ أَجْرٌ َكبِي ْ َست ْ ُآ ِمنُوا بِاللّ ِه وَ َرسُولِهِ َوَأْن ِفقُوا مِمّا َجعََلكُ ْم م Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar. [al-Hadid 57:07] Dr. ‘Abd Allah al-Mushlih dan Dr. Shalah al-Shawi menerangkan: Harta pada dasarnya milik Allah. Manusia seluruhnya hanya bertugas mengurusinya. Orang yang bertugas mengurusinya tentu tidak berhak keluar dari aturan dan tujuan pemilik harta. Kalau itu dilakukan, maka orang itu kehilangan peranannya sebagai pengurus harta. Maka kurniaan tersebut (yakni harta) sepatutnya berpindah daripada dirinya kepada orang yang lebih tepat melakukan tugas tersebut dan lebih mampu menjaga apa yang menjadi hak harta itu.5 4
Penjelasan akan maksud di antara dalil yang mencela harta serta memuji harta telah saya kemukakan dalam buku Kaedah Memahami Hadis-Hadis Yang Saling Bercanggah terbitan Jahabersa, Johor Bahru. 5 Ma La Yas‘a al-Tijaru Jahluhu (edisi terjemahan oleh Abu Umar Basyir atas judul Fikih Ekonomi Keuangan
3 Oleh itu kita perlu sedar dan akur bahawa harta bukanlah milik kita. Ia merupakan milik Allah Subhanahu wa Ta'ala yang diamanahkan kepada kita untuk mengurusinya dengan cara yang dikehendaki-Nya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegur:
مَا أَكَلَ َفأَفْنَى َأوْ َلبِسَ َفَأبْلَى َأوْ َأعْطَى فَا ْقَتنَى َومَا:ٌ مَالِي! مَالِي! ِإنّمَا لَ ُه مِ ْن مَالِ ِه َثلَث:َُيقُو ُل اْل َعبْد .ِب َوتَارِكُهُ لِلنّاس ٌ ِِسوَى ذَلِكَ َف ُهوَ ذَاه Seorang hamba berkata: “Hartaku! Hartaku!” Sesungguhnya yang menjadi (harta) miliknya tidak lain hanya tiga: (1) Apa yang dia makan hingga habis, (2) Apa yang dipakai hingga lusuh dan (3) Apa yang dia sedekahkan hingga kekal. Apa jua selain itu (bukanlah hartanya kerana) dia akan pergi (mati) dan meninggalkannya kepada manusia.6
Pesanan # 2: Antara Mencari Harta Dan Bertawakkal. Kadangkala wujud salah faham bahawa seorang muslim tidak perlu berusaha keras untuk mencari harta. Memadai dia duduk dan bertawakkal, Allah akan mengurniakan harta kepadanya. Salah faham ini perlu diluruskan. Usaha di dalam Islam terdiri daripada lima langkah: 1. Merancang.
2.
Berdoa, khasnya melalui solat Istikharah.
3. Berusaha mendapatkan apa yang dirancang. 4. Bertawakkal, iaitu berserah kepada Allah dengan keyakinan Allah akan memberikan yang terbaik untuknya. 5. Redha. Jika berjaya dia bersyukur dan memperbaikinya, jika gagal dia sabar dan memperbetulkannya. Dia tidak putus asa kerana yakin ada hikmah Allah di sebalik kegagalannya itu. Justeru
tidak
boleh
terus
melompat
ke
langkah
keempat
(tawakkal)
dengan
meninggalkan langkah pertama, kedua, ketiga dan kelima. Hadis berikut memberi gambaran yang tepat tentang tawakkal:
.ح بِطَانًا ُ َلوْ أَّنكُمْ ُكْنتُمْ َتوَكّلُو َن عَلَى اللّهِ حَ ّق َتوَكّلِهِ لَ ُرزِ ْقتُمْ كَمَا يُرْ َزقُ ال ّطيْ ُر َتغْدُو ِخمَاصًا َوتَرُو Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kalian diberi rezeki sebagaimana burung yang diberi rezeki. Ia pergi (terbang) pada waktu pagi dalam keadaan perut kosong dan kembali pada waktu petang dengan perut kenyang.7 Islam; Darul Haq, Jakarta, 2004), ms. 1 dengan beberapa suntingan bahasa. 6 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2959 (Kitab al-Zuhud wa al-Raqa’iq). 7 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2344 (Kitab al-Zuhud, Bab berkenaan tawakkal kepada Allah).
4 Perhatikan bahawa burung itu tidak sekadar bertenggek di dahan menunggu makanan, tetapi ia keluar berusaha, yakni dengan terbang mencarinya. Justeru duduk berdiam menunggu harta bukanlah sikap tawakkal tetapi orang yang kurang akal. Tawakkal ialah berserah kepada Allah setelah berusaha mencari harta dengan keyakinan Allah akan memberikan yang terbaik kepadanya.
Pesanan # 3: Antara Miskin dan Kaya. Apabila disebut mencari harta, ramai yang berminat kerana ia dapat mengubah seseorang daripada miskin menjadi kaya. Takrif miskin ialah orang yang sedikit harta manakala takrif kaya ialah orang yang banyak harta. Sebenarnya Islam memiliki takrif tersendiri tentang miskin dan kaya. Miskin ialah orang yang memiliki harta tetapi merasakan ia masih tidak cukup dan enggan berusaha sekalipun dia memiliki harta banyak. Kaya ialah orang yang kaya jiwanya sehingga sentiasa merasa lapang dan cukup sekalipun dia memiliki harta yang sedikit. Perhatikan dua hadis berikut yang menjelaskan takrifan miskin dan kaya di dalam Islam:
ُسكِي ْ ِف عَلَى النّا سِ تَ ُردّ هُ الّلقْ َمةُ وَالّلقْ َمتَا ِن وَالتّ ْم َرةُ وَالتّمْ َرتَا نِ وََلكِ ْن الْم ُ ي الّذِي يَطُو ُ ِسك ْ َِليْ سَ الْم .َسأَ ُل النّاس ْ َق عََليْهِ وَ َل َيقُومُ َفي ُ الّذِي َل يَجِ ُد ِغنًى ُي ْغنِي ِه وَ َل ُيفْطَ ُن بِهِ َفُيَتصَ ّد Bukanlah digelar miskin orang yang berkeliling di kalangan manusia lalu diberi satu atau dua suap (makanan) dan satu atau dua biji kurma. Akan tetapi yang digelar miskin ialah orang yang tidak menemui kekayaan yang mencukupi keperluannya (yakni kaya tetapi masih merasakan tidak cukup), tidak mengerti ke manakah hartanya patut disedekahkan dan tidak mahu berusaha sebaliknya hanya memintaminta kepada manusia.8
.ِض وََلكِ ّن الْ ِغنَى ِغنَى الّن ْفس ِ َلْيسَ اْل ِغنَى عَنْ َكثْ َرةِ اْلعَ َر Bukanlah digelar kaya orang yang banyak pembekalannya akan tetapi yang digelar kaya ialah yang kaya jiwanya.9 Orang yang kaya jiwanya ialah orang yang sentiasa bersikap lapang terhadap harta. Hatinya tidak rakus mengejar harta, tidak sombong apabila mendapat harta dan tidak hancur apabila kehilangan harta. Orang bersikap lapang seperti ini, hartanya diberkati oleh Allah sehingga sekali pun sedikit pada pandangan mata zahir, ia tetap banyak pada pandangan mata hati. Penjelasan seterusnya memperincikan lagi hakikat ini.
8
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1479 (Kitab al-Zakat, Bab firman Allah… surah al-Baqarah, ayat 273). 9 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6446 (Kitab al-Riqaq, Bab orang yang kaya ialah orang yang kaya jiwanya).
5 Pesanan # 4: Antara Harta dan Keberkatan. Pernahkah anda makan banyak tetapi tetap tidak kenyang? Pernahkah anda makan sedikit tetapi berat badan tetap naik? Pernahkan anda makan yang baik tetapi tetap mendapat penyakit? Persoalan di atas lazim timbul dan tidak sedikit yang gagal menemui jawapannya. Ini kerana mereka lupa atau mengabaikan satu faktor yang lebih penting di sebalik makanan yang dimasukkan ke dalam perut, iaitu faktor keberkatan. Faktor keberkatan tidak sahaja penting dalam persoalan makanan, ia juga penting dalam persoalan harta. “Keberkatan” berasa daripada perkataan arab “al-Barakah” yang bererti kebaikan,
keutamaan
dan
nikmat
yang
berkekalan
lagi
bertambah,
melimpah-limpah.
Keberkatan adalah milik Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Allah mengurniakannya kepada para hamba-Nya yang mencari harta melalui cara yang diredhai-Nya. Cara tersebut pernah diterangkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada seorang sahabat yang bernama Hakim bin Hizam radhiallahu 'anh:
ِيَا َحكِي مُ! إِنّ هَذَا الْمَالَ َخضِ َرةٌ حُ ْل َوةٌ فَمَ نْ أَخَذَ هُ بِ سَخَا َو ِة َنفْ سٍ بُورِ كَ لَ هُ فِي ِه َومَ نْ أَخَذَ هُ بِِإشْرَا ف .سفْلَى ّ الْيَ ُد اْلعُ ْليَا َخيْ ٌر مِنْ الْيَدِ ال.ُشبَع ْ ََن ْفسٍ لَ ْم ُيبَا َركْ لَهُ فِيهِ كَالّذِي َيأْكُ ُل وَ َل ي Wahai Hakim! Sesungguhnya harta ini hijau dan manis (amat indah dan menarik perhatian manusia). Maka sesiapa yang mengambilnya dengan jiwa yang lapang, diberkati baginya harta itu. Sesiapa yang mengambilnya dengan jiwa yang sesak, tidak diberkati baginya harta itu sebagaimana orang yang makan namun tidak kenyang. (Ketahuilah) tangan di atas (yang memberi) adalah lebih baik daripada tangan di bawah (yang meminta-minta).10 Orang yang lapang jiwanya akan berinteraksi dengan harta menurut tunjuk ajar Islam. Dengan itu hartanya sentiasa diiringi dengan kebaikan, keutamaan dan nikmat yang berkekalan lagi bertambah-tambah kerana ia diberkati oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Berbeza dengan orang yang sesak jiwanya, sedikit atau banyak dia akan berinteraksi dengan harta melalui cara yang menyelisihi tunjuk ajar Islam. Ini menyebabkan hartanya, sekali pun besar jumlahnya, tidak membawa kebaikan, keutamaan dan nikmat yang dicari-cari dalam kehidupan kerana ia tidak diberkati oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Oleh itu apabila mencari harta, yang penting bukanlah jumlahnya tetapi keberkatan di sebaliknya. Betapa banyak orang yang bekerja keras mencari harta atau memiliki harta yang banyak tetapi itu semua tidak membawa kebahagiaan yang diidamkan. Ini kerana mereka memandang kebahagiaan terletak pada harta dan bukan pada keberkatan harta.
Pesanan # 5: Antara Redha dan Dengki. Dengki ialah sifat membenci kebaikan yang ada pada manusia lain. Dengki terdiri 10
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1472 (Kitab al-Zakat, Bab menahan diri dari meminta-minta).
6 daripada tiga tahap, kesemuanya salah di sisi Islam: •
Tahap Pertama: Membenci kebaikan yang ada pada manusia lain.
•
Tahap Kedua: Membenci kebaikan yang ada pada manusia lain dan berharap kebaikan itu hilang daripadanya.
•
Tahap Ketiga: Membenci kebaikan yang ada pada manusia lain dan melakukan sesuatu tindakan agar kebaikan itu hilang daripadanya. Kedengkian amat bertentangan dengan ciri-ciri keimanan, kerana ciri seseorang yang
benar lagi sempurna imannya ialah dia menyukai kebaikan yang ada pada manusia lain. Seolaholah kebaikan itu ada pada dirinya juga. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
.ِحبّ ِلَنفْسِه ِ ُحبّ َلخِيهِ مَا ي ِ َُل ُيؤْمِنُ أَ َحدُكُمْ َحتّى ي Tidaklah (sempurna) iman seseorang kalian sehinggalah dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.11 Dalam konteks perbincangan kita, kadangkala manusia dengki kepada manusia lain yang memiliki harta yang lebih. Ini sebenarnya ialah sifat yang tercela kerana banyak atau sedikit harta yang dimiliki oleh seseorang bergantung kepada kurniaan Allah. Apabila seseorang itu membenci seseorang lain kerana kelebihan harta yang dimilikinya, tanpa disedari dia sebenarnya membenci Allah kerana telah mengurniakan kelebihan tersebut. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
ْضهُ م ُ ق َبعْ ضٍ َدرَجَا تٍ ِلَيتّخِ َذ َب ْع َ ْضهُ مْ َفو َ ْحيَاةِ ال ّدنْيَا وَرََف ْعنَا َبع َ ْشَتهُ مْ فِي ال َ س ْمنَا َبْيَنهُ ْم َمعِي َ َنَحْ نُ ق .َج َمعُون ْ َخ ِريّا وَرَحْ َمةُ َربّكَ َخيْ ٌر مِمّا ي ْ َُبعْضًا س Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya dan setengahnya miskin); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan. [alZukhruf 43:32] Kelebihan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala berikan tidak semestinya merupakan satu keistimewaan. Kadangkala ia adalah satu ujian sukar bagi orang yang menerimanya:
ّضكُ مْ َفوْ قَ َبعْ ضٍ دَ َرجَا تٍ ِليَبُْلوَكُ مْ فِي مَا آتَاكُ مْ ِإن َ ض وَرَفَ عَ بَ ْع ِ ْلئِ فَ الَر َ َوهُ َو الّذِي َج َعَلكُ مْ َخ .ٌك سَرِي ُع اْل ِعقَابِ َوِإنّهُ َلغَفُورٌ َرحِيم َ َّرب 11
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 13 (Kitab al-Iman, Bab termasuk sifat iman orang yang mencintai…).
7 Dan Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-An‘aam 6:165]
Pesanan # 6: Jangan Menjadikan Harta Sebagai Tuan. Jangan menyembah harta, iaitu menjadikannya sebagai tuan sehingga kita melakukan apa sahaja demi harta. Kita tidak lebih seumpama seorang hamba yang bertuankan harta sehingga apa sahaja yang dituntut oleh harta, kita mentaatinya. Padahal tuan yang sebenar ialah Allah Subhanahu wa Ta'ala, sebagaimana firman-Nya:
ْك هُ م َ ِيَاأَيّهَا الّذِي نَ آ َمنُوا لَ ُت ْلهِكُ مْ َأ ْموَالُكُ ْم وَلَ َأوْلَدُكُ ْم عَ نْ ذِكْرِ اللّ ِه َومَ ْن َي ْفعَلْ ذَلِ كَ َفُأوْلَئ .َالْخَاسِرُون Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. [alMunafiqun 63:09] Berkenaan menjadikan harta sebagai tuan manakala manusia menjadi hambanya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
.َِت ِعسَ َعبْدُ الدّينَا ِر وَالدّ ْرهَم Celakalah hamba dinar dan dirham.12 Hamba dinar dan dirham dapat dikenali melalui beberapa sikapnya seperti: 1. Dia menjadi amat gembira apabila menerima harta, amat sedih apabila kehilangan harta. 2. Dia riang dan ceria sepanjang hari jika harga saham-saham miliknya naik, menjadi muram dan sugul jika sebaliknya. 3. Jika sesuatu kerja menjanjikan ganjaran harta di sebaliknya, dia akan melakukannya. Jika tiada ada ganjaran, dia tidak akan melakukannya. Sebenarnya manusia melalui empat tahap sebelum mencapai kematangan dalam berinteraksi dengan harta. Ia seperti berikut: Tahap Pertama: Kehidupan = Harta. Objektif kehidupan ialah mencari harta semata-mata. Hampir semua aktiviti harian dilakukan demi mencari harta.
12
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6435 (Kitab al-Riqaq, Bab berhati-hati daripada fitnah harta).
8 Tahap Kedua: Kehidupan = Lebih Banyak Harta. Apabila sudah dapat memegang harta, manusia ingin memperbanyakkannya. Pada tahap ini seseorang ini akan melakukan apa sahaja untuk mengurangkan kos kehidupan demi memperbanyakkan hartanya. Dia sanggup tinggal di pondok buruk demi menyewakan rumah yang dimilikinya. Dia sanggup menaiki kereta kecil demi menjimatkan kos petrol. Dia sanggup tidur malam tanpa memasang kipas demi mengurangkan bil elektriknya. Tahap Ketiga: Harta = Kehidupan. Tahap ketiga ialah tahap akil baligh. Seseorang itu mula sedar bahawa peranan harta ialah memudahkan kehidupan dan bukan menyusahkan. Maka dia mula mengubah cara hidupnya. Dia berpindah ke rumah yang selesa, membeli kereta saiz biasa demi keselamatan dan menggunakan penghawa dingin ketika tidur. Pada waktu yang sama dia mula membayar zakat harta dan bersedekah. Brian Sher menerangkan orang yang berada pada tahap ini dan ketidak-matangan mereka yang berada di tahap pertama dan kedua: Virtually anyone you meet wants to be rich in the monetary sense. Nearly everyone in life wants to make more money. The truth, however, is that being rich in life isn’t just about having more money. Many people have made the mistake of believing this. Money should be seen as it is – just a tool for getting things done. The more money you have the more things you can get done. At this early stage you must realise money is merely a means to an end, not and end itself. Being truly rich in life means having many, many other things more important than money, such as more fulfilling and rewarding relantionships, good friends, a satisfying career, a happy life and enjoyment to the fullest. It’s about living a long and healthy life – both physically and spiritually – being honest with yourself and others, and having strong values and beliefs. …the pursuit of money without regard to its consequences can be a very disappointing and unrewarding experience. Anyone who is rich financially but poor emotionally and spiritually is simply a bankrupt soul.13 Tahap Keempat: Harta = Kehidupan Untuk Semua Orang. Seseorang akan mencapai tahap kematangan apabila dia menyedari bahawa harta bukanlah untuk memudahkan kehidupan dirinya sahaja tetapi turut merangkumi kehidupan orang ramai. Maka pada tahap ini dia
mula
menyedekahkan
sebahagian
besar
hartanya
demi
memudahkan
kehidupan
masyarakat. Bahkan dia berusaha lebih keras untuk memperbanyakkan harta agar dia dapat memudahkan kehidupan jumlah orang yang lebih ramai. Dia juga amat berhati-hati ke mana hartanya dibelanjakan agar tidak menjadi sumber kerosakan bagi manusia dan alam.
Pesanan # 7: Antara Harta Dan Dakwah. Beberapa rakan pernah mencadangkan kepada saya untuk berhenti bekerja sebagai 13
What Rich People Know & Desperately Want To Keep a Secret (Truewealth, Kuala Lumpur, 1999), ms. 3-4.
9 juruterbang dan menjadi seorang pendakwah sepenuh masa. Saya tidak setuju. Ini kerana dengan bekerjaya, seseorang itu memperoleh harta yang dapat membantu usaha dakwahnya. Kepentingan harta bagi usaha dakwah pernah diterangkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
.ٍط مَا َن َف َعنِي مَالُ َأبِي َبكْر ّ َمَا َنفَ َعنِي مَالٌ ق Tidak ada harta kekayaan yang bermanfaat sama sekali untukku sebagaimana manfaatnya harta Abu Bakar. Ketika mendengar pengakuan ini, Abu Bakar menangis seraya berkata: “Aku dan hartaku hanyalah untukmu wahai Rasulullah!”14
Pesanan # 8: Tidak Mencari Harta Dengan Cara Yang Batil dan Zalim. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
.ِيَاأَّيهَا الّذِينَ آ َمنُوا لَ َتأْكُلُوا َأ ْموَالَكُ ْم َبْينَكُ ْم بِاْلبَاطِل Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) hartaharta kamu sesama kamu dengan jalan yang batil. [al-Nisa’ 4:29]
.ََل تَظْلِمُو َن وَلَ تُ ْظلَمُون Kamu tidak menzalimi dan tidak dizalimi. [al-Baqarah 2:279] Mencari harta secara zalim dan batil banyak berlalu tanpa kita sedari, sama ada bagi seseorang yang melakukan urusniaga jual-beli atau pekerjaan yang mendapat gaji pada hujung bulan. Berikut sebahagian daripadanya:
1.
Riba. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala mengenai orang yang mencari harta melalui interaksi dengan riba:
.ِل يَ ْربُوا عِنْدَ اللّه َ َومَا آَتْيتُ ْم مِنْ ِربًا ِليَ ْرُبوَا فِي َأ ْموَا ِل النّاسِ َف Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu riba yang kamu berikan supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia, maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). [al-Rum 30:39] Jika seseorang itu tetap berinteraksi dengan riba, maka:
شيْطَا ُن مِ ْن الْمَ سّ ذَلِ كَ بَِأّنهُ مْ قَالُوا ّ خبّطُ هُ ال َ َالّذِي َن َيأْكُلُو نَ ال ّربَا َل َيقُومُو نَ إِلّ كَمَا َيقُو ُم الّذِي َيت َِإنّمَا الَْبيْ ُع ِمثْلُ ال ّربَا َوأَ َحلّ اللّ ُه الَْبيْ َع وَ َحرّ مَ ال ّربَا َفمَ نْ جَاءَ ُه َم ْوعِ َظةٌ مِ نْ َربّ هِ فَانَتهَى َفلَ ُه مَا سَلَف .َب النّا ِر هُمْ فِيهَا خَالِدُون ُ َوَأمْ ُرهُ إِلَى اللّهِ َومَنْ عَادَ َفُأوْلَئِكَ أَصْحَا 14
Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no: 77 (Muqaddimah, Bab keutamaan Abu Bakar)
10 Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyunghayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba.” Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. [al-Baqarah 2:275] Allah Subhanahu wa Ta'ala juga menegaskan:
َب مِ نْ اللّ ِه وَرَ سُولِهِ َوإِ نْ ُتْبتُ مْ َفَلكُ مْ رُءُو سُ َأ ْموَاِلكُ مْ َل تَظِْلمُو نَ وَل ٍ ْحر َ ِفَإِ نْ لَ ْم َتفْعَلُوا َفأْ َذنُوا ب .َتُظْلَمُون Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah meninggalkan riba), maka ketahuilah kamu akan adanya peperangan daripada Allah dan Rasul-Nya. Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak menzalimi dan tidak dizalimi. [alBaqarah 2:279] Betapa besarnya kesalahan riba dapat diketahui melalui dua ayat di atas: •
Orang yang berinteraksi dengan riba, dia berdiri “…seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang.”
•
Orang yang berinteraksi dengan riba, maka
“…akan adanya peperangan
daripada Allah dan Rasul-Nya.” •
Orang yang berinteraksi dengan riba, maka “…itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
Para ilmuan Islam pernah menegaskan, tidak ada satu kesalahan di dalam Islam yang diancam dan dihukum sebegitu berat melainkan kesalahan riba. Terdapat dua jenis riba, kedua-duanya adalah haram dan merupakan kesalahan yang amat besar di sisi Islam:
a)
Riba jual-beli. Riba jenis ini seterusnya terbahagi kepada dua jenis: Riba al-Fadl (Kelebihan) dan Riba al-Nasi’a (Penundaan).
b) Riba pinjaman. Riba jenis ini lazim berlaku pada masa kini.
2.
Menipu. Sebelum ini di bahagian Kata Pembuka telah dikemukakan hadis bagaimana Rasulullah
11 shallallahu 'alaihi wasallam menemui seorang peniaga yang melakukan penipuan. Di dalam rangka mencari harta, kita tidak boleh melakukan penipuan, sekecil mana sekalipun. Sebaliknya hendaklah kita bersikap jujur. Merujuk kembali kepada seorang peniaga, maka sikap yang benar ialah:
.ُسلِمِ َل يَحِلّ ِلمُسْلِمٍ بَاعَ مِنْ أَخِي ِه َبْيعًا فِي ِه َعيْبٌ إِ ّل بَّينَهُ لَه ْ ُالْمُسْلِمُ أَخُو الْم Seorang
muslim
bersaudara
dengan
muslim
yang
lain,
(justeru)
tidak
dihalalkan bagi seorang muslim menjual kepada saudaranya sesuatu yang dalamnya kepadanya.
3.
memiliki
kecacatan
kecuali
dia
menjelaskan
kecacatan
itu
15
Perjudian, iaitu mencari harta melalui cara yang tidak dapat dijangka langsung kadar keuntungan atau kerugiannya. Ia hanya secara kebetulan semata-mata. Perjudian juga disebut sebagai pertaruhan. Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang perjudian melalui firman-Nya:
ُشيْطَا نِ فَا ْجَتِنبُو ه ّ س مِ ْن عَمَلِ ال ٌ ْيَاأَيّهَا الّذِي نَ آ َمنُوا إِنّمَا الْخَ ْم ُر وَالْ َميْ سِ ُر وَالَن صَابُ وَالَزْلَ مُ ِرج .ََلعَّلكُ ْم ُتفْلِحُون Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah kotor dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [al-Maidah 5:90]
4.
Rasuah. Ia adalah haram berdasarkan keterangan ‘Abd Allah bin ‘Amr radhiallahu 'anh:
.َشي ِ ََلعَنَ َرسُولُ اللّهِ صَلّى اللّ ُه عََليْ ِه َوسَلّمَ الرّا ِشيَ وَالْمُ ْرت Rasulullah
(shallallahu
'alaihi
wasallam)
melaknat
pemberi
rasuah
dan
16
penerima rasuah.
Di sini perlu dibezakan tiga perkara:
a)
Hadiah ialah harta yang diberi tanpa disebabkan oleh apa-apa kerja sebelum, semasa atau sesudah ia diberikan. Saling memberi hadiah amat dianjurkan oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
.َتهَا َدوْا تَحَاّبوْا Salinglah memberi hadiah, nescaya kalian saling mencintai (sesama umat Islam).17 15
Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no: 1873 (Kitab al-Tijarat, Bab orang yang menjual barang yang cacat hendaklah menjelaskan kecacatannya). 16 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1337 (Kitabal-Ahkam, Bab orang yang merasuah …). 17 Hasan: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih al-Adab al-Mufrad, hadis no: 593 (Bab menerima hadiah).
12 b)
Upah ialah harta yang diberi untuk satu kerja yang dilakukan. Ia juga disebut sebagai gaji, bayaran, ganjaran, elaun dan sebagainya. Memberi upah sebagaimana yang dipersetujui sebelum sesuatu kerja
dilakukan adalah wajib.
Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (Hadis Qudsi):
ٌَثلََثةٌ أَنَا خَ صْ ُمهُ ْم َيوْ َم اْلقِيَا َمةِ رَجُلٌ َأعْطَى بِي ثُمّ غَدَ َر وَرَ ُج ٌل بَا عَ ُحرّا َفأَكَ َل ثَ َمنَ ُه وَ َرجُل .ُاسَْتأْجَرَ أَجِيًا فَا ْسَتوْفَى ِمنْهُ وَلَ ْم ُيعْطِ أَ ْج َره Tiga golongan yang Aku menjadi musuh mereka pada Hari Kiamat kelak: (1) orang yang berjanji di atas nama-Ku kemudian mengkhianatinya, (2) orang yang menjual orang lain yang merdeka (bukan hamba) dan memakan hasilnya dan
(3) orang
yang mengupah pekerja lalu menyuruh dia
menyiapkan kerja tetapi tidak membayar upahnya.18
c)
Rasuah ialah harta yang diberikan di sebalik sesuatu kerja yang dengan harta itu sebahagian orang memperoleh keuntungan manakala sebahagian lain dizalimi. Ia juga disebut sebagai wang suap, wang sogok, duit kopi, bawah meja, pintu belakang dan sebagainya.19
5.
Hasil daripada perkara yang haram hukumnya, seperti arak, bangkai, khinzir, patung berhala, anjing, pelacuran, bomoh dan sebagainya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
.ِصنَام ْ َخنْزِي ِر وَال ِ ْإِنّ اللّ َه وَ َرسُولَهُ َح ّرمَ َبيْ َع الْخَ ْم ِر وَالْ َمْيتَ ِة وَال Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan patung.20 Abi Mas‘ud al-Anshari radhiallahu 'anh menerangkan:
.ِصلّى اللّ ُه عََليْ ِه َوسَلّمَ َنهَى عَ ْن ثَمَ ِن اْلكَ ْلبِ َو َمهْ ِر اْلَبغِ ّي وَحُ ْلوَانِ اْلكَاهِن َ ِأَنّ َرسُولَ اللّه Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang hasil penjualan anjing, hasil zina dan upah bomoh.21
6.
Harta anak yatim. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
.ُوَلَ َتقْ َربُوا مَا َل الَْيتِيمِ إِلّ بِاّلتِي ِهيَ أَحْسَنُ َحتّى يَبُْلغَ َأشُ ّده 18
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2227 (Kitab al-Buyu’, Bab dosa menjual orang merdeka). 19 Lebih lanjut, sila rujuk buku Syaikh Ahmad bin Ahmad al-Thawil yang telah diterjemahkan oleh Ummu Ismail atas judul Benang Tipis Antara Hadiah dan Suap terbitan Darus Sunnah, Jakarta, 2006. 20 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2236 (Kitab al-Buyu’, Bab menjual bangkai dan patung). 21 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2237 (Kitab al-Buyu’, Bab hasil penjualan anjing).
13 Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri). [al-An‘aam 6:152] Demikian enam cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam. Perhatikan bahawa dalam pengharaman tersebut, al-Qur’an dan al-Sunnah hanya menyebut cara dan bukan bentuk. Ini kerana bentuk boleh berubah-ubah mengikut zaman dan peradaban manakala cara di sebaliknya tetap sama.
Kata Penutup. Pada mulanya ramai yang menjadikan harta sebagai matlamat hidup. Kemudian mereka menyedari kesilapan ini lalu mengubahnya. Kini, harta menjadi alat dan bukan matlamat. Ini adalah rombakan paradigama yang baik, akan tetapi menimbulkan persoalan yang lain pula: Justeru apakah yang sepatutnya menjadi matlamat hidup? Bagi kita umat Islam, jawapannya mudah sahaja. Bagi sesiapa yang mungkin masih samar-samar, hadis berikut yang menjadi penutup kertas kerja ini diharap dapat memberikan jawapan.
ْمَنْ كَانَتْ الخِ َر ُة هَمّهُ َجعَلَ اللّ ُه ِغنَاهُ فِي قَ ْلبِ ِه وَجَ َمعَ لَ ُه شَمْلَ ُه َوأََتتْهُ ال ّدْنيَا َوهِيَ رَاغِ َمةٌ َومَنْ كَانَت .ُق عََليْ ِه شَمْلَ ُه وَلَ ْم َي ْأتِهِ مِنْ ال ّدْنيَا إِلّ مَا ُقدّرَ لَه َ ال ّدنْيَا هَمّهُ َجعَلَ اللّهُ َف ْق َرهُ َبيْ َن َعيَْنيْ ِه وَفَ ّر Sesiapa
yang
menjadikan
akhirat
sebagai
tujuannya,
Allah
menjadikan
kekayaan di dalam hatinya, menghimpunkan baginya segala urusannya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai tujuannya, Allah menjadikan kefakiran dekat kepada kedua-dua matanya, memisah-misahkan urusannya dan dunia tidak akan mendatanginya melainkan apa yang telah ditentukan baginya.22
10 Muwasafaat 1. Aqidah Sejahtera 22
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2465 (Kitab Sifat al-Qiyamat…, Bab ke 29).
14 • • • • • • • • • • • • • •
Tidak mengkafirkan orang Islam Tidak mendahului makhluk berbanding Allah Mengengkari mereka yang mempersendakan ayat-ayat Allah dan tidak duduk bersama mereka Mentauhidkan Allah pada Uluhiyyah dan Rububiyah Tidak mensyirikkan Allah pada Asma`, Sifat dan Af`alNya Menguasai mazhab-mazhab Islam yang membincangkan masalah Asma` dan Sifat disamping berpegang dengan mazhab Salaf Tahu had sempadan muwalat (sokong) dan mu`adat (memusuhi) Sentiasa berkawan dengan orang-orang yang soleh sebagai qurbah dan qudwah Yakin bahawa penghapusan dosa hanya dengan taubat nasuha Yakin bahawa mati akan datang bila-bila masa Yakin bahawa masa depan adalah untuk Islam Merasai kemanisan iman Merasai kemanisan ubudiah (tunduk kepada Allah) Merasai kewujudan Malaikat Hafazah
2. Ibadah Yang Sahih • • • • • • • • • • • • • •
Khusyu` dalam solatnya Qiam sekali seminggu Bersedekah Puasa sunat 2 kali sebulan Memelihara anggota Mengerjakan haji jika ada kemampuan Khusyu` ketika membaca al Quran Khatam al Quran setiap dua bulan sekali Banyak mengingati Allah dan hafal mana yang termampu Banyak berdoa disamping mengambil kira syarat dan adab-adabnya Banyak bertaubat Sentiasa memperbaharui niat dan memperbetulkan Menyuruh kepada kebaikan Mencegah kemungkaran
3. Akhlak Yang Mantap • • • • • • • • • • • • • •
Tidak berbantah Tidak banyak mulut Sedikit senda gurau Tidak berbisik perkara kebatilan Tidak berdengki Tidak berhasad Rasa malu melakukan kesalahan Menyayangi jirannya Tawadhu` tapi bukan hina Berani Lembut Menziarahi orang sakit Iltizam dengan adab Isti`zan Berterima kasih dengan orang yang melakukan kebaikan
4. Mampu Bekerja • •
Bekerja dan berusaha Tidak terlalu bergantung dengan kerja kerajaan
15 • • • • • •
Utamakan pengkhususan yang penting dan utama Berusaha untuk membuat pengkhususan Sederhana dalam berbelanja Utamakan produk syarikat-syarikat Islam Duitnya tidak pergi kepada orang bukan Islam Sentiasa mementingkan mutu dan harga yang berpatutan
5. Berpengetahuan • • • • • • • • • • • • • •
Hafal dan membaca secara bertajwid dua juzuk al Quran Membaca tafsir sebanyak dua juzuk al Quran Menghubungkan antara al Quran dan realiti semasas Menghafal 40 hadis daripada Matan Arba`ien Menghafal 50 hadis daripada Riadhus Salihin Mengkaji fasa Madinah dan menguasai ciri-cirinya Mengetahui seerah 20 orang syuhada` dari kalangan sahabat Tahu hukum-hakam mengenai zakat Tahu fiqh mengenai haji Membaca 7 jam seminggu bahan di luar bidang pengkhususannya Mengetahui aspek-aspek kesyumulan Islam Mengetahui isu-isu umat Islam dalam dan luar negara Tahu apa kerugian dunia dengan kemunduran Islam Mengetahui kepentingan khilafah dan kesatuan Muslimin
6. Tubuh Yang Cergas •
Patuhi nasihat kesihatan dalam makan dan minum seperti: o Membasuh peralatan makan dan minum o Jauhi makanan yang diawet dan utamakan minuman semulajadi o Mengatur jadual makan o Mampu menyediakan makanan (masak) o Kurangkan pengambilan lemak o Tidak keterlaluan dalam pengambilan garam o Tidak keterlaluan dalam pengambilan gula o Memilih-milih syarikat pengeluar makanan
•
Patuhi nasihat kesihatan dalam masalah tidur dan jaga: o Tidur 6 – 7 jam sehari dan bangun sebelum fajar o Bersenam 10 – 15 minit sehari o Berjalan kaki 2-3 jam sebulan o Merawat dirinya
7. Mujahadah (Menguasai Diri) • • • • • • • • •
Lawan dorongan nafsu Tidak keterlaluan dalam perkara yang harus Sentiasa niat berjihad Sentiasa bersama pendokong kebaikan Makan apa yang disaji dengan redha Menyumbangkan sebahagian hartanya untuk Islam Sabar di atas bala` Perbuatannya menyamai perkataannya Bersedia menanggung bebanan dakwah
16 8. Teratur Urusannya • • • • •
Sembahyang menyusun waktunya Tersusun di dalam rumahnya dan kerjanya Menyusun idea-ideanya Menjaga waktu kerja Memaklumkan gurunya segala masalah yang berlaku
9. Sangat Menghargai Masa • • •
Memelihara adab Islam ketika berziarah dan ringkas ketika menunaikan keperluannya Menjaga waktu temujanjinya baik yang umum mahupun yang khusus Mengisi masanya dengan perkara bermanfaat
10. Bermanfaat Kepada Orang Lain • • • • • •
Iltizam dengan adab Islam di rumah Menunaikan tanggungjawab suami Membantu isteri Menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak Memberi hadiah kepada jirannya Memberikan khidmat umum kerana Allah
•
Memberi apa yang dimiliki Sentiasa bercampur dengan orang-ramai Menggalakkan kebaikan Membantu mereka yang memerlukan Menolong orang dalam kesusahan Menenangkan orang yang ditimpa bencana Menolong orang yang dizalimi Cuba memenuhi keperluan orang lain
• • • • • • •