CZEMSA | EDISI MAC/APRIL | RABI’ULAWAL/RABI’ULAKHIR 1429H|
KANDUNGAN [1] DARI MEJA EDITOR [2] CINTAKU PADAMU, YA ALLAH [3] I LOVE YOU & IMAN [4] NUCLEAR MEDICINE LIRIK : BONDS OF LOVE [5] WEBSITE OF THE MONTH INI SEJARAH KITA [6] KITA & PALESTIN
SIDANG EDITORIAL EDITOR MOHD YAQZAN B. MOHD ARSAD NABILAH HANIS BT. SHAARI PANEL PENGARANG SHARIFAH FADHILAH BT. SYED AYUB W. FARHANA AZWANEE BT. W. OMAR NUR AIMUNI BT. ABDULLAH MUHAMMAD AMINUDDIN B. ISMAIL REKABENTUK & TYPESETTING NABILAH HANIS BT. SHAARI PENERBITAN KHAIRUL ANAM B. MANSOR MD. NAJMI B. MD. NASIR MUHAMMAD ARIF B. KHAIRUDIN SITI IJTIMA’IYAH BT. KAHALIT
DARI MEJA EDITOR Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Segala puji buat Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, penghulu sekalian rasul dan nabi, Nabi Muhammad S.A.W, kaum keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda sekalian. Alhamdulillah, di celah-celah kekangan masa dan timbunan tugas yang ada, WoW edisi kedua berjaya diterbitkan, susulan kepada edisi pengenalan Januari lepas. Walaupun tersasar daripada jadual penerbitan yang asal, diharapkan agar perjuangan di jalan ini masih bergerak di landasan Allah yang benar. Kata tuan rumah saya, “Myslim, ze zima je finito.” Tandanya musim dingin telah berakhir. Sepertimana musim bunga membawa harapan dan keceriaan, seperti itulah kami cuba untuk mencorak WoW edisi kali ini, baik dari segi isi kandungan, mahupun ‘layout’ dan penyampaian. Kami bersedia menerima sebarang cadangan, respons dan kritikan untuk mempertingkat kualiti WoW di masa hadapan. Sengaja kami memilih tema cinta untuk disoroti bersama kali ini dengan harapan agar cinta kita kepada Ilahi, sama segarnya dengan pepohon yag mula menghijau di bumi Czech ini. Juga bicara cinta kita dalam Cintaku Padamu, Ya Allah tidak lengkap jika tidak diterjemahkan ke dalam iman dan cinta kita kepada saudarasaudara kita. Bersama-sama kita hayati I Love You & Iman. Tidak lupa juga kepada yang gemarkan nasyid, kami hadiahi anda dengan lirik lagu Bonds of Love. Mogamoga dikukuhkan tali kita dengan Allah. Jika dalam edisi lepas kita telah berkenalan dengan Robotic Surgery, kali ini mari kita tinjau secara ringkas tentang Nuclear Medicine yang semakin mendapat tempat di dalam dunia perubatan yang dinamik ini. Juga kepada yang tidak lekang daripada Mozilla Firefox ataupun Internet Explorer, mari kita meluangkan masa untuk belajar memahami kandungan al-Quran dalam ruangan ‘Website of the Month’. Akhir kata, marilah bersama-sama berusaha untuk mendalami Anatomi, Histologi, Fisiologi dan Biokimia untuk semester baru ini. Semoga niat dan usaha kita mendapat keberkatan dan balasan daripada Allah S.W.T. Salam ceria di musim bunga. heli4ntuse
CINTAKU PADAMU, YA ALLAH OLEH : SHARIFAH FADHILAH & NUR AIMUNI
Bismillahirrahmanirrahim.
Yang apabila dicintai, akan dibalas dengan kecintaan. Dan penamatnya adalah kebahagian bukannya kedukaan. Yang apabila dicinta, membuahkan iman dan melapangkan hati serta perasaan.
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian.. Apa khabar iman anda hari ini? Harap sentiasa segar & penuh dengan cinta Allah S.W.T.
Bila kita bercakap soal cinta,perkara pertama yang terbit dalam fikiran semestinya tentang “cinta-cinta monyet”,cinta antara seorang lelaki dan seorang perempuan.Itu sahaja. Tetapi Allah SWT yang Maha Agung menciptakan cinta lebih indah dan mulia dari itu. Cinta yang sepatutnya dilihat dari kaca mata sebenar, iaitu kaca mata hati yang disulami iman. Bukankah cinta itu kurniaan Ilahi? Kita bicara tentang cinta yang halal dan suci, tidak perlu pada cinta yang diprovokasi oleh barat yang sememangya rapuh yang telah mempengaruhi segenap masyarakat tidak kiralah hollywood, bollywood mahupun “koreanwood”.
Berbicara tentang cinta,teringat saya akan coretan ustaz Abdul Halim mengenai sahabatnya Allayarham Baharudin yang lemas bersama 3 orang anaknya beberapa tahun lalu sekitar awal tahun 2000an. Tragedi ini berlaku ketika allahyarham sekeluarga berkelah di pantai Desaru, Johor, dimana Allayarham hendak menyelamatkan anaknya yang dibawa ke tengah laut oleh ombak sehingga dia sendiri hanyut. Rupanya di belakang beliau, 2 anaknya juga turut ingin menolong bersama walaupun usianya kecil, bertarung dengan ombak besar yang tinggi lagi ganas, lupa kemampuan diri demi ayah dan adik beradik yang dicintai. Tragedi berakhir dengan kesemua 4 orang mereka lemas ditelan ombak. Semoga Allah mencucuri rahmat kesemua mereka. Amin.
Saya bicarakan cinta kepada ibu bapa, suami, isteri dan anak. Bukankah itu semua kurniaan Ilahi? Saya bicarakan cinta seorang peraih kasih kepada Penciptanya. Saya bicarakan cinta seorang sahabat kepada sahabatnya. Cinta yang seharusnya berpaksi dan bermula dari asalnya kita, iaitu mencintai yang Maha Pencipta.
Saya kagum dengan salah satu daripada naluri yang Allah swt ciptakan untuk manusia iaitu perasaan cinta atau sayang. Kerana cinta, seseorang boleh melupai dirinya demi untuk apa atau siapa yang dicintainya. Demikian potensi cinta, ia boleh mencetuskan keajaiban-keajaiban yang tidak tergambar oleh manusia.
Tapi persoalannya, bagaimanakah kita perlu bermain dengan cinta?Dari sudut kekeluargaan, terkandungnya individu-individu nukleus iaitu suami isteri dan anak. Saya tidak mahu berbicara panjang mengenai suami isteri kerana majoriti dari kita masih lagi menunggu hadiah pasangan yang terbaik dari Allah( semestinya dengan menjadikan diri kita yang terbaik juga..). Tetapi saya ingin mengajak sahabatsahabat melihat bagaimana anak memainkan peranan di dalam keluarga untuk menunjukkan kecintaannya terhadap Allah swt.
Ramai yang meluahkan rasa kasih sayang dan cinta kepada sesama makhluk mahupun sesuatu pekara melalui pelbagai cara. Ada yang mengasihi keluarganya dan meluahkan rasa cintanya melalui masa yang diluangkan bersama keluarga. Dan ada juga yang mencintai kebendaan seperti buku atau laptop sehingga sanggup membaca buku atau menghadap laptop berjam-jam lamanya. Tetapi cinta yg digambarkan itu tidak akan bertahan selamanya kerana semuanya bersifat sementara.
Kita bicara tentang cinta yang halal dan suci, tidak perlu pada cinta yang diprovokasi oleh barat yang sememangya rapuh yang telah mempengaruhi segenap masyarakat tidak kiralah hollywood, bollywood mahupun “koreanwood”.
Bukankah terdapat cinta yang kekal abadi? Yang sepatutnya terdapat pada setiap individu? Cinta ini membawa manusia daripada kebahagiaan sementara kepada kebahagiaan selama-lamanya. Yang membawa langkah manusia kepada jalan kebenaran dan mendekati harumnya syurga yang penuh kenikmatan. Cinta yg membawa kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat. Cinta yang tidak perlu pada konflik dalaman mahupun luaran.
Jadilah anak yang taat kepada ibu bapa,bukankah mereka yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan susah payah? Tunjukkanlah kepada mereka akhlak yang baik kerana setiap perilaku kita walau sekecil mana pun akan memberi kesan kepada mereka. Jadikan masa yang diluangkan bersama ibu dan bapa sebagai ibadat kerana Allah swt supaya dapat membalas budi dan jasa mereka. Ini melambangkan kita bersyukur dengan kurniaan Allah swt kerana memberi kita peluang bersama dengan keluarga.
Cinta yang sentiasa memberikan kita kekuatan dan ketenangan.Tentu anda semua sedia maklum cinta apakah yang dimaksudkan itu.. Iaitu cinta kepada Allah SWT Tuhan yang Maha Esa yang Menjadikan dan yang Mematikan.
2
OLEH : WAN FARHANA AZWANEE
I LOVE YOU & IMAN
Tidakkah kita kasihan kepada orang-orang yang tidak berpeluang mempunyai nikmat ini? Tidakkah kita cinta dan sayang kepada ibu bapa kita? Letakkanlah kecintaan itu semata-mata kerana Tuhan yang menjadikan mereka, yang juga menjadikan kita. Bersyukurlah dan jadilah anak soleh dan solehah yang selalu, bahkan setiap waktu mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa kita. Bukanlah cinta itu semata-mata kerana kekasih, tetapi cinta yang asalnya kerana Allah swt.
Sering diperkatakan… “ Aku cinta pada si dia kerana Allah..” Namun apakah ertinya cinta kerana Allah tersebut. Adakah ia hanya satu frasa biasa yang diungkapkan apabila meluahkan perasaan kasih dan sayang kita kepada seseorang. Atau terdapat pengertian yang lebih mendalam daripada ayat tersebut. Apakah erti sebenarnya ‘ I love you ’ ???
Ini baru sahaja cinta seorang anak kepada ibu bapanya. Bagaimana pula cinta seorang sahabat kepada sahabatnya? Cinta seorang Muslim kepada saudara Islamnya yang lain?Apa yang perlu dilakukan untuk menzahirkan perasaan cinta dan kasih tersebut? Tidakkah kita ingin sahabat-sahabat kita semuanya bersama-sama dengan kita mendapat redha Allah Taala? Dari Anas ra,dari Nabi S.A.W,beliau bersabda:”Tidaklah sempurna iman salah seorang di antara kamu sekalian sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri” (Riwayat Bukhari dan Muslim).Apa iktibar yang boleh kita ambil dari hadis ini? Saya tinggalkan untuk sahabat-sahabat sekalian berfikir tentangnya.
Rasulullah pernah bersabda, dari Abi Hamzah Anas bin Malik radiyallahu‘anh, khadam Rasulullah s.a.w. : “Tidak beriman seseorang daripada kamu hingga ia mencintai untuk sahabatnya apa yang ia cintai untuk dirinya”. ( Bukhari dan Muslim ) Hubungan cinta dengan Iman memang sesuatu yang sepatutnya tidak dipisahkan. Cinta atau kasih sayang terhadap sesorang Mu’min yang lain seharusnya dihubungi dengan Iman. Maka akan berkurangan iman kita kalau kurangnya cinta. Dan cinta yang dimaksudkan ialah yang didasarkan kepada agama bukan kepada perkemanusiaan semata-mata.
Erti tiada iman dalam hadith yang disebutkan di atas ialah tidak sempurna iman (bukan tiada iman) dari orang yang Saya ingin kembali pada Cinta yang sangat utama iaitu tidak cinta kepada saudaranya sebagaimana ia cinta pada Cinta pada Allah Taala yang Maha Pengasih. Saya suka dirinya sendiri. Seharusnya apa yang kita hajatkan untuk diri mengajukan pertanyaan pada diri & juga sahabat-saha- kita seharusnya dihajatkan kepada saudara kita jua. Dan bat...Siapakah sebenarnya Allah Taala pada kita??? Al- sememangnya hajat tersebut ialah untuk memperoleh kebailah yang telah menciptakan kita dengan indah dan cukup kan dan manfaat. Dan cinta tersebut bukanlah cinta kerana sempurna , ditambah pula dengan nikmat-nikmat yang tabiat kemanusiaan tetapi kerana roh keagamaan. Kerana tidak terhingga...apakah mudah sekali untuk kita meno- tabiat kemanusiaan sememangnya tidak suka melihat orang lak Allah, sering melupakan Allah...,membelakangkan lain mendapat kebaikan atau orang lain itu berbeza keadaan Allah dengan membesarkan cinta dunia yang fana ini? daripadanya. Apakah matlamat hidup kita sebenarnya? What is our purpose of life? Kita mudah menyebut kita cintakan Allah tetapi,bagaimana kita membuktikan Cinta kita pada Allah? Persoalan yang tidak penting untuk sahabat-sahabat memberikan jawapannya pada saya atau yang lain tetapi PENTING untuk menjawabnya bagi diri sahabatsahabat sendiri agar jelas sebenarnya hala tuju hidup kita yang singkat ini. “Apalah yang ada pada pusingan hidup ini melainkan seseorang itu mengharapkan redha Allah” Wallahu ta’ala a’lam Alfaqiirah ilallah
Imam Nawawi menerangkan bahawa kalau seseorang itu tidak cinta pada saudaranya sebagaimana ia cinta pada dirinya maka dia adalah seorang pendengki. Menurut Imam Ghazali pula, pendengki ini terdiri daripada 3 jenis dan ketahuilah ketiga-tiganya adalah haram bagi setiap muslim. 1. Bercita-cita supaya hilang terus nikmat orang lain dan berpindah nikmat itu kepadanya. 2. Bercita-cita supaya hilang nikmat tersebut sekalipun ia tidak mendapatnya. Kerana boleh jadi, dia telah mempunyai nikmat tersebut atau nikmat tersebut tidak disukainya. 3. Tidak bercita-cita hilang nikmat itu dari orang lain, tetapi dia tidak suka melihat orang itu lebih tinggi daripadanya. Sesungguhnya sesiapa yang tidak suka akan apa yang telah ditentukan Allah adalah melawan ketentuan dan kebijaksanaan Allah serta tidak ada perasaan insaf dan timbang rasanya atau kasih sayangnya. Oleh itu, untuk mempastikan perasaan cinta ini terus didasari jalan yang benar, ambillah hadith ini sebagai pedoman : “ Berzuhudlah pada dunia nescaya engkau dicintai Allah dan berzuhudlah pada apa yang ada di tangan manusia, agar engkau dicintai manusia ...”
3
BY MUHAMMAD AMINUDDIN
NUCLEAR MEDICINE Are the key organ systems working they way they should? Is brain activity normal? Is the digestive system working properly? Is chronic pain the result of a tiny bone fracture too small to detect? Nuclear Medicine answers these questions and more with the help of safe, short lived radioactive materials that move through the body and show how the organ systems are functioning. What is it? Nuclear Medicine is a safe and painless imaging technique used often to help physicians diagnose illness. It is a special branch of radiology that provides a picture of the body's systems in action. Nuclear scans or scintigraphy are especially helpful in finding and in some cases treating blockage, locating pockets of infection, identifying hidden fractures, visualizing tumors, and demonstrating changes in bones related to aging or overuse. The scans often locate disease very early in its process when there may be more success in treating it. How does Nuclear Medicine work? All nuclear medicine studies are conducted using a radioisotope and a sophisticated scanner or special nuclear medicine camera. A radioisotope is either swallowed or injected. A radioisotope is a radioactive material used in very small, safe doses. These materials have specific destinations and will congregate to cells and molecules, giving off a small amount of radiation while doing so. Over a period of time (sometimes instantly and sometimes over several hours), this small amount of radiation can be detected by a nuclear medicine camera and evaluated for the overall amount of collection and its intensity. The procedure provides valuable information that cannot be seen on x-ray. The camera or detector counts the activity, sending the counts to a computer which then transforms the counts to images on film. The small amount of radioactivity from the exam is completely gone from your body in 12-24 hours. When is it used? When there is difficulty identifying the cause of a disorder, Nuclear Medicine can frequently help provide answers. nuclear medicine scans can be used to help physicians locate a suspected fracture that does not show on x-ray film, to look for sites of infection that are unknown or related to unhealed wounds, to check the gallbladder function and, in some situations, evaluate the function of a thyroid gland. Another common use is full skeletal scans to evaluate the entire bone structure, generally as a follow-up to cancer treatment. (http://www.epicimaging.com/site/imaging/nuclear.asp) BONDS OF LOVE Why are you so sad And why is it so bad When some one leaves you behind Won’t you ever know Don’t you realize It’s just a part of life
When you fall in love With some one some time It’s smile with a broken heart Oh falling in love With Allah.... The bonds of love survive No mountain too high when there’s way
4
Come to Allah you’ll never fail The truth’s so close it shall prevail Allah, we belong to You and everything we do We do it all for You Allah, always by our side Guiding us to the light Everything shines bright No matter day or night
WEBSITE OF THE MONTH
The Quran Miracles Encyclopedia http://www.55a.net/firas/english/index.php
This website is a huge collection of scientific-based knowledge found in and explained by the Holy Koran, It covers quite a number of fields in our life such as history, universe, medicine, legislative, greatness of Allah and the list goes on. It also discusses current issues concerning about Islam and Muslims. I believe that the ultimate aim of the web developers is to spread dakwah among Muslims and non-Muslims. It is a good source towards understanding the teachings of our Holy Koran as the articles are well-written by qualified writers supported with reliable references. The website is written in 8 different languages; English, Arabic, Spanish, Persian, German, French, Russian and Italian. They plan to include Malaysian Language, Japanese and Chinese translations soon.
INI SEJARAH KITA Peristiwa Penting Sewaktu Pemerintahan Saidina Abu Bakar as-Siddiq - Diteruskannya pengiriman tentera Usamah yang pernah disiapkan Rasulullah sebelum kewafatannya - Perang melawan orang-orang yang murtad - Menangani para pembangkang yang tidak mahu membayar zakat - Perang terhadap Musailamah al-Kadzdzab - Pengumpulan al-Qur’an.
5
Israel Serang Rumah Anak Yatim ! Amerika Rancang Perang Saudara di Gaza ! HAMAS berikrar akan menuntut bela di atas pembunuhan kanakkanak Palestin. [Tajuk-tajuk berita dari PALESTINKINI.INFO]
Mereka sengsara demi agama dan tanahair. Apakah kita masih tidak mempedulikan suara mereka? Mari membantu mereka dengan kemampuan yang ada. Mereka memerlukan kita.
KITA & PALESTIN
.........................................................
6