INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL INOVASI LOMPAT-LOMPAT GIMNASTIK
DIANJURKAN OLEH: TUAN MUHAMMAD HARIZ ISKANDAR AHMAD FADHIL JOSHUA TAN
TEMPAT DEWAN SERBAGUNA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK 71760 BANDAR ENSTEK NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
1
1. PENGENALAN Permainan Lompat-lompat Gimnastik merupakan permainan yang diinovasikan daripada permainan _________ dan gimnastik. Permainan _________ adalah sejenis permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak pada masa lapang. Pemainpemain dalam kumpulan berusaha untuk melompat melepasi “halangan” yang dibentuk oleh kumpulan lawan menggunakan bahagian badan, iaitu dengan tangan atau kaki. Kumpulan yang berjaya melepasi “halangan” yang tertinggi dikira menang. Permainan ini telah diadaptasi dan diggunakan untuk mengajar gimastik dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah. Pelajar akan memperoleh dan melatih kemahiran lompatan masing-masing menerusi permainan tradisional yang menarik dan menyeronokkan ini. 2. OBJEKTIF 2.1 Mewujudkan suasana permainan yang menyeronokkan. 2.2 Meningkatkan kemahiran motor kasar murid. 2.3 Mengangkat martabat permainan tradisional agar tidak ditelan zaman. 2.4 Melatih murid tentang kemahiran asas gimnastik dengan cara yang seronok.
3. KUMPULAN SASARAN Pelajar kelas elektif teras Pendidikan Jasmani ambilan Jun 2016 yang terdiri daripada 23 orang. 4. TARIKH KARNIVAL KIDBALL 7 Februari 2018 (Rabu) 5. TEMPAT Dewan Serbaguna, IPG Kampus Pendidikan Teknik 6. AHLI JAWATANKUASA KERJA Pengadil
: Tuan Muhammad Hariz Iskandar Ahmad Fadhil Joshua Tan
7. PELAKSANAAN PERMAINAN Sistem pertandingan yang kami dipraktikkan ialah sistem pertandingan kalah mati. Sistem kalah mati yang kami gunakan ialah dua kumpulan akan bermain pada satu masa di mana satu kumpulan terdiri daripada 6 atau 7 ahli. Pasukan yang teratas dengan mengumpul jumlah mata ataupun aras yang paling tinggi dikira pemenang.
2
8. PERATURAN PERMAINAN 8.1 Masa permainan yang diberikan ialah 15 minit. 8.2 Pelompat tidak boleh keluar dari kawasan permainan. Jika melanggar peraturan pelompat akan dikeluarkan serta merta. 8.3 Untuk menetukan ahli kumpulan, kebiasaannya kaedah lai lai li tam plom akan digunakan dan ketua kumpulan akan menggunakan kaedah ow som untuk menentukan kumpulan mana yang akan memulakan permainan. 8.4 Ketua akan memulakan permainan, diikuti anak-anak buahnya. Jika salah seorang anak buahnya melanggar giliran, kesemua ahli pasukan termasuk ketua akan mati dan pasukan lawan pula akan bermain. 8.5 Pada permulaan permainan ini, tangan diletakkan pada paras tapak kaki. Kesemua pemain tidak boleh menyentuh tangan. Jika tidak, pemain itu akan mati. 8.6 Kemudian, tangan akan ditambah satu persatu mengikut tahap. Pelompat perlu melompat tanpa menyentuh tangan dan diikuti oleh pemain lain dalam kumpulan yang sama. 8.7 Seterusnya, untuk mendapatkan kelebihan, iaitu untuk menggunakan springboard, semua pemain didalam satu kumpulan tersebut harus melepasi tahap bonus iaitu gelung tangan. Gelung tangan akan ada pada tahap 6. Namun, paras ini boleh ditinggalkan dengan persetujuan kedua-dua pasukan. Setiap lompatan, anggota badan tidak boleh menyentuh badan. 8.8 Seterusnya, pemenang akan dikira melalui tahap yang tertinggi yang boleh dicapai oleh salah seorang ahlinya. 8.9 Seterusnya, setiap pemain akan melompat pada paras pinggang sambil menutup mata. Jika ada pemain yang mati pada paras yang sebelum ini, pemain itu boleh dihidupkan kembali jika pemain lain tolong membuat satu lompatan lengkap untuknya (bilangan mengikut persetujuan kedua dua pasukan). Merupakan penamat kepada pusingan pertama permainan.
9. PELAN LANTAI Kumpulan Penghalang
Kumpulan Pelompat
Zon Halangan
Tilam 3
10. PENUTUP Permainan ini amat sesuai dengan peringkat kanak-kanak dan mampu menyediakan sesuatu suasana pembelajaran yang mencabar. Penggabungjalinan permainan dengan elemen gimnastik iaitu dengan menggunakan tilam dan papan loncatan dapat membantu murid semasa bermain. Selain itu, permainan juga akan mampu mengurangkan kecedaraan yang mampu terjadi dalam permainan tradisional yang sebenar. Secara keseluruhannya, permainan ini amat berkesan dan sesuai dimainkan oleh kanak-kanak dan golongan pelbagai umur.
Disediakan oleh ;
Setiausaha Permainan jadi-jadi
Disemak Oleh ;
Presiden Kelab jadi-jadi
Disahkan oleh ;
Penaung Kelab Jadi-jadi
4