Asas Penyelidikan (1).pdf

  • Uploaded by: hariz iskandar
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asas Penyelidikan (1).pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 8,655
  • Pages: 44
i

PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN MEKANIKAL DI UTHM

MOHD HAFEEZ AL-AMIN BIN ADUL WAHAB

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JUN 2013

v

ABSTRAK

Kemahiran Keusahawanan merupakan antara kemahiran penting dalam kemahiran insaniah (soft skills) yang harus dimiliki oleh pelajar-pelajar sama ada dari peringkat pengajian rendah atau peringkat pengajian tinggi. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti sejauhmana penerapan kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap penerapan, kesedaran dan penguasaan kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM. Responden kajian terdiri daripada 234 orang pelajar yang merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal di UTHM. Kaedah pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik dan data yang dikumpulkan telah di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 16.0 dengan mengambil kira nilai skor min dan peratusan. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap penerapan elemen kemahiran keusahawanan adalah sederhana dengan skor min keseluruhan 2.5956 dan tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran keusahawanan juga sederhana dengan skor min keseluruhan 2.5230 serta tahap penguasaan pelajar juga adalah sederhana dengan skor min keseluruhan 2.4934. Secara keseluruhannya tahap penerapan, kesedaran dan penguasaan elemen keusahawanan dalam kalangan pelajar adalah di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, tahap penerapan, kesedaran dan penguasaan elemen kemahiran keusahawanan boleh ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi lagi dengan memberi lebih penekanan terhadap kemahiran keusahawanan bagi mewujudkan kesedaran dan penguasaan yang tinggi dalam kalangan pelajar.

vi

ABSTRACT

Entrepreneurship skills are some of the important skills in soft skills to be owned by students either from the low education or higher education level. This study was intended to determine how far the adoption of entrepreneurship skills through teaching and learning activities among the students of mechanical engineering at the UTHM. The objective of the study is to identify the level of adoption, the awareness and the mastery entrepreneurship skills through teaching and learning activities among the students of mechanical engineering at the UTHM. Respondents consisted of 234 students, which are the final year students of bachelor degree in mechanical engineering at the UTHM. The method of data collection is carried out by using the questionnaire instruments and the collected data was analyzed by using the Statistical Package Social Science (SPSS) software version 16.0 taking into account the mean score and percentage. The results of the study found that the level adoption of elements of entrepreneurship skills is medium with an overall mean score 2.5956 and the level of students' awareness of the application of elements of entrepreneurship skills is also medium with the overall mean score 2.5230 as well as the level of mastery of the student is also a medium with an overall mean score 2.4934. The overall level of adoption, awareness and mastery entrepreneurship skills element among the students is in medium level. However, the level adoption, awareness and mastery entrepreneurial skills element could be upgraded to higher level by giving more emphasis on entrepreneurship skills in order to create high awareness and mastery entrepreneurship skills among the students.

vii

KANDUNGAN

TAJUK

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

BAB 1

x

SENARAI RAJAH

xiii

SENARAI LAMPIRAN

xiv

PENDAHULUAN

1

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar belakang masalah

4

1.3

Penyataan masalah

8

1.4

Tujuan kajian

8

1.5

Objektif kajian

9

1.6

Persoalan kajian

9

1.7

Kepentingan kajian

9

1.8

Skop kajian

11

1.9

Batasan kajian

11

1.10

Kerangka teori

12

1.11

Kerangka konsep

14

1.12

Definisi istilah

15

1.13

Rumusan

17

viii BAB 2

KAJIAN LITERATUR

18

2.1

Teori keusahawanan

18

2.1.1

Pendekatan ekonomi

18

2.1.2

Pendekatan sosiologi

20

2.1.3

Pendekatan psikologi

21

2.1.4

Pendekatan islam

23

2.2

Usahawan

24

2.3

Keusahawanan

25

2.4

Kemahiran insaniah

26

2.5

Kepentingan kemahiran insaniah

27

2.6

Kemahiran keusahawanan

29

2.7

Kepentingan kemahiran keusahawanan

31

2.8

Penerapan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar

2.9

Kesedaran kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar

2.10

BAB 3

33

37

Penguasaan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar

39

2.11

Pendidikan keusahawanan

42

2.12

Rumusan

45

METODOLOGI

46

3.1

Pengenalan

46

3.2

Reka bentuk kajian

46

3.3

Populasi dan sampel kajian

47

3.4

Lokasi kajian

48

3.5

Instrumen Kajian

48

3.6

Borang soal selidik

49

3.7

Kerangka operasi

51

3.8

Kesahan dan kebolehpercayaan

53

3.9

Analisis kajian

54

3.10

Rumusan

56

ix BAB 4

ANALISIS DAPATAN KAJIAN

57

4.1

Pengenalan

57

4.2

Analisis kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik

57

4.3

Demografi responden

59

4.3.1

Taburan responden berdasarkan bangsa

59

4.3.2

Taburan responden berdasarkan peringkat umur

60

4.3.3

Taburan responden berdasarkan jantina

60

4. 4

4.5 BAB 5

Dapatan kajian

61

4.4.1

Analisis kaji selidik

61

4.4.2

Persoalan kajian 1

62

4.4.3

Persoalan kajian 2

69

4.4.4

Persoalan kajian 3

75

4.4.5

Dapatan keseluruhan

82

Rumusan

83

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

84

5.1

Pengenalan

84

5.2

Perbincangan dapatan kajian

85

5.2.1

Penerapan elemen kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

5.2.2

85

Kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

5.2.3

88

Persepsi pelajar terhadap tahap penguasaan elemen kemahiran keusahawanan yang diterapkan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

90

5.3

Kesimpulan

93

5.4

Cadangan

95

5.5

Cadangan kajian lanjutan

98

5.6

Penutup

98

RUJUKAN

100

LAMPIRAN

109

x

SENARAI JADUAL

3.1

Bahagian-bahagian dalam set soal selidik

50

3.2

Skala Likert

50

3.3

Pecahan-pecahan item mengikut elemen kemahiran keusahawanan

54

3.4

Analisis Skala Likert

55

4.1

Nilai Alpha Cronbach bagi setiap bahagian soal selidik

58

4.2

Taburan responden berdasarkan bangsa

59

4.3

Taburan responden berdasarkan peringkat umur

60

4.4

Taburan responden berdasarkan jantina

60

4.5

Julat skor min dan tafsiran

62

4.6

Min dan tahap penerapan elemen kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.7

63

Min dan tahap penerapan elemen kebolehan merangka perancangan perniagaan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.8

64

Min dan tahap penerapan elemen kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.9

66

Min dan tahap penerapan elemen kebolehan untuk bekerja sendiri menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.10

67

Min keseluruhan dan tahap penerapan elemen kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.11

Min dan tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan

68

xi menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran 4.12

70

Min dan tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kebolehan merangka perancangan perniagaan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.13

71

Min dan tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.14

72

Min dan tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kebolehan untuk bekerja sendirimenerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.15

74

Dapatan keseluruhan min dan tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.16

75

Min dan tahap penguasaanpelajar terhadap elemen kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.17

76

Min dan tahap penguasaan pelajar terhadap penerapan elemen kebolehan merangka perancangan perniagaan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.18

78

Min dan tahap penguasaan pelajar terhadap penerapan elemen kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang dan pekerjaan perniagaanmenerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.19

79

Min dan tahap penguasaan pelajar terhadap penerapan elemen kebolehan untuk bekerja sendirimenerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.20

80

Dapatan keseluruhan min dan tahap penguasaan pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

82

xii 4.21

Min dan tahap bagi keseluruhan dapatan kajian

82

xiii

SENARAI RAJAH

1.1

Kerangka teori

13

1.2

Kerangka konsep

15

3.1

Kerangka operasi

52

xiv

SENARAI LAMPIRAN

A

Jadual penentuan saiz sampel (Morgan Table)

B

Surat kebenaran menjalankan kajian

C

Borang soal selidik

D

Kesahan instrumen kajian (Pengesahan pakar)

E

Kebolehpercayaan instrumen kajian (Keputusan kajian rintis)

F

Analisis dapatan kajian (Persoalan kajian 1)

G

Analisis dapatan kajian (Persoalan kajian 2)

H

Analisis dapatan kajian (Persoalan kajian 3)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai reformasi sejak zaman selepas merdeka sehingga kini. Perubahan ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk memperbaiki sistem pendidikan sedia ada supaya sesuai dan selari dengan keperluan semasa di samping meningkatkan kualiti dan produktiviti di Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan menyediakan pendidikan di negara ini bertaraf dunia (Yusoff, et. al 1999). Pendidikan merupakan industri berjuta ringgit dan ianya amat penting bagi memajukan sesebuah negara. Ianya menentukan masa hadapan negara terutamanya pendidikan kejuruteraan atau teknikal apabila negara tersebut ingin menjadi negara maju berlandaskan perindustrian seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020 (Abd. Aziz dan Muhammad, 2007). Malaysia kini berada pada peringkat pertengahan ke arah mencapai Wawasan 2020. Pada tahun 2006, Rancangan Malaysia kesembilan (RMke-9) telah dilancarkan. Antara agenda RMK ke-9 termasuk merangka strategi untuk membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian generasi kedua (MPPB2) dalam usaha membangunkan usahawan yang berdaya saing, berdaya tahan dan mantap (Othman et

2 al,. 2009). Pendidikan keusahawanan di Malaysia dilaksanakan sebagai salah satu strategi melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP Ke-3) dengan tujuan untuk menambah bilangan sumber manusia mahir, berkebolehan membangunkan inovasi dan teknologi, dan menggalakkan perniagaan bagi mencapai matlamat masyarakat perdagangan dan perindustrian menjelang tahun 2020 (Buang dan Mohd Yasin, 2008). Isu keusahawanan telah mula berkembang di Malaysia selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. Matlamat DEB adalah untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan, serta mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia supaya ketidakseimbangan ekonomi dapat diperbetulkan. Salah satu strategi penting untuk mencapai matlamat DEB adalah mewujudkan satu masyarakat perdagangan dan perusahaan bumiputera yang berdaya maju. Bidang keusahawanan adalah satu bidang penting bagi sesebuah negara kerana melaluinya budaya makan gaji dapat dikikis di kalangan rakyat, sebaliknya budaya mencipta pekerjaan sendiri dapat dipupuk (Judeh dan Rahim, 2011). Malaysia sedang mengubah keadaan masyarakat daripada masyarakat yang bergantung kepada kerajaan kepada masyarakat yang bekerja sendiri. Kerajaan menyarankan agar masyarakat membuat kerja sendiri dengan tidak mengharapkan bantuan orang lain untuk menyara diri dan keluarga. Ini bermaksud kerajaan secara tidak langsung telah menggalakkan masyarakat untuk berniaga dan menjadi usahawan. Dengan adanya usahawan dalam bidang perniagaan dapat menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, maka budaya makan gaji dapat dikurangkan dengan kewujudan usahawan dalam pasaran pekerjaan (Nasharudin dan Harun, 2010). Di Malaysia, kerajaan telah mengenal pasti bidang keusahawanan sebagai salah satu faktor yang paling signifikan di dalam proses perkembangan dan pembangunan ekonominya.

Ini

dibuktikan

dengan

penubuhan

Kementerian

Pembangunan

Keusahawanan (KPUn) pada tahun 1995 yang sekarang ini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam pembangunan keusahawanan di Malaysia (Deraman et al., 2005 ). Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk bidang pembangunan dan penyelidikan bermatlamat melahirkan graduan-graduan yang benar-benar berkualiti dan berdaya saing, menggalakkan ramai graduan untuk menceburi kursus-kursus

3 keusahawanan yang ditawarkan oleh kerajaan dan membaikpulihkan sistem pendidikan dengan memasukkan nilai-nilai pembangunan modal insan bagi setiap bidang (Abdul Aziz et al., 2011). Untuk menjadi seorang usahawan, seseorang individu itu perlu tahu ciri usahawan yang efektif dan efisien sebelum menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. Seseorang usahawan muncul bukan kerana memiliki ciri-ciri personaliti semula jadi atau dilahirkan, tetapi kerana pelbagai faktor lain dan boleh dilatih (Lope Pihie dan Elias, 1998). Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan kunci kepada peningkatan pelajar dalam prestasi akademik. Pemilihan strategi yang sesuai lagi berkesan mampu membantu pelajar untuk mencapai objektif pengajaran serta memberikan maklum balas yang positif dalam proses pembelajaran. Bagi menentukan keberkesanan sesuatu strategi pengajaran, seseorang guru perlu mengenal pasti keupayaan dan keperluan pelajar dalam menerima isu pengajaran yang disampaikan (Judeh dan Rahim, 2011). Oleh itu, penerapan kemahiran keusahawanan perlu dilaksanakan supaya pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) dapat membuka perniagaan sendiri selepas tamat pengajian. Pelajar merupakan golongan yang diharapkan dapat mencorak negara pada masa hadapan. Mereka mempunyai pelbagai kepakaran daripada segi ilmu pengetahuan yang dipelajari di peringkat tinggi dan ilmu tersebut sangat berguna jika dapat disalurkan ke arah yang betul dan boleh dimanfaatkan oleh generasi lain. Galakan perlu diberikan kepada pelajar ke arah keusahawanan kerana golongan ini berpotensi menjadi usahawan yang berjaya. Pendedahan perlu diberikan kepada pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan.

Sikap, minat

dan persepsi

mereka terhadap kerjaya

keusahawanan harus diperbetul agar keusahawanan dipilih sebagai salah satu peluang pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian (Nasharudin dan Harun, 2010).

4 1.2

Latar belakang masalah

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan landasan utama dan medan untuk melahirkan tenaga kerja yang produktif dan profesional bagi menggerakkan segala mekanisme dan jentera pembangunan yang digarap oleh teraju kepimpinan kita. Dengan kata lain, institusi ini menyediakan pekerja yang berkemahiran dan profesional untuk menggerakkan agenda pembangunan negara. Walau bagaimanapun, penyediaan siswazah untuk alam pekerjaan bergantung kepada kurikulum di Intitusi Pengajian Tinggi (Pandian et al, 2009) Dewasa ini, kadar pengangguran siswazah yang berkelulusan tinggi tempatan semakin meningkat. Pelbagai pihak mula mempersoalkan kualiti pendidikan di negara ini memandangkan sejumlah besar siswazah tempatan menjadi penganggur. Ramai yang menyalahkan siswazah sendiri dan ramai juga yang menyalahkan pihak universiti yang dikatakan tidak menyediakan kurikulum yang bersesuaian dengan kehendak majikan. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2009, mendapati jumlah siswazah menganggur sebanyak 63,000 siswazah gagal mendapat pekerjaan. Manakala berdasarkan perangkaan Kementerian Pengajian Tinggi, pada tahun 2010 sahaja seramai 37,910 pelajar telah mendaftar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA. Manakala, pada tahun yang sama juga iaitu 2010, seramai 108,428 pelajar yang sedang mengikuti bidang kejuruteraan dan seramai 23,269 orang pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Ini bermakna pada tiaptiap tahun hanya untuk jurusan kejuruteraan sahaja, hampir 20 ribu orang pelajar terpaksa merebut peluang yang semakin terhad. Menurut Mohd (2008), memiliki keterampilan akademik semata-mata masih tidak menjamin seseorang graduan mendapat pekerjaan akibat dari persaingan sengit di dunia pasaran kerjaya hari ini. Kebanyakan majikan bukan sahaja menjadikan pencapaian akademik sebagai kriteria utama pemilihan, tetapi juga meletakkan penguasaan kemahiran insaniah (soft skills) di kalangan graduan sebagai kriteria pemilihan bakal pekerjanya. Berdasarkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (2006), antara kelemahan graduan termasuklah tidak keterampilan dan tidak memiliki

5 kemahiran, khususnya kemahiran generik sebagaimana yang dituntut oleh majikan, di samping pasaran kerja yang kompetitif. Kemahiran insaniah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. Berdasarkan modul tersebut, terdapat 7 kemahiran generik yang menjadi rujukan kepada IPT di Malaysia iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral professional dan kemahiran kepimpinan. Antara kemahiran generik yang menjadi rujukan IPT di Malaysia adalah kemahiran keusahawanan. Menurut Deraman et al. (2007), keusahawanan merupakan satu bidang yang sangat penting dalam memastikan pembangunan sesebuah negara. Keusahawanan merupakan satu bentuk disiplin yang menjadi tonggak kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan masyarakat yang mempunyai paling ramai usahawan dianggap masyarakat yang paling baik. Dari segi ekonomi, bidang keusahawanan dikatakan menjadi penyelesai kepada banyak masalah terutamanya menjadi penyumbang kepada pekerjaan atau sebagai salah satu instrumen dalam menyelesaikan masalah pengangguran (Hashim dan Radio, 2011). Tidak dapat disangsikan bahawa keusahawanan memainkan peranan yang amat kritikal dalam ekonomi dunia dimana keusahawanan merupakan daya penggerak kepada pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang kerja. Ini dibuktikan apabila Modul Kemahiran Insaniah (2006) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara ini mengambil kira aspek keusahawan sebagai salah satu aspek kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh para graduan (Mohd Hamzah, 2010). Selain itu, antara sebab utama bidang keusahawanan diberi perhatian dan dititikberatkan oleh kerajaan adalah kerana keusahawanan dilihat antara cara menangani isu pengangguran. Keusahawanan dilihat mampu membantu kerajaan dalam menangani isu pengangguran, meningkatkan ekonomi negara di samping mewujudkan masyarakat yang berdaya saing. Menurut A. Malek (2009), isu pengangguran dalam kalangan

6 graduan bukan perkara baru dan menjadi masalah kepada negara. Masalah pengangguran berlaku setiap kali universiti mengeluarkan beribu-ribu graduan setiap tahun. Kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh para graduan tidak dapat digunakan untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Bagi mengatasi masalah ini, graduan perlu didedahkan dengan pendidikan keusahawanan ketika di institut pengajian tinggi lagi. Ini bertujuan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi dunia pekerjaan kelak. Pendidikan keusahawanan telah diintegrasikan dalam sistem pendidikan dan meninggalkan kesan positif terhadap pelajar. Didapati bahawa pendidikan keusahawanan telah berjaya menimbulkan kesedaran dan mengubah sikap serta persepsi pelajar kepada lebih positif terhadap bidang keusahawanan (Chum et al., 2010). Setiap tahun ramai pelajar yang keluar dari institusi pengajian tidak kira dari universiti atau kolej awam dan swasta, institut kemahiran mahupun pusat-pusat latihan. Sudah pasti bilangan yang begitu ramai ini akan mencari pekerjaan dan bukan semua di kalangan mereka mendapat pekerjaan. Ini kerana kerja yang ada dengan bilangan pemohon tidak sama banyak. Bagi mereka yang bertegas untuk bekerja makan gaji, mereka mungkin terpaksa menganggur dalam suatu jangka masa tertentu. Keinginan kuat untuk makan gaji mungkin berpunca daripada cara didikan. Anak-anak disuruh belajar sehingga ke peringkat tertinggi dan lulus dengan pangkat terbaik, kemudian mencari kerja dengan gaji yang lumayan. Keinginan makan gaji di kalangan lepasan pelajar institusi pengajian ini amat membimbangkan sehingga pada setiap tahun kadar pengangguran meningkat. Ini terjadi adalah disebabkan oleh tahap kesedaran yang rendah di kalangan graduan dan ibu bapa terhadap aspek dan pendidikan keusahawanan yang merupakan alternatif penyelesaian kepada masalah pengangguran di kalangan graduan (Mohd. Noor dan A.Rahim, 2011). Menurut Abu (2003), mentaliti masyarakat kita jarang sekali menggalakkan anak-anak menjadi majikan kerana tahap pengambilan risiko pada diri kita adalah rendah. Seseorang yang telah menghabiskan pengajian dari institusi pengajian hendaklah digalakkan untuk bekerja sendiri atau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan kerana bidang keusahawanan menawarkan peluang kerja yang cukup luas pada masa ini. Oleh itu, aspek keusahawanan dilihat sebagai satu bidang yang amat tepat dalam melahirkan

7 murid yang berjiwa kental, kompetitif, inovasi dan kreatif serta seterusnya mampu bersaing di pasaran global apabila mereka ini mula memasuki pasaran kerja (Mohd Hamzah, 2010). Penerapan nilai keusahawanan dan perubahan minda perlu dilaksanakan supaya pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) dapat membuka perniagaan sendiri selepas tamat pengajian. Di bawah RMKe-9, sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan keusahawanan dalam Program Pembangunan Belia. Dengan peruntukan yang diberikan, maka golongan belia perlu merebut peluang untuk membuka perniagaan sendiri terutamanya pelajar di peringkat IPT di mana mereka perlu diberi pendedahan dari awal lagi dalam bidang keusahawanan dengan memulakan perniagaan secara kecilkecilan di kampus supaya pelajar dapat mempelajari dan mendalami dunia perniagaan (RMKe-9). Menurut Nasharudin dan Harun (2010), untuk melahirkan para pelajar yang berkebolehan, matang dan mampu menjalankan sesuatu perniagaan, peranan guru dan pentadbir sekolah amat penting. Guru-guru sewajarnya memainkan peranan penting dalam menyampaikan isi pengajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan seperti kemahiran berfikir, persembahan lisan, kemahiran diagnostic, kerja kumpulan, kajian kes, penyelesaian masalah, perbincangan, simulasi, main peranan dan kaedah arahan kendiri (individual instruction method). Semua teknik pengajaran tersebut amat berkesan kerana ia dapat melibatkan pelajar serta dapat mencungkil bakat kepimpinan yang ada pada mereka. Ia juga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang lebih berani, kreatif dan inovatif. Walau apapun bentuk program yang dilaksanakan untuk menerapkan konsep keusahawanan sama ada diperingkat sekolah, lepasan sekolah, kelulusan institusi pengajian tinggi dan juga untuk usahawan-usahawan sedia ada, penilaian perlu dilakukan bagi melihat keberkesanannya.Guru-guru atau pendidik harus memainkan peranan penting dalam memberi pendedahan awal dan galakkan serta dorongan kepada pelajar dalam keusahawanan.

8 1.3

Penyataan masalah

Isu pengangguran dikalangan graduan bukan perkara baru dan menjadi masalah kepada Negara. Antara sebab berlakunya masalah pengangguran dalam kalangan graduan adalah disebabkan oleh kurangnya penguasaan kemahiran insaniah (soft skills) di kalangan graduan. Keusahawanan dilihat mampu membantu kerajaan dalam menangani isu pengangguran, meningkatkan ekonomi negara di samping mewujudkan masyarakat yang berdaya saing. Pendedahan kepada keusahawanan perlu diberikan kepada pelajar supaya mereka dapat menyesuaikan diri sekiranya sukar untuk mendapatkan pekerjaan mengikut profesion masing-masing apabila tamat pengajian kelak. Penerapan kemahiran keusahawanan dalam pembelajaran amat penting dan tidak boleh bergantung kepada silibus sahaja. Pendidik perlu memainkan peranan penting untuk menerapkan kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penerapan kemahiran keusahawanan dapat mewujudkan budaya keusahawanan dan dapat memberikan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran keusahawanan kepada pelajar. Oleh itu, pengkaji ingin mencadangkan satu penyelidikan untuk melihat sejauhmana tahap penerapan kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM. Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengenalpasti tahap penerapan, kesedaran dan penguasaan pelajar terhadap elemen kemahiran keusahawanan yang diterapkan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM.

1.4

Tujuan kajian

Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauhmana penerapan kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM.

9 1.5

Objektif kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut: i.

Mengenal pasti tahap penerapan elemen kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

ii.

Mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

iii.

Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap tahap penguasaan elemen kemahiran keusahawanan yang diterapkan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.6

Persoalan kajian

Persoalan kajian ini ialah:

i.

Apakah tahap penerapan elemen kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

ii.

Apakah tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

iii.

Apakah persepsi pelajar terhadap tahap penguasaan elemen kemahiran keusahawanan yang diterapkan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

1.7

Kepentingan kajian

Melalui kajian ini dapat memberi maklumbalas mengenai pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mengikuti kursus kejuruteraan terhadap penerapan, kesedaran dan penguasaan elemen kemahiran keusahawanan pelajar yang merupakan

10 salah satu daripada elemen kemahiran insaniah yang dititikberatkan oleh pihak KPT. Hasil kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada kepada pihak-pihak tertentu seperti pihak universiti, KPT dan pelajar.

i.

Universiti Menjadi panduan kepada pihak universiti untuk mengenalpasti tahap penerapan, kesedaran dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran keushawanan yang dipelajari dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini diharap memberi maklum balas kepada pihak universiti khususnya Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dalam usaha melahirkan pelajar yang berkualiti.

ii.

Kementerian Pengajian Tinggi Memberi gambaran kepada pihak KPT mengenai tahap kemahiran keusahawanan dikalangan pelajar kursus kejuruteraan. Pihak KPT juga dapat merancang srategi untuk menambahbaik perancangan sedia ada untuk dilaksanakan di peringkat IPT.

iii.

Pensyarah Hasil kajian diharap mampu membekalkan hasil penyelidikan kepada pensyarah khasnya Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dalam merancang strategi yang terbaik untuk menerapkan elemen kemahiran keusahawanan kepada pelajar menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

iv.

Pelajar Dapat memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan kemahiran keusahawanan yang merupakan salah satu daripada kemahiran insaniah yang amat diperlukan oleh semua pelajar. Selain itu, ia dapat membentuk pelajar dalam memastikan mereka menyedari kepentingan penguasaan kemahiran keusahawanan

di

samping mengimbangkannya

dengan

pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

kemahiran

dan

11 1.8

Skop kajian

Tumpuan kajian ini ialah terhadap penerapan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di universiti. Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM iaitu pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Kajian ini hanya memfokuskan kepada kemahiran keusahawanan yang merupakan salah satu daripada tujuh kemahiran yang di tetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam kemahiran insaniah dan kaedah pengajaran

dan

pembelajaran

menjadi

medium

untuk

mengukur

kemahiran

keusahawanan di kalangan pelajar. Elemen kemahiran keusahawanan terbahagi kepada empat bahagian iaitu kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan, kebolehan merangka perancangan perniagaan, kebolehan membina, kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan, dan kebolehan untuk bekerja sendiri.

1.9

Batasan Kajian

Terdapat beberapa batasan bagi kajian yang dijalankan. Batasan tersebut adalah seperti berikut :

(i)

Kajian hanya tertumpu kepada pelajar tahun akhir bidang kejuruteraan iaitu pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal di UTHM sahaja. Ia tidak melibatkan keseluruhan kursus di UTHM.

(ii)

Dapatan kajian mungkin tidak dapat digeneralisasikan untuk semua pelajar tahun akhir di UTHM. Ia hanya merujuk kepada pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal sahaja dan bergantung sepenuhnya kepada ketepatan maklum balas responden terhadap soal selidik yang diedarkan.

12 (iii)

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian soal selidik. Dengan ini, segala maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklum balas melalui soal selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal selidik.

1.10

Kerangka teori

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kerangka kajian seperti dalam Rajah 1.1. Pengkaji menggunakan teori ini berdasarkan Teori Pembelajaran Kolb (1984). Teori ini turut digunakan dalam berbagai bidang kajian seperti Yusof et al., (2005), Othman et al., (2003), Othman et al., (2008), Yahaya dan Abd Majid., (2010) mengenai keusahawanan, kemahiran insaniah, pendidikan perakaunan dan gaya pembelajaran. Kolb (1984) menjelaskan bahawa pembelajaran dianggap sebagai proses yang holistik dan tidak ada titik hujungnya. Proses pembelajaran akan menunjukkan dengan jelasnya cara-cara bagaimana pengetahuan diperolehi dan dicipta melalui interaksi seseorang itu dengan persekitarannya. Teori pembelajaran Kolb meliputi empat fasa utama iaitu pengalaman sebenar (concrete experience), pemerhatian dan reflektif (observation and reflection), pembentukan konsep yang abstrak (formation of abstract concepts) dan eksperimentasi aktif. Empat fasa ini berada dalam satu kitaran, setiap fasa menjurus kepada perlakuan yang berbeza yang bertujuan menggalakkan pelajar mempelajari cara untuk belajar (learning to learn), penghargaan kepada ilmu, peningkatan kemahiran dan kreativiti. Teori Kolb dapat dijelaskan dalam bentuk satu kitaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Kolb menerangkan dimensi pertama pada paksi menegak ialah dimensi menerima maklumat secara pengalaman konkrit dengan merasai (feeling) atau konseptual abstrak iaitu secara berfikir pada paksi yang bertentangan. Pengalaman konkrit bermaksud pelajar memperoleh maklumat dengan pengalaman langsung

13 sementara konseptual abstrak adalah secara pemahaman konsep. Dimensi kedua ialah keupayaan memproses maklumat pada dua paksi iaitu sama ada secara pemerhatian reflektif iaitu memerhati atau secara eksperimentasi aktif iaitu dengan melakukan. Pelajar memproses maklumat sama ada dengan refleksi secara sengaja atau secara melakukan sesuatu iaitu eksperimentasi aktif. Proses pembelajaran melibatkan konflik antara cara yang bertentangan di mana individu menerima maklumat iaitu antara pengalaman konkrit dan konseptual abstrak dan cara maklumat diproses antara pemerhatian reflektif dan eksperimentasi aktif.

Dimensi Hasil Pengalaman Konkrit

Dimensi Proses

Eksperimentasi Aktif

Elemen Keusahawanan i. Kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan. ii. Kebolehan merangka perancangan perniagaan. iii. Kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan. iv. Kebolehan untuk bekerja sendiri.

Pemerhatian & Reflektif

Konseptual Abstrak

Rajah 1.1: Kerangka Teori Adaptasi daripada Othman et al,. (2003) dan Kolb (1984)

Melalui

empat

fasa

teori

pembelajaran

Kolb,

penerapan

kemahiran

keusahawanan boleh dilakukan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Teori Kolb menyatakan pembelajaran bermula dari pengalaman konkrit yang dialami oleh seseorang. Melalui fasa pengalaman konkrit penerapan kemahiran keusahawanan dapat

14 dilakukan terhadap pelajar jika pensyarah sentiasa mendedahkan pelajar secara langsung dalam aktiviti perniagaan. Melalui fasa konseptual abstrak pelajar sedar mengenai konsep kemahiran keusahawanan jika diberitahu tentang konsep dan teori kemahiran keusahawanan dan perniagaan pada fasa konseptual abstrak. Pada fasa pemerhatian reflektif, pelajar sedar jika selalu didedahkan dengan lawatan berkenaan bidang keusahawanan yang boleh diceburi seperti memberi pendedahan kerjaya keusahawanan, lawatan keusahawanan dan sebagainya. Manakala pada fasa eksperimen aktif, pelajar menguasai bidang keusahawanan jika didedahkan secara langsung dalam aktiviti yang melibatkan bidang perniagaan.

1.11

Kerangka konsep

Kerangka konsep seperti rajah dibawah merupakan asas kajian bagi pengkaji dalam melaksanakan kajian ini. Kerangka konsep ini dibina bagi mengkaji kemahiran keusahawan dibentuk menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran keusahawanan dibentuk apabila terdapat penerapan, kesedaran dan penguasaan terhadap elemen kemahiran keusahawanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar. Elemen kemahiran keusahawanan yang dikaji oleh pengkaji adalah berdasarkan elemen kemahiran keusahawanan dari modul pembangunan kemahiran insaniah untuk institusi pengajian tinggi yang diterbitkan oleh kementerian pengajian tinggi malaysia (2006) yang merangkumi empat elemen. Rajah 1.2 menunjukkan kerangka konsep bagi kajian ini.

15 Input Pelajar Tahun Akhir Bidang Kejuruteraan Mekanikal

Proses

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran i. Mengenal pasti peluang perniagaan. ii. Kebolehan merangka perancangan perniagaan. iii. Kebolehan membina, meneroka dan Output merebut peluang perniagaan dan pekerjaan. iv. Kebolehan untuk bekerja sendiri.

Kemahiran Keusahawanan i. ii. iii.

Penerapan Kesedaran Penguasaan

Rajah 1.2: Kerangka konsep

1.12

Definisi istilah

Definisi istilah digunakan bagi memperjelaskan maksud atau istilah yang terdapat dalam kajian. Istilah-Istilah tersebut adalah seperti berikut.

i.

Penerapan Menurut Kamus Dewan (2002), penerapan bermaksud perbuatan seperti menerapkan,

mengenakan

pada,

menyerapkan

kepada,

perbuatan

atau

mempraktikkan. Dalam kajian ini, penerapan ialah usaha yang dijalankan oleh pensyarah untuk menyerapkan elemen kemahiran keusahawanan dalam pengajaran kepada pelajar menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

16 ii.

Kemahiran Menurut Bujang, (2006), kemahiran ialah keupayaan untuk mempersembahkan aktiviti mental dan fizikal di mana ia boleh dikembangkan melalui latihan. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kemahiran bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Dalam konteks kajian ini, kemahiran merujuk kepada penguasaan pelajar terhadap elemen kemahiran keusahawanan.

iii.

Kemahiran Insaniah Berdasarkan modul Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk Institusi Pengajian Tinggi, kemahiran insaniah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. Dalam konteks kajian, kemahiran insaniah yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan modul pembangunan kemahiran insaniah yang diterbitkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk IPT pada tahun 2006.

iv.

Kemahiran Keusahawanan Kemahiran Keusahawanan merupakan minat dan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran terhadap risiko (risk awareness), kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan. Kegiatan keusahawanan merupakan satu proses memupuk dan melahirkan pelajar dengan budaya berniaga (KPT, 2006). Dalam konteks kajian ini, pengkaji merujuk elemen kemahiran keusahawanan berdasarkan modul pembangunan kemahiran insaniah yang diterbitkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006.

17 v.

Kejuruteraan Menurut Kamus Dewan (2002), jurutera adalah orang yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan jentera dalam bidang awam, elektrik atau jentera. Kejuruteraan adalah kepandaian atau kepakaran dalam perbuatan mereka atau membuat jentera seperti jambatan, bangunan bagi jurusan awam. Dalam konteks kajian ini, kejuruteraan merujuk kepada kursus kejuruteraan mekanikal di UTHM.

vi.

Pengajaran Menurut Mok (2003), pengajaran ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai. Dalam konteks kajian ini, pengajaran merujuk kepada pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penyeliaan guru atau pendidik.

1.13

Rumusan

Kesimpulannya, bab ini telah membincangkan mengenai pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, teori kajian dan konsep kajian yang digunakan dalam kajian ini. Seterusnya, Bab Dua akan menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan kajian literatur untuk menyokong kajian ini.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Teori keusahawanan

Dalam bidang pengajian keusahawanan, tidak terdapat satu definisi usahawan yang konklusif kerana sifatnya yang merentas disiplin. Secara amnya, teori keusahawanan boleh dikelompokkan kepada empat kategori iaitu:

2.1.1 Pendekatan ekonomi

Dalam bidang ekonomi keusahawanan menekankan aspek keuntungan dan kekayaan. Kedua-dua aspek ini akan mendorong seseorang untuk melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan. Usahawan akan berusaha untuk mengenal pasti dan mencari peluang perniagaan yang dapat menjana keuntungan untuk organisasinya. Usahawan adalah sebahagian daripada input pengeluaran selain daripada bahan mentah, tanah dan modal. Kos bagi seorang usahawan ialah keuntungan. Keuntungan adalah harga yang dibayar kerana risiko yang diambil oleh seseorang usahawan. Antara tokoh yang memperkenalkan teori keusahawanan adalah Shumpeter. (1934). Beliau adalah antara ahli ekonomi yang banyak memberi sumbangan

19 dalam kajian keusahawanan. Teori keusahawanan yang diperkenalkan oleh Shumpeter melihat inovasi sebagai teras keusahawanan. Pengertian inovasi yang dimaksudkan oleh Shumpeter ini merangkumi semua kegiatan yang membawa kepada satu pembaharuan termasuklah pengenalan kapada proses teknologi baru. Beliau melihat seorang usahawan sebagai pencetus inovasi yang tidak akan membiarkan sistem ekonomi berada dalam suasasana statik. Shumpeter membincangkan soal keseimbangan dimana beliau menimbulkan persoalan siapakah dan apakah yang menyebabkan keseimbangan berlaku dalam ekonomi. Beliau mengaitkan keadaan ini dengan tindakan usahawan melalui daya inovasinya. Tindakan usahawan diibaratkan sebagai tindakan membina. Dengan kata lain, seorang usahawan ialah seorang pemimpin perniagaan, mempunyai keupayaan dari segi fikiran dan mempunyai kemahuan untuk mengatasi cara berfikir yang kolot serta berkemampuan pula untuk menangkis tentangan sosial. Kirzner

(1973)

merupakan

antara

tokoh

yang

memperkenalkan

teori

keusahawanan di dalam bidang keusahawanan. Beliau melihat usahawan adalah seseorang yang peka kepada peluang keuntungan. Keuntungan merupakan pendorong kepada usahawan untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Menurut beliau, usahawan merupakan orang tengah antara pembekal dan pelanggan yang memperoleh faedah daripada urusan pertukaran. Dia tidak perlu memiliki sumber-sumber, tetapi memainkan peranan maklumat yang membolehkannya memperoleh untung melalui proses pertukaran. Kirzner juga mengkaitkan keusahawanan dengan soal ketidaktentuan atau 'uncertainty'. Beliau cuba menerangkan elemen keuntungan yang terdapat di dalam kegiatan ekonomi. Menurut Kirzner, seorang usahawan itu adalah berperanan sebagai orang tengah iaitu segala peluang yang dilihatnya akan diambil kesempatan sepenuhnya. Secara ringkasnya, Kirzner melihat usahawan sebagai orang tengah yang menanggung risiko ketidaktentuan yang bermaksud orang tengah membeli dengan harga yang lebih murah dan kemudiannya menjual dengan harga yang lebih mahal dengan melepasi kossos yang terlibat dan sekiranya perniagaan tersebut laku usahawan tersebut akan mendapat keuntungan daripada perniagaan tersebut. Selain itu, tokoh yang memperkenalkan teori keusahawanan adalah Marshall, (1946). Beliau merupakan ahli ekonomi yang berbangsa Inggeris. Ahli ekonomi ini mendefinisikan keusahawanan sebagai satu proses evolusi iaitu hayat sesebuah

20 perniagaan dari peringkat awal hingga terus luput dari pasaran. Marshall menyebut tentang ahli perniagaan dan bagaimana perniagaan berkembang melalui proses masa iaitu dari perniagaan runcit hingga syarikat perniagaan yang menjalankan beberapa aktiviti perniagaan. Hayat sesebuah perniagaan itu akan hilang apabila pemiliknya meninggal dunia. Perniagaan yang mati ini akan digantikan oleh perniagaan baru yang dimulakan oleh ahli-ahli perniagaan yang lain. Di dalam teori keusahawanan Marshall, beliau menerangkan tentang hayat sesebuat perniagaan yang terlalu bergantung kepada syarikat induk dan syarikat induk akan hilang apabila pemiliknya meninggal dunia. Ketiadaan pemilik akan menimbulkan soal pengganti bagi meneruskan dan juga soal perebutan dan pembahagian harta di antara warisnya. Proses hayat sesebuah perniagaan dari awal pembangunannya hinggalah ke peringkat luput dianggap sebagai satu proses evolusi.

2.1.2

Pendekatan sosiologi

Menjelaskan bahawa keadaan atau situasi sosial yang boleh mempengaruhi kemunculan seseorang usahawan. Misalnya faktor sosial seperti budaya, kewujudan model peranan, galakan masyarakat, pengalaman dan latar belakang pendidikan. Hagen, (1962) menegemukakan satu teori bahawa proses melahirkan usahawan akan berlaku di kalangan kumpulan bawahan yang tidak berpuas hati dalam sesebuah masyarakat. Usahawan lahir daripada kalangan orang bawahan yang tidak berpuas hati dengan keadaan kepincangan masyarakat pada masa itu. Perasaan tidak puas hati ini seterusnya telah mendorong kemunculan usahawan yang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut. Menurut beliau, usaha ini akan mengambil bentuk kegiatan ekonomi dan penerokaan dalam perniagaan yang baharu. Selain itu, Weber (1958) yang merupakan salah seorang tokoh sosiologi telah menghuraikan bahawa keusahawanan terdiri daripada elemen keagamaan yang dijadikan landasan untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti ekonomi. Beliau mengatakan bahawa kejayaan golongan Protestant di dalam kegiatan ekonomi adalah disebabkan oleh ajaran

21 yang terdapat dalam agama Protestant. Beliau cuba menunjukkan bahawa kejayaan golongan ini adalah disebabkan oleh pegangan yang kuat kepada agama menjadi dorongan utama golongan Protestant untuk mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi. Gibb dan Ritchie, (1981) yang merupakan tokoh akademik telah mengemukakan satu model keusahawanan yang di panggil model pembangunan sosial. Model ini menyatakan proses yang dilalui serta perhubungan sosial yang dilakukan oleh sesorang memaksa diri mereka untuk melakukan perubahan dengan mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Langkah yang diambil akan memberi kesan yang berbeza pada individu yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan kerana ia bergantung kepada kesungguhan, personaliti dan persiapan yang dilakukan sebelum menceburi bidang keusahawanan. Sumbangan yang diberikan oleh ahli-ahli sosiologi tidak boleh dipandang ringan kerana mereka telah memperkayakan ilmu keusahawanan terutamanya dari segi teori dan model yang dikemukakan. Berdasarkan huraian teori sosiologi menunjukkan bahawa faktor-faktor sosial, situasi dan dorongan merupakan faktor yang mempengaruhi kemunculan seseorang usahawan.

2.1.3 Pendekatan psikologi

Bidang psikologi mengkaji bidang keusahawanan dari aspek ciri-ciri personaliti seseorang usahawan. Ciri personaliti seseorang seperti keperluan pencapaian, lokus kawalan dan kecenderungan mengambil risiko boleh membezakan seorang usahawan dengan bukan usahawan. Sifat keusahawanan dikaitkan dengan gelagat diri yang lebih cenderong kepada fokus dalaman (di mana kejayaan dicapai adalah hasil kekuatan dan keupayaan diri bukannya kerana faktor nasib). Ini termasuklah sifat-sifat peribadi seperti tekun, usaha, inovatif, kreatif dan semangat yang berterusan. Menurut McClelland (1961), teori keperluan kepada pencapaian atau „need for achievement‟ adalah berdasarkan kecerdasan semasa kecil dengan menyatakan bahawa usahawan yang didorong untuk mencapai sesuatu kejayaan dipengaruhi unsur-unsur

22 sejak dari zaman kanak-kanak yang menekankan faktor kecemerlangan, keibuan, berdikari dan dominasi dari bapa. Teori McClelland (1961) menyatakan bahawa keperluan pencapaian adalah satu kekuatan psikologikal disebalik tindakan manusia dan telah di cadangkan sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi gelagat keusahawanan. Mengikut Teori McClelland, individu yang mempunyai keperluan pencapaian yang tinggi adalah mereka yang ingin menyelesaikan masalah sendiri, menetapkan sasaran, dan berjuang mencapai sasaran melalui usaha sendiri. Teori ini mencadangkan bahawa individu yang mempunyai keperluan pencapaian yang kuat selalu menjumpai jalan ke arah keusahawanan dan lebih berjaya berbanding orang lain sebagai usahawan. Adalah dipercayai bahawa individu yang mempunyai keperluan pencapaian yang tinggi akan mempunyai pencapaian yang lebih baik dan mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya. Menurut Vries (1977) dalam model yang diutarakannya iaitu model psikodinamik, beliau menyatakan bahawa usahawan merupakan individu yang semasa kecilnya

tidak

berpeluang

untuk

mendapat

kemudahan-kemudahan

tertentu

menyebabkan dalam keadaan yang tertekan ini mendorongnya untuk memberontak dengan mencari satu alternatif bagi mengubah kehidupan mereka. Tekanan emosi ini akan mendorong seseorang menjadi usahawan untuk mendapat kemudahan yang tidak diperoleh. Bagi golongan ini keusahawanan merupakan bidang yang penting untuk mengubah kehidupan masa depan yang lebih terjamin. Menurut Rotter, (1966), usahawan mempunyai punca kawalan diri secara dalaman. Belaiau menyatakan tentang faktor kejayaan adalah merujuk kepada peranan personaliti. Beliau berpendapat bahawa individu mempunyai dua set personaliti yang mengawal dirinya iaitu personaliti dalaman (internal) dan personaliti luaran (external). Rotter mendatangkan andaian bahawa individu yang lebih kepada personaliti dalaman adalah individu yang lebih cenderung untuk mencapai kecemerlangan berbanding dari mereka yang mempunyai personaliti luaran. Bagi Rotter, personaliti dalaman berkait dengan pembelajaran justeru mendorong dan menyokong kepada usaha untuk mencapai kejayaan. Personaliti luaran pula meghalang pembelajaran dan menggalakkan individu menjadi pasif.

23 Berdasarkan keterangan daripada teori-teori diatas menunjukkan usahawan boleh ditakrifkan dengan merujuk kepada aspek-aspek gelagat (behavior) serta ciri-ciri peribadi dan personaliti seseorang. Contoh cara pengambilan risiko, punca kawalan diri, kehendak terhadap pencapaian, takut kepada kegagalan dan sebagainya.

2.1.4 Pendekatan islam

Keusahawanan dan segala aktivitinya merupakan usaha yang dipandang sebagai ibadah di dalam Islam kerana Islam itu adalah cara hidup yang meliputi hidup di dunia dan di akhirat. Daripada pandangan Islam, kegiatan perniagaan adalah tinggi dan mulia selagi perjalanannya tidak melanggar lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh syarak. Urusan ekonomi dalam Islam merupakan perhubungan sosial yang mengandungi pelbagai kegiatan ekonomi dan bukan ekonomi. Terdapat beberapa asas pertimbangan yang menjadikan aktiviti ekonomi yang dilakukan dikira sebagai ibadah iaitu:

i.

Aqidah mestilah betul iaitu umat Islam percaya terhadap pegangan agama Islam.

ii.

Niat mestilah betul iaitu melakukan aktiviti perniagaan yang betul tanpa unsurunsur penyelewengan.

iii.

Cara melakukan kerja yang sesuai dengan ajaran Islam dan membawa feadah kepada orang ramai. Contohnya mengeluarkan zakat atau bersedekah yang boleh di manfaatkan masyarakat.

iv.

Natijahnya betul dan membawa faedah kepada orang ramai

v.

Tidak meninggalkan ibadat wajib yang khusus seperti sembahyang fardhu lima waktu.

24 2.2

Usahawan

Usahawan adalah merujuk kepada individu yang melibatkan diri dalam apa jua jenis atau bidang perniagaan dan menggunakan kreativiti mereka dalam mengurus serta menjayakan perniagaan tersebut selain memiliki beberapa ciri-ciri tertentu yang dapat mendorong mereka untuk menerokai bidang keusahawanan seperti mempunyai daya usaha untuk menceburi dunia perniagaan dan sanggup mengambil risiko. Aspek keusahawanan melibatkan tugas-tugas seorang usahawan iaitu menanggung risiko dan membuat pelaburan terhadap sumber-sumber untuk mengeluarkan sesuatu yang baru atau pun membentuk pasaran dan cara baru terhadap sesuatu yang telah ada (Abu Bakar et al,. 2007) Menurut Yusuf, (1998) setiap individu mempunyai peluang untuk menjadi usahawan. Yang membezakan di antara usahawan dengan bukan usahawan ialah kesediaan mereka untuk mengadunkan kreativiti, inovasi, pengambilan risiko dengan kesungguhan bekerja untuk membantu, membangun dan memaksimumkan potensi diri dengan menfaatkan peluang yang diperolehi. Menurut YB Dato‟ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin (2012), usahawan yang berpotensi ialah seseorang individu yang bukan sahaja mempunyai keberanian untuk menceburkan diri dalam aktiviti keusahawanan semata-mata, malah mempunyai kepercayaan dan keupayaan untuk melakukannya. Bidang keusahawanan melibatkan individu yang bergelar usahawan yang bertindak sebagai pencetus kepada pertumbuhan ekonomi. Usahawan akan merangka rancangan tindakan ke arah menggerak dan menggembleng tenaga manusia, modal dan tanah dengan cekap bagi menghasilkan output yang tinggi. Usahawan juga akan sentiasa berusaha mencari dan merebut peluang-peluang perniagaan yang mempunyai potensi utnuk dimajukan dan bersedia untuk menghadapi sebarang risiko dalam perniagaan (Raja Yusof et al. 2002). Berdasarkan McClelland (1961), beliau mendefinisikan usahawan sebagai seorang yang mempunyai penguasaan keatas sejumlah alat pengeluaran dan mengeluarkan sesuatu yang lebih daripada keperluannya sendiri, supaya dapat dijual bakinya untuk memperolehi pendapatan. Menurutnya, usahawan mempunyai tahap

100

RUJUKAN

A. Malek, M. A. N., (2009). Kesediaan Pelajar Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Dalam Menceburi Bidang Keusahawanan. Tesis Sarjana. Abd Aziz, M. S. dan Muhammad, M., (2007). Rekabentuk Kerangka Piawaian Nasional Program Kejurulatihan Guru/Pensyarah TVET: Perspektif Iinstitusi Pengajian Tinggi Di Malaysia. Abdul Aziz, N. A., Ismail Saliyan, Mohammad, M. K. A., Mohamad Rofie, M. F., Jurisda Risno dan Umar, N. M. S., (2011). Keusahawanan Di Salah Sebuah Institut Pendidikan Guru Sarawak. Abdul Ghafar, M. N., (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Ghafar, M. N., (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Abd. Mutalif, S. A., (2003). Mengenal Pasti Tahap Motivasi Dan Kecenderungan Terhadap Keusahawanan Di Kalangan Pelajar Semester Akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal: Satu Tinjauan Di Kuittho. Tesis Sarjana. Abu, M. S., Kamsah, M. Z. dan Razzaly, W., (2008). Laporan Kajian Soal Selidik Penerapan Kemahiran Insaniah (Ki) Di Kalangan Pelajar Dalam Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Di Institut Pengajian Tinggi Awam. Abu Bakar, T. @ S., Md Ali, A., Omar, R., Md Som, H. dan Muktar, S. N., (2007). Penglibatan Kaum Wanita Dalam Aktiviti Keusahawanan Di Negeri Johor: Kajian

Terhadap

Faktor-Faktor

Kritikal

Kejayaan

Dan

Kegagalan

Pengendalian Perniagaan. Ali, H., Ahmad, L., Ahmad, S. dan Ali, N., (2009). Keperluan, Kepentingan Dan Sumbangan Perancangan Pendidikan Dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia. Volume 4, Number 1, 13-29, 2009.

101 Alvarez, R. M. & Nagler, J. (2005). A Method for Weighting Survey Samples of LowIncidence Voter. Paper prepared for the 2005 Political Methodology Summer Meeting, Tallahassee, Florida July, 2005. Arsat, M. dan Rahimi, S. D., (2011). Kemahiran Generik Dalam Latihan Industri Terhadap Pembentukan Kerjaya Jurutera Di Dyson Manufacturing Sdn Bhd. Asimiran, S. dan Jusoh, R., (2008). Membangunkan Kemahiran Generik Usahawan Malaysia (Kegum): Satu Kajian Kes Ke Atas Usahawan Makanan. Seminar Kemahiran Keusahawanan. Boon, Y. dan Abdol Aziz, A., (2010). Profil Keusahawanan Di kalangan Pelajar Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik). Buang, N. A. dan Mohd. Yassin, R., (2008). Kajian Keperluan Pendidikan Keusahawanan Secara Formal Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dan Fakulti Pendidikan, UKM. Seminar Pendidikan Kejuruteraan & Alam Bina (PeKA2008). Buang, N. A. (2006). Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA. Fakulti Pendidikan, UKM. Buang, N. A.. 2002. Asas keusahawanan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Bujang, J. H., (2006), Kajian Penggunaan Kemahiran Generik Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah. Tesis Sarjana. Burn, R. B. (2000). Introduction Research Method. Edisi ke empat. Australia: Longman. Che Hassan, S., Che Hassan, N. dan Buang, N. A., (2010). Penguasaan Kemahiran Insaniah (Kemahiran Keusahawanan) Dalam Kalangan Guru Sekolah Di Malaysia. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010. Chum @ U. P., , Norasmah Othman dan Jamil Ahmad, 2010. Penilaian Program Perintis Usahawan (Ppu) Di Sekolah Rendah. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM. Chua Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

102 Deraman, N., Mohamad, A., Bakar, H., Hashim, N. & Keat (2007). Keusahawanan: Teori dan praktis. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education. Deraman, N., Zainuddin, N. Dan Hamdan, O., (2005). Kajian Tentang Ciri-Ciri Personaliti Keusahawanan Di Kalangan Usahawan Bumiputra (Melayu) Malaysia. Jurnal Manajemen & Bisnis Sriwijaya Vol. 3 No. 6 Desember 2005. Esa, A, Mohd J. Yunus dan Mat Assain @ Hashim F, (2011). Penerapan Kemahiran Insaniah Di Sekolah Menengah Teknik: Satu Analisis Perbandingan Dalam Tiga Platform yang Berbeza. Journal of Techno-Social | ISSN 2229-8940 | Vol. 3 No. 2 October 2011. Foxon, M., (1990). Using Simulations to Enhance Technical Training. Journal of European Industrial Training. 14 (4):23-67. Gibb, A. and Ritchie, J. (1981). Influence on Entrepreneurship - A Study Over Time, in Bolton Ten Years On, Polytechnic of Central London Goodwin, C. J. (2005). Research in Psychology: Method and Design. 4th. Ed: John Wiley & Sons. Hagen, E., 1962. On The Theory Of Social Change: How Economic Growth Begins. Illinois: Howewood. Haron Husaini M., dan Ahmad, K. A., 2008. Kemahiran keusahawanan: Satu Kajian Analisis Kandungan Buku-Buku Teks. Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008, 18-19 Ogos, 2008. Hisrich, R. D., Peters, M. P. & Shephard D. A. (2008). Entrepreneurship (International Edition). Singapore: The McGraw-Hill Education Asia. Husaini, M. H. dan Ahmad, K. A., (2008). Kemahiran Keusahawanan: Satu Kajian Analisis Kandungan Buku-Buku Teks. Prosiding SKIKS 2008. Hussain, A, Azhari, C. H., Abdul Wahab, D., Ishak, N. dan Ariffin, S. R., (2005). Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Menggunakan Model Tersebati. Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2005Hashim, S. dan Mohammad, S. H., (2010) Faktor Penghalang Penerapan Ciri Keusahawanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Mengikut Perspektif Guru. pp. 1-11. Universiti Teknologi Malaysia.

103 Hashim, S. dan Md Yasin, R., (2011). Persepsi Pelajar 4 Sph Di Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Kesedaran Dalam Bidang Keusahawanan. Journal of Educational Management, Volume 2 Jun 2011, Pages 119-135 / ISSN: 22317341. Hashim, S. dan Sidi, F. (2010). Persepsi Pelajar Semester Akhir 4 SPH Terhadap Penerapan Kemahiran Keusahawanan. Fakuti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Hashim, S. dan Radio, N., (2011). Ciri Personaliti Keusahawanan Pelajar Tahun 2 Sph Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Idris, N., (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Mcgraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. 198-213. Ishak, Z., Buang, N. A. dan Halim, L., (2010). Ciri-ciri Tahap Pemikiran Sains keusahawanan dan Kesediaan Integrasi Pemikiran Sains Keusahawanan dalam Proses

Pengajaran

Guru-Guru

Sains

di

MRSM.

Prosiding

Seminar

Penyelididkan Siswazah UKM; jilid.1:4. Fakulti Pendidikan, UKM. Bangi. Ismail, R., Idris, N. A., Mohd Saukani, M. N. dan Noorasiah, (2006). Daya Saing Usahawan dan Syarikat Melayu dalam Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2006. Ismail, A. dan Alias, Z., (2010). Pembangunan Kemahiran Insaniah (KI) Melalui Program Berasaskan Keusahawanan: Kajian Kes Terhadap Kumpulan Inkubator Keusahawanan Di Politeknik Merlimau Melaka. Jabor, M. K. dan Abd Hadi, A. F., (2011). Kecenderungan Pelajar Tahun Akhir Di Institut Kemahiran Mara Terhadap Bidang Keusahawanan. Journal of Educational Management, Volume 5 March 2012, Pages 16-33 / ISSN: 22317341. Judeh, M. A. dan Rahim, S. E., (2011). Penerapan Nilai-Nilai Keusahawanan Melalui Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Kamsah, M. Z., Abu, M. S. dan Razzaly, W., (2008). Penerapan Kemahiran Insaniah (Ki) Kepada Pelajar Dalam Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Di IPTA. Prosiding SKIKS 08.

104 Kenyataan akhbar berita harian 05 Julai 2010. Mara Sasar 200 Pelajar Setiap Kolej Pengurusannya Dapat Pengetahuan Asas. Capaian: http://www.bharian.com.my/articles/Keusahawanan/Article/ Kirzner, I. (1973). Competition and Entrepreneurship. Chicago: University of Chicago Press. Konting, M. M.(1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kolb, D. A. (1984). Experiential learning: Experience as the source of learning and Development. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Krejcie. R.V. and Morgan, D.W. (1970). Detemining sample size for research. Educational and Psychological Measurements, 30,607-610 Kuratko, D. F. dan Hodgetts, R. M. 2004. Entrepreneurship: Theory, Process and Practice. 6. Ohio: South Western. Lim C. H., (2007). Penyelidikan Pendidikan: Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif. Selangor: Mc Graw Hill Education. Lope Pihie, Z. A.dan Elias, H., (1998). Keusahawanan dan Motivasi Diri. Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia. Mansor, M. F., Yahya ,I., Abd Rahim, M. S. dan Hussain, A., (2007). Penilaian Kemahiran Insaniah Dalam Projek Tahun Akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik Dan Sistem UKM. Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2007. Marshall, A. (1946). Principles of Economics. London, MacMillan. Mat Safar, H. & Hasyim, F. (2007). Penerapan Kemahiran Insaniah Di Sekolah Menengah Teknik: Satu Analisis Perbandingan. Jurnal Pendidikan, 2(2), 16-17. Weber, M., (1958). The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism. New York: Scribner's Press, 1958, pp. 47 - 78. McClelland, D.C. (1961). The Achieving Society, Collier-Macmillan, New York, NY and London. Md Zain, S., Suja, F., Ahmad Basri, N. dan Basri, H. (2007). Penilaian Kemahiran Insaniah Dalam Kursus Sistem Bioreaktor. Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2007.

105 Md Din, A. G. (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd. Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi. (2006) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2006. Mohamed Said, N. H. dan Embong, N., (2011) Kajian tinjauan penerapan kemahiran generik melalui penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM. Mohamed, A., Mohd Isa, F. L. dan Shafii, H., (2007). Kemahiran Di Kalangan Graduan Sebagai Kriteria Penting Pasaran Tenaga Kerja: Kajian Kes Mohd Noor, N. dan Sahimin, S., (2010). Penerapan Kemahiran Generik Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kolej Yayasan Sabah. Mohd. Osman, M. H., (2007). Faktor-Faktor Yang Telah Mendorong Graduan Dan Alumni Universiti Teknologi Malaysia Menceburi Bidang Keusahawanan. Mohd Hamzah, M. I., Ahmad, J. dan Alias R.,(2010). Perbandingan Keperluan Aspek Keusahawanan Dengan Lain-Lain Aspek Kemahiran Generik Dalam Memenuhi Pasaran Kerja Mengikut Persepsi Majikan Dan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta Di Malaysia. Mohd Noor, N. dan Borhan, N., (2010). Penerapan Kemahiran Generik Dalam Kokurikulum Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, UTM. Mustafa, M. Z., Buntat, Y., Mohd Salleh, K., Madar, A. R. dan Maznor, M., (2011). Kompetensi Interpersonal Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Berdasarkan Kepada Model Human Resource Development (Hrd) Practice Mclagan. ISSN: 1985-7012 Vol. 4 No. 2 July-December 2011. Mohd. Noor, N. dan A. Rahim, N., (2011). Kecenderungan Pelajar-Pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru Terhadap Bidang Keusahawanan. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Mok, S. S. (2003) Psikologi Pendidikan, Kumpulan Pendidikan Budiman Sdn.Bhd, Subangjaya

106 Nasharudin, N. dan Harun, H., (2010). Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): 11-17. Othman, N., Anuarm A. dan Husin, M., (2009).

Kekangan Dalam Menjalankan

Perniagaan Dalam Kalangan Pelajar Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar Bil. 12 Jun/June 2009 (87 - 107) Othman, N., Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Nazri, M. I. dan Tarmizi, R. A., (2003). Aplikasi model kolb dalam program keusahawanan remaja. Jurnal Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia. Othman, M., 2010. Pengajian Perniagaan 2 – Bab 2 Keusahawanan Othman, N., Othman, N. H., Poo B. T. dan Ismail, R., (2012). Impak Globalisasi dan Tingkah Laku Pemilihan Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Universiti. Prosiding Perkem Vii, Jilid 1 (2012) 435 - 445 ISSN: 2231-962X Othman, H., Mohd Salleh, B., Dawilah al-Edrus, S. M. dan Sulaiman, A, (2008). Perlaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (Pbl Dan Popbl) Bagi Meningkatkan Kemahiran Insaniah Pelajar. Pandian, A., Azman, H. dan Haroon H. A., (2009). Kurikulum universiti dan keperluan untuk memperoleh pekerjaan. Monograf Penyelidikan Pendidikan Tinggi; 13/2009. Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN), 2009. Graduan Fakulti Kejuruteraan, Ukm. Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2007. Raja Yusof, R. M., Devi, S., Din, J., Noordin, N. dan Saari, N., (2002). Ciri-ciri Keusahawanan Dan Amalan Pengurusan Di Kalangan Pengurus-pengurus Koperasi Di Malaysia: Suatu Perbandingan Di Antara Koperasi

Berjaya

Dengan Koperasi yang Kurang Berjaya. Monograf Penyelidikan Maktab Kerjasama Malaysia. Razak, A., (2010). Profil Pandangan Lepasan Siswazah Menceburi Bidang Keusahawanan Pertanian. Tesis Sarjana. Rotter, B. (1966). Generalized Expectancies for Internal versus External Control of Reinforcement. Psychological Monographs, 80: Whole No 609.

107 Saadan, R., Bokhari, M., Yahya, A., Noor Rajikon, M. A., Syed Najmuddin Syed Hassan Asiah Moh dan D Pilus, (2011). Keberkesanan Kursus Kokurikulum Berkredit dalam Memperkasakan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Journal of Human Capital Development. ISSN: 1985-7012 Vol. 4 No. 1 January-June 2011. Schumpter, J. A., 1934. The Theory of Economic Development. Cambridge: Massachusetts. Teresa V Menzies, Joseph C Paradi (2002). Encouraging Technology-Based Ventures: Entrepreneurship Education And Engineering Graduates. New England Journal of EntrepreneurshipFall 2002. Vol. 5, Iss. 2; pg. 57, 8 pg. Vries, K. D. & Manfred F.R. (1977). The entrepreneuriel personality: A person at the cross roads. Journal of Managerial Studies, 14(1), 34-57. Wan Omar, W. L. O. dan Mohamed, S., (2002). Memperkasakan Usahawan: Panduan Lengkap Pengurusan Perniagaan dan Penjanaan Usahawan. Utusan Publication & Distributoors Sdn Bhd. Terbitan Pertama 2002. Yahaya, A. dan Abd Majid, N., (2010). Teori Dan Model Berkenaan Dengan Gaya Pembelajaran. Yap, P. M. (2002). Kesediaan guru-guru perdagangan terhadap pengajaran subjek pengajian keusahawanan. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. YB Dato‟ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, (2012). Kelestarian Keusahawanan Memacu

Ekonomi Mapan.

Ucapan Perasmian

Seminar Keusahawanan

Kebangsaan 2012 Jabatan Pengajian Kolej Komuniti 31 Oktober 2012. Yin, R., (1994). Case study research: Design and methods (2nd ed.). Beverly Hills, CA: Sage Publishing. Yusuf, A. A. (1998). Asas-asas Keusahawanan, Prentice hall. Yusof, N., (2011). Tahap Pengetahuan Terhadap Pendidikan Keusahawanan Dalam Kalangan Usahawan Di Pertubuhan Peladang Kawasan Johor Bahru Timur. Tesis Sarjana. Yusoff, R. Z., Md Ali, K., Madon, M. S., Mohamad, A. (1999). Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9000 Dalam Pendidikan. Konsep & Aplikasi di Sekolah.

108 Yusof, R., Othman, N. dan Karim, F., (2005). Strategi Pembelajaran Pengalaman Berasaskan Model Kolb dalam Pendidikan Perakaunan. Jurnal Pendidikan 30 (2005) 113-128.

Related Documents


More Documents from "Ankur Pathak"