BY: WAN FADHILAH BT WAN IBRAHIM ABU ZAR BIN ABU BAKAR NUR SYAKIRIN ZAKIRAH BINTI MOHD JAMIL
PENGENALAN
Czech Republic dikenali sebagai ‘heart of Europe’ kerana lokasinya yang terletak di tengah Eropah. Prague merupakan ibu negara dan bandar terbesar di Czech Republic. Brno pula merupakan bandar kedua terbesar. Bandar-bandar lain yang terkenal ialah Hradec Králové, Olomouc, Plzeň dan Ostrava. Prague ialah bandaraya yang terbaik dengan kemudahan yang sempurna.Prague merupakan bandar lama yang dipenuhi dengan bangunan yang dibina berdasarkan ‘classical architecture’. Hradec Králové pula terletak bersebelahan dengan Prague yang mana mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit dengan menaiki keretapi untuk ke sana dari Prague. Di Hradec Králové juga terdapat banyak bangunan bersejarah dengan rekabentuk klasik. Olomouc pula terletak di utara Sungai Moravia. Mengambil masa lebih kurang tiga jam dari Prague untuk ke sana. Di Olomouc terdapat Moravian Theatre,the Moravian Philharmonic Orchestra, dan beberapa muzium dan galeri. FIQH PERANTAU Islam adalah agama yang syumul , sejahtera, mudah dan boleh dipraktikkan di mana-mana sahaja berpandukan ruhksah-rukhsahnya. Waktu solat adalah berbeza-beza sepanjang tahun mengikut musim di Republik Czech. Walau bagaimanapun, waktu solat bagi setiap kawasan (Prague, Hradec Kralove, Olomouc) boleh didapati di laman web www.muslim.cz.* *Klik pada ruang “Časy Modliteb” disebelah kiri laman diikuti dengan pemilihan kawasan anda. Waktu solat juga boleh didapati dengan download satu program yang dinamakan Athan. (boleh dimuat turun di laman web cnet downloads) Pada musim sejuk, beza antara waktu solat sangat pendek (e.g: Zohor 12.00 pm, Asar 2.30 pm). Sekiranya kuliah melewati waktu solat, anda boleh keluar ketika ‘5 minutes break’ atau ‘gap’ antara kuliah untuk solat. Sekiranya waktu peperiksaan, jamak sahaja (tidak qasar) adalah dibenarkan bagi situasi begini.
Anda juga akan berhadapan dengan “long journey flight”. Apabila anda bergerak ke arah Barat, anda akan mendapati masa semakin lewat dan sebaliknya. Anda perlu solat mengikut waktu solat Negara yang
sedang anda lalui. Sekiranya kemudahan ruang solat tidak disediakan, anda boleh solat secara duduk. Sekiranya anda solat dengan wudhu’, maka solat itu tidak perlu diqada’kan lagi. Bagi memudahkan urusan solat sepanjang anda berada di luar Negara, biasakanlah diri membawa kompas kiblat ke mana sahaja anda pergi. Anda tidak perlu berkain pelekat atau bertelekung untuk solat, memadailah pakaian yang menutup aurat dan alas yang bersih untuk solat. MAKANAN Buat pengetahuan adik-adik, agama Islam merupakan agama minoriti di Republik Czech. Oleh hal yang demikian, jumlah kedai atau restoran milik orang Islam amatlah sedikit. Walau bagaimanapun, beras, ayam dan daging halal semuanya boleh didapati sama ada di pasaraya-pasaraya atau pun kedai milik peniaga Muslim. Jika anda mencari tanda “HALAL”, ianya memang sukar didapati. Namun, tanda “Suitable for vegetarian” ialah alternative utama untuk memudahkan anda mencari makanan halal. Terdapat pelbagai Emulsifier (e.g: E471) yang dibuat daripada khinzir atau binatang yang diragui cara sembelihannya. Untuk rujukan, bersama-sama ini disertakan senarai Emulsifier haram yang dikeluarkan oleh JAKIM. Tips: Simpan senarai E-code ini di dalam dompet untuk memudahkan urusan beli-belah anda. Makanan di Czech Republic boleh dianggap murah tidak kira di Prague, Hradec Králové dan Olomouc. Tetapi sudah pastilah di Olomouc adalah yang termurah. Di sini tiada restoran makanan Malaysia. Jika anda ingin menikmati makanan Malaysia, memang kena masak sendiri. Jadi sementara di Malaysia ni belajarlah memasak ye! Bagi pelajar bukanIislam, anda boleh makan di mana-mana sahaja di Czech Republic ni kerana terdapat banyak restaurant yang harganya sekitar 100-150kc untuk satu hidangan (lunch dan dinner, breakfast selalunya lebih murah). PRAGUE Untuk muslim di Prague terdapat 5 restoran halal iaitu: 1. Picadilly 2. Istambul Kebab 1 dan 2
3. Pakistan Restaurant 4. Ches Amis 5. Satu kantin di masjid di Cerny Most Picadilly dan Ches Amis adalah restoran terbaik. Kedua-duanya menjual makanan segera, pizza dan nasi. Picadilly adalah Restoran Morocco manakala Ches Amis adalah Restoran Algerian. Anda dapat merasai pelbagai jenis menu Arab yang mana anda tidak dapat merasainya di Malaysia. Istanbul Kebab juga adalah tempat terbaik untuk menjamu selera. Di sini anda dapat merasai kebab
daging. Pakistan Restaurant pula untuk mereka yang mengidam untuk makan nasi briyani di Czech. Harganya lebih kurang 180kc. Menu nasi di restoran lain adalah dalam 120kc per menu. Kantin di masjid pula hanya dibuka pada hari Jumaat sewaktu solat Jumaat. Untuk mendapatkan daging dan ayam halal bagi yang ingin memasak, anda boleh dapatkannya di: 1. Farah halal 2. Abdullah shop Farah Halal adalah kedai yang terkenal di kalangan pelajar Malaysia bukan sahaja di Prague tapi juga di Hradec dan Olomouc kerana di sini pelajar boleh mendapatkan ayam dan daging halal. Di Hradec dan Olomouc tiada kedai yang menjual daging halal. Farah Halal terletak di Narodni Trida, berdekatan pusat bandar. Harga barang-barang halal ini agak berpatutan walaupum harganya tidaklah semurah di Malaysia dan Ireland. Satu kilo ayam lebih kurang 60kc manakala daging pula satu kilo lebih kurang 160kc. Di sini juga anda boleh dapatkan sosej halal yang hanya ada di Prague. Harganya lebih kurang 85kc. Di sini juga terdapat pelbagai jenis rempah seperti rempah kebab, kari, dan kadangkala ada cili kering. Satu yang paling istimewa di Prague yang mana tiada di Hradec dan Olomouc ialah di sini terdapat The Asian Market dan Vietnamese Market. Di situ macam-macam ada..... Barang-barang yang boleh didapati di sini ialah: 1. Tempe 2. Budu 3. Cempedak 4. Serai 5. Daun pandan 6. Ikan kering dan ikan masin 7. Barang-barang sejuk beku 8. Periuk kukus dan batu lesung Dan pelbagai barangan Asia yang lain. Harganya agak mahal tetapi boleh dikatakan ‘reasonable’ kerana bukan senang untuk import dan bukan senang untuk kita dapatkan barang-barang Asia di sini. Selain di sini, altenatif lain adalah di Tesco, Albert, Billa dan Delvita ada terdapat Asian Part. Di sini terdapat pelbagai sos dari Asia (esp. from Thailand).
Abdullah Shop pula mempunyai tiga cawangan iaitu di pusat bandar dan juga di Cerny Most.
Senang cerita, tentang makanan usah gusar usah risau. Anda takkan mati kelaparan….. tapi makin gemuk… HRADEC KRALOVE Makanan halal di Hradec agak susah untuk diperolehi kerana tiada banyak kedai makanan halal. Selalunya pelajar Hradec gemar ke stall kebab turki yang ayamnya halal bernama Alanya Doner Kebab. Selain itu Doner Kebab halal juga boleh didapati di sebuah kafetaria berdekatan hospital. Bagi ayam halal pula, boleh didapati di Tesco, Albert dan juga di Kubic kat Hvezda. Tapi selalunya stok ayam yang berterusan hanyalah di Tesco. OLOMOUC Seperti di Hradec Kralove, makanan halal di Olomouc juga tidak banyak. Di sini terdapat kebab halal iaitu Doner Kebab yang boleh didapati di Centrum. Bagi ayam halal pula, boleh dibeli dengan harga lebih kurang 64kc sekilo. Boleh didapati di Tesco, Albert, Billa dan Olympia. SHOPPING PRAGUE Prague merupakan syurga membeli belah. Walaupun pada hujung minggu, kedai-kedai di sini tetap dibuka. Antara tempat yang seronok untuk membeli belah ialah di Palladium dan Letnany. Kedua-dua tempat ini merupakan pusat membeli belah yang besar di Prague. Selain di Palladium dan Letnany, anda juga boleh membeli belah di Tesco, Albert, Billa dan banyak lagi supermarket dan kedai-kedai kecil. Selain itu di Old Town Square dan Vaclavske Namesti juga merupakan tempat yang seronok untuk membeli belah. HRADEC KRALOVE Di Hradec Kralove pula, terdapat satu shopping complex yang dinamakan Futurum. Futurum adalah tempat yang seronok untuk membeli belah di Hradec kerana terdapat pelbagai kedai dalam satu bumbung. Selain di Futurum, anda juga boleh membeli belah di Tesco dan Albert. Selalunya barang dapur dibeli di sini. OLOMOUC Olomouc merupakan syurga membeli belah pakaian. Banyak pakaian yang murah dan cantik terdapat di Olomouc. Tempat membeli belah di Olomouc adalah di Tesco,Billa, Olympia, Globus, dan di Centrum. Barang-barang di Olomouc juga agak murah jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain.
BAGASI Peraturan setiap syarikat penerbangan adalah berlainan dan berubah mengikut masa. Anda haruslah peka dengan menyemak laman web syarikat berkenaan. (www.malaysiaairlines.com) Perjalanan anda ke Republik Czech mempunyai ‘connecting flight’ kerana tiada penerbangan terus KULPRA. Anda perlu peka tentang peraturan bagasi tangan dan sekuriti yang ditetapkan di lapangan terbang tersebut. Untuk pengetahuan, had bagasi ‘check-in’ bagi MAS ialah 20 kg. Had bagasi tangan ialah 5 kg. Bahan cecair dalam bagasi tangan hendaklah tidak melebihi 100 ml bagi setiap satu dan mestilah dimuatkan di dalam ‘resealable bag’.
AGAMA Sebenarnya, 70% warga Czech merupakan Atheist dan jumlah yang lainnya adalah Muslim dan Christian. Terdapat juga orang beragama Buddha dan Hindu. Untuk Muslim, di Prague terdapat 3 buah masjid. 2 daripadanya terletak di pusat bandar dan satu lagi di luar bandar iaitu lebih kurang 30 minit dari bandar. Masjid yang terbesar adalah masjid di Cerny Most. Di sini juga ada ramai komuniti Muslim. Alhamdulillah kita ada Coordinator of Muslim Union yang menghubungkan CZEMSA dengan Muslim Student Union in Czech Republic. Jadi, insyaALLAH hal-hal agama takkan menjadi masalah.
Untuk penganut agama Kristian, Gereja di sini banyak walaupun kebanyakan dari warga Czech merupakan Atheist, tetapi ini tidak menjadi masalah. KEWANGAN DAN BANK Jumlah biasiswa yang diperoleh oleh pelajar di Prague adalah 800 Euro kerana taraf hidup di Prague yang agak tinggi manakala di Hradec dan Olomouc pula adalah sebanyak 700 Euro. Apabila tiba di sini, anda perlu ke bank untuk membuka akaun bagi memudahkan urusan penerimaan biasiswa. Kebanyakan pelajar di sini membuka akaun di bank CSOB dan juga KB bank. Akaun yang dibuka adalah akaun dalam matawang Euro kerana biasiswa yang diperoleh adalah dalam Euro. Tetapi jika anda mahu membuka akaun dalam matawang Czech, anda boleh membuka dua akaun. Satu dalam Euro dan satu lagi dalam Czech Koruna. Matawang di Czech Republic dinamakan Koruna.1 Euro adalah lebih kurang bersamaan 22-24kc manakala RM 1 = 5-6 kc. Kebanyakan senior di Prague menukar wang di pengurup wang di Opletalova Street berdekatan dengan Central Mosque. Pengurup wang di sini adalah orang Algeria Muslim di mana beliau tidak mengenakan sebarang komisen dan rate yang ditawarkan juga tinggi jika dibandingkan dengan pengurup wang di tempat lain. Manakala di Hradec pula, senior-senior menukar wang di Futurum dan juga di Centrum.
Dari segi perbelanjaan pula, jangan risau, jumlah wang yang diberikan JPA dan MARA sangat-sangatlah mencukupi. Walaupun selepas membayar sewa rumah dan semua bil, jika anda betul-betul berjimat, anda masih boleh menyimpan 300-400 Euro sebulan. Jika anda belajar di Hradec dan Olomouc, lagi banyak jumlah yang boleh disimpan.
ELECTRICITY Di Czech Republic, current dan voltage yang digunakan di sini adalah sama dengan di Malaysia. Jadi, anda tidak perlu membeli ‘power converter (transformers)’. Tetapi di sini, plug yang digunakan ialah Standard Europe Plug. Jadi, anda haruslah membeli adaptor untuk barang-barang elektrik yang dibawa dari tanah air kita, Malaysia. Ingin diingatkan di sini, anda haruslah membawa sekurang-kurangnya 2 adaptor kerana susah untuk mendapat adaptor walaupun di Prague. Bercakap tentang alatan elektrik, di sini disenaraikan alatan yang perlu anda bawa: 1. Rice cooker (di sini susah untuk dapat rice cooker dan harganya mahal) 2. Handphone + charger 3. Laptop 4. Camera PANGGILAN DAN KOMUNIKASI Handphone dari Malaysia boleh digunakan di Czech Republic kerana mempunyai GSM frekuensi yang sama. Jika anda berfikir untuk membeli telefon bimbit di Czech, nasihat kami ialah belilah di Malaysia kerana harga telefon bimbit di Czech agak mahal jika dibandingkan dengan Malaysia. VODAFONE Di Czech Republic, terdapat 3 rangkaian telefon iaitu Vodafone, T Mobile dan O2. Kebanyakan senior di sini menggunakan Vodafone. Untuk Vodafone, harga sim packnya adalah 200kc dan anda akan mendapat credit 200kc. Berikut adalah rate untuk Vodafone Wild Card: Vodafone Wild Card prepaid service Calls within Vodafone network
2.98 CZK/min
Calls to other networks in CR
7.14 CZK/min
SMS to mobile networks in CR
2.38 CZK
Terdapat juga Postpaid dan kadarnya adalah berdasarkan pakej yang dilanggan. Sebarang maklumat lanjut sila rujuk laman web: http://eshop.vodafone.cz/tariff.htm?lang=en T-MOBILE Untuk T-mobile pula, prepaid pack dikenali sebagai Twist. Kadar panggilan dan sms adalah berdasarkan pakej yang anda pilih. JENIS PAKEJ Twist Start
TARIF Panggilan ke semua rangkaian mudah alih di CR = 5.90KC
Twist ProSMS Twist Týden
SMS = 2.90KC Panggilan ke semua rangkaian mudah alih di CR = 6.90KC Panggilan ke T-Mobile CZ network dan talian tetap= 3.50KC Panggilan ke rangkaian mudah alih lain di CR= 5.90KC SMS = 1.90KC Mingguan = 19KC
O2 Sistem rangkaian mudah alih O2 ini samalah seperti T-mobile yang mempunyai pelbagai pakej. Antara pakej yang ditawarkan ialah: O2 Fajn
Panggilan ke semua rangkaian mudah alih di CR = 5.50KC/min SMS = CZK 3.20
O2 TXT
Panggilan dari 5.90 KC/min SMS ke O2= 2.00KC SMS ke rangkaian mudah alih lain = 1.40 KC
O2 MIX
Panggilan ke semua rangkaian mudah alih di CR dari 3.60KC/min SMS = 1.40KC
SHIPPING DAN POS Jika anda mahu keluarga anda di Malaysia pos barang-barang dari Malaysia ke Czech Republic, berikut disenaraikan ‘rate’ untuk shipping dan pos bagi sesetengah syarikat pos: -POS MALAYSIA (SHIPPING) •
<1 KG = RM 24.50
•
<3 KG = RM 34.90
•
<5 KG = RM 46.50
•
<10 KG = RM 65.30
-POS LAJU •
First 250 gram = RM 32.20
•
Setiap pertambahan 250 gram = RM 9.50
Selalunya jika anda pos laju harganya agak mahal tetapi cepat sampai. Jika shipping harganya sangatlah murah tetapi mengambil masa lebih kurang sebulan lebih. Sebarang maklumat lanjut silalah rujuk di website: http://www.pos.com.my Jika anda ingin pos melalui DHL dan Fedex, harganya sangatlah mahal. Untuk kotak 10kg Fedex harganya lebih dari RM500. Jadi untuk penjimatan, poslah menggunakan Pos Malaysia, jimat dan selamat. PENGANGKUTAN Berada di bumi Czech ini memang mudah untuk ke mana-mana pun kerana sistem pengangkutannya yang sangat efisien. Sistem pengangkutan di sini meluas dan menepati masa. Jadi, usah risau untuk ke mana-mana. Jika anda mahu bergerak dari satu wilayah ke wilayah lain contohnya dari Prague ke Hradec (dalam erti kata yang mudah>>perjalanan jarak jauh) anda bolehlah menggunakan keretapi ataupun bas. Harganya sangatlah berpatutan. Untuk maklumat lanjut rujuklah laman web: www.idos.cz
PRAGUE Di prague terdapat 3 jenis pengangkutan utama iaitu bas, metro dan tram. Setiap pengangkutan awam ini mempunyai laluannya yang tersendiri. Untuk menaiki pengangkutan awam ini, anda haruslah mempunyai tiket. Bagi pelajar, anda boleh membuat kad pengangkutan bagi pelajar yang berharga 720kc untuk 3 bulan. Dengan kad ini anda boleh menggunakan ketiga-tiga pengangkutan ini dalam tempoh sah laku kad tersebut. Selain itu, terdapat juga teksi tetapi seperti di Kuala Lumpur mahupun Pulau Pinang teksinya menggunakan meter dan harganya agak mahal jika hendak dibandingkan dengan pengangkutan awam lain. Diingatkan di sini anda tidak boleh menggunakan kad pengangkutan untuk menaiki teksi. HRADEC KRALOVE Di Hradec pula, terdapat bas dan tram. Tambangnya adalah 14kc untuk sekali naik. Selalunya pelajar akan membuat kad pengangkutan kerana lebih murah dan mudah. Harganya adalah dalam 1200kc untuk 10 bulan. Apa yang menariknya di Hradec Kralove ialah di sini terdapat lorong khas untuk basikal. Sangatlah selamat jika anda berbasikal di Hradec. Jadi kepada sesiapa yang minat berbasikal dan ingin bersenam ke kuliah bolehlah menaiki basikal jika dekat. Cepat dan jimat. OLOMOUC Di Olomouc pula, pengangkutan awam yang ada adalah bas dan tram menjadikan pergerakkan anda dari satu tempat ke satu tempat akan lebih mudah.Tambangnya adalah 50kc untuk 24 jam. Untuk kad pengangkutan pula, harganya adalah 300kc untuk 3 bulan. BUKU DAN BAHAN RUJUKAN Menjadi pelajar, sudah tentulah hidup kita tidak dapat dipisahkan dengan buku. Untuk pembelajaran di Czech ini, anda bukan sahaja akan menggunakan buku tetapi turut menggunakan lecture slide dan internet. Berikut disenaraikan sedikit sebanya buku-buku penting yang digunakan di sini. Jangan risau, anda akan mendapat senarai penuh dari pihak universiti anda sendiri kelak. Ketiga-tiga universiti di sini menggunakan buku yang sama. Bezanya cuma pada selera individu itu sendiri.
ANATOMY Color Atlas of Human Anatomy Vol 1: Locomotor System: Locomotor System by Werner Platzer, W Kahle ISBN: 1588901599 Publisher: Thieme Medical Publishers
Color Atlas and Textbook of Human Anatomy Volume 2: Internal Organs by Helga Fritsch~Wolfgang Kuehnel ISBN: 1588900975 Publisher: Thieme Medical Publishers Color Atlas and Textbook of Human Anatomy Volume 3: Nervous System and Sensory Organs by W. Kahle, H. Leonhardt, Werner Platzer, E. Palmer ISBN: 0815149662 Publisher: Thieme Medical Publishers Gray's Anatomy for Students by Richard L Drake, Wayne Vogl, PhD, Adam W M Mitchell ISBN: 0443066124 Publisher: Churchill Livingstone Clinical Neuroanatomy by Richard S Snell ISBN: 0781759935 Publisher: Lippincott Williams & Wilkins Clinical Anatomy by Systems by Richard S Snell ISBN: 0781791642 Publisher: Lippincott Williams & Wilkins
HISTOLOGY AND EMBRYOLOGY Basic Histology (11th Edition) by Jose Carneiro M.D., Louis Junqueira M.D., ISBN: 0071440917 Publisher: McGraw-Hill DiFiore's Atlas of Histology With Functional Correlations Victor P. Eroschenko 0781750210
Lippincott Williams & Wilkins Color Atlas of Cytology, Histology, Microscopic Anatomy By Wolfgang Kuehnel Publisher: Thieme Medical Publishers Langman's Medical Embryology Jan Langman, T.W. Sadler Publisher: Lippincott Williams & Wilkins ISBN-10: 0781794854
Before We Are Born Keith L. Moore, Mark G. Torchia, T.V.N. Persaud ISBN: 1416037055 PUBLISHER: W B Saunders Co
APA PERLU DIBAWA? Untuk pengetahuan adik-adik semua, sesetengah barang yang biasanya kita guna di Malaysia, ada terdapat di Czech cuma mungkin jenama dan jenis yang berlainan sedikit. Seperti yang telah diberitahu dalam bahagian makanan, jika anda mencari barangan makanan Asia, anda bolehlah ke Asian Market di Prague. Jadi untuk makanan anda tidak perlu risau. Tentang barang elektrik pula, bawalah seperti mana yang telah disenaraikan di bahagian elektrik seperti periuk nasi, charger, adaptor dan lain-lain lagi Cuma, disini disenaraikan sedikit barang-barang yang dirasakan perlu dibawa iaitu: 1. Al-Quran dan kain sembahyang (untuk muslim) 2. Baju kebangsaan seperti baju kurung, baju melayu, cheongsam, sari dan lain-lain 3. Kepada pengguna kanta lekap (contact lens), jika boleh bawalah stok untuk setahun kerana ‘contact lens’ di sini sangat mahal. Bagitu juga kepada mereka yang memakai cermin mata, bawalah extra. 4. Disebabkan kita bakal beraya di Czech, maka bawalah sedikit sebanyak makanan untuk raya seperti kuih raya, serunding, dan mana dirasakan perlu.
CONTACT WAKIL DARI SETIAP UNIVERSITI PRAGUE Mohd Yaqzan bin Mohd Arsad
[email protected] +420 776 207 926 Alia binti Abdul Rashid
[email protected] +420 776 726 766 Muhammad Arif bin Khairudin
[email protected] +420 776 174 096
HRADEC KRALOVE Nur Nabilah binti Ahmad Puzi
[email protected] +420 776 593 008 Shiraaj bin Mohd Rasul@Zainul Abiddin
[email protected] +420 776 647 291 OLOMOUC Khairul Anam bin Mansor
[email protected] +420 608 243 587 Md Najmi bin Md Nasir
[email protected] +420 608 244 527
LAMPIRAN